Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, June 30, 2010

BUAH SENTUL

Salam n selamat petang buat semua. Ini adalah buah sentul, ada sapa2 yang tak kenal ke......buah ini sebenarnya pemberian jiran akk....tapi akk tak dpt mkn...jadi akk jeruk, heheheh tapi yang jeruk tu pun tersimpan kat peti ais je...sekarang ni akk tak berapa suka yang masam2.....kalo nak tengok buah2, bunga2an boleh lah ke blog EN DAUN ya...macam2 pkk ada kat situ :~

Ini lah rupa buah sentul bagi yang tinggal kat bandar mungkin tak pernah makan buah ni...masa akk kecil2 dulu makan gitu je...tak rasa masam pun...bila dh tua gini rasa mcm masam je nak makan. Yang jeruk nnt akk letak kemudian, gambar tak ambil lagi.

KUIH ke APA

Salam dan selamat pagi semua...rajin sikit hari ni...update pagi2 sikit...sebenarnya ini menu BF anak2 akk semalam...akk pun tak tau apa nama benda ni...nak panggil kuih ke apa ntah. Hari tu akk pergi umah makcik akk, kemudian dia bagi akk kuih ni 2 bekas ada dalam 20 biji yang frozen . Makcik akk tu dah bagi tau namanya tapi kk lupa la...mcm pelik sikit nama dia...bukan nama melayu heheheh. Mungkin ramai kawan kat sini pernah makan n buat sekali. Isi kat dalam tu karot, isi ayam n bawang besar.....anak2 akk semua suka...kalo sapa2 ada resepi boleh lah akk minta ya.....mmg best betul mkn ngan sos cili  n mayo.....kat luar dia bersalut serbuk roti. Jom layan pic :~

Inilah rupanya
Lupa pulak daun sup pun ada juga kat dalam tu

Tuesday, June 29, 2010

TEPUNG PELITA

Assalam dan selamat petang buat semua....Kuala Lumpur baru saje lepas hujan...jadi selalu kalo hujan n petir akk akan offkan line tenet umah ni...sebab pernah dah terbakar....Lambat sikit akk letak n3 hari ini. Sebenarnya lepas siapkan lunch anak2 tengah hari tadi terus akk buat tepung pelita ni...takut ptg2 tu kemalasan menjelma tiba...huhuhu nnt tak dapat la akk berbuka puasa ngan tepung pelita ni. kepada rakan2 yang berpuasa hari ini, selamat berpuasa n selamat berbuka ya, jom layan gambar :~


Ini lah tepung pelita akk....kalo nak guna daun pisang tu, nampak gayanya tak makan tepung pelita buatan sendiri lah . Bila letak daun pandan tu ada juga harumannya

BAHAN - BAHAN

Lapisan Hijau
1 cawan tepung beras
4 cawan air
sedikit pewarna hijau
1 sudu besar air kapur


~ Di dalam bekas satukan kesemua bahan2 di atas. Tapiskan kedalam kuali dan kacau hingga agak pekat. Sila guna sudip/ spatula besi agar tidak berkerak n melekat didasar kuali.   Gunakan api yang sederhana. 




Lapisan Atas ( Putih )
1/2 cawan tepung beras
3 cawan santan  - 1 cawan santan pekat + 2 cawan air )
Garam secukup rasa - rasa lemak2 sikit
~ Satukan kesemua bahan ini didalam periuk kacau sehingga pekat.


Daun pandan
Gula secukupnya

Penyediaan


~ Sediakan cup kecil / loyang  atau apa2 bekas. Potong daun padan anggaran 2 inci. Letak dibahagian bawah , selepas itu  masukkan sesudu kecil penuh gula. Kemudian diikuti adunan berwarna hijau ( masukkan menggunakan sudu ). Selepas itu masukan lapisan atas Putih ). Kukus lah selama 10 ~ 15 minit dengan menggunakan air yang telah mendidih.


