Friday, August 12, 2011

NASI AYAM MADU

Assalamualikum buat semua dan salam sejahtera. Hari ini dah pun hari yang ke 12 kita berpuasa, rasa macam sekejap je, dah pun 12 hari. Pagi2 lepas sahur, terajin sikit nak n3, apa taknya , cerah tanah nanti nak hantar bby pastu terus ke Midvalley ( hari jumaah carre4 buka kul 8.30am, heheh nak g nyibuk ngan pak guard buka pintu hahah ) Bukan apa bila g shopping2 tu dok dengar lagu raya je, rasa tetiba je bersemangat je, apa yang semangat pun tak tahu, yg pastinya suka jenjalan n window shopping je, biasalah orang perempuan, cuba geleng paler org pompuan yg tak suka shopping... akk ni angguk2 je, takde geleng2 heheh. Heheheh melalut pepagi subuh hening ni heheh.


Terlupa sebentar baju raya ada 5 pasang lagi yang tak berjahit, harap2 sempatlah tu. Sebelum ni, akk suka menjahit lepas sahur, tapi tahun ni kesian kat Eqa, dia kata nak tido lepas sahur, jadi akk menjahit bila hari minggu sahaja. Amani akan di jaga oleh abg n kakak2nya. 


Ohya berbalik pada menu tertunggak akk kali ini, iaitu nasi ayam madu, nasi kesukaan anak2 selain dari nasi lemak heheh (nasi lemak minta hari2 pun boleh buat, nasi ayam ni susah sikit ) Kali ini akk cuba nasi ayam madu resipi Nadia @ Myresipi.


NASI AYAM MADU
Resipi asal : Nadia @ Myresipi

Bahan-bahan ( 2 orang )

2 cawan beras -  akk buat 4 cawan
1/4 bawang besar
2 sudu mentega
sehelai daun pandan
2 kiub ayam
madu
kicap pekat
1/2 ekor ayam
1 sup bunjut adabi
sos tiram
1/2 sudu serbuk lada putih
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
[hiasan]
daun bawang
daun sup
bawang goreng
daun salad/timun
Cara-cara

Bersih ayam. Potong ikut suka
Tumbuk bawang putih dan halia. Tumis dengan sedikit minyak sehingga bawang jadi perang
Masukkan air, ayam, sup bunjut dan kiub ayam. Masaklah sehingga ayam masak
Untuk masak nasi, bersihkan beras. Ambik 2 cawan sup ayam tadi untuk masak nasi. Masukkan daun pandan. Masak seperti biasa.
Keluarkan ayam. Perapkan dengan madu, sos tiram dan kicap. Goreng dengan minyak penuh
Untuk sos kicap. Mayang bawang putih. Tumiskan sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sedikit sup ayam tadi

Ayam nampak cam rentung sikit , tapi sebenarnya taklah retung mana pun, mungkin sebab madu kaler dia hitam manis gitu.



Nasi ayam ni tak ada sos, tapi akk buat sos yang biasa akk buat tu


Sos Chili


bahan- bahan
5 tangkai cili merah*
5 biji cili padi*
1 biji tomato*
3 ulas bawang putih*
2 sudu besar cuka*
3 sudu besar sos cili
Sedikit gula
2 senduk sup nasi ayam


Cara- cara
Blender bahan2 bertanda * , kemudian campurkan bersama bahan2 lain. Masak hingga agak pekat. Siap.

Selamat berpuasa buat semua, suka pagi2 dapat merapu meraban kat sikit bak kata Wachak

11 comments:

assalam kak liza.


huaaa ... singgah sini dah waktu imsak. x bleh ar nk pekena nasi ayam madu. akak, tapow tuk berbuka erk ... ha33
 
Assalam Dik Rosaliza....betoi tu nak buat nasi lemak sonang jer..nak buat nasi ayam ni...susah sikit ler...bukannya apa...kaedahnya banyak....apa2 pun hari ni dapur akak cuti...!
 
salam akak.....
ryo nak hantar baju leh tak tolong jahitkan??huhu
baru 2 yg dah hantar kat taylor..ntah siap ke tidak.

lagi 2 x tau nak hantar mana.hahaha...baju melayu ler akak.erm
 
bagusnya kak rosa ni..dalam sibuk2 mengurus anak2, menjahit baju lagi, sempat masak sedap2 untuk family...
 
kak rosa..suri nak geleng pala..tak larat nak bawa pewut..huhu..terliur pulak tgk nasi aytam..leh buatlah petang ni
 
Salam, K Rosa...
Nurul angguk2 jgk... heheh... biasalah tu kak...:)
Best tgk nasi ayam tu, cam nak buat lagi jer... tapi versi lain plak.... K Rosa nyer ayam pun sama cam nurul aritu, tp nurul rasa nurul punya lagi nampak rentung... haha
 
sedapnya nasi ayam, betui ke buat ni..cam beli kat kedai jer presentation tuh kih3...
 
assalam rosaliza..dah 12 hari puasa..belum sekali pun buat nasi ayam ni..sedap pulak nampak nasi ayam rosa ni
 
Assalamualaikum Kak Rosaliza, nasi ayam kesukaan rakyat di rumah sy ni. Kalau hari2 mkn nasi ayam pun confirm x jemu nya...tengok resepi nya pun tahu ni mesti sedap, next time boleh try nie.. :)
 
sedapnya nasi ayam tu...anak2 saya pun suka...hari2 makan nasi ayam pun diaorang tak kisah....
 
lama xwt nasi aym..tumpang jamu mata kt cni je la..
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...