Saturday, December 10, 2011

KERABU EPAL HIJAU

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua, selalunya hari sabtu gini, dapur maya kurang berasap, maklumlah masing2 sibuk dengan urusan dunia nyata.


Pagi ini akk nak buat tayangan amal kerabu epal hijau ni, sebenarnya dah lama sangat buat, hari tu lepas tengok Linapg buat terus akk buat. Pas tu ada tengok rumah Amie dan juga CT. Kat rumah ni kalo jenis ada sayur2 sikit dah hilang selera, ambil pun pilih2 tang epal je, carot2 tolak tepi. Senang citer akk suruh mkn epal yg sebiji2 je heheh.



RESEPI KERABU EPAL HIJAU by kak hanieliza

Bahan-Bahan 
  • 2 bj epal hijau (linapg gn 1biji)- Akk guna 2 biji
  • 1/2 btg lobak merah (xboh xde stok)
  • 5 biji tomato ceri dibelah (linapg tambah)- tak letak
  • 2 bj cili merah (1 biji)- xdak
  • 2 bj cili hijau (xboh)
  • 1/2 labu bwg besar
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 1 batang serai (linapg tambah)- xboh
  • 1 pokok daun ketumbar- xboh
  • 1 bj lemon (diambil jusnya)-linapg gn jus limau kasturi
  • 1 sudu kecil gula
  • garam secukup rasa
Bahan:
  1. Epal dan lobak merah disagat atau diracik panjang.
  2. Semua bahan lain dihiris.
  3. Gaulkan semua bahan dan tuangkan jus limau kasturi
  4. Kacau rata dan rasakan masamnya
  5. Sedia dihidangkan

epal hijau akk jenis yang besar, byk sangat dapat, tak habis sekali makan, memang sedap, akk makan gitu je


10.12.11 merupakan hari jadi adik bongsuku Egie yang belajar di UniMap selamat hari lahir dik, semoga adik berjaya dunia dan akhirat ( pstttt pg tgk 5 tak ajak akk pun huhu )

13 comments:

"salam kak,wah baguslah resepi ni,sy lom penah buat kalau kerabu mangga tu ada la jugak buat sekali sekala...tq share yer..."
 
Assalam Rosa,
tak boleh dengar pasal kerabu epal hijau...teus je menjejes air liur...ngidam ke apa ke ni..hi hihiiii
 
salam kak rosa...wahhh ni menu diet ni...hihihi
 
epal hijau ada kat umah...memang kena cuba ni...tak pernah lagi makan kerabu epal hijau...tentu sedapkan...tgk gmbar tu pun dah terliur...
 
sedapkan kerabu epal ni.Ratah pun sedap.Kalau wat menu nasi segala bagai tuh lagilah sedap
 
Assalamualaikum Liza

Waduhhh!!!! Tentu Sedap Ni Ada Rasa Masam2 Manis....Terliur!!!
 
memang menarik resepi ni.dah lama dlm simpanan tapi tak buat2 juga lagi..:)
 
Salam Rosaliza...sedapnya kerabu epal..teringin pulak mencubanya..
 
Boleh ler try ni... Sedap jer tu...
 
Assallamualaikum kak Rosa..
Kak, Naz suka makan apa2 kerabu tp nak buat malas sikit hehehehe.. Amik sikit akak nyer lah..
 
assalam rosa..teringin nak buat..tapi belum sempat pi beli apple hijau lagi..
 
mai merasa kerabu epal kt cni la...tp msti dh hbs...

thnks 4 the wish...
 
Insya Allah akakku cuba.. walaupun ku tahu hasilnya tak sesedap hasil tangan Kak Liza :)
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...