Akk dapat 14 cup kecil


Pada sapa2 yang ingin mencuba di persilakan....dan kepada yang berpuasa selamat berbuka ya

Monday, June 28, 2010

AIR KELAPA MUDA

Salam dan selamat petang buat semua...dah minm petang ke.....semalam akk ke Lumut menziarahi adik ipar yang masuk spital Sri Manjung kerana appendiksnya dah pecah....tak sangka pulak masa hari khamis tu akk dah jumpa dia....masa tu dia tengah sakit perut yang amat......p klinik dokter bagi ubat sakit perut je....dia balik ke lumut check semula baru tau ada appendiks tu mlm tu juga kena operate. Semalam sebelum blk Kl sempat juga akk singgah minum air kelapa ......best n murah pulak tu

Emmmm segar bila dapat minum air kelapa ni.........



Patut la air kelapa murah kat sini....banyak sangat pkk kelapa di tepi2 jalannya...akk snap dari kereta yg bergerak je hehehehh. Ibu2 yang yang bakal melahir tak lama lagi elok sangat meminum air kelapa ini...kerana selain dari memudahkan proses bersalin tu akan mencantikkan lagi kulit baby. Jom Linapg kita minum air kelapa

ROTI BAKAR ABEKU

Salam dan selamat pagi buat semua, akk harap semuanya berada dalam keadaan yang baik dan ceria sentiasa. Roti bakar abeku nama di beri oleh kerana sememangnya dibakar oleh abe akk. Ini menu masa akk puasa hari tu....jadi dia bakar sendiri la roti tu.....tang tengah tu dipotong bulat menggunkan cawan, pastu sapu majerin n letak telur dibahagian tengah2 tu...taburkan pepper...sedap dia cakap....kalo sapa2 nak buat boleh la :~


Best dia ckp rangup2 gitu

Bahan2
4 keping roti gardenia
2 biji telur
lada sulah
majerin utk disapu pada roti


Cara2nya.
  ~2 keping roti disapu majerin
  ~2 keping lagi dipotong bulat dibahagian tengah dengan menggunakan cawan
  ~kemudian ambil roti yg disapu majerin dan letakkan dibahagian bawah, dan roti yg dipotong dibahagian atas. Selepas itu  pecahkan telur...dan tabur lada sulah. Untuk mencantikkan lagi boleh la diletakkan cili merah n daun sup. pas tu bakar lah sehingga garing. Sedap dimakan panas2....


orang bujang pun boleh masak gini...simple sangat....sambil2 dok layan bola boleh juga makan2. kalo tak ada oven bakar diatas dapur gas yang dialas pun boleh juga ya adik2 bujang akk

Saturday, June 26, 2010

SAMBAL IKAN ATAU SERUNDING IKAN

Salam dan selamat malam buat semua....ini lah rupa sambal ikan yang akk guna dalam pulut lepa tu...masih ada banyak lagi, tunggu kerajinan yang menggunug untuk akk buat mini karipap...harap2 tak berkulat lagi lah sambal ikan akk tu....Resepi samabl tu ada kat pulut lepa tu...akk guna ikan yang banyak...adadalam 2 kg ikan...sbb tu hasilnya pun banyak jugalah.....makan ngan nasi gitu pun sedap.:~


Ginilah rupa sambal ikan akk....

Friday, June 25, 2010

PULUT LEPA ATAU PULUT PANGGANG

Salam dan selamat petang semua...azan asar baru saje berkumandang...sekejap je masa berlalu. Petang ni akk buat pulut lepa. Biasanya sebelah kelantan panggil pulut panggang ni dengan pulut lepa, entah la akk pun tak tahu la asal usulnya. Lama dah rasa nak buat pulut lepa ni....lebih2 lagi  hari tu akk ada buat sambal ikan atau lebih dikenali dengan serunding ikan..., tapi akk dah biasa panggil dengan sambal ikan je......Petang ini dengan rajin campur juga sedikit kemalasan akk gagahkan jua membuat pulut lepa versi akk sendiri...biasa kalo beli kat kedai atau pasar malam mereka selalu menggunakan inti serunding kelapa......tak menepati citarasa akk pulak kalo inti kelapa tu. yg ori kelantan sambal ikan la...best, jom layan gambar yang tak seberapa ni.....tak sabar nak makan ni tapi kena tunggu magrib dulu la...baru dapat makan,........


Bakar ngan dapur gas je..bau sedap je

Daun pisang yang cinonik je....anak pkk pisang je hehehe
Pulut yang digaul ngan santan
~21/2 cawan beras pulut ~ direndam seketika, kalo beras pulut yg putih melepak tu rendam sekejap pun dah memadai.

