Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, December 13, 2009

KUIH SERI MUKA

Salam buat semua, semoga sihat dan ceria sokmo disamping tugas harian dan kelurga masing2. Tak pegi jalan2 ke ari minggu ni, jom kita sarapan.... masak apa pagi ni kawan2 ku sekelian.


Kuih seri muka ku ini nampak comot sikit, maklumlah tak berapa sejuk lagi anak2 dh minta di potong, kalo nak tunggu sejuk dulu alamatnya tak dapat la aku snap pic. Ok rakan2 sekelian selamat berhujung minngu ya

untuk resepi skejap lagi ya.........
KUIH SERI MUKA
A) 2 cawan beras pulut ( direndam)
11/2 cawan santan
sedikit garam

B) 2 cawan santan
1 sudu besar air kapur
1/2 cawan gula
1 biji telur
1 sudu penuh tepung jagung
1 cawan gandum
sedikit garam
1 penutup botol perwarna hijau

CARA - CARA

Satukan bahan A, kukus sehingga masak, apabila pulut masak,  tekan2kan dgn menggunakan senduk nasi, tujuan utk memampatkan pulut tersebut.

Satukan kesemua bahan2 B kemudian blender. Selepas itu tuangkan adunan ini keatas pulut yang sudah ditekan2 tadi. kukus lagi sehingga masak lebih kurang 20 hingga 30 minit.

 pada penggemar  pulut boleh lah mencuba ya.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...