Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan seketika

Tuesday, December 8, 2009

PULUT INTI

Salam di pagi isnin buat semua, dah menghampiri ke pukul 12 pm baru dapat letak n3 bf pagi tadi. Pulut ni memnag menjadi kesukaan anak2 tak kira dimasak cara apa sekali pun. Tq buat linapg kerana bagi pulut pada akak ya, maka jadilah pulut inti ini...Kepada lina, dayangjack n hasue serta  peminat2 pulut tu sila ambil ya sepiring seorang.......




untuk resepinya........tunggu ya akan updated kemudian ya
inilah resepinya untuk rujukan masa depan.....(senyum suehasnida tuu)


BAHAN - BAHAN

1 kg beras pulut
300 ml santan sederhana pekat
3 sudu besar gula
1 sudu besar garam kasar

CARA- CARA

Didihkan air terlebih dahulu, kemudian kukus pulut selama 30 minit. Satukan santan gula dan garam kacau sebati ( kita didih atas api sekejap agak2 garam n gula hancur je ).Kemudian keluarkan pulut dan dimasukkan kedlm besen  lalu digaul sebati dengan santan tadi, kacau rata2 dan pulut tidak berketul2. Kemudian kukus lagi dalam 20 minit. Api tidak perlu dipadamkan masa proses kacau tadi agar air sentiasa panas dan pulut cepat masak. Selamat mencuba

Inti

Sebiji kelapa parut
3 keping nisan @ gula melaka
1 senduk gula ( bergantung pada kemanisan masing)
sedikit garam
Secawan air
2 helai daun pandan

Cara2

Didihkan air bersama nisan, gula, garam, dan daun pandan. Kemudian masukkan kelapa kacau sehingga air kering.

Selamat mencuba ya kepada yang sudi....

4 comments:

Nak bawak balik sepiring nih kak..tapau ngan lauk ayam sekali..hehee
 
ok beressss sue....
 
akak,dah bawa tupperware beso ni nak tapau pulut,inti kasi lebih tau..
 
dik....tinggal pulut yang tak dimasak je lagi....nnt akak buat byk2
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...