~1 cawan santan pekat
~1 sudu besar gula
~garam secukup rasa......untuk rasa lemak manis

~ Kukus pulut sehingga masak, kemudian angkat dan digaul dengan santan yang telah dicampur dengan gula dan garam. Kemudian kukus lagi sehingga pulut berwap ataupun masak


Lepas tu buatlah mengikut kereativiti masing2.......akk main bungkus je....pesen kurang kreatif. Tq buat abe yang tlg bakar heheheh...sampai lupa nak snap pic masa dok bakar heheh.


Sambal ikan ~ bahan2 asa je akk boleh bagi, akk masak main boh je
:~

 Ikan di rebus, guna isi sahaja, dan diblender dgn santan~ apa2 jenis ikan sahaja, akk guna ikan selayang
Santan
Garam, lengkuas, halia, bawang merah, bawang besar, 1 ulas bawang putih, rempah, sedikit cili kering. 1 keping asam keping, serbuk perasa, dan sedikit nisan......semua diblender.

Satukan kesemua bahan2 didalam kuali dan dikacau selalu. Masak sehingga betul2 kering.

Thursday, June 24, 2010

UMRAH ~ MIL ~ SIL ~ BIRAS

Salam dan selamat malam buat semua...pagi tadi akk pergi ke KLIA untuk menghanntar MIL  n adik ipar serta suami dia menunaikan umarah....Semoga perjalanan kalian di lindungi allah sentiasa, semoga segala urusan di tanah suci nanti di permudahkan oleh Allah Subhanawataala.... Kami semua mengucapkan selamat pergi dan selamat kembali buat mereka bertiga, sempat lagi posing2 kat KLIA tu:~


Satu gambar ni je sempat akk upload...lama sangat dok nak upload pun ujan tiba2 je turun waktu nu 10.53pm...jadi line pun slow laberputar2...mana akk ya kat atas tu. Gambar lain esok insyallah akk uploadkan esok...

SELAMAT HARI LAHIR BUAT NURSYAZA AFIQAH

Salam dan selamat pagi buat semua....Hari ini 24.06.2010 adalah hari ulang tahun anak akk yang ke 9 .Di kesempatan ini akk ingin mengucapkan selamat hari lahir buat Eqa anaknda akk yang ke 4. Ini lah tuan badannya...nnt gambar yang lain tu akk di update kemudian, kerana hari ini merupakan hari yang sibuk juga...kerana sekejap lagi akk nak ke KLIA nak hantar MIL pergi umrah, semoga perjalanannya di lindungi Allah selalu:~


Tuan badan berbaju purple tu...ini masa nak ke penang hari tu, pantang jumpa air mesti nak main air dulu.....

Wednesday, June 23, 2010

OLE - OLE DARI LINAPG

 Salam dan selamat petang buat semua. Minggu lepas akk balik kampung...pas tu terus pergi jalan2 di Pulau Pinang......seperti biasa lah kalo ke Penang akk mesti ke rumah Lina je....heheheh lagi pun rasanya dh lama tak pergi ke Penang..heheheh baru 7 bulan tak pergi sebenarnya. Kami sampai hari rabu n balik KL hari khamis...malam tu sempat la Lina n famili belanja akk makan2 tepi Seagate tu...itu lah tempat ikan bakar yang paling best akk makan.

Berbalik pada tajuk cerita ni....terima kasih banyak2 ya dik kerana menghadiahkan akk set SK11 tu.....emmmmmmm suka sangat akk. Ada lagi yang dia bagi akk tapi tak ambil pulak gambarnya...Sebagai kenang - kenangan akk tepek kan gambar pemberian Lina ini ya sini ya:~



Terima kasih daun keladi.......

OH Hb ku

Salam dan selamat pagi buat semu....hari ini akk nak bercerita sikit, sebenarnya dah ramai yang tahu dan ramai juga yang tak tahu....sebenarnya akk ni pregnant lagi.......huhuhu, yang ini anak ke tujuh dah..mesti ramai yang terperanjat. Sebenarnya banyak yang akk nak kongsi bersama..tapi keadaan tak mengizinkan cewahhhhh....sebenarnya segan. Minggu lepas hb akk merudun, pagi ni kena pg check lagi kat klinik, harap2 darah akk tak cair mana lah nnt....hari tu sampai 8.9 je...mmg tak patut rasanya. Sebelum ni tak pernah lagi sampai  gini.Ok nnt akk sambung appoinment kul 8.00 am ni...bye akk jalan dulu ya............

