Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan seketika

Tuesday, December 8, 2009

KUIH KETAYAP @ KUIH HIJAU


Salam di pagi selasa buat semua rakan2 semoga sentiasa sihat dan ceria selalu disamping rutin harian masing2. Tayangan biasa menu breakfast pagi ni kuih ketayap atau kuih hijau anak2 ku panggil. kuih ini.

KUIH KETAYAP

BAHAN - BAHAN

  1. 2 cawan tepung gandum
  2. 2 cawan air
  3. 1 biji telor
  4. 1 penutup botol pewarna hijau
  5. 3 sudu minyak masak  
  6. sedikit garam     
 Cara -Cara

Blend kesemua bahan2 diatas....siap. kemudian letakkan sedikit minyak masak didlm kuali, kemudian masukkan setengah senduk adunan kedlm kuali dan di lenggangkan ( betul ke ayat ni ) utk mendapatkan kulit yg nipis. kemudian tutup dgn tudung periuk.  Apabila masak, angkatkan kemudian letakkan inti pas tu gulung lah. Buat lah sehingga habis, tanpa meletakkan minyak, insyallah adunan tidak akan melekat

* adunan dia atas itu juga sesuai utk roti jala dan kuih cara

INTI

Setengah biji kelapa parut
2 keping nisan atau gula melaka
sedikit gula
daun pandan
garam
1/2 cawan air

Cara  - cara

Didalam periuk atau kuali  masukkan setengah cawan air bersama nisan, gula garam dan daun padan, apabila sudah larut masukkan kelapa parut tadi, kacau sehingga air kering.

Selamat mencuba.............

jemput minum nescafe ya.....kalo makan tanpa minum nanti tercekik pulak
jemput minummmm.............





8 comments:

Apa pulak kuih hijau?? Bkn ke nama dia kuih batang buruk??? Sbb gna kaler hijau, boh nama kuih hijau, kalo gna kaler pink, kuih pink pulak kot..hehehe......
 
akakk..meh kite tuka pinggan..sue bwk bihun goreng n egg benedict nih..lama x makan kuih ketayap laa kak..peberet anak sue nih..hehe
 
anak sedara u panggil kuih ijo, tu yg bagi nama gitu, kalo buh kaler pink belum tentu diorang mkn heheeh
 
jom sue kita tuka pinggan, best tu, akak pun dh lama ni tak goreng behon tu, telur gitu mmg kesukaan anak2 akak tu
 
Amboi kueh ketayap akak, hijau menawan..saya paling suka makan kueh ni tapi nak buat tu tak pandai..dah brapa kali try tapi x jadi..last2 menjadi kat kedai la jugak..he..he..
 
salam azmiezas, cuba buat ikut adunan akak tu, mmg jadi, senang je, guna cawan je, kalo nak byk guna gelas besar, sukatan sama jugak.
 
E-na nak 2 ketui je..nescafe satu! alhamdulillah..kenyang, balik dulu ye...
 
ada pun e-na, akak ingatkan e-na pg mana dh tadi
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...