Friday, December 31, 2010

KEPAH REBUS SERAI

Salam kembali lagi di petang jumaat yang mulia ini..dan hari terakhir ditahun 2010, dan merupakan n3 terakhir untuk tahun ini. Hari tu ( maknanya dah lupalah bila msk kepah ni heheh ) akk masak kepah rebus serai, tapi akk tumis dulu,sedap juga tak lari rasanya dari yang rebus terus gitu}~:

Kepah rebus serai ni senang je , bwg putih,bwg merah,serai,cili ditumis terlebih dahulu, kemudian masukkan air, garam n perasa, bila mendidih masukkan kepah..siap.....




Inilah rupa kepah yang belum dimasak..tentu semua kenalkan.

Selamat tinggal 2010 dan selamat datang 2011, semoga tahun baru ini  lebih bermakna lagi buat kita semua, dan semoga kita dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dilindungi Allah selalu.........bye2 2010

MANDI MANDA DI JANDA BAIK

Salam buat semua, hari minggu lepas akk n famili pergi jenjalan kat janda baik bentong pahang. Anak2 sibuk nak main air pulak, nasib baik hari ni cuaca pun elok je. Kul 2pm baru berangkat kesana. Tak jauh mana pun tempat ni. Pada tahun 2000 yang lalu akk pernah kesini, tak banyak pun perubahan kat tempat ni. Cuma air bertambah keruh sikit, mungkin hujan kut. Best juga lah anak2 mandi tempat pun tak merbahaya }~

 Suka sangat tengok gambar Amani yang ni, jangan pengang2 jgn pandang2 duduk jeling2... sama tak ngan abah dia heheh






Diaorang ni mandi sampai kecut...kul 6pm baru naik, singgah solat asar kejap pas tu blk....tempat ni dekat je ngan masjid, tak jadi masalah untuk solat

Wednesday, December 29, 2010

KIJING

Salam buat semua, di penghujung tahun 2010 ni sibuk sangat rasanya mau tak sibuk, baru nak jahit lencana anak, nak balut buku n tulis nama, awal2 hari tu malas lak nak buat semua ni, dah nak buka sekolah baru nak kemaskan semuanya heheh

Hari tu akk pergi ke Pantai Remis kat Kuala Selangor, pas tu beli la setengah kilo kijing, sedap juga rasanya. Mula tu akk ingatkan lala, tapi org tu kata kijing sedap masak cili atau masak lmak.

Jom kita tengok rupa kijing ni }~


Ini lah rupa kijing tu kulit nipis n kaler ijau sikit

Ini yang telah akk masak..ala2 lemak cili padi gitu..kesian kat Adik akk tak sempat merasa kijing ni, patutnya dia sempat merasa, tapi akk balik kampung pulak hari tu. Bila akk blk KL dia dh balik penang dah. Lain kali kita pegi lagi ya kat pantai remis n beli kijing ni heheh.

Tudung sekolah tak beli lagi, alat tulis pun belum beli..akk nak kuar sekejap ya daaaaa.....

Monday, December 27, 2010

GORENG PISANG - JARI BUAYA @ JARI BOYA

Selamat malam buat semua...pisang ni akk goreng buat bf bberapa hari yang lalu, macam biasa lah tak sempat nak boh n3. Istimewanya pisang ni adalah kerana pemeberian bonda akk masa blk kampung hari rabu lepas. Akk rasa pisang ini tiada ditempat lain, dan merupakan pisang yang sangat popular zaman akk kecil2 dulu. Rasa pisang ni sedikit masam, ianya boleh digoreng,sira, pengat dan juga boleh dimakan begitu sahaja.

