Thursday, January 13, 2011

TELUR DADAR IKAN JERUK

Salam dan selamat petang buat semua sahabat2 di alam maya. Telur dadar ikan jeruk ni memang nostalgia sungguh dizaman kanak2 dulu, dan sangat popular di musim banjir, samada di goreng atau di campur dengan telur. Dari segi rupa sama je ngan telur dadar biasa, kelainannya rasa masin n masam ikan jeruk tu yang membuat kita teringin nak makan lagi.}~

kepada Kak Erna saya sertakan resepinya kat sini ya..kalo2 akk nak cuba heheh

2 biji telur
Sebelah ikan kembung jeruk*
2 ulas bawang merah*
1 ulas bawang putih*
4 biji cili padi*
Sedikit garam n serbuk perasa
Daun Kesum - daun sahaja
Sedikit minyak masak

Cara - cara
Tumbuk lumat bahan bertanda *, kemudian masukkan telur , garam n serbuk perasa serta daun kesum . Kacau sebati . Panaskan minyak kemudian masukk telur tadi. Masak dengan api yang sederhana, masak seperti telur dadar biasa.

Nota }~ boleh juga guna ikan tenggiri jeruk , anggaran sepotong kecil sudah memadai

11 comments:

belum pernah try letak ikan jeruk. wahh msti best!
ikan jeruk tu ikan masin ke?
 
salam rosaliza..terima kasih sertakan resepi..insyaallahh..nak cuba jugak ni..nak simpan pun resepi ni ye..
bulan puasa bagus ni buat pembuka selera....
 
salam kak, menarik juga yer buh ikan jeruk tu....lum pernah try lagi ni..
 
kak..ni xyah dah letak garam laa kiranya ni ekk??leh try dengan ikan tenggiri ni..tapi belum masa terdekat ler sbb baru je merdeka ni.hihi
 
}~ Fa in..ikan jeruk akk rasa berbeza ngan ikan masin..isinya masih merah bila kita goreng isinya proi gitu,

}~ kak Erna...boleh je kak kalo nak cuba...letak cencalok pun best kak..mmg layan ni ime puasa, tq ya kak
 
}~ Nieza..ni resepi orang dulu2 nih..nenek akk suka masak ..akk pula suka makan heheh
 
}~ Hasue...akk letak juga garam sue, akk try masa mentah tu, kurang masin akk letak sikit garam.

Nanti kalo sue cuba ngan ikaan tenggiri bgtau akk ya..akk tak pernah cuba lagi, tapi ikan kembung jeruk tu rasa sama ngan ukn tenggiri jeruk tu
 
Salam rosa, tak pernah mkn telur dadar style mcm ni..rasa tringin nak cuba rasa. mesti sedap ni kena dgn ikan jeruk tu kan!
 
}~ Azlina...heheh selalunya kat klate byk msk gini..itu pun time banjir je..bagi tekak akk mmg sedap la..tambahn ada bau daun kesum tu mmg best
 
belum pernah cube lagi ni...
hujan2 mcm ni sedap makan telurdadar ikan jeruk dgn nasi panas2...
 
perhhh...da meleleh da air liur ni...msm2 msn rsenye kn...sdp 2...

ShinoXyuna
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...