Thursday, November 19, 2009

KEK COKLAT KUKUS SENANG & SEDAP


Salam semua, kek coklat kukus ini memang senag dan sedap, lebih2 lagi jimat kos, rasa pun boleh tahan, tapi dia tidak terlalu lembap. Resepi ini saya ambil dari MYR resepi kepunyaan syida mustafa, dh byk kali saya buat kek ini...ada byk ni..potong sendiri ya nak sebanyak man pun ambil lah..saya boleh buat lagi hehehe.

minta izin c n p resepi ni ya

Bahan-bahan ( 10 orang )

  • Bahan A
  • 2 Biji telur (kalau kecil 3 biji)
  • 1 Cawan minyak masak
  • Sedikit Esen vanilla / coklat
  • 1 cawan gula
  • Bahan B
  • 2 Cawan tepung gandum
  • 1 Cawan serbuk koko
  • 1 Sudu kecil soda bikarbonat
  • Bahan C
  • 1 Cawan susu pekat manis
  • 1 Cawan air masak

Cara-cara

  1. Blend bahan A
  2. Ayak bahan B
  3. Campur sebati bahan C
  4. Bahan A dicampur ke bahan B
  5. Bahan A+B tadi dicampur ke bahan C,kacau sebati
  6. Kukus selama 1 @ 2 jam

3 comments:

lama dah x buat kek..maknanya akak kena bagi sue sepotong kek akak tuh.hihi
 
sue akak tak kisah pun kalo sue nk seloyang pun amik la....tp tukar ngan kue teow ladna tu adil tak. upppps sue nape ya jam tu salah..nk betul kan kat mana ya
 
Salam kak liza,
hihi. saya dah intai kek ni smalam, tapi malu2 kucin.
arini, nak tukar pinggan bole? hihi
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...