Anak2 tak berapa suka pisang ni kerana rasanya masam2 sikit...makan tepung goreng pisang je
Beginilah rupa pisang jari boya..panjang n runcing je
Snap pic kat umah bonda akk..pastu akk angkut  la dua sikat. Dah lama akk tak makan pisang ni..rupa2nya masih ada pokok yang tersisa di belakang rumah akk tu......hilang kerinduan dizaman kanak2 dulu. Adik2 akk semua suka pisang ni zaman kecil2 dulu, Linapg n En Daun. Rindu zaman kanak n arwah abah akk

AWARD DARI CIK BLABLABLA

Salam buat semua ...pagi tadi pg angkut award dari umah cik blablabla, tadi tk sempat nak gantung sibuk pg makan2 ngan famili. Terima kasih ya Cik Blablabla sudi bagi akk award:{~

Tq Cik blablabla....lenguh pipi akk ni dok blablabla hehhe

HAPPY BIRTHDAY TO ALONG

Salam buat semua....hari ini genaplah usia anak sulung akk Muhammad Ariff Isqandar 14 tahun....sekejap je masa berlalu....mama harap along menjadi anak yang soleh dan menjadi contoh buat adik2...Jangan asyik ngan game n FB je, tahun depan PMR. {:~


bersama sepupunya akmal

Sayang sangat kat Adik puteri amani....

Sunday, December 26, 2010

PULUT SERIKAYA

Salam ceria buat semua, hari dah masuk kul 12.40pm baru nak letak n3 bf pagi ni...nak tunggu sejuk punyalah lama rasanya. Tapi puas hati hasil yang memuaskan. Terima kasih buat YATIE, resepi akk C n P umah LINAPG. Terima kasih ya.





PULUT SERIKAYA
Bahan-bahan
* Bahan lapisan bawah
* 2 cawan beras pulut
* 1 1/2 cawan santan cair( biasanya santan ikut paras pulut dan lebihkan santan sikit je)
* 1/2 sk garam
* 1 sb minyak

Cara Untuk Lapisan Bawah
  1. Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
  2. Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min.
  3. Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2 sekejap je pon boleh. Alas loyang dngn plastik.
  4. Satukan semua bahan2 didlm loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
  5. Kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min.
  6. Keluarkan loyang dari kukusan, ratakan permukaan pulut tadi dan tekan2 pulut biar padat. Siap untuk dilapis dgn lapisan atas.
  7. Sementara menunggu lapisan bawah masak, bolehlah siapkan bahan2 utk lapisan atas.
* Bahan lapisan atas
* 1 cawan tepung gandum
* 1 sudu besar tepung jagung
* 1 sudu besar tepung beras
* 3/4 cwn gula merah/brown sugar/gula melaka(akk guna 3 keping nisan)
* 1/2 cawan gula pasir 
1/2 cawan gula merah (tak letak)
* 2 biji telur gred A
* 2 cwn santan pekat
* 1 cwn air (utk di masak bersama gula merah dan gula pasir)
* 1/2 sk garam
* sedikit coklat emulco(warna gelap sikit) akk xboh

Cara Untuk Lapisan Atas

  1. Masak gula merah dan gula pasir bersama 1 cwn air dan tapiskan....sejukkan sebentar.
  2. Satukan tpng gandum, tpng beras dan tepung jagung ke dlm mangkuk besar.
  3. Masukkan santan yg telah dilarutkan bersama garam.
  4. Di ikuti dgn air gula yg telah sejuk.
  5. Masukkan telur dan gaul sebati...nak mudah blend semua bahan.
  6. Masak di atas api sederhana sebentar dan sentiasa di gaul.( biar berwap saja)Sekali lagi dgn kukus yg sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje...letakkan loyang yg berisi pulut tadi tu....kedlm kukusan dan dgn perlahan tuangkan lapisan atas. Kukus la selama 20 minit saja.
  7. PERINGATAN...kuih ini hendaklah betul2 sejuk barulah mudah dipotong dan cantik dihidangkan...jadi SELAMAT MENCUBA!!
  8. Potong menggunakan pisau plastik/pisau kek supaya kuih cantik dn licin.

tTerima kasih Yatie resepi yang sedap ini

Saturday, December 25, 2010

CUTI2 CAMERON

Salam buat semua..pada 13.12.2010 akk n famili serta keluarga sebelah my abe pergi citu2 cameron. Sewa apartment kat puncak arabela satu malam je....kali ini pergi tak berapa best pulak..gah lah hujan sokmo tapi kali kalo nak merasa sejuk tu dapatlah. Kejap2 gerimis...oklah boleh redah lagi. Masa akk kat Kea Farm hari selasa tu punyalah lebat hujan n angin pun kuat juga....gambar pun tak snap banyak....lagi pun musim hujan2 gini org kat cameron cakap stobeli manyak mahai sikit sebab buah jatuh...ooo patut la akk beli kat kebun baru dapat 2 kotak rm 10.00. Tapi rata2nya jual 1 kotak rm 10.00. Jom lah tengok gambar yang tak berapa nmapak mcm cameron nih :{~

Puteri Syaza Amani.....nasib baik le tak demam lps kena hujan ribut....aktivi snap pic pun beralih ketangan anak2 je

Kak Baby heheh Nursyaza Adawiyah

Eqa peace......

