Friday, July 30, 2010

PETAI

Salam dan selamat petang buat semua..dah siap masak untuk makan malam ke semua..... Semalam akk pergi pasar borong selayang, pesan kat abe suruh beli petai.....abe beli akk pun beli juga...kut2 abe lupa nak beli...heheheh banyak lah dapat petai tu......ambil lah seikat sorang buat sambal petai udang atau buat ulam je. Petai ni walupun busuk baunya tapi banyak manafaatnya........pada peminat petai n ulam2an ni,  tentu anda seorang yang awekss muda gitu. Untuk mengetahui info silalah ke blog  EN DAUN. Jom makan petai...akk baru siap buat sambal petai, tapi n3 tu esok lah ya;~


Petai segar seikat RM1.00 ada 3 papan/keping...lelong2 ada sapa suka petai tak


Ini akk celur cicah ngan budu campur durian...sedap. petai ni kurang sikit bau dia tak yang macam biasa akk beli mmg bau nya kuat sangat...agaknya petai bukit kut

BUAH DOKONG

Salam dan selamat tengah hari buat semua......hari ini tak ada n3 masak2...akk masak mskkan simple2 je. Tapi hari ini akk nak kongsi gambar buah dokong....untuk pengetahuan semua dokong ni spesis yang sama langsat dan duku, tapi buah ini lagi manis  dan lagi sedap. Bentuknya pun lain sikit tak bulat mcm langsat, dan tak bergetah......rasanya manis .....

Ini lah rupa buah dokong Gua Musang...lain sikit ngan dokong tempat akk

Thursday, July 29, 2010

FESTIVAL KESENIAN & KEBUDAYAAN ISLAM - ZON BANGSAR

Salam ceria di pagi khamis ini buat rakan2ku dialam maya ini. Semalam sekerat hari hari akk dekat Masjid Bukit Aman, kerana anak2 akk mengambil bahagian dalam acara Festival Kesenian & Kebudayyan Islam Peringkat Zon Bangsar ( MAIWP ) yang bertempat di Dewan Utama Masjid Bukit Aman. 14 buah Tadika Islam Zon Bangsar yang mengambil bahagian, antaranya:~

1. Tadika Islam Tun Dr Ismail
2. T.I Al-Mizan Dutamas
3. T.I Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq
4. T.I Masjid Negara
5. T.I Masjid Wilayah
6. T.I Sg Penchala
7. T.I Al Ihsaniah Puchong
8. T.I Al Khadijah Pantai Dalam
9. T.I umar Al- Khattab Bukit Damansara
10. T.I Kasyifululum
11. T.I Intan Bukit Kiara
12. T.I Al Islamiah Kuchai Lama
13. T.I Kg Kerinchi
14. T.I Saidatina Aisyah Pantai Baru

Acara2nya ialahHafazan Lelaki dan perempuan.Azan, Kuiz lelaki dan perempuan, sajak, bercerita dan  nasyid. Bagi johan keselurahan pula dimenangi oleh Tadika Islam Masjid negara....disetiap acara mesti tadika ini memenagi anugerah.

Semua peserta mendapat hadiah....okey jugalah, beg sekolah n alat2 sationery serta pencil warne. Anak2 akk dapat sagu hati lah heheheh....tapi ok jugalah pertandingan sebegini d adakan...sekurang2nya anak2 berkeyakinan bila berada di hadapan orang ramai, tiada perasan gugup n takut.
Jom tengok gambar2 anak2 akk ni, Muhammad Aqil Iqbal 6 tahun dan Nursyaza Adawiyah 5 tahun:~

Tengah hafazan
Bersama hadiah saguhati
baby Adawiyah tengah nasyid....pun dapat saguhati juga
Bersama teman2nya
Ok semua dadadda....