Tuesday, June 22, 2010

KEK NTAH APA - APA

Salam dan selamat petang buat semua....nak gelak pun ada bila mengenangkan nama kek yang akk buat ni.  Sebenarnya akk buat kek ni pada ahad lepas...tekak ni terasa nak makan kek sangat2. Akk pun campak2 la gandum 2 cawan, gula 1 cawan, telur 2 biji je ( kedekut heheheh), majerin n susu pekat manis sikit....pas tu tambah perisa nescafe sikit......bakar 30 minit, baunya semerbak harum..... Rupa kek tak cantik mana tapi rasanya sedap, ada pulak tamu hari tu jap jelah habis.....




Kek ni naik pas tu dia turun tang tengah tu...adakah berpunca dari cream of tartar...struktur pun kasar je tapi rasanya sedappppp...heheheh masuk bakul angkat sendiri daaa

Sunday, June 20, 2010

JEMPUT - JEMPUT KURMA

Salam dan selamat pagi buat semua...sebenarnya jemput2 ni dah basi...lama dh akk buat tapi tak letak n3 je....kurma banyak sangat dalam peti ais tu tak habis2...jadi untuk menghabiskan begini lah caranya...tapi masih ada banyak lagi, tak tahu nak buat apa........


Bahan2  Asas

Gandum
kurma...akk belah dua je
air
garam
sebiji telur
soda bikabonat
sedikit gula
Air secukupnya

Saturday, June 19, 2010

SIM CARD DARI DEENA FARHANA

Salam...terlebih dahulu akk mengucapkan jutaan terima kasih buat deena kerana sudi memberi akk kad yang cute ini...semoga persahabatan dialam maya ini akan berkekalan sampai bila...selagi ada ada talian internet selagi itulah hubungan berterusan...tq ya deena :~

MEE GORENG

Salam dan selamat pagi buat semua, dah lam rasanya tak update blog ni.....sampai dah kering puding roti marble tu.....Hari ini buat tayangan mee goreng simple pulak.....badan pun penat lagi ni...lepas balik dari kampung hari tu...pergi ronda2 kat Penang pula.....heheheh tq buat linapg. Nanti lain kalilah cerita pasal jalan2 ni. jom mqakan mee goreng:~

Kali ni akk masak mee kering sikit...ala ala mee goreng mamak gitu...tapi rasanya jadi mee goreng mama je heheheh...jom makan.

Sunday, June 13, 2010

PUDING ROTI MARBLE CIK PUAN HANA

 Salam dan selamat petang buat semua...petang ni akk layan puding roti marble Hana...air minum air 0 je..sebab tekak dah sejuk ni...jap2 lagi baru minum air teh O pulak . Sedap sungguh puding roti ni...anak akk makan sekejap je dah nak abis...Tengok umah Makyong Lina cantik je marble dia...dengki pulak rasanya .......Puding ni dah banyak kali akk buat tapi tang marble tu yang buat akk tak snap pic...malu nnt tuan resepi tengok....nak lebih jelas lagi akk call lah lina tanya macam mana di memarble jadi cantik gitu...nak call hana jauh sangat. Rupa2nya selang seli tu mcm tu..dulu akk letak selang seli juga, tapi sebelah tepi dia......walaupun tak sencantik yang lina dan yang otai2 lain, namun akk berpuas hati dengan hasil kali ini. Tq buat Hana kerana resepi yang bestttt ini, n thanks buat linapg ajarkan akk ya. Minta izin c n p resepi ya hana, akk ambil resepi rumah lina :~


Akk guna perisa sirap ros je....itu je yang ada kat umah.....okey juga nampak kaler2 pink gitu

Bahan-bahan ( satu loyang )
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 8gram serbuk agar2 (sy gn agar2 10g)
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air (4cawan)
  • 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)

Cara-cara

  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
  4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2 dan sebati hingga serbuk koko tidak berketul2!
  5. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!

