Thursday, August 18, 2011

DAGING MERAH ALA THAI

Salam ramadhan yang ke 18 buat semua. Mesti dalam paler masing2 sibuk dok fikir2 nak masak apa hari inikan. Kalo dah ada menu, best je rasa, tak payah nak fikir2 lagi. Macam akk biasanya tanya anak2 je nak makan apa hari ini....tetapi ada juga menu yang akk pilih pun, janji ada yang diaorg suka. Lagi pula anak2 akk ni buka posa, lepas je minum air terus makan nasi, sesambil makan nasi tu selang seli lah dengan kuih muih. Masa buka posa best je tengok diorang ni makan, tapi sahur cuma akk, Along, angah dan Eqa je makan nasi, yang lain2 tu mkn roti ke conflake atau biskut je. 


Ini salah satu dari menu kesukaan anak2 akk, memang menjadi ata mereka, lagi sedap dari kat kedai.....jom tengok resipi kut2 ada yang nak masak daging hari ini.
DAGING MERAH ALA THAI
resepi : jeezy@ myresipi
kongsi bersama : embunrosaliza

Bahan - bahan 


1/2 kg daging lembu (direbus sampai empuk)
2 ulas bawang putih diketuk
1 labu bawang besar dipotong bulat
1 sudu besar cili giling
Sedikit sos tiram
Sedikit sos ikan (thailand mari)
Sedikit sos tomato
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Daun ketumbar/daun sup/daun bawang untuk hiasan (mana2 pun boleh)


Cara-cara


1. Daging yang dah siap direbus tu potong nipis2 .
2. Panaskan minyak sikit, goreng daging dulu sampai kuning2 sikit, ketepikan.
3. Tumis bawang putih sampai naik bau, masukkan cili giling.
4. Goreng2 sikit agak2 garing tu bolehlah masukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato.
5. Masukkan daging tadi dan bawang besar yg dihiris kacau2 dan rasa garam dan gula.
6. Kalau nak kuah lebih bubuh air sikit dan tambah sos tomato.
7. Dah masak bolehlah diangkat dan hidangkan. Taburlah daun ketumbar yg dihiris tadi biar lawo sket


tersangatlah sedap daging merah ala thai ini.


Selamat menjalani ibadah puasa buat semua.

4 comments:

wah! jauhnya! sampai ke thailand dah daging ni...tula kan...bila lama2 ni rasa mcm bosan dh makan mende yg sama je...tak tahu nk masak ape dh.
 
sedap tu daging masak merah..mlm tadi tetiba tekak teringin nk mkn dgg goreng bodoh..ari ni tgk umah akak ada menu daging..adusss terliuq tul
 
assalam rosa..bila baca stetmen tersangat la sedapnya daging mmerah ala thai yang rosa masak ni..buat akak tak sabar nak mencuba..cuma nak tunggu daging fresh..hari sabtu baru ada orang jual dipasar tani.
 
Hi, guantanamera121212
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...