Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, January 31, 2011

KEK NANGKA @ BINGKA NANGKA

Assalamualikum buat semua rakan2 cyber...tak balik kampung ke cuti2ni, tentu dah ramai yang akan balik kampung. Akk n famili pun akan balik kampung hari ini.

Jangan ada yang tergelak n terkezutt berukkk lak ya dengar kek nangka akk nih huhuu. Tak tahu nak buat apa dengan nangka ni akk pun godek2 jadilah kek yang sedap tapi agak kering sikit. Akk lebih suka panggil kek hehe

Rasanya macam baru lagi makan nangka minggu lepas, alih2 buah ni dah masak pulak. Setelah dibahagi2kan pada jiran tetangga, ada lagi buah ni, nak makan gitu pun rasa mcm dah boring. Akk pun buat lah kek tah apa2 ni. Masuk je bahan2 biasa tu dalam food prossecer......pas tu bakar . Hasilnya Taraaaa }~


Sedap juga rasanya dan dah abis pun

tak terasa pun nangka..semua hancur lebur. Akk tambah sikit warna oren

Sunday, January 30, 2011

GETOK UBI KAYU

Assalamualaikum buat semua.....hari dari pagi lagi hujan turun tak berhenti2 lagi sampai saat ini kul 5.00 pm dah, bila hujan2 gini terasa macam banjir pulak. Dah lah sejuk, malas pulak tu, semangat pun tak ada. Dah 2 hari tak update blog, BW pun kurang nape tah malas yang amat ni.

Getok ni akk buat hari khamis hari tu lagi, tapi tulah nak n3nya malas yang amatttt. Selalu kalo nak makan beli je, kali ini mencuba sendiri, bahan2 pun main campak2 je...budak kecil pun  boleh buat kalo ada ubi kayu, kelapa n gula.

Untuk kulit pun akk main campak2 je bahan2nya tanpa sukatan yang tepat, tapi ok lah masa panas tu rangguplah kulit dia, tapi bila sejuk tu lembik sikit. Makan masa panas2 laju je lah....}~



Jangan minta2 semua dah abis ya....

Wednesday, January 26, 2011

SAMBAL BELACAN - YANI

Salam buat semua....dari semalam lagi line internet dan talipon rumah akk ni tak ada, tak taulah TM dok upgrade ke apa. Tgh hari ni baru pulih n tipon rumah pun dah boleh guna. Kusss semangat tak bila tak ada tenet kat umah ni huhuhu.

Seperti yang dijanjikan kali ini akk nak buat tayangan sambal belacan yani ni. Akk ambil resepi ni dari Yani @ Myresipi. Terima kasih yani resipi sambal yang sebiji mcm sambal makcik jual sup kat Pantai Dalam tu..memang sedap buat cicah ikan bakar dan makan dengan bee hon goreng.

Minta izin ya akk C n P resipinya kat sini untuk rujukan masa hadapan}~


Bahan-bahan ( 1 mangkuk )

  • 1 cawan cili padi  -  ( akk campur ngan cili merah )
  • 1/4 cawan gula
  • 1/4 cawan garam
  • 1 sudu besar belacan
  • 1 biji tomato
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1/2 biji lemon diambil airnya
  • Sedikit air masak

Cara-cara

  1. Bakar belacan selama 2 minit atau nampak garing
  2. Masak bawang besar dgn microwave dengan suhu 600w selama 2 minit atau boleh juga dibakar
  3. Kemudian kisar semua bahan-bahan di atas
  4. Siap untuk dihidang

mmg sedap cicah ikan bakar, anak2 pun suka, mama buat mcm kat kedai sup pantai dalam, komen ank2 akk. tq ya yani

Monday, January 24, 2011

JALAN - JALAN DI FRASER'S HIIL

Salam buat semua,  semalam 23.1.2011 akk n famili sempat jenjalan kat bukit fraser. Pertama kali akk sampai kesini tahun 1998,masa ni tak ada apa yang menarik di sini cuma menara jam sahaja yang best. Kali kedua akk kesana lagi pada penghujung tahun 2008. Dan semalam akk kesana lagi 2011, kali ini bukit fraser banyak perubahan. Ada taman2 yang cantik sangat sesuai untuk beriadah bersama keluarga, selain kediginan yang sangat sejuk. Dulu2 masa akk pergi tak terasa sangat sejuknya, tapi kali ini mmg sejuk sangat. Kedai2 makan dan cafe pun banyak. Kalau sekadar ingin bersantai bersama keluarga ianya amat sesuai, tapi kalo untuk berhibur dan membeli belah bukan ini tempatnya.

