Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, January 29, 2010

AGAR - AGAR STRAWBERRY

Salam buat semua..hujan tak kat situ heheh.KL ni kul 4.30 tadi lagi hujan. Berbalik pada n3 petang ini sebenarnya untuk menghabiskan stock stoberi yang makin memburuk.. setengahnya dah di buangkan....2 peket lg di frozenkan. . akk buatkan agar2  stoberi ini untuk mengelakan pembaziran..... blendkan buah2 ini masukkan dlm periuk Campur susu n sedikit gula . Rasanya boleh tahan..masam2 manis dan berkrim..kerana akk letak susu sedikit. :~

 
stoberi frozen je yang tinggal...buat hiasan sahaja.
Ada sapa2 nak pergi ke teluk batik tak..jom ikut akk.....Lepas magrib akk berangkat.....petang esok akk balik....

LAKSA SARAWAK

Salam di tegah hari jumaat buat semua. Hari ini akk paksa anak2 n abe makan awal sikit..biasanya lepas solat jumaat baru kami makan. Tapi memandangkan masakan hari ini adalah kali pertama akk mencuba..jadi tak sabar rasanya nak merasa laksa sarawak ini. Sudah lama rasanya akk nak merasa laksa ini..bukan mengidam tau..cuma tak pernah lagi merasa. Terima kasih banyak2 buat HASUE kerana menghadiahkan akk pes laksa sarawak yang original, tq sue. Meleleh juga la hidung akk ni...Anak2 semua boleh makan..tapi masing2 air dok tepi heheheh. OOO begini rasanya, pedas2 berempah rupanya..bila letak limau kasturi rasa masam2 sikit..best juga lah. Meh la makan laksa sarawak buatan KL :~

 
siap di kuahi..tapi letak sikit je dulu kuahnya

 
semangkuk bee hon bukan laksa ya

 
sebahagian dari lauk pauknya

 
sebelum di kuahi hehehe
Sue minta izin C n P resepi istemewa ini ya..untuk rujukan masa hadapan akk ya..ada lagi sebungkus pes tu



Bahan2 untuk Kuah:
  • 1 peket pes laksa sarawak(600g)
  • 2 liter air
  • 500ml santan dari sebiji kelapa >sue guna santan kotak+air
  • 1 mangkuk udang tanpa kulit (boleh letak byk ikut suka )
  • 1 sudu teh garam * dan sedikit ajinomoto(tak letak takpe kot)
  • 1/2 sudu teh gula*(*agak2 jer nih...lupa lak simpan banyak mana)
Cara2 menyediakan kuah laksa:
  1. Panaskan 2 liter air dan masukkan pes laksa sarawak dan didihkan selama setengah jam-45 minit.
  2. Tapiskan rempah laksa yang sudah dimasak tadi
  3. Kuah laksa yang sudah ditapis dimasak kembali,masukkan sebahagian udang basah(selebihnya dicelur)dan tambahkan santan dan bahan2 perasa
  4. Biarkan renih seketika dan sebatikan rasa..kalau nak cairkan sedikit kuah boleh tambahkan sedikit lagi air...
  5. Apabila sudah sebati padamkan api...kuah sedia untuk digunakan...(panaskan sebelum diceduk ke dalam mangkuk)
Bahan2 Laksa(boleh letak ikut suka):
  • 1 Peket Bihun-rendam sehingga lembut dan toskan-kalau x tahu camner leh tengok SINI(klik)
  • Isi ayam goreng-(ayam digoreng bersama garam dan serbuk kunyit,dicarik2)
  • Cendawan hitam*
  • Udang*
  • Taugeh*(jika suka) > sue tak letak
  • Telur rebus
  • Telur dadar(telur goreng bersama sedikit garam dan dipotong2)
  • [Bahan2 bertanda * dicelur/di rebus sekejap]
Bahan Sambal:
  • Belacan
  • Cili padi
  • Jus limau kasturi
  • Garam dan secubit ajinomoto
Cara menyediakan sambal:-
>Campurkan semua bahan dan kisar atau lecekkan sahaja pun

OK semua selamat menjamu selera ya.

