Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

iklan

Saturday, December 18, 2010

NASI TOMATO

Salam buat semua, dinner kami semalam akk masak nasi tomato resepi dari CHOPPY @ MYRESEPI, resepi ni simple je, tak perlu guna tomato puri, sos tomato je, bahan2 semua ada. Biasalah umah akk ni kalo makan nasi pesen gini suka sangat ngan kari ayam, atau anak2 akk panggil gulai ayam versi akk la


  • 2 cawan beras basmati
  • 2 biji tomato-potong dadu
  • 2 cawan air
  • 1/2 cawan susu
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 helai daun pandan
  • sedikit garam

  • ## Bahan tumis ##
  • 2 sudu mentega/ minyak sapi
  • 2cm kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 biji buah pelaga
  • 2 ulas bawang putih-hiris
  • 1/4 bawang besar dihiris
    • ## Hiasan ##
    • Bawang goreng

    Cara-cara

    1. Cuci beras. Rendam selama 5-10 minit. Toskan
    2. Panaskan mentega/ minyak sapi. Tumiskan bahan-bahan tumis sehingga naik bau
    3. Masukkan beras. Kacau sekejap dalam 1-2 minit. Kemudian masukkan sos tomato, tomato, susu, air, daun pandan dan sedikit garam
    4. Masaklah nasi macam biasa.
    5. Bila dah siap bolehlah ditabur bawang goreng
    Kari ayam pesen akk,tanpa daun kari...busuk kata anak2

4 comments:

salam kak..terliurnya nasi tomato ngan kari ayam!sama jer pesen sue pun biasa x letak daun kari coz hb x suka.hehe
 
wah bestnya menu umah dier..meh la banyak..utk mkn tengahari.Malasa nk masak ni
 
Salam Hasue...tak leh mkn ke org pantang ayam gulai nih..psttt hari tu akk mkn juga ayam gulai nih..tp tak brkuah la..jgn bgtau org ya heheh
 
Salam Lina..patutnya adik yg masak2 untuk akk...hehehnak buat yg kukus tu malas la pulak, cuba resepi baru pulak
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...