Saturday, September 25, 2010

NASI BERIANI

Salam dan selamat petang buat semua...di Kuala Lumpur ni hujan masih renyai2 lagi....apa khabar rakan2 sekelian...akk harap semuanya sihatlah hendaknya.  Tentu masing2 sibuk mengadakan rumah terbuka dan juga memenuhipelawaan kawan2 ke majlis rumah terbuka.

Hari ini akk masak nasi beriani...semalam dah beli nasi beriani...tapi hari ni buat sendiri pulak. terima kasih buat LINAPG yang bagi resepi ini pada akk...memang sedap, cuma kesilapan teknik sikit....maklumlah tak pernah masak nasi 1 kg dalam rice cooker..nasi penuh satu periuk...hingga seesak nafas...padat gitu. Apa2 pun nasi ni memang sedap...kalau buat lain kali kena guna rice cooker yang besar sikit,.

Akk masak kari ayam je, memandangkan daging tak ada pulak kat umah ni..lagi pun kalo nak buat daging hitam kesukaan akk tu ambil masa yang lama sikit..kena perap2 dulu baru sedap...psssttt Lina lain kali letak la pulak resepi daging hitammu itu ya. Resepi nasi ni walaupun nampak simple tapi rasanya memang sedap sangat.

Lina..minta izin akk ya akk nak Copy n paste resepi ni untuk rujukan masa hadapan......
.


BAHAN-BAHAN:

  • 1 kilo beras basmati ( cuci bersih dan rendam +/-30min)
  • Air (sama ngan sukatan beras )
  • 2 paket rempah beriani maggi ( jadikan pes)
  • Rempah tumis 4 beradik 
  • Ayam ( ikut suka byk mana tp yg kat gambo xboh ayam)
  • 1 cawan susu cair
  • 1 labu bawang besar ( blend )
  • 2 kiub ayam maggi
  • 3 helai daun pandan simpul
  • Daun pudina, kismis, gajus & daun ketumbar ( hiasan)
  • Minyak sapi / minyak masak / mentega
CARA PENYEDIAAN:
  1. Tumiskan bawang besar & rempah 4beradik hingga wangi ( bawang sedikit layu )jgn sampai garing ya..nnt pahit xsedap lak
  2. Masukkan pes rempah beriani, tumis lagi hgga pecah minyak.
  3. Masukkan ayam, kacau hingga ayam separuh masak
  4. Masukkan beras, kacau sebati ngan rempah2 tersebut
  5. Masukkan air, susu cair, kiub ayam, daun pandan, kismis dan gajus. Simpan sedikit ksmis n gajus utk hiasan
  6. Tunggu hingga nasi kering (kacau sekali sekali).Bila nasi kering kecilkan api tggu hingga nasi masak (seperti msk nasi biasa)
  7. Bila nasi masak, gembur2kan nasi dan masukkan daun pudina. Daun pudina akan membangkiykan aroma nasi beriani ni.
  8. Taburkan kismis, gajus, daun ketumbar sebagai hiasa.

Kari ayam

Acar buah yang semamgnya ada dalam peti ais .... nasi beriani ni sedap walupun tanpa ayam masak merah n daging hitam.
Tq ya Lina .

4 comments:

salam akak,nmpk sedap dah tu walaupun ad kesilapan teknik sket..mkn gitu pun sedap sbb dh cukup rasa n ada ayam kan
 
salam Lina...nasinya mmg sedap n resepinya simple je....lain kali boleh buat lagi.....lain kali kena buat daging hita, pulak..baru nyakut heheheh..tq ya resepi yang best ni
 
salam rosaliza..menu kita sama..akak pun masak nasi beriani..tgapi..guna resepi sendiri..yang biasa buat..akak juga masak kurma daging dn ayam masak merah..
ada kawan datang tadi..ni pun nak sampi lagi satu kete..
 
Salam Kak Erna....nasi beriani mmg sedapkan..tak jemu makan. Lagi satu tak berminyakkan....oh ada tamu ok la..kami makan sekeluarga je..tak larat dah nak ajak tamu makan2..nak kemas balik tu yg tak larat. kalo ada ayam masak merah lagi bestkan kak
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...