Friday, April 30, 2010

COK BANTAL

Salam dan selamat petang buat semua. Dua tiga hari lepas akk ada buat cok bantal, semua anak2 suka makan, sekejap je dah licin. Jom la sapa2 nak buat cok bamtal resepinya ada akk copy n paste dari Myr, terima kasih banyak2 myr dan mommamia.

Ini lah rupa cok bantal hasil tangan ngan anak2...berbagai pesen ada. Akk makan dengan sambal sardin .

Bahan-bahan ( 4-5 org makan )

  • 3 cawan tepung gandum - diayak
  • 2 sudu teh yis
  • 3 sudu teh garam
  • 3 sudu besar gula halus
  • 3 sudu besar butter / margerin (suhu bilik)
  • 1 biji telur
  • ¼ cawan air ( tambah@kurangkan bergantung doh)
  • Bahan - Bahan Sambal Bilis
  • 150 - 200 gm ikan bilis (dibasuh dan ditoskan)
  • 1 labu bawang besar dimayang
  • 6 ulas bwg merah (Ditumbuk /blend)
  • 3 ulas bawang putih (Ditumbuk /blend)
  • 4-5 sudu cili boh
  • 1/2 inci belacan (Ditumbuk /blend)
  • ¼ cawan air asam jawa (lebihkan kalau suke masam)
  • Garam dan Gula secukupnya

Cara-cara

  1. Untuk CokBantal: Campurkan semua bahan-bahan kecuali air dan kacau. Masukkan air sikit-sikit sambil uli doh.Uli sampai sebati dan licin.Tutup mangkuk doh dan perap selama 30 minit. Canai setebal 1 cm dan potong ikut pattern yang anda suka.(kite potong bentuk bantal peluk =P) Goreng dalam minyak deepfry yang telah dipanaskan sampai warna keemasan..nampak garing..SIAP!
  2. Untuk Sambal Bilis : Tumiskan bahan blend hingga garing sikit.Masukkan cili boh dan goreng hingga naik minyak.Tambahkan air asam, gula dan garam.Masukkan ikan bilis dan bawang besar dan goreng hingga masak. Happy trying! =)
  3. *Suggestion : Masak sambal bilis dulu supaya boleh nikmati cok bantal panas-panas.

4 comments:

salam.em..sedapnya..boleh hidangkan pada tetamu yang datang..
 
Sedap mkn cok bantal panas2 kan!
 
salam cikgu sal...a,a mmg boleh pun bagi tamu mkn
 
salam e-na...anak2 akk mkn gitu je time panas2...ni minta buat lagi...
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...