Sunday, June 6, 2010

NASI TOMATO KUKUS - LINA_PG

Salam ceria di hari minggu ini, tak kemana ke. Lunch semalam akk masak nasi tomato Linapg, tak sempat pulak nak letak n3 semlm, apa taknya, petang2 sibuk jalan2 cari makan kat Muara di Tanjung Harapan, pekena ikan bakar kat situ , orang punya la ramai...hampir sejam kami tunggu ikan bakar sampai. Jom layan nasi tomato akk ni. Lina minta izin c n p resepi ya :~
Akk guna rice cooker je, pas tu masak kari ayam dan buat acar....simple2 je...tapi best. Akk guna beras biasa je....kalo nak tunggu beli beras basmati lambat la nak jadi nasi akk ni. Hentam saja la ngan beras biasa ni

Bahan-bahan ( 5-6 orang makan )

  • 4 cawan beras basmati
  • 4 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • 1 kiub ayam (saya guna kiub ayam maggie)
  • *** BAHAN-BAHAN TUMIS ***
  • 1 labu bawang besar (dikisar)
  • 2 biji buah tomato (dikisar)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 3 helai daun pandan (disimpul)
  • 5-6 sudu makan butter (untuk menumis)
  • 4 sudu makan tomato puri
  • *** BAHAN HIASAN ***
  • Daun sup / Kismis / Gajus

Cara-cara

  1. Beras dibersihkan,rendam 15-20 minit.Kemudian toskan
  2. Masukkan mentega,tumis bahan-bahan tumis (kecuali tomato puri) hingga wangi (Jangan terlalu garing nanti rasa pahit)
  3. Masukkan tomato puri,kacau sebentar.Kemudian masukkan beras,kacau sebati.(Jgn kacau kuat sangat nanti beras patah,tak cantik)
  4. Kemudian masukkan air,susu cair dan kiub ayam.Kacau sekali sekali supaya nasi tak hangit kat dasar periuk.Tuggu hingga nasi kering
  5. Setelah nasi kering,pindahkan nasi tadi ke dalam kukusan (yang dipanaskan terlebih dahulu) Kukus selama 20-25minit atau sehingga nasi betul-betul masak
  6. Setelah nasi masak,gemburkan nasi menggunakan garfu supaya nasi tidak patah.Taburlah bahan hiasan ketika menghidang             
 Acar timun diganding bersama utk hilangkan muak......
Akk guna 1 biji timun , sedikit karot, cili hijau dan merah, sedikit halia, bawang merah, garam gula dan cuka....semua digaul rata..best rangup je timun tu.

Kari ayam lupa pulak nak snap pic....akk kari macam biasa je guna resepi sempoi akk je

    6 comments:

    feberet kita nih
     
    salam rosaliza..dalam banyak jenis nasi..nasi tomato la yang akak jarang buat..tak berapa pandai..nanti akak cuba resepi ni..tapi kena ukus juga ke..akak tengok resepi..masak macam biasakan..kalau kita biarkan kering macam biasa jadi tak agaknya..akak rasa macam susah pulak nak kukus tu..
     
    Salam kak rosa, dlm byk2 jenis nasi yg ada dlm M'sia, nasi tomato yg plg tak minat nk mkn. Nasi yg lain2 tu ok je.
     
    salam sari yusa.....akk pun suka ngan nasi ni..lg pun carabuatnya tak sesusah mana
     
    salam kak erna..terima kasih ya.....saya pun msk mcm biasa je pas tu saya alihkan ke rice cooker je . Kalau msk gitu pun ok juga cuma terhangit je kalo sy yg msk heheheh. tq ya kak erna
     
    salam adry....agaknya kalo pg kenduri kawen mesti cari nasi putih mkn....akk apa2 je kalo tmpt kenduri mmg suka nasi gini hehehe..sbb jrg2 nak msk nasi gini.Tp setengah org tu tumis guna minyak atau mejin byk sangat tu yg tak best tu...berminyak
     
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...