Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, February 13, 2010

NASI LEMAK DAUN PISANG

Salam dan selamat pagi buat semua........tak ke mana - mana kehari cuti yang panjang ini. Walaupun kemana dan dimana kalian semua berada, akk doakan kesejahteraan buat semua dan semoga di lindungi Allah selalu. dah sarapan ke pagi ini. hari ini kk masak nasi lemak, pas tu terasa pulak nak makan dalam daun pisang...nasib baik ada anak pisang kat umah ni...boleh la dipotong kalau perlu. Bila makan dalam daun pisang gini..lain pulak rasanya dan lebih beraroma dan bertambah2 lah kesedapannya, Jom sarapan :~

 
Nasi ini khas buat Ngexz yg belum bersarapan tu..telor sebiji cukup tak Ngexz...sian dari semalam akk bg mkn eskrem je

 
Yang ini untuk semua...ambil lah kalo belum bf lagi heheheh
Sealamat bercuti buat semua, dan hati2 dijalan raya ok

Friday, February 12, 2010

AIS KREM STRAWBERRY

Salam buat semua..dah lama tak update n2 ni...ais krem ni  dah lama akk buat dan semamangnya dah habis pun...cuma terlupa nak letak kat n3. Untuk menghabiskan buah stroberi akk buatkan ais krem malasia ni seperti yang  Wachak cadangkan.....tq ya chak...habis gak stoberi tu...mmg seedap cuma akk letak susu ganti tepung jagung tu.......

 
  
bila malas melebihi segalanya...masukkan saja dlm ais kiub hehehh cepat je siap.......... semunya dah habis...n mmg dah lama pun buat.....

Wednesday, February 10, 2010

TAPAI SIRA.....

Salam dan selamat petang buat semua rakan2 di alam maya ini....pelik je kan bunyi tapai sira, tapi rasanya sedap sungguh..tapi jangan la terlampau manis pulak. Tentu ada yang tak pernah makan dan tengok tapai ubi yang di sira. Selain tapai goreng akk juga sangat tapai sira gini......jom jamu mata:~

 
  
 Tapai sira ini kalo ore kelate mesti tau mkn n buatnya.... tak gitu Mcsue 

 p/s tapai sira ni kalo guna tapai ubi kuning lagi bast....atau tapai yg keras sikit..akk guna ni tapai yg lembik sikit..nmpk mcm hancur bila kuah tu meresap 

TAPAI SIRA
Bahan - bahan

5 ketul tapai ubi
1 keping nisan/1/2 ketul gula melaka ( kalo suka manis boleh tambah gula )
1 cawan santan sederhana pekat
sedikit garam
Daun pandan

Cara - cara
Didihkan santan bersama nisan/gula melaka sehingga hancur bersama daun pandan dan sedikit garam. Apabila nisan hancur masukkan tapai dan kecilkan api....masak sehingga kuah pekat ........siap.simple je membuatnya. selamat mencuba.......

Tuesday, February 9, 2010

DINNERKU

Salam semua...malasnya nak masak hari ini....tengah hari tadi anak2 semua ada latihan hoki dan rumah sukan..jadi masak nasi goreng je lah untuk penyelamat perut dari kelaparan. Malam ni my abe tapau kfc..itu pun nyaris nak habis baru baru ingat n3 belum ada lagi untuk hari ini. So snap pic kfc je lah, beli 12 ketul pun tak habis juga..masih berbaki lagi tu.....

tinggal 4 ketul baru snap pic hehehhe
 

setidak - tidaknya ada juga n3 akk hari ini kan...

Sunday, February 7, 2010

LOPAT TIKAM

Salam buat semua..pagi tadi bf dengan bee hon goreng, pas tu terasa pulak nak makan lopat tikam pulak. Ari tu tgk kat rumah Mcsue sengal tu..bahan2 semua ada buat je lah, kalo nak beli kat KL ni memang payah la, kecuali time posa je senang sikit dapat. Akk pun tak tau nama yang sebenarnya sama ada Lopat atau Lompat tikam. Jom lah makan kuih tradisi kelate negeri kelahiranku:~

 

  
yang hijau tu buat 1 cawan je, pulut masak lebih sikit, anak2 suka pulut.
kalo ada yang nak resepi bagitau ya..nanti akk updatekan......

BAHAN2NYA
1 cawan tepung beras
3 cawan air
sedikit pewarna hijau
1 sudu besar air kapur
CARA2
Satukan kesemua bahan2 diatas, tapiskan kedalam kuali. Dengan menggunakan api yg sederhana kacau sehingga pekat dan berkilat. Sejukkan di dalam loyang.
♥♥♥
1 cawan pulut
sedikit pewarna merah
sedikit garam
1 cawan santan ( anggaran )
Masak seperti memasak nasi...Sukatan santan sepaptutnya lebih sedikit dari pulut
#######

3 cawan santan
1/2 cawan tepung beras
sedikit garam
Satukan kesemua bahan diatas kemudian kacau diatas api yg sederhana sehingga kuah agak pekat, rasakan untuk mendapat rasa lemak2 gitu
@@@@@@@@@@
3 keping nisan / gula melaka
1 cawan air
daun pandan
Masak sehingga agak pekat sedikit
"
"
"
SIAP

Saturday, February 6, 2010

HONEY PRAWN

Selamat tengah hari semua, hari ini merupakan hari persekolahan ganti untuk raya cina nanti. Tengah hari  ini akk memasak honey prawn resepi yang di ambil dari MYR..dan resepi kepunyaan Dayangjack. Izinkan akk C n P ya Dayang. :~

