Wednesday, August 17, 2011

SALAD BUAH-BUAHAN

Alhamdulillah, hari ini dah pun masuk hari ke 17 kita berpuasa, cepat sangat masa berlalu.Masing2 dah siap buat biskut raya, akk belum lagi, bahan2 semua dah beli. Tahun ini akk buat biskut yang anak2 suka sahaja, dan 2, 3 jenis je.


Ada ke patut salad buah buat buka posa...tak patut,....tak patut. Sebenarnya akk buat ni, bagi memenuhi permintaan bby adda, kesian lak dia nak makan salad ni, jadi nak tak nak terpaksa lah akk buatnya,. Hari tu dia tengok 5 rencah 5 rasa , terliur lah pulak, dan dia minta untuk buat buka posanya. Semagkuk besar akk buat semangkuk kecil je dia makan. Teruja nak main masak2 pun ada heheh.


SALAD BUAH - BUAHAN
Resipi : embunrosaliza


1. Buah2an secukupnya 
- dipotong dadu kemudian direndam air garam
2. mayonis - secukupnya
3. 1 sudu besar gula


Cara- cara
Toskan buah2an yang dipotong tadi, kemudian masukkan kedalam bekas yang agak besar. Masukkan mayonis dan gula. Gaul hingga rata. Tutup bekas tadi ,kemudian boleh lah disimpan didalam peti ais. Siap.
akk guna semua buah dalam bekas  ni. Banyak sangat dapat, tapi yang dikutipnya anggur je heheh


dua hari jugalah nak ngabiskan salad ni


Selamat berpuasa buat semua.....

11 comments:

Gd morning kak...
pehh...lama tak meronggeng ke sini.hihi..
salad buah ni peberet famili ni kak..sedap sgt mkn sejuk2 kan..lagi2 kalo ada honey dew dicampur buah2 tu semua..akak suka makan honey dew x? sebab ada org x suke makan..kat umah ni laju jerr..

cantik gambar buah tu
 
salam k.Rosaliza..wah!sedap tue salad buah-buahan...mkn lak sejok2!
 
assalam..seronok gak melayan selera dak kecik berpuasa.kat umah anak2 jarang request mcm2.Agaknya dah tau kot mama dia xsempat nk wat hehehe.Sedap tu salad..mcm2 ada
 
kalau saya pulak...x berehi sgt salad2 buah ni...rasa macam pelik aje... heeeee....
 
assalamualaikum kak rosa..
alaa sedap nyer makan salad gini kalau sejuk2 lagi masyuukk.. tak yah makan pemanis lain dah. fresh kan.. saya pun duk terliur je kalau tengok rancangan masak tu kak.. hehehe
 
As salam kak rosa, akak buat biskut raya yg anak2 suka je ke?? Biskut raya yg adik2 suka tak buat ke?? Tart nona takdok ko???
 
anak2 suri suka salad camni kak..diaorg panggil vitamin..kalau mintak nak makan cvitamin tu nak makkan salad ginilah..
dah banyak tahun tak buat sendiri kuih raya kak..tak larat..main tempah je
 
salam, nmpak sedap saladnya..
 
assalam rosaliza..akak pun pernha buat..cuma tak rendam pulak dengan air garam..patut tak rangup agaknya buah2an tu..
 
Salam kenal...

emm ada idea lah buat buka petang nanti. Sebab banyak sangat buah2an cam ni kat peti tu..
 
sedapnye...nak cuba nnti...
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...