Ini jelah bukti ke cameron....lain2 tak berapa nampak heheh

heheh..sori la letak gambar kelabu asap gitu

Hujan ribut,,taufan,,sejuk2 gini sanggup lagi makan ais krem....anak2 akk suma hantu ais krem

Yang ni pun sama....

Kalo tak sempat jumpa Kak Zila66 tapi akk g awal pulak...lain kali kita jumpa ek kak

AWARD - DARI MIZI

Salam buat semua...pagi2 ni gantung award lagi....saje paku kuat2 nak kacau orang yang tengah tido. Akk memang suka n hhobi ganggu orang tido heheheh. Terima kasih ya Mizi sudi bagi akk award ni. Moga Mizi sihat2 selalu n badan tak sakit2 selalu.....errrr sapa Miss Hurix tu ?..

Tq Mizi

Friday, December 24, 2010

ASYURA UTARA

Salam...seperti yang dijanjikan...hari tu n3 pasal asyura klate..kali ini akk nak tunjukkan pulak asyura utara. Akk pun tak pasti asyura negeri mana..tapi kami panggil asyura utara..rasanya lemak2 n manis. Akk tengok semua jenis kekacang ada, kck merah, kcg kuda, kcg ijau, jagung, keledek ,pisang pun ada, penggunaan tepung beras. Jom kita saksikan {~

Masa yang diambil untuk memasak asyura ni 3 - 4 jam



Kalo menitik begini bermakna asyura ni dah masak..dan boleh diangkat

AWARD DARI AZATIE

Salam buat semua...pagi ni penat lagi rasa badan ni..mlm tadi dlm kul 10.40pm akk sampai dari kampung kerana menziarahi saudara my abe meninggal pada 22.12.2010..balik sehari je semalam dlm kul 3pm dah bertolak ke KL. Pagi2 ni akk gaghkan juga cari tukul n paku..nak drill benda kecik je heheh....

Suka sangat bila dapat award dari teman2 alam maya ni..apa taknya bila diaorang susah senaraikan nama kita..ada setengah tu siap letak link lagi. Pagi ni akk angkut award ni dari rumah Azatiesayang..sekarang ni cuti mesia kat KL..meh la jumpa akk Atie..Akk gantung award ni ya...semoga persahabatan ini berpanjangan :~

Dapat award blogger ceria..sekali ngan tag, tapi akk rasa susah je nak jawab secara formal. Kalo jawab secara bersahaja boleh je..akk suka binatang yang comel2 n bersih je mcm arnab, kucing tapi tak suka nak bela...gitu juga mcm ikan2 yang comel pun akk suka.........

Tuesday, December 21, 2010

AWARD DARI SARI YUSA

Salam buat semua..lama dah rasanya tak dapat award. Pagi ni pagi2 lagi dapat award dari Sari Yusa, suka sangat. Terima kasih ya Sari sudi bagi akk award nih..tag tak dapat pulak akk nak jawab..kalo award laju je akk pg angkut.... Terima kasih daun keladi..kalo sudi beri lah lagi Akk gantung ya : ~

Terima kasih

Monday, December 20, 2010

ASYURA KELANTAN

Salam dan selamat pagi buat semua. Menjadi kewajipan bagi penduduk KRT ( rukun tetanggan ) membuat bubur asyura setiap kali tahun baru...biasanya tahun2 sudah hanya buat yang utara ( manis  n macam koleh atau kuih talam sikit )dan yang selatan ( pedas n mcm bubur lambuk sikit ). Tapi tahun ini persatuan penduduk kat kwasan akk ni buat pulak asyura klate. Asyura klate ni mengambil masa yang lama untuk membuat. Mengikut ketua masak2 tu..beras di rendam terlebih dahulu, kemudian direbus seawal jam 6.00 pagi lagi , dan diangkat pukul 5 petang..itu pun katanya belum cukup masa kacau lagi..kalo pukul angkat kul 7.00pm lagi sedap dan tahan lagi lama. Semua kerja2 buat asyura ni dilakukan secara gotong royong...akk pun sempat juga lah peergi menyibukkan diri kat situ...jom kita tengok cerita bergambar ya.

asyura yang dah siap dan diagih2kan pada penduduk.

