Wednesday, February 10, 2010

TAPAI SIRA.....

Salam dan selamat petang buat semua rakan2 di alam maya ini....pelik je kan bunyi tapai sira, tapi rasanya sedap sungguh..tapi jangan la terlampau manis pulak. Tentu ada yang tak pernah makan dan tengok tapai ubi yang di sira. Selain tapai goreng akk juga sangat tapai sira gini......jom jamu mata:~

 
  
 Tapai sira ini kalo ore kelate mesti tau mkn n buatnya.... tak gitu Mcsue 

 p/s tapai sira ni kalo guna tapai ubi kuning lagi bast....atau tapai yg keras sikit..akk guna ni tapai yg lembik sikit..nmpk mcm hancur bila kuah tu meresap 

TAPAI SIRA
Bahan - bahan

5 ketul tapai ubi
1 keping nisan/1/2 ketul gula melaka ( kalo suka manis boleh tambah gula )
1 cawan santan sederhana pekat
sedikit garam
Daun pandan

Cara - cara
Didihkan santan bersama nisan/gula melaka sehingga hancur bersama daun pandan dan sedikit garam. Apabila nisan hancur masukkan tapai dan kecilkan api....masak sehingga kuah pekat ........siap.simple je membuatnya. selamat mencuba.......

10 comments:

Mana resepinya kak? Best tu tapai ubi kayu sira. Kat sini, bkn setakat tapai ubi kayu sira tp tapai ubi kayu pun takdak...huhuhu..


p/s:Kalo nak mkn kna blik kg dulu la..huhu..
 
salam adry..mmg tak dapat la nak mkn tapai sira langkawi tu....agaknya mmg payah kut buat tapai kat situ..atau org tak reti nak makan hehhehe..kena selalu blk kg la...
 
Salam akak...
jgn kata makan...dengar nama pun baruuu je hari ni....
 
salam kak rosaliza..
first time dengar tapai sira.. biasa makan tapai goreng jer bila balik kelate.. Yer kak, bagi ler resepi.. kat Muor nie banyak tapai ubai, nanti blh ler cuba..
 
salam sue@nenie...hehheehh boleh cuba la kalo ada terbeli tapai...sedap juga..kalo time posa lagiii sedappp
 
salam zalieda..apa kbr...kat pasar jarang rasanya org jual..kalo bulan posa baru ada..nnt akk tepek resepi ..boleh la zalieda cuba
 
Ooo...dh ada resepi ye. Tapi kalo nk buat tapai sira kat sini, kena cari ubi kayu dulu, lps tu buat tapai ubi kayu.Siap jd tapai baru blh buat tapai sira tu..huhu.. Kat sini takdak tapai ubi kayu...huhuhuhu... Rindu la kat tapai ubi kayu. Nsb baik blik kg hari tu dpt gak merasa..he3..
 
salam adry...kalo nak buat tapai ubi tu rasanya payah sikit kut tak mcm tapai pulut....ada kut org jual kat pasar belah kg sikit...ada gak benda yang org lgkv tak ada kan....
 
Salam sis. memang first time dengar tapai sira ni. selera chaq lebih ke tapai pulut dari tapai ubi ni.
 
salam kak liza,
oh, terliur saya bila sebut tapai ubi. mama saya slalu wat dulu, sebab dia meniaga goren2. jadik, tapai ubi goren memang saya suka. tapai ubi sira lom penah try. meh nak try skit bole? terliur ni. :)
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...