KUIH LAPIS

Salam dan selamat pagi...hari semakin meninggi...baru sempat letak n3 bf akk anak beranak pagi ni...rajin sikit ari ni melapis kuih ni....Jom la bf sama akk ada lagi ni :~

Kaler merah terang dah habis jadi akk guna kaler pink tu yang jadi pucat je kuih lapis tu...tapi juri kata sedap heheheh....juri akk mmg dah kena sogok ngan masakan akk....kalo cakap tak sedap tak payah makan senang citer heheheh...anak2 akk memang suka kuih lapis ni tak keras n tak lembik sangat.

resepi asa akk letak kat sini ya senang untuk rujukan bila nak buat lagi....

Bahan2

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
31/2 cawan santan...lagi lemak lagi sedap, akk guna sebelah kelapa je
1 cawan gula
sedikit garam
pewarna merah

Cara2

1. Panaskan pengukus, sehingga air mendidih

2. Satukan kesemua bahan2 diatas, kemudian blendkan atau dikacau sehingga sebati ( akk blender je senang   keja  ) . bahagi kan kepada 2 bahagian. 1 diwarnakan merah dan 1 lagi di biar kan warna asal. Kalo nak adunan sama rata, bahagikan pula pada 3 bahagian. kalo malas anggaran 2 senduk untuk 1 lapis adunan.

3. Mula lapisan dengan warna putih...tunggu 2 minit, atau aduanan hampir keras, kemudian lapis warna merah, buat lah berselang seli warna sehingga habis. Kukus lagi dalam 20 minit. .........siap

4. Tunggu sehingga sejuk barulah dipotong........

Saturday, June 12, 2010

KUIH SERI MUKA @ PULUT SERI MUKA SIMPLE

Salam buat semua...pagi ini akk n anak2 sarapan dengan kuih seri muka....resepi yang simple ini je....jom la..ada sikit lagi ni:~



Belum di potong lagi....

KUIH SERI MUKA..SEMPOI
A.
2 cawan beras pulut
11/2 cawan santan
Sedikit garam

Didihkan air didalam pengukus....satukan bahan2 A, alaskan loyang menggunakan plastik. Rata kan pulut...kemudian kukus selama 10 minit atau sehingga pulut masak, kemudia tekan2kan pulut agar mampat dan padat.

B.
2 cawan santan
1/2 cawan gula akk tambah lagi 1 sudu besar
1 biji telur
1 sudu besar tepung jangung
1 cawan tepung gandum
sedikit garam
pewarna hijau
1 sudu besar air kapur

Satukan kesemua bahan2 di atas...kemudian di blendkan. kemudian di curahkan keatas pulut yang sudah masak itu. Kukus selama 20 minit.....atau sehingga masak.

resepi sangat simple dan jimat kos...sekadar mencuba pelbagai resepi

RAMA - RAMA

salam ceria di pagi sabtu ni...cuaca pun ok je cerah cuaca.....pagi ni akk keluar untuk sidai kain...tiba2 terpandang seekor rama2 kat tepi dinding rumah akk...cantiknya. Jarang akk nampak rama2 sebesar ni di kawasan rumah akk..Jom laya gambar makhluk ciptaan ilahi ini...yang sangat unik dan comel sekali...akk nak abadikan gambar rama2 tu kat sini :~


Posisi asal rama2 duduk...kepala kebawah

Akk terbalikkan kamera kecil akk tu...palernya dah keatas...

Cantikkan....lain kali kalo ada rama2 yang besar n warna warni akan akk letak lagi pic dia heheh.

Friday, June 11, 2010

ROTI PURI LAGI......

Salam dan selamat pagi buat semua...semoga semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat...dan mana yang akan balik kampung esok hari sabtu..kemas2kan lah barangan anda heheh. Hari ini akk bf ngan roti puri Yatiezaini......roti ni dah banyak kali akk buat, semalam akk buat nasi lemak pas tu ada lah sikit sambal bilis yang berbaki tu.....maka terjadi lah roti puri ni.....memang sedap dimakan, anak2 makan tak cicah pun...sebab rasanya dah manis tu. Jom layan gambar yang kelabu asap ni....maklumla kamera murahan saje yang ada...tu pun nasib baik adakan:~

Elok je kembungnya...masa goreng tu kena rajin jirus2 ngan minyak panas tu baru lah dapat hasil yang memuaskan... pas tu kena goreng satu persatu....kembung je......