Gambar ini diambil dalam kul 7.30am...

kaler dah bertukar sikit gelap..dalam kul 11.00am gitu

kul 12 pm lebih2

dalam pukul 4 warna pun dah bertukar hitam..lenguh bahu juga lah sebab berat..kaum ibu dok tengok je..kaum bapa sahaja yang kacau asyura nih.

Orang kuat KRT yang menjayakan projek asyura kelantan...terima kasih buat semua dapat juga merasa asyura ni dan ada juga semangat gotong royong walaupun berada di Kuala Lumpur.

Selesai sudah projek asyura ini..esok akk update asyura utara pulak...

Sunday, December 19, 2010

NASI AYAM

Salam buat semua..dah makan ke belum nih..hari ini buat tayangan nasi ayam, akk buat beberapa hari yang lepas, memandangkan ada daun salad, saje beli masa akk pergi cuti2 cameron hari tu. Kebetulan pulak adik bongsu akk sampai, kira meraikan dia jugalah sekali heheh. Jom layan nasi ayam, resepinya akk C n P lain kali ya, hari ni penat sangat, pagi tadi pergi surau tolong2 orang buat bubur asyura.......




Set nasi ayam...resepinya lain kali ya......

Saturday, December 18, 2010

POLI UBI KAYU

Salam bersiaran kembali, kali ini pencuci mulut yang amat terkenal suatu ketika dahulu di  kelantan, boleh lah juga di katakan kuih tradisi klate juga. Mengikut Kak Nor Ganu kalo kat Ganu kite orang panggil puli, betul tak kak nor. Lama sangat dah tak makan kuih ni. Agak2nya ada kut 21 tahun, sebab adik akk yang bongsu tu tak pernah makan kuih ni. Masa dulu2 bonda akk rajin sangat buat poli n bungkus manis.

Lepas balik raya haji hari tu, keinginan makan poli ini meluap2..lebih2 lagi dikala hari hujan...nostalgia sungguh kuih ni. Hari tu bila tengok kebun DEDAUN ALAM ada lah pulak poli, tapi dia menggunakan ubi kayu kuning, lagi cantik n lagi lah sedapnya.

Rupanya tak sesusah mana nak buat poli ni, akk pun caling2 bonda akk untuk mengetahui lebih detail lagi resepi poli ni. Maklum lah zaman kanak2 dulu suka mkn n suka tengok aje, nolong tu kureng sikit heheh.

Akk guna mesin parut kelapa je untuk parut ubi kayu ni..alhamdulillah berjaya juga akhirnya projek poli memoli akk ni...kepada yang belum biasa tengok n makan tu, beginilah rupa poli ubi kayu, terima kasih buat En Daun dan Bonda akk ;-


Ginilah rupa poli ubi, ada sapa2 pernah makan tak.
Resepinya  pun senang je

Bahan2

3 tongkol ubi kayu ( di parut ) - akk guna mesin kelapa
Daun pisang secukupnya

Cara2nya

Parut ubi kayu kemudian bungkus seperti lepat tapi besar sikit, kemudian kukus selama 30 minit. boleh juga menggunakan loyang untuk mengukus poli ini.
Apabila masa sejukkan terlebih dahulu baru di potong.
Kemudian gaulkan dengan kelapa
Masukkan nisan cair tadi dan boleh lah dimakan

Sebiji kelapa parut putih digaul dengan garam

Nisan cair

2 keping nisan
Sedikit gula melaka
2 cawan air
2 helai daun pandan

Masak bahan2 dia atas sehingga sedikit pekat..anggaran tinggal secawan

Poli di bungkus dan dikukus 30 minit atau sehingga masak

Siap digaul kelapa parut

Poli ni ala2 kuih lopes cuma guna ubi kayu...tapi best la liat manja sikit
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...