Thursday, December 2, 2010

APAM COKLAT

Salam buat semua, sebenarnya apam coklat ni akk buat beberapa hari yang lepas, patutnya nak letak n3 semalam, tapi tak sempatla la pulok. Sekarang ni macam mabokkkk apam je akk ni asyik nak buat apam je heheheh.  Rasa apam ni macam kek coklat kukus je. Bila buat coklat2 gini biasanya anak2 suka, tapi apam ni terasa soda lebih pulak. Resepi ni biasalah akk selalu rujuk kat MYRESEPI teman setia akk dialam maya ini. Terima kasih pada tuan punya resepi Ayeeana.



  • 1/2 cawan gula
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan air
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu soda
  • 2 sudu serbuk koko

Cara-cara

  1. campur smua bahan dn kacau shingga sebati.
  2. panaskan pengukus
  3. loyang dilapik dgn kertas minyak dan disapu dgn marjerin di seluruh permukaan kertas minyak.
  4. tuangkan adunan dan kukus slama 45 min. Pastikan penutup pengukus tadi dibungkus dgn kain puth yg bersih spy wap air rebusan tidak menitis pd adunan.
Sarapan dah lama basi ni

 

 

4 comments:

sa;lam rosaliza..apam lagi kan..akak pun sama..suka mencuba semua jenis apam..
 
Salam..apa khabar?..lama sungguh tak singgah sini kan??..hehehe..

Sama tak apam ni dgn yg warna puteh tu?..
 
Salam kak, saya ni baru tau rupa2nya buat apam ni senang je heheh, belanja pun tak banyak, sebelum ni tak pulak nak mencuba..kini baru di cuba..tq ya kak
 
Salam Azmiezas..lama betuk akk tak nmpk..sihat ke, akk ni sihat2 je,bdn pun dah nk jadi apam gak heheh.

Akk rasa lah tak sama kut, yang putih tu apam guna yis, ini guna soda, lagi best yg guna yis ada msm2 sikit hehhe
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...