Friday, October 14, 2011

KEK BATIK COKLAT BEST

Salam Jumaat buat semua, penghulu segala hari, dan merupakan hari terakhir sekolah buat minggu ini, sekejap masa berlalu, minggu depan anak2 sekolah rendah mula menjalani peperiksaan akhir tahun.


Memandai je tambah nama kat resipi org, tetapi memang sedap sangat kek batik resipi ni, walaupun tak canti n tak pernah cantik kek batik yang akk buat ni, namun rasanya memang terasa kecoklatan, anak2 pun suka bila tgk nampak coklat pekat sikit. Boleh klik2 nama HASUE untuk melihat kek batik coklat yang cantik dan tersusun



Akk buat kali ni cantik sikit dari yg INI, cuma  dapat 3 tingkat flat je, ingatkan dah jadi kondo dah hehhe 


Kek Batik Coklat 
C n P : HASUE
Bahan-bahan ( 1 kg )

* 200gm millo
* 250gm butter
* 3 sudu makan serbuk koko
* 1 tin kecil susu pekat manis - setengah tin  susu yg sedang tu
* biskut meri secukupnya

Cara-cara

  1. Sediakan Loyang yg dialas plastik bersih(tujuannya supaya kek tidak melekat dan senang diangkat dr loyang tanpa mencacatkannya)
  2. Cairkan butter dalam kuali atas api yang kecil sekali...
  3. Setelah cair masukkan susu,milo sedikit demi sedikit gaul sehingga milonya hancur
  4. Seterusnya masukkan serbuk koko.... gaul tanpa henti sehingga halus dan xberketul lg....
  5. Setelah pekat,boleh lah mula menyusun biskut marie di dalam loyang sehingga menutupi permukaan dasar dan ceduk adunan coklat kemudian ratakan l
  6. Susun lagi biskut marie dan lapiskan dengan adunan coklat.
  7. Ulangi langkah 4 dan 5 sehingga adunan habis
  8. Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk semalaman.... potong dan siap untuk dihidangkan...
Ari tu ingatkan dah banyak ambil gambar, rupanya 3 ni je yg ambil, nak tak nak kena letak yg ni jelah.

13 comments:

aduhhhh...mencabar sungguh petang2 ni, dah la hujan, lapar pulak rasa... saya memang penggemar kek batik ni kak...nak buat sekut meri lak xde... aduhhhh
 
lama sgt2 dh x wt kek batik..spjg kawen ni..xpnh wt lg...hik3..kna ttry gk ni..bila tu xtau la..
 
emmmm...sedap...sedap...memmang sedap kek batik ni...lama tak buat....
 
yang penting rasa sedap, rupa x kisah mcm mn pun...itu prinsip hubby e-na. btullah kan yang lebih pnting rasa tu...tp kita ni sedap nak cantik pun nak juga...hihihiii
 
assalam rosaliza..tu le kalau akak buat..tak berani nak tayang gamba..memang comot punya..rosa punya ni ok jugak lagi ni.cantik je..
 
adehhh...terliur saya,.=p
 
nmpk sedap tu kak, cantik jer 'finishing' tuh.kalau cheq buat mesti sememeh jer tu yg tensen, rcp simple tp xjadi huhuhu
 
As salam kak rosa,
Kek batik coklat ni mein ada buat minggu lps.. Dh mkn...tak la kena ngendeng kat sini...hehe...
 
salam kakrosa...saya dah lama betul tak buat kek batik ni...diaorg kat rumah ni dah tak lalu nak telan coklat...hehehhe
 
mat malam Rosa,sedapnye kek batik coklat,dah lama Rahel tak buat kek batik...yummy3.
 
kak, sedapnya tgk kek batik ni...dah lama tak buat..terliurla pulak..:)
 
Kak Rosa.. kek hasue ni dah menjadi target tp tiap kali kuar rumah lupa jer nak beli biskut mery tu..huhuhu...
 
Menggoda betul bila tgk coklat atas tu kak.baru td beli sekut meris nk buat lg utk c kakak yg demam..dia suke sgt kek nih..bkn dia jer..sekeluarga suke.hehe..
sng betul nk buat resepi mylla ni kn.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...