Saturday, July 3, 2010

KEK KAROT @ CARROT CAKE

Salam dan selamat pagi buat semua.....kek karot ni bukan akk yang buat ya...ini pemberian dari makcik akk masa ke rumah dia sabtu lepas. Tak sangka memang sedap sangat kek ni....pas tu berkhasiat pulak. Anak2 lebih suka bahagian cream je..bahagian bawah tinggal separuh....cream cheese tu mmg sedap dan amat sedap . Yang akk dpt rasa la ada serbuk kayu manis kat dlm kek tu....n byk buah2an kering...best sangat. Makcik akk pun tempah dengan kawan dia juga...ingat nak minta resepi dengan dia...heheh dia pun tak tau, rupanya dia pun  tempah ngan besfren dia pun rm 50.00 juga.......tq ya datin sue..moga sukses dlm bisnes yg di ceburi...n murah rezeki selalu. Len kali tempah la lagi utk anak buah mu ini ya. Jadi disini akk nak minta izin la pada sapa2 yang mempunyai resepi kek karot ni akk nak copy n p resepinya kat sini...lain kali senang kalo akk nak buat ya....Jom la layan gambar, keknya dh lama habisss:~

Eqa anggap ini kek hari jadi dia. Ada walnut kat atas tu..lagiii sedap



EEmmmm sedap sangat kek ni n berkhasiat pulak tu


TQ ya kak ilah bagi resepi  kek yang sedap ni

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*
1 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan diayak)
2 biji telur gred "A"
3/4 cawan minyak jagung
3/4 cawan gula halus (resipi asal guna 1 cawan)
1 1/4 cawan parutan lobak merah, perah sedikit airnya
1/2 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar
1/2 cawan kelapa kering
1/2 cawan kacang walnut, cincang

BAHAN CREAM CHEESE TOPING :-)
100 g mentega
125 g cream cheese
1 camca teh esen vanilla
1 1/2 camca besar gula aising, diayak

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga rata, sebati dan gula hancur (kurang lebih 5 minit). Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati.
  3. Masukkan nenas, lobak merah parut, kelapa kering dan walnut tadi. Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra. Tuang dalam tin dan bakar selama 50 minit - 1 jam atau hingga masak.
  4. Sejukkan kek atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese tadi. Simpan kek dalam peti sejuk jika tidah habis dimakan...
  5. UNTUK CREAM CHEESE :- Putar cream cheese dan mentega hingga sebati, masukkan gula aising dan esen vanilla, terus memutar hingga gebu dan halus. Gunakan kelajuan sederhana...Boleh sapu atas kek tadi dan hias ikut suka...
 Terima kasih banyak2 buah kak jalilah kerana bagi akk tepek resepi ni kat sini. Lain kali nak buat boleh rujuk kat sini.

10 comments:

salam rossaliza, akak dah masukkan resepi dlm N3 akak kat kek karot tuu rasa dia mmg sedap cuba lah...
 
Salam kak jalilah...saya dh pg selongkar dapur akk tapi tak jumpa la resepi kek karot tu...akk label ngan nama apa kek tu. Kalo boleh saya nak ambil resepi nak C n P
 
Bila lah dapat rasa kek caret ni. seumur idup x pernah rasa lagi .... huhuhu
akak liza pos kan tuk wa muleh. x manyak. sekeping jer ... hehehe
 
Salam chak...akk pun dulu mmg tak pernah rasa nak cuba buat hatta mkn sekali pun,, tapi sekali makan dh jatuh chenta ngan kek carot ni...mmg best sangat chak. akk nak pos pun dh abisss la chak heheh
 
salam rosaliza..masa masa tengok tajuk je..akak ingatnak ikut la.resepi ni..rupanya ros pun belum ada resepi..tak pe kita tunggu kan...
 
salam kak erna...hehehe tipah tertipu...itu la pun dok cari resepinya nak tepek kat sini...senag lain kali nak buat sendiri. rasa tak sama pun tak apa janji ada asas diakan. tq ya kak erna
 
salam liza

cuba tgok N3 25 june bawah tajuk kek karot 22 tahun...anniversary akak tuuu kek tu akak deco ising berbentuk carot yg banyak tuuu.. atau pun klik dekat label...kek..kalau tak jumpa bgtau ..sbb kek tu dok dimuka depan post..scrooolll sampaijumpa. (bukan oldestpost.)macehh
 
salam kak liza
sedapnyer,ain mmg suke carot kek ni...hari tu ade gak beli kat kwn tapi anak2 tak berapa suke...maknye ler yg makan kasi perabihkan...
 
salam kak jalilah...saya dh selongkar dapur akk tu ...tak jumpa juga...atau akk ada blog lain
 
Salam ain...akk pun suka kek ni...rasa mcm berkhasiat je...semua ada kat dlm tu...ank2 akk pun sama tak suka....suka bahagian krim cis tu je heheh
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...