Ini pula hasil bila nak cepat siap...sekali akk goreng letak 3 biji terus, pas tu tak sempat nak siram2 minyak kat atas roti tu...hasilnya...roti meleper je...namun rasanya maintain sodapppp......Tq buat Yatiezaini dari myr memang suka sangat buat roti puri ni. Sekali lagi akk letak resepinya kat sini

ROTI PURI

Bahan-bahan ( 12 biji )

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil yis mauripan
  • 1/2 sudu kecil garam *
  • 3 sudu makan minyak masak *
  • 2 sudu makan gula * (blh kurangkn jika x suka manis)
  • 175ml air panas *
  • 40-50ml air
  • Minyak utk mengoreng

Cara-cara

  1. satukan bahan bertanda (*) n panaskan .. kacau sehingga gula hancur n tutup api .
  2. satukan tepung dan yis .. gaulkan
  3. no.1 dimasukkn kedlm no.2 , dan digaul dgn mgunakn garfu sehingga bercampur sahaja
  4. dgn mgunakn tangan, gaul adunan sehingga menjadi seperti serbok roti / ~ breadcrumb ~
  5. tambahkn air sedikit2 dan adun sehingga x melekat kat tgn n mjadi doh
  6. perap doh 30min .. pastu blhler dibahagikn doh pd 12 bhgian bulat yg kecil
  7. canai doh nipis cam karipap / duit 50 sen
  8. siap utk digoreng .....goreng sebijik sebijik ok ...
  9. TIPS utk mgoreng : gunakan api yg kecil / sederhana .. org ckp kena pandai main api .. hehe .. kalau guna api yg besar blh mybbkn roti ni x mgelembong / naik kembong
  10. masa mengoreng hdklan disimbah2 kn minyak ke atas roti ni ... bila dah mengelembOOOnng baru lah diterbalikkan ... SELAMAT MENCUBA

Thursday, June 10, 2010

SAYUR AIR ( CENDAWAN REBUS )

Salam dan selamat petang buat semua...kali ini akk ingin kongsikan resepi sayur air. Emmmm kalo sapa2 yang akan berkahwin dengan org klate, pas tu mak mertua suruh masak sayur air, gini lah rupanya. Tidak semestinya menggunakan cendawan, petola, timun pun boleh dimasak mcm ni.....simple tapi sedap, selalu masa dekat kampung masak cenggini orang guna kulat pusu ( busut )....yang naik bermusim tu....memang ada di jual di pasar2 di negeri kelantan....harganya pun boleh tahan la.....bila rindu nak makan cendawan pusu tu akk selalu la masak guna cendawan tiram...rasanya ok lah juga...tapi tidak semanis kulat  pusu tu..:~

Bahannya
1 peket cendawan tiram
*2 ulas bawang merah
*1 ulas bawang putih
*Sedikit lada hitam
Garam dan serbuk perasa
1 cawan air ( separa dengan cendawan )

Tumbuk bahan2 bertanda * . Satukan kesemua bahan2 kedalam periuk......masak sehingga mendidih, sesuikan rasa...siap.

Resepi simple dari nenek moyang....zaman berzaman...kita panggil sayur air......best dimkn bersama ikan goreng

Wednesday, June 9, 2010

DAGING KANDAR

Salam dan selamat petang buat semua.Dah lama nak buat daging kandar kaksma ni...tapi asyik tertangguh je, hari ini semua bahan2 dah ada...awal2 lagi akk masak untuk makan malam. Sebenar ni resepi ni dulu2 selalu juga akk buat...bila dah lama tak buat terlupa lak pulak resepinya......pas tu pulak Myr kdg2 susah bangat nak masuk .  Masa akk masak daging ni anak2 duk ulang alik ke dapur  tanya mama masak apa sedapnya bau....... muka masing2 mcm tak sabar je makan hehehe . Kakasma izinkan saya C n P resepi ya untuk rujukan masa depan. :~



