Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

iklan

Tuesday, June 1, 2010

PERIA KACAU GORENG - LINAPG

Salam buat semua, tadi akk sempat masak peria kacau goreng resepi linapg, dah lama tak masak gini, best je...rasa tak pahit pun. Nanti kalo dah dpt resepi tu akk letak ya, untuk rujukkan masa hadapan akk :~


Ini lah perianya, sedap sangat......kalo tak awek muda lagi tak tahu lah hahahah


Bahan-bahan ( 3-4 orang makan )

  • 1 biji peria panjang
  • 1 biji cili merah (dipotong serong)
  • 1 biji telur ( akk lupa nak letak )
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk/dikisar)
  • 2 biji cili merah (ditumbuk/dikisar)
  • 2 sudu makan udang kering (ditumbuk/dikisar)
  • 1/2 kiub ikan bilis
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara

  1. Peria dibelah dua, buang biji dan dihiris nipis. Rendam peria dengan air garam. (Saya masukkan 3-4 sudu kecil garam ke dalam air dan rendam selama 20minit).
  2. Tumis bahan-bahan tumbuk hingga wangi dan garing.
  3. Bilas peria dengan air dan toskan.Kemudian masukkan peria ke dalam kuali.Kacau sebentar
  4. Masukkan telur (yang telah dipukul sedikit dengan garfu).Kacau lagi.
  5. Masukkan kiub ikan bilis.Kacau sebentar sehingga peria sedikit layu.Akhir sekali masukkan cili merah sebagai hiasan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...