Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

iklan

Thursday, January 28, 2010

IKAN TERUBUK GORENG GARING

Salam semua..sudah masak2 untuk  hidangan tengah hari ke...menu akk kali ini ialah ikan terubuk goreng garing..ikut resepi Dayang Jack. Ini menu semalam..hari ini baru dapat tayang.  Suka sangat dengan ikan terubuk goreng gini pas tu pulak ikan ini adalah pemberian dari HaSue yang berada di Sarawak, tq ya sue..lain kali kalo ada lagi kirim2kan lah pada akk ya. Dayang akk c n p resepi kat sini ya...akk ambil dekat Myr :~


Akk buat setengah ekor je...buat banyak kan cepat pulak habisnya

ini resepinya

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 1 ekor ikan terubuk masin (saiz M)( akk buat setengah ekor je )
  • 2-3 sb tepung jagung
  • 5 biji cili api (dihiris)
  • 4 biji limau kasturi (dibelah dua)
  • minyak utk menggoreng

Cara-cara


  1. Ikan terubuk dipotong bbrp kepingan (ikut suka) dan direndam terlebih dahulu (10-15 minit) utk mengeluarkan garam yg berlebihan.

  2. Kemudian ikan dicuci bersih dan dilap kering. Salutkan dengan tepung jagung. Biarkan seketika.

  3. Panaskan minyak dengan api perlahan. Apabila sudah panas, masukkan ikan satu persatu dan goreng sehingga betul-betul garing (goreng lama sikit tp jgn sampai hangus).
  4. Apabila sudah masak, angkat dan toskan. Susunkan ikan di dalam pinggan hidangan. Perahkan limau kasturi dan taburkan hirisan cili api di atasnya.
Suka sangat goreng ikan terubuk gini..harumnya melekat kat tangan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...