Tuesday, June 28, 2011

KEK COKLAT MOIST KUKUS

Masa hari jadi Eqa akk buat kek coklat moist kukus ni, tapi sayang gambar yang dah potong tu tak sempat nak ambil, pic ni pun amik masa deco2 tak siap lagi, walaupun deco tak cantik tapi rasa kek ni sedap dan memang lembap. Punyalah gumbira bila kita buat kek dan masak2 dengan niat nak snap pic, tetiba je bateri yang di cas tak masuk power pulak huhuhu.


Terima kasih buat alongroz kerana kongsi resipi yang sangat sedap ini 


Nak luah perasaan n cerita sikit, hari tu akk buat nasi dagang, pulut inti, puding tembikai kaler oren, ciskek sempat ambil malam tu lagi, tak sempat nak posing banyak2, sibuk nak keluar masa tu. Terkilan juga rasa hati.


Masa nak potong kek ni pun memang tak sempat, pagi tu akk pergi tempat Eqa sukan, snap pic guna bateri biasa, sedap hati sebab bateri satu lagi tengah cas huhuhu...


ini pun nasib baik si along yang gatal tangan p snap pic..kalo tak lagi frust tak dapat nak tepek resipi. 


KEK COKLAT MOIST KUKUS
RESIPI : alongroz@myresipi

Bahan-bahan ( 8-9 inchi bulat )


100g Serbuk Koko*
250g Gula Kastor
1 tin Susu Isian Cair*
200g Minyak Masak Sayuran*
250g Susu Pekat*
4 biji Telur - pukul sehingga berbuih
150g Tepung Gandum
1 st Bic Soda
1st Baking Powder


Cara-cara


1. Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin. Tak payah sampai menggelegak.


2. Satukan dgn telur yg di pukul tadi dgn mixer. Gaulkan bhn2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati.


3. Masukkan ke dlm tin yg di lapik & minyakkan. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.


4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing.


Untuk ganache atas kek lihat resipi dari hana6877: resipi no. 4580
Untuk buttercream kat tepi, pukul 125g Butter, 125g majerin & 80g Gula ising. Bila dh sebati campur 100g coklat yg telah di cairkan.


SIMPLE BUTTER CREAM
resipi : kak fida@ Myresipi



Bahan-bahan ( 20 cupcake kecil )

  • 250 g mentega
  • 100 g susu manis
  • 1 sk esen vanilla
  • pewarna pilihan ikut suka
  • SIMPLE CHOCOLATE BUTTERCREAM ;-
  • 250 g mentega (1 buku)
  • 200 g gula icing (1 3/4cwn) - ayak
  • 170 g air dingin ( 3/4 cwn) - dr petiais
  • 1 sb choc. paste
  • 2 sb serbuk koko - ayak

Cara-cara

  1. Pukul mentega,susu manis dan vanilla hingga berkrim.
  2. Bubuh pewarna pilihan dan kacau rata.
  3. Hiaskan atas kek ikut kreativiti masing2.Simpan di dalam peti sejuk supaya buttercream kekal cantek.
  4. Cara2 untuk Choc. Buttercream :-
  5. Pukul mentega hingga putih lalu masukkan gula dan pukul terus hingga pekat.Perlahankan mixer dan masukkan pula air dingin sedikit2 sambil dipukul hingga sebati dan tukarkan mixer pada kelajuan tinggi dan pukul terus hingga kembang dan akhir sekali bubuh choc paste dan serbuk koko dan pukul rata.Matikan mixer dan gaul lagi adunan buttercream dengan spatula/senduk hingga sebati.
  6. Choc. buttercream siap untuk digunakan.

9 comments:

Sedapnya nampak kek tuh!atie copy resepi yer..TQ
 
sedapnya..kak rosa suripun buat kek coklat hari ni..teringin yg hari tu tak masak..
 
sayangkan..penat wat kek spesel tak smpat nak snap lak..byk lak tu menu spesel.xpe lenkali wat lagik
 
}~ Azatiesayang...sedap atie kek ni memang moist sangat..kalo rajin boleh lah cuba
 
}~ surisolehah..assalam suri, oh ya ke, suri buat resipi DJ yang tak ada telur juga ke, mcm mana kejadiannya ok tak kali ni
 
}~ linapg..tulah bila niat nak snap pic tak boleh pulak mmg frust betul, nasib lah yg cis tu sempat gak amik pic walaupun tak berapa cantik
 
assalam kak,
kreatiflah dekonya tu....siap ada huruf lagi...
 
}~ amie... assalam amie....main ngan anak2 kejap nak topping cokelat, jap2 nak yang ada nama, akk main taram je tu, ikut hati dia yg suka ngan pink2 heheh
 
sibbaik ada yg sempat gatal tgn pi snap pic kek tu ye kak.takpe,at least dah merasa kesedapan kek tu dan yg paling best,kek besday tu akak buat sendiri..hihi..
mesti si eqa suka sgt2 tu..meriah laa besday si eqa tahun nih..pasnih besday sapa lak kak?dah kekurangan sorg pelanggan kedai bakery kat sana..
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...