P/s anak2 tanya sup ke apa mama msk ....akk ckp laksa sarawak..tapi kenapa bee hon bukan laksa pun heheheh, maklum la tak pernah makan....habis setengah bungkus utk tgh hari ini.

Thursday, January 28, 2010

BUAH MELAKA / ONDE - ONDE / BUAH MULUNG

Salam semua dan selamat petang semua...apakah nama panggilan manja untuk kuih ini. Kalo akk lebih suka panggil buah mulung tapi anak2 suka dengan panggilan onde2. Walau apa pun panggilan di negeri dan tempat masing2 jom la kita makan buah mulung ini ya:~




 anak2 suka dengan kuih ini..lagi senang membuatnya..
 
senang dapat di bulan puasa....time gini kena buat la sendiri kalo nak makan....nasib baik akk tak letak inti stoberi hehehh.

IKAN TERUBUK GORENG GARING

Salam semua..sudah masak2 untuk  hidangan tengah hari ke...menu akk kali ini ialah ikan terubuk goreng garing..ikut resepi Dayang Jack. Ini menu semalam..hari ini baru dapat tayang.  Suka sangat dengan ikan terubuk goreng gini pas tu pulak ikan ini adalah pemberian dari HaSue yang berada di Sarawak, tq ya sue..lain kali kalo ada lagi kirim2kan lah pada akk ya. Dayang akk c n p resepi kat sini ya...akk ambil dekat Myr :~


Akk buat setengah ekor je...buat banyak kan cepat pulak habisnya

ini resepinya

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 1 ekor ikan terubuk masin (saiz M)( akk buat setengah ekor je )
  • 2-3 sb tepung jagung
  • 5 biji cili api (dihiris)
  • 4 biji limau kasturi (dibelah dua)
  • minyak utk menggoreng

Cara-cara


  1. Ikan terubuk dipotong bbrp kepingan (ikut suka) dan direndam terlebih dahulu (10-15 minit) utk mengeluarkan garam yg berlebihan.

  2. Kemudian ikan dicuci bersih dan dilap kering. Salutkan dengan tepung jagung. Biarkan seketika.

  3. Panaskan minyak dengan api perlahan. Apabila sudah panas, masukkan ikan satu persatu dan goreng sehingga betul-betul garing (goreng lama sikit tp jgn sampai hangus).
  4. Apabila sudah masak, angkat dan toskan. Susunkan ikan di dalam pinggan hidangan. Perahkan limau kasturi dan taburkan hirisan cili api di atasnya.
Suka sangat goreng ikan terubuk gini..harumnya melekat kat tangan

Wednesday, January 27, 2010

KEK STRAWBERRY

Salam semua..apa kbr semua.....adakah anda merasa bosan hari ini seperti mr superman.....atau di persimpangan delimma..antara dua pilihan..mana satu yang patut di pilih....seperti mcsue . Apa2 pun minum  petang mesti di teruskan meh la pekena teh o panas perisa strawberry  dan makan kek strawberry. Akk ni dah mabuk strawberry dah ni hehehhe. Jom minum petang:~


 

Akk guna resepi campak2 je..nasib baik menjadi  n sedap jugaklah..

Teh o tu tuang la sendiri ya.......

Tuesday, January 26, 2010

CILI CAMERON

Salam semua petang ini akk nak kongsi beraneka jenis dan kaler cili..semua cantik2 dan pedas berapi......Semua pic ini akk ambil masa beli sepasu cili hari tu...beli sepasu je..ambil kesempatan ehhehehee..lagi pun cantik sangat cili2 ini. Jom layan pic :~



 

 


 cili kampung..akk beli sepasu..rm 5.00
 

 

petik la sapa2 nak buat sambal belacan tu heheh

STRAWBERRY SHAKE

Salam buat semua...semalam akk tak berkesempatan nak masukkan n3..entah apa yang di sibukkan sangat. Hari ahad lalu 24.01.10 akk n famili sempat ke Cameron Highland. Hari ini saje je nak kongsi strawberry shake...ala2 coconut shake gitu...kisar ais , susu n buahnya...siap. Jemput minum ya..best ni panas2 gini :~



