Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

iklan

Tuesday, March 1, 2011

KANGKUNG GORENG FISHBALL

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Petang ni sakit sangat kepala akk ni, tadi seharian berjemur tengah panas (ada gak peneduhnya) kat padang hoki pantai. Alhamdulillah pasukan SKBB menang  2 game tadi. Ini bermakna esok seharian lagi akk kat padang hoki tu .


Kangkung goreng fishball ni, dah lama akk buat. Hari tu bila tengok umah HASUE tergoda betul akk. Lagi pula mmg sejak bersalin akk tak mkn kangkung lagi.


Sedap sayur masak gini, yang akk ni agaknya terlebih masak kut..kaler dah jadi kelabu sikit. Tq sue kongsi resipinya. Minta izin ya akk Copy n Paste kat sini






KANGKUNG GORENG FISHBALL - HASUE

Bahan-bahan:

  • 1 ikat kangkung
  • 2 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1-2 tangkai cili merah*-nak pedas lagi leh tambah cili api
  • 1/2 sudu makan belacan*(optional)
  • 8 ketul bebola ikan(fishball)-leh tambah jika suka banyak fishball
  • Garam dan perasa/gula secukupnya
  • Minyak untuk menumis
Cara-cara:

  1. Kangkung dipotong2,bersihkan dan ditos. Fishbal dipotong 3
  2. Tumbuk bahan2 bertanda * sehingga lumat
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan2 ditumbuk tadi sehingga naik bau dan sedikit kekuningan
  4. Masukkan fishball dan kacau goreng selama lebih kurang 1 minit. Masukkan garam dan perasa/gula
  5. Kemudian masukkan kangkung dan kacau goreng lagi sehingga masak. Kalau nak senang guna 2 sudu dan kacau guna kaedah kaup balik(sebab daun kangkung kadang2 berbelit..hehe)
  6. Jika suka berkuah,boleh tambah sedikit air dan tunggu mendidih baru padamkan api.
  7. Cara menghidang:angkat sayur yang sudah masak menggunakan dua sudu(kiri n kanan)dan letak dalam piring. Letakkan fishball yang tertinggal dalam kuali di atas kangkung tadi dan hiaskan dengan cili hiris dan bawang goreng jika suka.
Akk tambah oyster kat dalam ni, sedap . Tgh hari masak sayur ni, malam pun goreng gini juga cuma tak letak belacan. Sedap



4 comments:

kalau anak ain..hanim tu dia ambik fishball jer...sayur tak diusiknye...
 
sedapnya kak..suka juga mkn kangkung...nasi lemak kat bawah tu pun nampak sedap juga..:)
 
mmg sedap boh sos tiram kn kak..kdg2 buh juga,kdg2 nk pure rasa belacan..hihi..mekasih kak!muahhh
 
wah sedapnya kak
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...