 

HONEY PRAWN

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • 400 gm udang basah (diperap bersama serbuk kunyit, garam dan 1 sudu makan tepung jagung selama 10 minit. Kemudian digoreng sehingga garing)
  • 1 labu bawang besar*
  • 1 biji cili merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 3 sudu makan madu (dibancuh dgn 60 ml air)
  • 2-3 biji cili api (diketuk)
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan jus lemon (kalau xde, boleh guna jus limau kasturi, limau nipis atau jus oren)
  • sedikit daun ketumbar (dihiris)
  • 1/2 sudu besar kicap pekat

Cara-cara

  1. Kisar bahan2 bertanda *.
  2. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 kisar hingga garing.
  3. Masukkan madu, kicap dan sos cili. Kacau sedikit. Kemudian masukkan cili api dan daun ketumbar.
  4. Setelah kuah agak kering, masukkan udang, jus lemon dan daun ketumbar. Gaul mesra selama 10 saat. Tutupkan api. Hidangkan.
  5. ****boleh tambah sos tiram atau garam jika suka (terpulang pd citarasa sendiri)

Friday, February 5, 2010

BEE HON BERKUAH

Salam dihari jumaat buat semua rakan2 di alam maya ini...apa khabar semua. Akk harap semua dalam keadaan sihat walafiat dan di lindungi Allah selalu. Menu lunch akk hari ini bee hon berkuah, kalu kat kampung panggil bee hon rebus...tapi rebus jernih gitu je,memang lain sangat dengan mee rebus di tempat2 lain. Tapi bee hon rebus gini sangat popular di Pasar Tanah Merah Kelantan....kedai dia mesti penuh dengan pelanggan. Jom makan bee hon rebus versi kelantan. :~

 
 letak 2 mangkuk senang nak tambah hehehh..ada banyak lagi tu
  

Anak2 ada latihan hoki petang ini,jadi tak boleh makan yang berat2 gitu. Jadi malam la pulak akk masak nasi. 

Thursday, February 4, 2010

ROTI JALA BERKARI AYAM....

Selamat malam buat semua..sudah makan ke belum ni. Malam ni rumah akak tak masak nasi, tapi makan juga walaupun roti jala. Panas2 lagi ni...sapa2 yang belum makan tu meh la sila ambil dan makan sampai kenyang hehehe. Jom makan perut akak pun dah lapar ni. :~

 

  
ini yang lipat2 senang sikit nak lipatnya


kari ayam berkentang..kuah buat pekat2 sikit.
Bahan2

2 cawan tepung gandum
2 cawan air
sedikit garam
pewarna kuning
sebiji telur
sedikit minyak
1 sudu teh minyak untuk di sapu pd kuali


Cara2 membuatnya

Blender kesemua bahan2 di atas...panas kan kuali dengan sedikit minyak msk, kemudian mulakan jalaan anda,pas tu tutup dengan tutup periuk. Msk dlm satu minit kemudian lipat atau gulung.  Insyallah adunan ini tidak melekat dikuali. Minyak tidak perlu disapu pada kuali lagi untuk jalaan seterusnya. Buat sehingga habis.


Tuesday, February 2, 2010

KARI KEPALA IKAN MERAH

Selamat malam..sebelum akk zzz..nak juga letak n3 hari ini, walaupun masakan bukan lah spesial sangat pun.....saje nak kasi org lapar malam2 ginikan. boh n3 esok kan basi pulak lauknya. ok lah layan pic..lauk pun dah habis. Lauk yang lunch tadi lupa lak nak snap. Jomla layan kari ikan merah ni :~

 

  
sayur kacau goreng je....
 

lauk2 lain biasa la ikan goreng, ayam goreng..dan ulam2an....gud nite semua

KERABU MANGGA IDAMAN

Salam buat semua...pagi tadi pergi ke pasar selayang..pas tu jumpa la pulak orang jual mangga yang tak berapa masam dan sedap je bau buah mangga ni. Hajat hati lama dah nak makan kerabu mangga buatan sendiri ini. Lagi pun bahannya semua dah ada. Ada sapa2 yang mengidam atau terasa-rasa nak makan mai la umah akk ni.  Buat Aie yang lama mengidam tu , ambil la sepinggan ..sakit perut akk tak tahu.Jom makan kerabu mangga :~


 
ok lah tak pedas sangat..anak2 pun boleh makan
umtuk resepinya

3 biji mangga muda ( sagat/hiris memanjang)
*3 biji cili padi..kalo nak pedas boh la byk2 - akk tak suka pedas )
*1 ulas bawang putih
*2 sudu besar udang kering ( goreng tanpa minyak )
2 sudu besar sos ikan
1 sudu besar gula gabung

Cara2nya
Tumbuk bahan2 bertanda *...lepas tu gaulkan bersama mangga yang sudah di sagat tadi...siap.

enak dimakan begitu saje atau bersama dengan nasi



Monday, February 1, 2010

MASAKAN SIMPLE

Salam semua.....dan selamat bercuti pada semua warga Wilayah Persekutuan....anak2 semua bercuti hari ini. Riuh la sikit rumah pagi2 ini. Tapi kejap lagi keluar untuk menjalani latihan hoki pula. Antara menu yang tak sempat letak di n3 :~
kangkung goreng belacan

tongkol goreng kicap

sambal sotong

sambal bilis kentang
.

daging goreng

Okey semua dan senyum2 lah sokmo ya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...