Wednesday, January 26, 2011

SAMBAL BELACAN - YANI

Salam buat semua....dari semalam lagi line internet dan talipon rumah akk ni tak ada, tak taulah TM dok upgrade ke apa. Tgh hari ni baru pulih n tipon rumah pun dah boleh guna. Kusss semangat tak bila tak ada tenet kat umah ni huhuhu.

Seperti yang dijanjikan kali ini akk nak buat tayangan sambal belacan yani ni. Akk ambil resepi ni dari Yani @ Myresipi. Terima kasih yani resipi sambal yang sebiji mcm sambal makcik jual sup kat Pantai Dalam tu..memang sedap buat cicah ikan bakar dan makan dengan bee hon goreng.

Minta izin ya akk C n P resipinya kat sini untuk rujukan masa hadapan}~


Bahan-bahan ( 1 mangkuk )

  • 1 cawan cili padi  -  ( akk campur ngan cili merah )
  • 1/4 cawan gula
  • 1/4 cawan garam
  • 1 sudu besar belacan
  • 1 biji tomato
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1/2 biji lemon diambil airnya
  • Sedikit air masak

Cara-cara

  1. Bakar belacan selama 2 minit atau nampak garing
  2. Masak bawang besar dgn microwave dengan suhu 600w selama 2 minit atau boleh juga dibakar
  3. Kemudian kisar semua bahan-bahan di atas
  4. Siap untuk dihidang

mmg sedap cicah ikan bakar, anak2 pun suka, mama buat mcm kat kedai sup pantai dalam, komen ank2 akk. tq ya yani

12 comments:

uishh terliur ni kak...mkn nasi sure bertambah ni kalau ada sambal belacan ni...:)
 
betul la ros..terliur tengok sambal belacan tu..
 
kak..kita pun buat sambal Yani ni gak kelmarin tp lom masuk list pawagam lagi..best kan? ala2 sambal kelate....
 
kak mana ni dah lama saya order macam macam kat kak x pernah dapat pun.. aiyaak

pasal AWAK tu saya xnak sebut kat blog buat mASA sekarang.. kedepan tak tahu lagiii.. saya perlu pulihkan semangat.. makan jom

http://contengcorner.blogspot.com/2011/01/lepak-di-alor-setar-jom.html
 
mesti makin berselera jer layan ikan bjr ngan sambal ni eh kak
 
Salam kak Rosa..
Sambal belacan memang paberet Naz tp bab nak kena menumbuk tu malas sikit. Tapi kalau dah nak makan, hilang malas tu kikikkkiii..

Kak, Naz kalau masak lemak cili padi memang tak letak bawang tapi mak Naz kata kalau letak bawang sedap jugak..Pernah try dah dulu..Sedap jer kat tekak Naz ni..

Akak nak telur itik ker? Kat sini banyakkkkkk.. Senang nak dapat..Meh Naz pos untuk akak nak..tp kalau sampai dah pecah tak jamin eh ;)
 
Kak.. kita datang bawa seguni ulam ni.. sambal belacan ada lagi dak.. ehehe
 
Salam kak liza,
Telan air liur saya nampak sambal belacan ni. Memang sedap dicicah ikan bakar. :))
 
uuwaaaa... ni yang air liur terkeluar ni,.. dappppnya!
 
Salam, Kak Rosaliza... isk, nak jugalah cuba sambal belacan ni, asyik tak jadik jer rasa pure sambal belacan ni, kena cuba yg ni..
 
semalam try guna sambal belacan ni tuk buat air asam nak makan nasi daging..memang sedap..
 
salam ziarah tghari..bestnye nampak sambal belacan akak..dicicah dgn ulam-ulaman ni sedap ni..ikan pun sedap..makan dengan gulai lemak pun sedap..fuyoo mesti bertambah2 nasi ni..nanti boleh cuba..
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...