Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, April 30, 2010

COK BANTAL

Salam dan selamat petang buat semua. Dua tiga hari lepas akk ada buat cok bantal, semua anak2 suka makan, sekejap je dah licin. Jom la sapa2 nak buat cok bamtal resepinya ada akk copy n paste dari Myr, terima kasih banyak2 myr dan mommamia.

Ini lah rupa cok bantal hasil tangan ngan anak2...berbagai pesen ada. Akk makan dengan sambal sardin .

Bahan-bahan ( 4-5 org makan )

  • 3 cawan tepung gandum - diayak
  • 2 sudu teh yis
  • 3 sudu teh garam
  • 3 sudu besar gula halus
  • 3 sudu besar butter / margerin (suhu bilik)
  • 1 biji telur
  • ¼ cawan air ( tambah@kurangkan bergantung doh)
  • Bahan - Bahan Sambal Bilis
  • 150 - 200 gm ikan bilis (dibasuh dan ditoskan)
  • 1 labu bawang besar dimayang
  • 6 ulas bwg merah (Ditumbuk /blend)
  • 3 ulas bawang putih (Ditumbuk /blend)
  • 4-5 sudu cili boh
  • 1/2 inci belacan (Ditumbuk /blend)
  • ¼ cawan air asam jawa (lebihkan kalau suke masam)
  • Garam dan Gula secukupnya

Cara-cara

  1. Untuk CokBantal: Campurkan semua bahan-bahan kecuali air dan kacau. Masukkan air sikit-sikit sambil uli doh.Uli sampai sebati dan licin.Tutup mangkuk doh dan perap selama 30 minit. Canai setebal 1 cm dan potong ikut pattern yang anda suka.(kite potong bentuk bantal peluk =P) Goreng dalam minyak deepfry yang telah dipanaskan sampai warna keemasan..nampak garing..SIAP!
  2. Untuk Sambal Bilis : Tumiskan bahan blend hingga garing sikit.Masukkan cili boh dan goreng hingga naik minyak.Tambahkan air asam, gula dan garam.Masukkan ikan bilis dan bawang besar dan goreng hingga masak. Happy trying! =)
  3. *Suggestion : Masak sambal bilis dulu supaya boleh nikmati cok bantal panas-panas.

Wednesday, April 28, 2010

BRONOK ( KUIH SAGU )

Salam semua.....dah minum petang ke, sebenarnya kuih sagu ni dah lama akk buat tapi tak letak gambar je. Kali ini nak kongsi resepi pulak . Biasanya buat kuih ni main kacau je, tapi kali ini mencuba pula resepi mama kastam tioman, hasilnya semua sagu menjadi jernih dan cantik. Tapi gambar akk ni tak berapa cantik biasala kelabu asap je lah........jom layan sagu bronok yang tak seberapa ini, tapi teramat sedap.Minta izin c n p resepinya mama n myR ya untuk rujukan masa hadapan....terima kasih.




Bahan-bahan ( Loyang 22 cm )

  • 1 gelas sagu biji kecil
  • 3 gelas air
  • 3/4 gelas gula pasir
  • Sedikit pewarna merah
  • 1/2 biji kelapa parut putih sahaja
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu teh esen rose

Cara-cara

  1. Panaskan air + pewarna merah sehingga mendidih.
  2. Masukan sagu, kemudian kacau rata.
  3. Masukan gula, gaul rata. Apabila adunan nampak pekat sedikit, masukan kedalam loyang.
  4. Kukus selama 20 minit. Walaupun kuih ini boleh di kacau saja di dalam kuali tetapi apabila di kukus, sagunya akan nampak berbiji-biji. Lagi enak rasanya
  5. Apabila sudah masak, sejukan dan potong ikut suka dan gaul dengan kelapa..siap.

IKAN SIAKAP KUKUS

Salam dan selamat petang buat semua....akk harap agar semua rakan2 alam maya ini sihat walfiat ya. Pagi tadi pergi Pasar Selayang, tengok2 my abe beli ikan siakap pulak tu dipotong2 pulak...hehehehdia bukannya tau kalo beli ikan semuanya disuruh siang n potong untuk menyenangkan bini dia rajin ini la heheheh.  Walaupun siap di potong namun akk tetap kukus juga tapi rasanya tidak mengecewakan lah juga . Jom makan ikan siakap kukus :~

Ini lah versi ikan kukus hentam sajelah heheh. Ok semua ini je lah n3 untuk hari ini.

Friday, April 23, 2010

SEJAMBANG MAWAR MERAH DARI AZATIE

Salam dan selamat petang buat semua......cantik sunggu mawar merah pemberian azatiesayang ni...dan harum semerbak rumah akk ni. Tq ya azatie.

