Saturday, June 5, 2010

KEK PISANG SEMPOI

Salam dan selamat pagi buat semua, hari ini akk buat kek pisang untuk bf, meh Wachak bf umah akk ada lagi ni kek pisang. Jom la layan gambar2nya :~

rupa setelah di terbalikkan..ok la tak hangit sangat...akk bakar 40 minit,tapi adunan melimpah sikit.
telah di potong2 , anak akk semua suka n sedap katanya. Resepi yang biasa akk guna kek pisang sempoi sofinar, izinkan akk cn p resepinya utk rujukan masa hadapan, tapi akk telah ubah ikut sukatan yang senang bagi akk, tq ya sofinar :~

Bahan-bahan ( sekeluarga )

  • 150g pisang emas - dilecek ~ Akk guna 8biji pisang lemak manis - 1 cawan penuh
  • 180g tpg gandum  ~ 2 cawan tepung gandum
  • 180g gula halus /gula icing ~ 1 cawan gula biasa
  • 3 biji telor
  • 120ml minyak masak ~ 1 cawan majerin yg di cairkan
  • 1 sudu teh ovelate
  • 1 sudu teh soda bikabonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • secubit garam ~ akk tak letak kerana majerin dh masin

Cara-cara

  1. campur semua bahan di atas dan putar dengan mixer hingga sebati dan adunan nampak putih
  2. masukkan kedalam loyang yang digris dengan minyak masak, bakar 180 darjah selama 40 - 50 minit
  3. pastikan adunan separuh loyang kerana kek biasanya naik sekali ganda

4 comments:

Apa lukisan! Anda harus indah.Sebuah ucapan dari Pastry DUNIA OF fantasi
 
rosaliza..guna pisang emas ye..kalau akak nak guna pisang nangka..satu cawan selepas di hancurkan la ye..yang lain2 semua samakan...
 
hai jose ramon.....tq
 
salam kak erna..sy guna pisang lemak manis, lbih kurang je ngan pisang emas tu, kalo pisang nangka belum cuba lg..tp ok kut cuma kena hancurkan betul2 jelah sbb dia keras sikit. kalo akk guna pisang kapas lg cntik sbb urat2 hitam tu ada...mcm kek yg kita beli...selamat mencuba ya kak
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...