 
Masa akk pergi hari minggu tu..orang tak ramai sangat..agaknya orang dah balik kut..bagi yang menginap kat situ. Strawberry murah sangat....mula2 beli masa kat ladang tu mahal sikit...1 kg RM 15.00 kalau kutip sendiri RM 20.00. Beli dah kat sini sekilo..pas pergi kat Kea Farm pulak sini pulak RM 10.00 per kg, beli lg sekilo. Pas tu tgk yg packing kecil2 5 kotak RM 10.00 percuma pulak 2 kotak kecil..beli lagi.... yang ini bagi kat jiran2. Banyal lagi kat peti ais tu..tak tau nak buat apa.kenyang makan strabwrry

Sunday, January 24, 2010

SEPETANG DI STADIUM HOKI

Salam semua dan selamat pagi...tak pergi jalan2 ke hari ini. Petang semalam ( sebelum ni aku...dah tua2 ni akk la pulak ya..rasa kasar je guna aku tu.....) Akk berkesempatan pergi nonton anak2 mengikuti latihan hoki kat stadium bersebelahan UM tu..intai2 gak kut ada adik2 blogger kat situ heheheh:~


Setiap hari jumaat kul 2.30pm anak2 dari SKBB buat latihan kat sini


kalo hari sabtu dari kul 9.30 am sampai tengah hari


nampak dekat sangat dengan menara TM ni

Saturday, January 23, 2010

ECARD DARI HASUE

Salam semua....emmm sukanya dah la dapat besday card..pas tu dapat pulak bungkusan, tapi tak pegi ambil lagi dekat pejabat pos....tadi akk keluar pergi amik MIL kat Kepong. Bungkusan tu kena ambil 26.01 ni.  Pas tu pulak cik adik manis ni siap call lagi...sayang akk kat HaSue ni,,,,walau jauh di seberang lautan namun sue tetap ingat pada akk. Terima kasih ya sue......Pertama kali ni angkut ecard gini, sebelum nitak berapa nak pandai..maklum la rabun IT

Terima kasih banyak2 ya sue

HAPPY BIRTHDAY TO ME

Salam buat semua..hari ini 23.01. merupakan hari persekolahan ganti bagi anak2 di Kuala Lumpur. Hari ini merupakan Hari Lahir ku yang ke ...heheheh biarlah rahsiakan.Dah tua pun. Pada HaSue dan Adry mekasih banyak2 kerana wish akk awal2 lagi..masuk je detik 12..heheheh kira nak wish akk la tu tido lambat. Buat suami ku tersayang terima kasih banyak2 kerana telah menghadiahkan sesuatu yang amat aku sukai. Pemberianmu amat ku hargai..semenjak perkahwinanku abeku tak pernah lupa bagi hadiah...tak kiralah murah atau pun mahal..hadiah tetap ada..terima kasih ya sayang..I Love You forever.........Aku mendoakan agar Allah melindungi diriku dunia dan akhirat, dan sentiasa mengekalkan kebahagian rumah tangga kami..sehingga ke akhir hayatku.....amin   :~



 Esok kami nak pergi Cameron Highland ( itupun kalo jadi la ) sapa2 yang nak pergi esok boleh lah jumpa kat sana heheheh. Okey Salam sayang buat semua dan senyum2 sokmo ok

Friday, January 22, 2010

PERCIK KEMBUNG

Salam semua...tengah hari tadi sempat lah jiga aku membuat ikan percik ni..tapi bakar atas dapur gas je...arang ada tapi kemalasan melebihi kerajinan nak buat macam mana kan..rasa ok lah juga. Biasanya time puasa je baru bakar guna arang..heheheh boleh main ngan api n asap..jom makan ..ambil lah seekor seorang ya :~



  sedang dibakar ..harum semerbak..versi putih..kalo nak yang merah letak cili giling je

Ok semua selamat makan malam ya...senyum2 lah sokmo yaaa...............