Wednesday, July 28, 2010

ROTI JALA OREN

Hhuhuuhuh bukan main gempak lagi dengar tajuk cerita heheheh...saje buat saspen  n gimik je lebih...... Salam dan selamat pagi buat semua pengujung dan pembaca blog akk ya. Sebenarnya tak ada kena mengena ngan buah oren atau limau ke apa2 yang masam n manis tu...cuma kaler je yang oren heheh...selalu buat kaler kuning je, Seamalam buat kaler oren pulak, sampaikan anak akk tanya nape kaler oren mama tak kuning macam mama selalu buat tu. Saje suka2 .

Hari ini pagi2 lagi letak n3, kerana sekejap lagi akk nak kuar bila balik tentu penat pulak nak tulis2 n byk kerja lain yang nak kena buat pula. sebenarnya hari ini anak akk Aqil 6 tahun ada pertandingan hafazan kat masjid bukit aman, adiknya juga Adawiyah pun sama ada pertandingan Nasyid...jadi akk pergi lah tengok untuk bagi sokongan pada dia, kalau kalah pun tak apa janji dia berani di hadapan orang ramaikan....Banyak pulak tu sekolah Tadika Islam Zon Bangsar ni kalo tak salah akk ada 14 buah sekolah...menang tu tipis lah.

Berbalik pada roti jala pulak ya, akk makan dengan kari ayam....sebab tengah hari tu masak kari ayam..malam buat roti jala. Jom tgk roti jala oren :~


Ini lah rupanya yang tak berapa kemas..kena beli acuan comel tu baru lah cantik jadinya...

Yang pesen gini senang sikit buat main lipat2 dlm kuali je..pas tu campak dlm pinggan heheh

Teman pada pasangan roti jala...kari ayam....resepinya simple je...dah ada dlm n3 ya

Monday, July 26, 2010

AGAR2 SANTAN

Salam dan selamat petang buat semua....harap2 semuanya sihat2 lah ya...akk ni mcm nak demam n selsema je rasa badan...seram sejuk gitu...tapi ok lagi. Cuma sibuk sikit dua tiga menjak ni...tk tau lah apa nak di sibukkan tu heheheh...rasa macam cemas je..persiapan raya untuk anak2 pun belum cukup semuanya....barang2 baby pun belum beli lagi....nak bersalinnya lambat lagi ...saje nak semakkan paler pikir hreheheh....

Tengah hari tadi akk buat agar2 santan...sebenarnya dah lama terasa nak makan, tapi tak buat je. Hati ini barulah tertunai hasrat dihati akk ni. Selalu bonda akk yang buat agar2 ni, cuma kali ini akk tambahkan sebiji telur...ingatkan hanyir, rupa2nya ok je sedap n tak terasa langsung telur tu.


Hari ni akk  rajin sikit sukat bahan2nya, senang sikit  untuk rujukan akk sendiri bila time posa nnt .

Bahan2
~ 1 sudu penuh serbuk agar2
~ 4 cawan air
~ 2 keping nisan( boleh juga guna gula melaka )
~ 3 sudu besar gula
~ garam secukupnya
~ 3 helai daun pandan
~ 1 biji telur ( telur di kocak2 n tapis )
~ Santan pekat  + telur jadikan secawan....kalo tak suka telur...santan 1 cawan

Cara2nya

~ Masukkan 4 cawan, serbuk agar, gula,  garam, nisan, daun pandan. Masak hingga mendidih.....selepas tu masukkan santan...tunggu hingga mendidih . Kemudian angkat n tapiskan kedalam acuan kesukaan....tunggu hingga sejuk, barulah di potong

Saturday, July 24, 2010

KETAM GORENG SECUKUP RASA

Salam dan selamat petang buat semua..menu lunch tadi ketam goreng secukup rasa.....akk tambah serbuk secukup rasa maggi itu la namanya pun jadi gitu.....


Ketam yang disirami sos ....best je rasa manis2 gitu....


Ketam yang digoreng terlebih dahulu.....

