Monday, July 12, 2010

MGTT ~ KALI KEDUA, MINGGU KE 26

Salam buat semua, kali ini akk nak kongsikan sesuatu mengenai pengalaman akk dalam menempuh alam kehamilan anak yang ke tujuh. Ada sesetengah ibu2 mengandung yang kena mengambil ujian MGTT ini. Bagi akk pula, ini adalah petama kali kena buat ujian MGTT, sebelum ini keenam2 anak yang lain tak pernah pula buat ujian begini. Pada sesiapa yang pernah buat ujian ini mesti tau bagaimana rasanya minum air glukos yang teramat manis, nasib baik akk tak termuntah je. Hari ini ada lah kali kedua akk kena minum air gula.

Pada 15.4.2010 buat pertama kalinya akk minum air gula, masa ni kandungan akk berusia 16 minggu .Ya Allah punya lah seksa nak telan air yang manis itu. Sebelum tu, Pada malam hari akk kena puasa dari kul 10.00pm hingga 8.00am, kemudian ambil darah kat lengan. Selepas itu kena minum 1 gelas air glukos dan tunggu 2 jam, lepas tu ambil darah lagi sekali. Baru boleh makan dan minum. Alhamdullilah keputusannya normal, kadar gula dalam darah masa puasa 4.8, dan selepas minum air gula tu 6.9.

Hari ini 12.7.2010 minggu ke 26 kandungan akk, akk kena buat lagi sekali MGTT ini, untuk mengetahui sama ada akk ada kencing manis atau pun tidak ada, mengalir air mata akk ni nak habiskan air gula itu....namun alhamdulillah dua2 keputusan tu juga normal, FBS tu sama juga 4.8 dan 2HPP pula 5.1 semua normal, pagi tadi misi siap ambil darah kat jari satu pas tu kat lengan satu, begitu juga lepas minum air gula kat jari n kat lengan...abisss darah akk yang dah makin berkurangan ini...asyik kena ambil darah je.

Kepada kawan2 yang pernah ambil ujian MGTT ini bolehlah berkongsi pengalaman dengan akk ya, tapi sekarang ni ada juga anak yang pertama, kedua pun kena ambil ujian ini, akk pun tak tahu lah kenapa, walaupun kita tak ada sejarah dalam kencing manis ini.

Ini ajelah yang akk nak kongsi bersama mengenai pengalaman  akk, lain kali akk cerita lagi ya

6 comments:

maybe sebab berat badan lebih 80 kg...
 
Salam umie..tak juga berat badan akak tak sampaipun lagi 70kg heheh, 80kg tu jauh lagi la.tq umie
 
saya masa anak pertama tak kena minum air gula..tp anak kedua kena minum.... boleh la tahan... tp jiran sy anak pertama dah kena minum air gula dah.....sampai muntah2 ...
 
salam kumichan, akk pula masa ke enam2 org anak tak kena minum pun....agaknya prosedur klinik kerajaan kut, kalo swasta tak ada pun kena ujian gini
 
ya'ALLAH! akak preggie ke...min tak tahu...maaf la kak ye... :)

p/s min tempoh setiap kehamilan air ni..menci...lepas ni takkan lagi dah..sudah sign MOU... :P
 
Salam min...heeheh ramai yang tak tau pun akk prgnt ni....oh ya ke...nape min kena minum tu.....hehehh bila dikenangkan kemanisan air tu rasa nak munta je....akk telan sampai berair mata....heheh ok tu kalo dh sign MOU takut MAU je heheh
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...