SAYUR AIR

Salam semua..ini lah hasil dari fish ball semalam....tumis bawang putih pas tu letak air..masukakan sayur sikit..n letak kiub ayam separuh..siap,,,kalo ada sawi pun sedap. :~


 dapat la 2 mangkuk sayur
 

menu semalam ni..semua dah habis pun..ok semua . senyum sokmo ok

Thursday, January 21, 2010

HOMEMADE FISH BALL

Salam semua....tercetusnya idea nak biat bebola ikan ini dah lama....hari tuuuu ( lupa bila) pg jepun jalan2 umah hana..tgk fish ball buatan sendiri, pas tu umah nOOrsha pun ada juga. Hari ini sampailah hajat hati aku membuatnya...memandangkan ada banyak ikan yang minggu lepas dok menyemak kat peti ais ..jadi lah bebola ikan ni....sedap bangat. Rasa macam keropok lekor/kopok losong pun ada. Apa taknya isi ikan dan sedikit tepung ubi je, pas tu garam sikit dan lada sulah....masuk dlm FP...pasbulatkan..dan rebus sekejap.:~


ini lah hasil fish ball ku..guna 4 ekor ikan sardin ( selayang )

pas ni nak buat sayur air....heheheh ala mcm sup sayur laaa

MAJLIS PERPISAHAN - MAMA YAM

Salam semua..malam tadi selepas isyak ada majlis perpisahan yang diadakan di surau kawasan kami..atau pun perjumpaan antara jiran wanita KRT kawasan kami. Pada 28.01.10 ini mama yam akan berpindah ke Ipoh..kerana suaminya telah pencen....beranika makanan yg terhidang...dari yang moden hingga ke tradisi semua ada...masing2 membawa makanan sendiri...Tapi aku lupa la pulak nak snap pic beraneka makanan tu....jom la layan gambar mama jiran ku ini:~


kek je yang aku snap heheh..kuih2 lain lupa pulak


Inilah mama Yam..bersama pengerusi jiran wanita (KRT )


Potong jangan tak potong..pas tu kita makan...sedap kek ni.


Wednesday, January 20, 2010

HAPPY BIRTHDAY

Selamat hari lahir yang ke 6 buat Muhammad Aqil Iqbal 20.01...jagan nakal2 ya. Petang esok kita ajak kawan2 aqil makan2 ya.




Tuesday, January 19, 2010

KETUPAT GORENG

Salam dan selamat pagi buat semua ya, aku harap kawan2ku sekelian berada dalam keadaan sihat walafiat ya. Kali ni n3 macam pelik bagi yang tak pernah makan..ketupat goreng..heheheh macam juga aiskrem goreng tu..mcm pelik tapi sedap jugak kan...tak kenal maka tak cinta. Pada pandangan aku la kisah ketupat goreng ni begini: orang zaman dulu time nenek moyang kita ni..mereka panjang akal, ketupat bila melebihi 3 hari kemungkinan besar basi lagi satu keras..jadi untuk tidak membazir mereka telah menggorengkan ketupat ini..pas tu jadi ikut2an anak2 dia pulak...jadi tidaklah membazir. Rasa ketupat goreng ni sedap juga dan garing2 sikit. Kalo ada tupat yg lebih boleh la di goreng ya. Jom makan tupat goreng :~


pelik tapi benar ya...jangan keliru.Ketupat palas yang tak habis esoknya kita goreng, sedap bangatt



ok senyum2 sokmo ya....byeee

Monday, January 18, 2010

MANDI MANDA DI HUTAN LIPUR KANCHING

Salam buat semua...petang semalam aku dan keluarga sempat ke Hutan Lipur Kanching yang terletak berhampiran Rawang. Perjalanan dari rumahku lebih kurang 20 minit....itupun kalo tidak ada trafficjam la...anak2 ku semua cukup suka mandi manda kat sini, sebelum ini pun aku selalu jugaklah datang mandi kat sini ( aku tak mandi...takut la air sejuk sangat daa ) tak yah cari la muka aku dlm air tu mmg tak ada..bahagian snap pic je....ooo dulu2 anak2ku mandi kat bawah je...tak nampak langsung bayang air terjun..kali ini adventure sikit..kena naik tangga....lenguh jugak la....aku duduk2 di tingkat kedua sahaj..tak larat dah nak mendaki anak tangga dengan lebih kurang 15 minit lagi utk sampai ke atas..tapi dekat sini pun best sangat...jom mandi kat sini :~