Friday, July 23, 2010

KUIH BADAK

Salam dan selamat petang....jangan di ukur pada namanya yang tak berapa senonoh tu, tapi rasanya yang lembut2 dan sedap jadi ukuran. Kalau kat kampung akk kuih ni di panggil kuih badak, tapi kalo kat KL ni ada juga org jual cuma bentuknya yang lain iaitu leper n bujur sikit...namanya akk tak pasti pulak. Kuih ni sebenarnya bersira gula, tapi akk tak nak manis2 sangat jadi akk letakkan sedikit gula dalam adunan tu. Bentuknya memang macam ni , macam donut.......anak2 akk panggil kuih donet heheheh.Kuih ni kalau guna tepung pulut hitam lagi sedap.....

Inilah rupa bentuk kuih badak.....masa buat hari tu akk tak sukat bahan2nya, sekadar untuk pengetahuan bahan2 asas boleh la akk kongsikan disini.

~tepung pulut
~kelapa parut
~sedikit garam
~sedikit tepung gandum
~sedikit air
~minyak untuk menggoreng

Uli kesemua bahan2 diatas ( kecuali minyak masak ) hingga tidak melekat ditangan...kemudian bentuk lah sesuka hati..akk dah biasa bentuk mcm donut. Kemudian goreng hingga kekuning2an. ( Kadangakala  kuih ni meletup..kdg2 tu ok je...puncanya akk tak pasti apa yang kurang ) .Selepas itu boleh lah disira

* gula secukupnya untuk menyira

Thursday, July 22, 2010

TAHNIAH BUAT LINAPG DAN KELUARGA

Salam ceria dan selamat pagi buat semua.Tahniah buat LINAPG dan keluarga atas kelahiran baby girl.  Tengok gambar mms tu  comel sangat baby Wan ............ Awal pagi 22.7 .2010 lina selamat melahirkan bby girlnya yang comel...tahniah dari akk n famili, take care ya dik. Sekarang lina masih lagi di hospital pearl medical centre penang.Mereka berdua sihat. Untuk perkembangan selanjutnya nnt lina akan updated kat blog dia ok. Kak Nisa cuti ke hari ni nak jaga adik heheh

Wednesday, July 21, 2010

BUBUR KACANG

Salam buat semua...dah lama rasanya tak buat bubur kacang ni, kalo dulu2 rajin juga buat bubur. Petang semalam akk buat bubur ni, pg ngendeng roti umah Kak Asma nak buat makan ngan roti tapi dah abis la pulak, akk pun makan lah dengan roti potato...hilang keinginan nak makan bubur ngan roti heheh.;~

Sedap cicah ngan roti..kalo roti yang keras atau roti bantal tu lagiiii sedapppp

Tuesday, July 20, 2010

MASAK LEMAK CILI PADI KETAM

Salam buat semua...tentunya sudah makan tengah hari ya semua....tengah hari tadi akk masak lemak cili padi ketam.....best masak lemak2 gini...utk menambahkan lagi lemak2 kat badan ni heheh.


Inilah lemak cili padi....tapi nape la kaler pucat semacam je....tapi rasa boleh tahan la


Akk masak tiga ekor je...anak2 tak berapa suka ngan ketam ni...makan kuah je. Resepi ini ikut pesen akk la, yang ori kena tanya Kak Asma atau Kak Erna....
:~
3 ekor ketam
*3 ulas bawabg merah
1 keping asam
*5 biji cili padi
1 batang serai, diketuk manja
Santan secukupnya
*sedikit kunyit hidup
Garam
serbuk perasa

Cara2
Blender semua bahan bertanda* , satukan kesemua didalam periuk, masuukan garam n serbuk perasa.  masakkan dengan api yang sederhana sehingga masak


Kalo masak pedas2 n pekat2 lagi sedap, tapi akk tak berapa tahan ngan kepedasan so kurangkan sikit cili

BAYAM MERAH

Salam dan selamat pagi buat semua...kenal tak ngan pkk bayam ni. ini adalah pkk bayam merah, banyak khasiatnya,salah satu darinya boleh memekatkan darah, pada ibu2 yang kekurangan darah tu boleh lah makan sayur bayam ni byk2 selain dari makanan lain yang berkhasiat. Untuk info lanjut bolehlah berkunjung ke kebun Dedaun Alam.......