Perjalan dari rumah akk kesini lebih kurang 2 jam, dengan jarak 100 km, itu pun akk ikut jalan lama iaitu melalui Rawang dan Kuala Kubu Baru pas tu sampai lah ke fraser. Apabila sampai di puncak iaitu persimpangan ke Raub hanya laluan sehala sahaja dibuka. Semalam akk sampai tepat2 kul 1.30pm terus dapat naik keatas, akk rasa dalam 10km. Masa ni orang yang akan turun kena tunggu sehingga kul 2.00pm baru jalan turun pula dibuka . Ini bermakna waktu turun seperti kul 1,2.3,4 dan seteruanya dan waktu naik 1.30, 2.30,3.30,4.30 dan seterusnya. Ini untuk peringatan akk juga nih mana tau suatu hari nak kesana lagi. Sapa yang tak pernah sampai kesana meh kita tengok keindahan errr bukan keindahan gambar kami }~







 Masjid kat sini teramat bersih..dapat pengiktirafan gred A tahap kebersihannya. Telekong pun bersih sangat
 Abah bersama 3 teruna sunti heheh
 Mama bersama 4 anak dara
 7 beradik didepan menara jam yang paling popular kat sini
 Anak2 posing maut tuh hehehe
 Depan food garden
 Ada juga pokok stoberi kat sini..dulu2 mmg tak jumpa pun


Ada taman permaianan untuk anak2 penggemar  buaian mcm anak2 akk, nmpk taman tuh rupa mcm org tak pernah main taman je

Maaf lah ya model2 tak berbayar posing gitu le jadinya

NASI BERINGIN @ NASI SERAI

Salam buat semua..nasi serai ni akk masak hari sabtu semalam. Resipi yang simple dan rasanya teramat sedap. Memaang betul masa masak tu bau harum semerbak. Terima kasih buat Syidamustafa@Myresepi, kerana berkongsikan resipi yang best ini. Minta izin copy n paste resipinya kat sini ya. Ramai yang mencuba nasi serai ini tapi akk lebih suka ambil resipi di myresipi. Terima kasih myresipi yang banyak membantu akk dalam masak2}~


Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 2 cawan beras biasa
  • 1 sudu kecil jintan kasar
  • ½ biji bawang besar (yang kuning)
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 5~6 Batang Serai
  • 1 sudu Besar marjerin
  • Air untuk menanak nasi
  • sedikit garam

Cara-cara

  1. Tumbuk bawang putih, bawang besar, halia
  2. Titikkan serai
  3. Panaskan periuk dan cairkan marjerin
  4. Tumis dahulu jintan kasar
  5. Kemudian tumis bahan2 yang ditumbuk bersama-sama serai yang dititik
  6. Masukkan air dan garam dan masak nasi seperti biasa
  7. Tunggu lah nasi ni.. dan tahanlah perut bila hidu bau wangi nasi ni...ok...selamat mencuba

akk mkn ngan kari ayam dan ayam masak merah

Sunday, January 23, 2011

HAPPY BIRTHDAY TO ME

Salam ceria buat semua. Sekuntum mawar merah buat diri akk sendiri semperna hari lahir. Semakin tualah diriku ini.  Akk ni peminat bunga rose, jadi bunga ini buat semua peminat2 rose merah}~


Tq buat en google

Terima kasih buat buat abe terchenta, anak2 akk yg sentiasa ingat hari lahir akk. Adik2 akk pagi2 lagi sms , Tq buat Alla dan Ayu, serta adik bongsu akk siap buat n3 khas buat kakak dia ni, tq ya Egie. Linapg serta En Daun. Tak lupa juga buat rakan blogger yang amat rapat dengan akk Hasue

Buat adik2 dan siapa yang sudi  sila ambil ya sekuntum mawar merah ni...akk sayang semua

Saturday, January 22, 2011

KEK BELANG HASUE

Salam buat semua ...ingat petang tadi lagi nak n3 pasal kek belang ni, sibuk pulak pegi tengok  si Aqil n Eqa berlatih hoki, punyalah lama dari kul 2.30 pm hingga 5.45pm.

