Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, December 6, 2010

KUIH KASWI - YATIE

Salam. kuih kaswi merupakan kuih kesukaan akk..apatah lagi kalo yang kenyal2 manja gitu. Tak sangka anak2 pun suka juga bila akk buat sendiri kuih ni. Selalunya kalo yang beli tu mereka ni pabdang pun tak mau, apatah lagi kalo kuih ni jenis yang keras tu. Kaler kaswi akk ni pucat sikit kerana akk pakai nisan yang warnanya tak berapa pekat. Anak2 akk sibuk suruh buat kaler pekat2 mcm Yatie punya. Walaupun kalernya pucat, sekejap je habis, memang best sangat bila makan dengan kelapa.

Buat dalam bekas kecil, sedap je

Minta izin Yatie akk nak C n P resepinya  untuk rujukan masa depan

Bahan-bahan :
  • 1 cawan gula pasir*
  • 1 cawan gula merah*
  • 1 1/2 cwn air*
  • 3 helai daun pandan*(*di masak..)
  • 1 1/2 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn tepung ubi
  • 1/2 cwn tepung beras
  • sedikit garam
  • 3 sudu besar air kapur
  • 3 cwn air
  • Loyang atau acuan kuih lompang yang disapukan dengan sedikit minyak masak
  • Kelapa parut + garam
Cara-cara :
  1. Gunakan 1 1/2 cawan air untuk memasak gula pasir, gula merah dan daun pandan.
  2. Masak hingga gula larut. Ketepikan dan sejukkan dulu.
  3. Ayak ke semua tepung dan masukkan 3 cawan air ke dalam bancuhan air gula.
  4. Masukkan air kapur dan kacau sebati.
  5. Tapis air gula ke dalam tepung - Gaul rata.Tapis bancuhan tepung untuk mengelakkan dari berketul-ketul.(Blend semuanya pun senang..)
  6. Kacau seketika di atas api yg kecil supaya kelihatan agak pekat tapi jangan sampai bertukar menjadi kanji.
  7. Sapu loyang/acuan dengan minyak masak supaya kuih mudah dikeluarkan.
  8. Kukus loyang/acuan dahulu tanpa isi.
  9. Tuang bancuhan tepung ke dalam loyang dan kukus selama 45 minit atau sehingga masak.
  10. =>Kalau guna acuan lompang/acuan kecil, masa kukus adalah 15 minit.
  11. Bagi yang mengukus di dalam loyang, kuih akan kelihatan lembik dan berair sedikit.
  12. Ambil sehelai kitchen tissue dan letakkan di permukaan kuih agar air itu dapat diserap.
  13. Sejukkan kuih baru dikeluarkan dari acuan.
  14. Boleh dihidang dengan kelapa parut bercampur sedikit garam yg telah dikukus juga seketika supaya tahan lama







 Selebihnya akk masukkan kedalam loyang..memang lembut sangat, tapi tak menjadi masalah masa potong, pas tu terus gaul kelapa.  Berbalik pada kelapa, mahal bangat ya kelapa sekarang ni..kalo sebelum raya haji hari tu murah je, la ni akk beli kalo kat pasar raya rm 2.29 sebiji, itu pun yang belum parut lagi, paling murah yang akk jumpa itu pun kat pasar borong selayang rm 1.80. Sebelum raya haji hari tu rm 1.00 je dapat.





    8 comments:

    salam maal hijrah rosaliza..
    kaswi yatie ni memang sedap..kenyal..tak puas makan..
     
    Salam maalhijrah kak erna....memang sedap sangat kaswi ni kan kak..mmg rasa sejuk2 kuih tu n kenyal2 tu yg best
     
    mmmm syedaptu.. akak kat bandar seri putranipun.. kelapa parut sebiji RM2.50.. pati santan ciput jek singgit tupun kekadang cair.... selalu gi pasaraya beli santan kotak.. lagi puashati
     
    Salam Erma Halamanku....oh mahal juga ek, kat kg akk pun rm 1.50 sebiji, pulak santan pun susah nak dapat. Duk KL ni oklah santan ada, bab mcm kata Erma mmg cair je, separuh je santan selebihnya airkan...Kalo kelapa yang dh parut kat kedai tu akk rasa tak cukup sebijikan
     
    Salam Kak Rosa,
    Uwaaa...sedapnya makan kuih kaswi tu..tak bagi yatie seketoi ke....nak gak rasa yg akak buat...suka dngr akak suka kuih ni..nak membuatnya pun senang je kan....
     
    Salam Yatie..tokeh resepi yang best dah datang..mmg best sanagt yatie resepi ni..kalo nak tau best ke tak senang je umah akk..kalo anak2 suka maknanya best la tu heheh. Tq ya Yatie
     
    Salam Maal Hijrah..
    Kuih fav ni...
     
    Salam maal hijrah azian..tq
     
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...