Untuk resepinya akk tepekkan kat sini ya

Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 1/2 kg daging
  • 6 ulas bawang putih/1 inci halia(tumbuk/blend)
  • 2 sudu besar kicap pekat maggi
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 pkt serbuk kari daging babas(1 1/2 pun boleh)
  • 1 labu bawang besar(dimayang)
  • 1 ulas bawang putih (dimayang)
  • KUlit kayu manis dan bunga lawang
  • sedikit daun kari
  • garam dan perasa

Cara-cara

  1. daging dibersihkan hiris dan direbus(simpan air rebusan)
  2. Tumiskan bawang besar,bawang putih,kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
  3. Masukkan bawang putih dan halia yang ditumbuk halus dan juga daun kari.
  4. Kemudian masukkan campuran rempah tadi(kicap pekat,sos dan serbuk kari).kacau sebati.
  5. bila dah sebati kuah masukkan daging dan air rebusan daging.
  6. Masukkan garam dan perasa.kacau lagi
  7. Perasakan dan masak lah sehingga kuah menjadi pekat.
  8. sesuai dimakan dengan nasi dan roti
Tq buat kak asma

AWARD DARI WANIE

Salam ...hari ini akk seronok sangat kerana mendapat award lagi....kali ini dari wanie sekuntum mawar merah...sebuah puisi...ehhhh mana ada puisikan wanie yang ada cuma tag ......pun akk tak selesaikan juga....cepat2 akk angkut bunga je,tag tinggal umah wanie, tq ya wanie :~


Tq ya wanie

AWARD DARI NURUL

Salam dan selamat pagi buat semua semoga di lindungi Allah selalu ya. Serono sangat bila akk mendapat award lagi...kali ini diberi oleh nurul yang baru saje akk kenal......award ni datang sekali ngan tag...tapi maaf ya nurul tag akk tak pernah jawab. Akk gantung cantik2 kat umah akk ya...tq sekali lagi buat mynameisnurul



Tuesday, June 8, 2010

CEK MEK

Salam dan selamat malam buat semua..cek mek ni akk buat bf pagi tadi...lupa nak n3kan...jadi mlm2 ni tayang cekmek ni menghiasi n3 akk. Untuk rasa cekmek yang sedap tidak perlu manambah air semasa proses mengguli tu...cukup dengan keledek je..kemudia tambahkan gandum sedikit demi sedikit........:~

Cekmek akk ni berjerawat sikit kerana keledek tu akk tak hancurkan betul2..hati2 kalau makan cekmek ni masa panas2 tak pasal2 melecur lidah nanti...kerana air gula yg teramat panas tu......

DAGING MASAK KICAP

Salam dan selamat petang buat semua rakan2 dialam maya ini. Dah makan tengah hari ke semua.:~

Anak2 akk cukup suka kalo daging masak gini ataupun goreng kicap pun jalan juga..mmg suka yg berkicap2 gini.....


Ini pula sotong goreng kunyit...tapi tak nampak pun kunyitnya heheheh

Monday, June 7, 2010

JEMPUT - JEMPUT PISANG

Salam dan selamat petang buat semua...sebenarnya jemput ni buat beberapa hari yang lalu...sebelum terjadinya kek pisang lagi heheheh. Anak2 akk mmg suka sangat makan jemput pisang ni. Semua orang dah pandai buat jemput2 ni kan......cuma jemput2 akk ni tak bulat mcm org yg pandai2 tu.....best juga layan jemput ni buat minum petang dengan teh o kan :~

Pisang yang berbaki itulah akk buat kek pisang......

Sunday, June 6, 2010

NASI TOMATO KUKUS - LINA_PG

Salam ceria di hari minggu ini, tak kemana ke. Lunch semalam akk masak nasi tomato Linapg, tak sempat pulak nak letak n3 semlm, apa taknya, petang2 sibuk jalan2 cari makan kat Muara di Tanjung Harapan, pekena ikan bakar kat situ , orang punya la ramai...hampir sejam kami tunggu ikan bakar sampai. Jom layan nasi tomato akk ni. Lina minta izin c n p resepi ya :~
Akk guna rice cooker je, pas tu masak kari ayam dan buat acar....simple2 je...tapi best. Akk guna beras biasa je....kalo nak tunggu beli beras basmati lambat la nak jadi nasi akk ni. Hentam saja la ngan beras biasa ni

Bahan-bahan ( 5-6 orang makan )

