Wednesday, April 28, 2010

BRONOK ( KUIH SAGU )

Salam semua.....dah minum petang ke, sebenarnya kuih sagu ni dah lama akk buat tapi tak letak gambar je. Kali ini nak kongsi resepi pulak . Biasanya buat kuih ni main kacau je, tapi kali ini mencuba pula resepi mama kastam tioman, hasilnya semua sagu menjadi jernih dan cantik. Tapi gambar akk ni tak berapa cantik biasala kelabu asap je lah........jom layan sagu bronok yang tak seberapa ini, tapi teramat sedap.Minta izin c n p resepinya mama n myR ya untuk rujukan masa hadapan....terima kasih.




Bahan-bahan ( Loyang 22 cm )

  • 1 gelas sagu biji kecil
  • 3 gelas air
  • 3/4 gelas gula pasir
  • Sedikit pewarna merah
  • 1/2 biji kelapa parut putih sahaja
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu teh esen rose

Cara-cara

  1. Panaskan air + pewarna merah sehingga mendidih.
  2. Masukan sagu, kemudian kacau rata.
  3. Masukan gula, gaul rata. Apabila adunan nampak pekat sedikit, masukan kedalam loyang.
  4. Kukus selama 20 minit. Walaupun kuih ini boleh di kacau saja di dalam kuali tetapi apabila di kukus, sagunya akan nampak berbiji-biji. Lagi enak rasanya
  5. Apabila sudah masak, sejukan dan potong ikut suka dan gaul dengan kelapa..siap.

2 comments:

Kak,

sedapnya...kuih favorite ni
 
salam cikgu saliza....dulu2 akk tak suka kuih ni...bila dh tua2 baru suka..nyaman je tekak
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...