Thursday, April 22, 2010

HOKI ZON BANGSAR - JUARA SKBB LELAKI

Salam dan selamat petang buat semua. Dah lama nak letak n3 hoki ni tapi tak berkesempatan. Perlawanan ini sebenarnya berlangsung pada 25.2.2010 lagi. Saje je akk nak kongsi gambar2 ini sebagai kenang2an.

Pasukan hoki perempuan SKBB

 Pemenang tempat pertama hingga keempat mendapat pingat.
Eqa anakku tahun 3 dapat wakil sekolahnya dan mendapat tempat ketiga.
Amirul tahun 6 juara hoki zon bangsar
Pasukan lelaki mendapat tempat pertama, manakala pasukan perempuan mendapat tempat ketiga.
Pasukan lelaki akan berlawan lagi untuk peringkat negeri pada 26.04.10, ini harap2 anak2 sekelian akan berjaya juga.


Cikgu Zahida, Hasniziah dan Mr Gurdip ( jurulatih ) bersama piala pusingan dan pingat )

Wednesday, April 21, 2010

AWARD DARI E-NA

Salam dan selamat petang buat semua. Terima kasih buat e-na dapat akk bunga tulip yg comel ini..terasa diri ini di hargai. Semoga persahabatan di alam maya ini akan berterusan sampai bila2. Tq E-Na

Tuesday, April 20, 2010

SUP TULANG

Salam buat semua...semoga sihat dan ceria sentiasa. Menu lunch akk hari ini sup tulang resepi dari kak nor ganu. Best sangat sup ni... tak berminyak dan beraroma. Minta izin copy n paste resepi ya kak nor



SUP TULANG

Bahan-bahan ( 4 - 5 org makan )

  • 1 kg tulang lembu (lebih sedap jika digunakan tulang rusuk)
  • 3 biji bawang merah - dimayang halus
  • 1 ulas bawang putih - dimayang halus
  • 2 in halia diketuk
  • 1 sup bunjut
  • 1 1/2 sudu besar lada hitam - ditumbuk
  • bahan penumis :5 kuntum bunga cengkih, 3 biji buah pelaga, 1 btg kulit kayu manis dan 1 kuntum bunga lawang
  • 3 biji ubi kentang
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 btg celery jika suka
  • 1 kiub pati ayam
  • air
  • bawang goreng dan daun sup

Cara-cara

  1. Bersihkan tulang dan masukkan kedalam periuk bersama air. Sukatan air mestilah sekali ganda lebih dari paras tulang. Masaklah sehingga daging 1/2 empuk. Jgn buka api terlalu kuat kerana ini akan menyebabkan daging di tulang akan menjadi keras dan liat. Sebaiknya gunakan api yg sederhana shj. Masukkan sedikit garam supaya isi daging menjadi lebih sedap.
  2. Ceduk keluar bhg. berminyak yg terdapat dipermukaan air rebusan tulang tersebut. Biarkan sehingga ia sejuk dan masukkan kedalam peti ais. Akan terdapat satu lapisan membeku dibhg atasnya dan bolehlah dibuang, manakala air rebusan yg dibahagian bawah itu dimasukkan kembali kedalam air rebusan tulang. Kaedah ini dapat menghalang mulut/bibir kita menjadi berminyak setelah makan sup tersebut. Kaedah ini juga boleh digunakan jika hendak memasak gulai tulang..
  3. Masukkan rempah sup bunjut, halia dan ubi kentang. Bolehlah ditambah air jika kuah kelihatan tidak mencukupi. Masukkan juga serbuk lada hitam dan kiub pati ayam.
  4. Dalam kuali berasingan, panaskan sedikit minyak dan tumislah bahan penumis hingga wangi dan masukkan bawang merah dan bawang putih yg telah dimayang. Goreng sehingga bawang tersebut menjadi garing dan curahkan kesemuanya kedalam periuk rebusan tulang (termasuk minyak).
  5. Masukkan celery jika ada dan masukkan garam dan gula mengikut cita rasa masing2. Masaklah sehingga ubi kentang dan daging empuk. (tulang memang tak leh empuk kan.. hehe)
  6. Hidangkan ke dalam mangkuk dan taburlah bawang goreng dan daun sup. Sedap dimakan dgn roti bantal. Kalau ada vit. R boleh aje buat roti benggali sofinar or roti nasi onigiri.. 
Tq ya  Kak Nor Ganu n Myresepi

Tuesday, April 6, 2010

ROSE COMEL DARI LINAPG

Salam buat semua sahabat2 dialam maya ini. Lama sudah akk tak letak N3. Ini bunga rose comel dari linapg, dh lama nak angkut tapi apa kan daya akk tak berdaya heheheh. Nasib baik bunga ni segar bugar lagi. thanks ya dik na




Akk suka sangat dengan rose2 ni maklumla nama pun dh ada iras2 rose juga.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...