  • 4 cawan beras basmati
  • 4 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • 1 kiub ayam (saya guna kiub ayam maggie)
  • *** BAHAN-BAHAN TUMIS ***
  • 1 labu bawang besar (dikisar)
  • 2 biji buah tomato (dikisar)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 3 helai daun pandan (disimpul)
  • 5-6 sudu makan butter (untuk menumis)
  • 4 sudu makan tomato puri
  • *** BAHAN HIASAN ***
  • Daun sup / Kismis / Gajus

Cara-cara

  1. Beras dibersihkan,rendam 15-20 minit.Kemudian toskan
  2. Masukkan mentega,tumis bahan-bahan tumis (kecuali tomato puri) hingga wangi (Jangan terlalu garing nanti rasa pahit)
  3. Masukkan tomato puri,kacau sebentar.Kemudian masukkan beras,kacau sebati.(Jgn kacau kuat sangat nanti beras patah,tak cantik)
  4. Kemudian masukkan air,susu cair dan kiub ayam.Kacau sekali sekali supaya nasi tak hangit kat dasar periuk.Tuggu hingga nasi kering
  5. Setelah nasi kering,pindahkan nasi tadi ke dalam kukusan (yang dipanaskan terlebih dahulu) Kukus selama 20-25minit atau sehingga nasi betul-betul masak
  6. Setelah nasi masak,gemburkan nasi menggunakan garfu supaya nasi tidak patah.Taburlah bahan hiasan ketika menghidang             
 Acar timun diganding bersama utk hilangkan muak......
Akk guna 1 biji timun , sedikit karot, cili hijau dan merah, sedikit halia, bawang merah, garam gula dan cuka....semua digaul rata..best rangup je timun tu.

Kari ayam lupa pulak nak snap pic....akk kari macam biasa je guna resepi sempoi akk je

    Saturday, June 5, 2010

    KEK PISANG SEMPOI

    Salam dan selamat pagi buat semua, hari ini akk buat kek pisang untuk bf, meh Wachak bf umah akk ada lagi ni kek pisang. Jom la layan gambar2nya :~

    rupa setelah di terbalikkan..ok la tak hangit sangat...akk bakar 40 minit,tapi adunan melimpah sikit.
    telah di potong2 , anak akk semua suka n sedap katanya. Resepi yang biasa akk guna kek pisang sempoi sofinar, izinkan akk cn p resepinya utk rujukan masa hadapan, tapi akk telah ubah ikut sukatan yang senang bagi akk, tq ya sofinar :~

    Bahan-bahan ( sekeluarga )

    • 150g pisang emas - dilecek ~ Akk guna 8biji pisang lemak manis - 1 cawan penuh
    • 180g tpg gandum  ~ 2 cawan tepung gandum
    • 180g gula halus /gula icing ~ 1 cawan gula biasa
    • 3 biji telor
    • 120ml minyak masak ~ 1 cawan majerin yg di cairkan
    • 1 sudu teh ovelate
    • 1 sudu teh soda bikabonat
    • 1 sudu teh baking powder
    • secubit garam ~ akk tak letak kerana majerin dh masin

    Cara-cara

    1. campur semua bahan di atas dan putar dengan mixer hingga sebati dan adunan nampak putih
    2. masukkan kedalam loyang yang digris dengan minyak masak, bakar 180 darjah selama 40 - 50 minit
    3. pastikan adunan separuh loyang kerana kek biasanya naik sekali ganda

    Wednesday, June 2, 2010

    PENGAT PISANG TANDUK BERSAGU

    Salam dan selamat petang buat semua. Petang ni akk minum petang bersama pengat pisang tanduk. Jom la layan gambar - gambarnya :~

    Inilah pisang tanduk..akk guna 2 biji

    Bahan2
    2 biji pisang tanduk di potong menyerong
    2 sudu besar sagu (di rendam seketika )
    garam secukup rasa
    4 cawan santan dari sebelah kelapa
    2 helai daun pandan

    Cara2nya
    Satukan kesemua bahan2 didalam periuk, dan masak dengan api yang sederhana sehingga masak. Sesuikan rasa. Sekiranya tidak suka menggunakan sagu, kurangkan santan kepada 3 cawan dan kurangkan gula. Pisang ini sangat enak dimakan kerana isinya pejal dan manis.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...