Kek ni akk buat masa makan2 hari jadi Aqil ari tu, dia kan peminat biru, maka kek pun akk buat kaler biru jugalah, ikut kehendak dia. Terima kasih buat HASUE yang berkongsi resepi  kek kukus yang sedap ini, akk tukar dari belang harimau kepada belang biru heheh. Sedap kek ni. }~


Akk buat setebgah adunan je

Bahan2(8 1/2" x 8 1/2"): *gelas yg digunakan-(200ml)

  • 330 marjerin
  • 290g gula pasir / 2 gelas
  • 6 biji telur
  • 310g tepung / 2 gelas setengah
  • Esen vanilla
  • Serbuk koko + coklat emulco-(optional) - akk guna kaler biru n oren
  • Pewarna Kuning-optional
Cara2:

  1. Panaskan pengukus.Pukul marjerin bersama gula pasir sehingga sebati,tidak perlu terlalu kembang
  2. Masukkan telur satu persatu..adalah penting untuk memukul sebati setiap kali telur ditambah sebelum memasukkan telur seterusnya
  3. Tambahkan esen vanilla atau esen pisang,pukul seketika
  4. Ayakkan tepung terus ke dalam adunan sambil dipukul sebati
  5. Adunan siap dan bahagikan kepada 2 bahagian.warnakan kuning dan satu lagi tambahkan serbuk koko dan coklat emulco.
  6. Masukkan adunan berselang seli ke dalam loyang yang sudah di gris marjerin dan ditabur tepung
  7. Tutup loyang dengan aluminium foil untuk mengelakkan air pengukus menitik di atas kek.
  8. Kukuslah selama 1 jam atau 1 jam 15 minit/sehingga masak. Selamat mencuba!

sebelum di kukus..suka tengok cantik je


Sedap gebu juga walaupun tak guna apa2 soda kat dlm nih . Tq ya Sue, n peluk cium buat Zhariff ya

UBI KAYU REBUS

Salam buat semua, dah bf ke belum, meh la kalo sapa nak makan ubi kayu rebus cicah kelapa, sedap nih panas2 lagi, tapi hari yg akk masak tu la yg panas, hari ni dah abis pun heheh. Sebenarnya akk rebus hari khamis lalu, time mendung2 mkn layan je lah lebih2 lagi mkn ngan kelapa muda sikit campur ngan garam n gula sedapnya, kalo kat kg mmg suka rebus ubi ( dok kg pun ubi kena beli juga kalo nak makan huhuhu) }~


Cadangnya kalo tak abis ubi ni akk nak buat getok ubi kayu buat minum ptg, apakan daya beli ubi sikit je, pas tu sedap pulak, maka tak dapat bertahan hingga ke petang la jawapnya
Walaupun sesimple ubi kayu ni pun makan tak ingat dunia heheh....abe cicah ngan ikan kering, akk lagi suka mkn ngan kelapa

Friday, January 21, 2011

SIPUT SEDUT DAN SIPUT APA TU?

Salam buat semua..hari rabu tu akk ada beli siput sedut, macam biasalah msk lemak kuning campur dengan daun kesum.}~

Masak pekat2 sikit baru best rasa kuahnya....

Pastukan akk nak tanya ada sapa2 yang kenal tak ngan siput kat bawah nih. Masa akk beli siput sedut kat atas ada sekali ngan siput nih. Bukan hari ni je..hari2 yang lalu pun setiap kali akk beli siput mesti ada siput ni. Tapi akk buang je lah nak makan tak tergamak pulak  bentuk pun cam pelik je hehhe}~


Sebanyak ni akk dapat dari setengah kilo yg akk beli..akk rasa org tak mkn siput ni, mcm separuh je siput betul

Thursday, January 20, 2011

HAPPY BIRTHDAY TO MUHAMMAD AQIL IQBAL

Salam buat semua..hari ini merupakan ulang tahun Aqil yang ke 7..semoga Aqil menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia akhirat}~

2 tahunlepas peminat setia HIJAU..sekarang ni berpaling tadah ke warna BIRU pulak ..apa pun kena biru huhu

OHHHH YAMAHA TZM KU HILANG

Salam buat semua..sedih rasa hati ni.....malam tadi tido macam biasa je..kejap2 tersedar bila amani nak menyusu..pas tu tido balik. Azan suubuh baru bangun betul2, pas solat subuh akk baru buka pc n buka pintu ..tak ada apa pun yang mencurigakan.

