Tuesday, December 15, 2009

DONUT.....LAGI





 tengok donut2ku tak sempat di saljikan kejap je habis...mmg seronok tgk anak2 n anak buah ku makan.



Selamat petang buat semua, dah minum petang ke semua, hari ini aku merajinkan diri membuat donut ......lagi ( lebih titik ke sue ).Donut ni memang aku buat selalu, resepinya dari tak lain dan tak bukan cik puan HASUE. Hari ni rumah ku meriah sangat, ada anak buah ku 5 org campur anakku 6 orng jadi le 11 org umur dari 15 tahun ke 3 tahun...Aku buat donut ni, siap goreng dh abis pun, sempat la aku rasa seketul ,mmmm sedapnya. Tak sempat pun aku mensaljikan donut tu dh abisss pun. Buat Suhasnida macam mana jadi ke tak kek pisang tuuu atau jadi bingka...tadi dok sibuk chat ngan dia. Meh la suhasnida amik bau je lah donut dh abisss , x leh nak ngendeng dh.

Sue nnt akak nak C n P resepi kat sini ya ...untuk rujukan masa hadapan......( myr tak le masuk tadi )

Bahan-bahan

  • 500g Tepung Berprotein Tinggi (guna tpg gandum pun ok)
  • 1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)
  • 50g Marjerin
  • 1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak adunan)
  • 2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
  • 2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]
  • 1 Biji Telur
  • 1/2 Sudu Teh Garam
  • Gula Halus atau topping kegemaran anda
  • 190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung)

Cara-cara


  1. Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.

  2. Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.

  3. Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).

  4. Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.

  5. Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).Doh dah siap dan jika ingin membuat kuih 5 spice roll,boleh la dibahagi 2. Utk resepi dan teknik membuatnya sila rujuk http://www.myresipi.com/top/detail/6526

  6. Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan dengan api perlahan..Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng.

  7. Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)

  8. Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda. SELAMAT MENCUBA.. ^_^
 Terima kasih banyak - banyak ya Hasue

3 comments:

huwahhh....dalam kebizian melayan budak2 tuh sempat jugak buat donut ek kak..jap kira,titik tuh cukup ke tak..haha...lawak la akak nehh..
Sue nak seketui..opp...dah abis ke?cam biasa suh bebudak buatkan utk aunty sue nih..hihi
 
budak2 dok suka mkn ni sue...perut lapar je nk mkn, mula tu nk buat roti jala..rasa letih pulak berdiri..mkn jap je abis...donut sue ni pun ok tak amik masa yg lama nk buatnya tu yg terus onn je. heheheh
 
Selalu buat donut ni, tapi sentiasa tak sedap..hehe. Keras tak selembut sutera ler kak
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...