Sunday, October 24, 2010

GIFT FROM HASUE WITH LOVE

Salam dan selamat berhujung minggu buat semua...diam tak diam hari ni puteri amani dah pun 18 hari....sekejap je masa berlalu, Pada hari khamis lalu 21.10.2010..akk terima gift yang jauh di terbangkan kesemenanjung nunnnn dari Sarawak sana, Terima kasih buat Hasue yang memberi gift ini buat Puteri Amani. Terima kasih buat Sue n Famili kerana bersusah payah menghantar hadiah yang cukup istemewa ini buat bby, besar lak tu..lindung dak posmen yang hantar bungkusan ini hehehhhe...tq ya sue:~


bersama gift yg baru dpt

cute je baju2 yang amani dapat semua kaler pink..tq ya auntie sue

gambar pagi ni...dah lena di ulit mimpi........sesekali..bukan sesekali..tapi selalu di kejutkan oleh suara abang2 n kakak..nak tido pun tak senang huhuhu

muahhhh buat semua..............love u

Wednesday, October 13, 2010

PUTERI SYAZA AMANI

Salam buat semua rakan2 di alam maya..akk harap semua berada dalam keadaan sihat walafiat sentiasa. Alhamdulillah akk selamat melahirkan baby girl pada 6.10.10 pada hari rabu lepas, dengan berat 3.33kg...akk sihat dan baby pun sihat...tapi biasalah baby2 zaman sekarang ni ni tak oleh lari lari kuning...maka pada hari sabtu masuk lah pula baby ke ward kira pakej tu 3 hari 2 malam....alhamdulillah bby pun dah ok sekarang. Ini lah Puteri akk..sekarang ni anak akk dah tujuh...ramaikan, 3  laki - laki , 4 perempuan..macam nasyid lagu anak nabi kita pulak heheheh. Terima kasih buat yang sudi berkunjung ke blog akk, Nanti akk cerita lain kali pengalamnan akk ...



Masa baru lahir.....

Friday, October 1, 2010

BISKUT DAHLIA

Salam buat semua..ini merupakan n3 tertunggak biskut raya hari ti...walaupun biskutnya dah lama habis rasa sayang pulak kalo gambar dan resepinya tak di tepek disini....senang untuk rujukan di tahun2 mendatang atau bila2 masa rajin untuk membuat biskut ini. Terima kasih buat Che Mat Gebu kerana resepi biskut yang menjadi kesukaan anak2 akk ini. Izinkan akk copy n paste resepinya ya Mat. Akk copy dari rumah Linapg resepi ni.

Pertama kali buat biskut dahlia..walau tak secantik mana tapi rasanya teramat sedap n gebu gitu..ala2 tuan punya resepi gitu.

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g mentega
160 g gula aising
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla
240 g tepung gandum*
100 g tepung jagung*
160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak)
Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla/rose dan putar hingga kembang.
  2. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan.
  3. Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit .(sy bako 120'C-10min)
  4. Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.


p/s..selepas ini mungkin hanya ada satu atau dua lagi n3..lepas ni akk berehat seketika...doakan akk ya..panjang umur kita jumpa nanti. Hari ini dah pun 1.10.2010..due akk 7.10..emmm bila lah bby akk ni nak kuar ya...agak2nya 5.10 kut heheh ataupun 10.10.10 gitu kelasss gitu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...