Inilah rupa pokok bayam merah

Rupa bayam yang telah dimasak lemak putih oleh akk....menu ni dah lama basi ya. Akk lagi suka bayam merah dari bayam hijau.

Monday, July 19, 2010

MASAK LEMAK KUNING IKAN KEMBUNG

Salam dan selamat petang buat semua...mood masak2 teramat lah merudum dua tiga menjak ni, badan pun rasa letih dan penat je. Bukan penat apa, penat pergi kenduri dan penat makan2 free, akk pun masak yang simple2, kuih2 minggu ni belum buat lagi. tengah hari tadi akk masak lemak kuning ikan kembung dengan kacang buncis, best juga lama tak masak camni. Masak lemak kuning ni tak ada bahan2 yang istemewa, akk guna 3 biji bawang merah, kunyit hidup,sedikit lengkuas......blenderkan semua. Ikan dipanggang terlebih dahulu, akk guna oven je, lumurkan garam kunyit n bakar sekejap. Macam biasa santan,garam,asam keping serta serbuk perasa kalo suka. Didihkan, kemudian masukkan ikan...pas tu kacang buncis, sesuikan rasa...siap.
:~





Ini pulak pucuk ubi dicelur segar dari ladang akk heheh.....ada lah sepokok akk tanam, makan cicah ngan budu emmmmmm best sangat

Sunday, July 18, 2010

HOKI DI ROYAL SELANGOR CLUB

Selamat pagi semua, perlawanan hoki ni sebenarnya berlangsung pada hari jumaat hari tu.....di petang yang hujan kekadang lebat n kekadang renyai....anak akk yang jadi penonton demam sampai hari ni...yang main hoki ok je sihat walafiat. Antara gambar2 yang diambil...mood ambil gambar kureng sikit:~

Anak2 SKBB ni tak biasa main kat padang biasa...selalunya lawan atau latihan kat stadium hoki je...masa lawan2 tu byk rumput yang melayang dari bola hoki dek kena kayu. Jadi perlawanan tersebut hanya setakat suku akhir je dapat. Dapat lah hadiah n baju juga, seronok juga lah anak2 main:~



Berkumpul menunggu yang lain...

Eqa sempat posing lagi.....
Bersedia sebelum turun padang




Bersenam dulu sebelum memulakan perlawanan.....6 pemain je untuk satu pasukkan......

Saturday, July 17, 2010

NASI DAGANG

Salam dan selamat pagi buat semua rakan2. semalam akk ada masak nasi dagang untuk lunch, tapi tak berapa puas hati makan kerana beras nasi dagang tak ada kat umah akk ni. Jadi akk buatlah nasi dagang putih gini, 1:3,pulut campur ngan beras biasa, pastu masak gulai ikan aya.....makan tu bolehlah tahan. :~


Kalo sesiapa yang belum pernah makan nasi dgg ni bersama telur n udang...boleh la cuba...memang sedap. Kalo ada sambal kelapa lagiiiii sedap, tapi acar tu mesti kena ada kalo tak lagi muak la mkn nasi ni. Nasi ni semua dah habis pun.....kalo nak buat kenduri naik umah baru pun kena buat yang lain, itu kena panggil catering pulak hehehh

Thursday, July 15, 2010

RUMAH BARUKU

Salam n selamat malam buat semua....seronok sangat dok umah baru ni..baru lepas kemas2 semuanya. Tak ada lagi masalah photobucket tu......terima kasih banyak2 buat Cikmin yang banyak membantu akk atas kelahiran rumah baru akk ni. terima kasih sekali lagi ya Min jasa mu ku kenang.:~


Inilah rupa rumah baru akk, Cikmin akk dah delete yang tadi n akk letak yang Min bagi tu....baru nampak jelas. Rumah ni masih lagi kekal ngan warna kehijauan....terima kasih Min, kerana bersusah payah menolong akk.