 
my abe ku baju biru jaga anak2


eqa n aqil...syokk je mandi...walaupun menggigil


Ini bukan aku ya...my SIL..adik abe saye ku...ada sapa2 nak jadi biras aku tak heheheh..


amirul n ariff.....angah n along


tapi awassss ya kat sini banyakkk sangat sang monyet.....hati2 dengan makanan masing.....kalo tak mesti di copek olehnya..

Ok semua......n senyum2 lah sokmo..tak rugi pun

Sunday, January 17, 2010

KARI IKAN BAWAL

Selamat malam buat semua....sebenarnya hari ini aku nak letak n3 pasal hutan lipur kanching..selepas temple park tu.....alih2 gambar pulak yang aku pilih tu masuk fail mana entah....jadi untuk n3 aku hari ini..aku letak la kari ikan bawal ni...sebenarnya menu  hari apa pun aku dah lupa...memang sah2 dah habis ya..gambar je buat kenangan hehehhada sapa2 masak ikan bawal tak hari ini.:~


cubit sikit..tengok isinya yang putih dan manis itu..sedap juga ikan bawal buat kari



ok semua..selamat makan malam dan senyum sokmo okey..........

Saturday, January 16, 2010

ASYURA KELATE LAGIIIII

Salam dan selamat malam buat semua....sungguh tak ku sangka dapat lagi aku merasa asyura kelate ni lagi......  Baru kejap tadi masa aku dan famili makan malam..datang jiran kelate ku memberi asyura ini...rupa2nya hari ini dah 30 muharam. Asyura ini lain sikit dengan yang MIL aku buat tempoh hari. kali ini ketua masak2 ni peringkat kakak sikit dari aku..pas tu rajin make up sekali.....rasanya boleh tahan semuanya, Tapi bila dah yang muda sikit buat hasilnya pun lain...lebih2 lagi dikacau oleh jiran wanita sahaja..kederat kurang sikit....dan lembik sikit..agaknya tak sampai 8 jam kacau kut. Meh la sapa2 yang nak merasa asyura kelate di buat di Kuala Lumpur. Tq buat Umi Maznah kawanku kerana telah memberi asyura ini pada ku. Jemput rasa semua :~


yang ini siap make up lagi....beras goreng n telur yg di hiris halus..aku pun tak kenal dh rupa telur dadar ni

 

Ok semua selamat malam..jangan lupa senyum2 sokmo okey..bye

KUE TEOW GORENG

Salam selamat pagi semua ..dah sarapan ke belum. Hari aku masak kue teow goreng..meh la sapa2 nak makan ada banyak lagi ni. Hari ini campur semua sikit je..isi ayam,udang, sotong,telor dan kerang....pas tu letak taugeh sikit. anak2 aku ni kalo taugeh dalam keu teow gini dia orang makan pulak..tapi kalo sawi ...gerenti tolak tepi ....jom makan :~


Selamat bersarapan buat semua dan senyum sokmo tau...utk awek muda gitu

Friday, January 15, 2010

GULAI NENAS IKAN KERING

Salam semua....sekejap je dah hampir 12.30 pm..anak2 pun dah balik dari sekolah......,menu rumah aku hari ini..gulai nenas dengan ikan kering ..lama sangat tak masak gini.....tengah panas lagi ni...jemput makan semua.......... :~


Masak gini makan dengan ikan goreng sedap sangat....budu jgn lupa ya.

Selamat menunaikan solat jumaat pada anak2, adik2,abang2 dan bapa2 sekelian......dan senyum sokmo okey..chowww

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...