TOLONGLAH AKK ...NAPE JADI GINI.....

Tulu...tulun...tulun.....naik lemas akk ngan menda ni, ada sapa2 boleh tlg akk tak, nak remove menda ni yang putih tu. Habis suma layout umah akk. Pas tu nak view blog pun lambat rasanya. Yang dia keluar tu gini......This Image Or Video has been Moved Or Delete. Photobucket









BUBUR / PENGAT SUKUN

Salam sekali lagi berjumpa hari ini...tak abis2 lagi cerita pasal sukun ni. Baru kejap tadi akk siapkan bubur/pengat sukun ni....tak pernah buat n akk tak pernah makan lagi bubur sukun gini, rupa2nya best juga dibuat bubur. Abe pun tak tau bubur apa....dia ingatkan pengat labu.....Best...Tq buat Kak Erna yang bagi idea buat bubur ni. Jom la mkn panas2 ni best..pas tu kena minum air kosong. :~

Cantik je isinya kekuning2an..pada sesiapa yang tak pernah buat bubur dipersilakan mencuba...i like it

SUKUN GORENG

Salam n selamat pagi semua, semoga sihat n ceria sokmo ya. Sukun ini akk goreng dah lama, sedap sangat rangup n manis2 sikit. Akk guna resepi asas Hasue, cuma akk tambah 1/2 cawan tepung beras n 11/2 cawan tepung gandum......sedap sangat:~


Kejap lagi akk nak cuba buat bubur / pengat sukun pula....Tq buat Kak Erna

Wednesday, July 14, 2010

SUKUN

Salam dan selamat pagi buat semua rakan2 dialam maya ini......kenal tak dengan buah sukun ni,...akk rasa ada juga yang tak berapa kenal dengan buah sukun segar gini, makan tu selalu la tapi yang dah di gorengkan...terutama adaik2 yang muda belia ini....macam nilah buah sukun. Akk pun sejak tua2 gini baru kenal ngan buah sukun segar gini, kalo dulu2 selalu la beli sukun goreng, ikankan rupanya mcm ubi hehehh. Hari sabtu lepas akk pergi ke Puncak alam, adalah kawan abe akk bagi buah sukun ni 4 biji, satu dah masak, akk tak tau apa nak buat ngan buah yang masak itu lalu akk buang gitu aje, sayang pula. Rupa2nya sukun masak ranm tu boleh di buat cekodok atau jemput, maklum tak biasa buat takut membazir pulak.

Semalam rumah akk dah dikunjungi oleh pembanci....lega rasanya dah selesai satu tugasan. sekejap je dia tanya soalan2, diantaranya, berapa lama dok kat umah ni, ada astro ke tidak, internete, komputer, talipon rumah, aircond, n penapis air. Nama isi rumah,tarikh lahir semua, ada berapa kenderaan, tahap pendidikan tertinggi, gaji, tempat keja.....itu jelah yang ditanya. Terima kasih kak kerana beri kerjasama......jadi pada rakan2 semua, sila berikan kerjasama pada pembanci2 sekelian. OK dah abis pasal banci penduduk ni. Jom tgk buah sukun segar. Ada baki sebiji lagi :~


Sukun yang belum dicuci lagi penuh ngan getah2nya

Tuesday, July 13, 2010

AWARD DARI EGIEAZIRA

Salam terima kasih buat egieazira yang tidak jemu2 bagi award pada akk, dah lama nak ambil tapi selalu lupa je. Buat dik egie...belajar rajin2 ya kat UNIMAP tu..akk doakan yang terbaik buat adik ya.

Monday, July 12, 2010

MGTT ~ KALI KEDUA, MINGGU KE 26

Salam buat semua, kali ini akk nak kongsikan sesuatu mengenai pengalaman akk dalam menempuh alam kehamilan anak yang ke tujuh. Ada sesetengah ibu2 mengandung yang kena mengambil ujian MGTT ini. Bagi akk pula, ini adalah petama kali kena buat ujian MGTT, sebelum ini keenam2 anak yang lain tak pernah pula buat ujian begini. Pada sesiapa yang pernah buat ujian ini mesti tau bagaimana rasanya minum air glukos yang teramat manis, nasib baik akk tak termuntah je. Hari ini ada lah kali kedua akk kena minum air gula.

Pada 15.4.2010 buat pertama kalinya akk minum air gula, masa ni kandungan akk berusia 16 minggu .Ya Allah punya lah seksa nak telan air yang manis itu. Sebelum tu, Pada malam hari akk kena puasa dari kul 10.00pm hingga 8.00am, kemudian ambil darah kat lengan. Selepas itu kena minum 1 gelas air glukos dan tunggu 2 jam, lepas tu ambil darah lagi sekali. Baru boleh makan dan minum. Alhamdullilah keputusannya normal, kadar gula dalam darah masa puasa 4.8, dan selepas minum air gula tu 6.9.

Hari ini 12.7.2010 minggu ke 26 kandungan akk, akk kena buat lagi sekali MGTT ini, untuk mengetahui sama ada akk ada kencing manis atau pun tidak ada, mengalir air mata akk ni nak habiskan air gula itu....namun alhamdulillah dua2 keputusan tu juga normal, FBS tu sama juga 4.8 dan 2HPP pula 5.1 semua normal, pagi tadi misi siap ambil darah kat jari satu pas tu kat lengan satu, begitu juga lepas minum air gula kat jari n kat lengan...abisss darah akk yang dah makin berkurangan ini...asyik kena ambil darah je.

Kepada kawan2 yang pernah ambil ujian MGTT ini bolehlah berkongsi pengalaman dengan akk ya, tapi sekarang ni ada juga anak yang pertama, kedua pun kena ambil ujian ini, akk pun tak tahu lah kenapa, walaupun kita tak ada sejarah dalam kencing manis ini.

Ini ajelah yang akk nak kongsi bersama mengenai pengalaman  akk, lain kali akk cerita lagi ya

Sunday, July 11, 2010

KUIH ???

Salam buat semua, hari tu masa g jenjalan rumah nOOrsha,dia hidangkan akk sejenis kuih lebih kurang kuih yang akk tayangkan ini la, tapi namanya cucur jawa. Pah tu pg tadi akk pg ke Pantai Dalam, terjumpa la kuih seakan2 cucur jawa, cuma kaler je putih, akk pun beli la RM 2.00, rasanya manis sikit. Umah noorsha hari tu akk pg di alam maya je heheheh, bukannya pg betul2 pun. Dekat kelantan kuih ni banyak sangat di jual, tapi akk lupo la pulok nama apa, Kalo ada sapa2 yang ingat atau tau nama kuih ni sila bagi tau akk ya, nnt nak edit nama kuih tu. Gini lah rupanya:~


Inilah rupa kuih tu..tang tengah2 tu dia mcm bulat ,timbul sikit, n berminyak sikit

Saturday, July 10, 2010

UJIAN KENAIKAN BENGKUNG SILAT GAYONG

Salam buat semua, pagi tadi anak2 akk ada ujian silat, alhamdulillah nampaknya semua anak2 gayong dapat melakukan dengan jayanya. Meh la kalo sapa2 nak tengok gambar2 yang tak seberapa ini :~

Semua gambar kat atas tu ada anak sulung akk Muhd Ariff Isqandar

Ini  pula Nur Syaza Afiqa 9 tahun
Acara terakhir..penutupan gelanggang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...