Dalam kul 7.30am my abe balik dari kerja, dia tanya mana motor TZM....eh tak ada ke..akk kata la tadi dah buka pinti tapi tak perasan pun. Rupa2nya Motor TZM kesayangan abe ku telah hilang. Mau tak sayangnya  motor ni dia beli masa kami tak kawen lagi...sayang nak jual, jadi letak je kat umah boleh tengok2 n gosok2..sekali sekala tu naik juga.

Agaknya pencuri ni memang lama dok perhati motor ni. Harap2 jumpa lah kembali motor kami ini.}~

Walaupun buruk namun tuan dia amat sayang. Gambar ni akk snap masa awal tahun ni. harap2 jumpa lah nanti motor ni. Plat motor ni WDW 4772....Selalu kat sini kalo ada perayaan yg berkenaan ada lah motor ke apa yg hilang..tak sangka pula kali ini kena motor abe akk pulak. Motor TZM ni sebenarnya terselit dah..ada motor lain yang lebih baru ( ambil tahun ni ) disebelah dia..tapi orang jahat tu berkenan TZM ni lagi.

Tuesday, January 18, 2011

TALAPIA GORENG CILI

Salam dan selamat malam buat semua....sekali sekala layan ikan talapia bercili gini sedap juga...nampak merah tapi tak pedas pun.}~

Resipi main campak2 je pas tu main hiris je semua..akk pun dah lupa apa yang akk masukkan kedalam ikan ni heheheh

CREATIVE BLOGGER AWARD DARI HASUE

Salam ceria di pagi selasa ini. Hari ini lambat sikit buka pc..pagi2 lagi akk pergi klinik untuk cucuk baby Amani yang 3 bulan dan jumpa doktor sekali. Alhamdulillah beratnya naik  6.4 kg, dan amni sihat  serta aktif.

Buka je blog ada tgk mesej dari HASUE suh amik creatif   blogger award ni.. Segan pulak dapat award ni sebab akk ni mana creativ pun..siap2 tidurkan amani akk pun terus je g angkut Award yang cukup2 creatif ini, terima kasih banyak2 ya sue kerana sudi bagi award pada akk ni....semoga persahabatan kita dialam maya ini brkekalan hingga ke anak cucu hehehh..bersamalah kita mengkreatifkan blog masing2....maju lah blog untuk semua...muahhhhh


Akk Copy n paste dari rumah Hasue je..tq sue

PENGERTIAN TENTANG AWARD INI ADALAH:-

PENCIL Yang Besar
Menunjukkan Kesenian Yang Begitu Peka Terhadap Blog Anda Dan Mencerminkan Sesuatu Nilai Penghasilan.

FILEM Bergerak Tanpa Henti
Menunjukkan AWARD Ini Di FOWARD Kepada Bloggerist Yang Betul-Betul Layak Menerima.

LOGO Bulat Berkelip-kelip
Jika Di Perhatikan Betul-Betul, Ia Adalah Manusia Yang Berkepalakan Monitor Komputer. Ini Membawa Maksud Anda Adalah Seorang Yang Begitu Bijak Menguasai Dunia Alam Maya Ke Globalisasi.

Untuk Maklum Balas Penerima AWARD Ini, Ikhlaskan Hati Untuk Membuat Entri/Posting Berkenaan AWARD Ini Dengan Kreatif Dan Penuh Estatik Beserta FOWARD Kepada 5 Orang Yang Betul - Betul Layak Menerima AWARD Ini. Anda Juga Boleh Meletakkan AWARD Ini Di Side Bar Atau Di Mana - Mana Yang Bersesuaian. Tinggalkan Comment Untuk Ucapan Manis Anda.
-THE END-





Ohhhh rupa2nya kena angkut ngan mesejnya sekali heheheh
terima kasih siap tunjuk ajar lagi untuk gerak2 kan award ni heheheh

Monday, January 17, 2011

KUEH TEOW LADNA

Salam buat semua di pagi isnin yang ceria ini...mentari pagi2 lagi dah keluar, bersinar menerangi bumi di KL ni...harap2 panas hingga kepetanglah hari ini kan, bagi kesempatan untuk kain2 kering diampaian tuh.

Hari sabtu lepas akk masak kueh teow ladna ni buat bf, atas permintaan si bby Adawiyah. Resepi pun simple2 je }~

Nak masak kueh teow ladna ni mudah sangat. Mula2 sekali, goreng kueh teow dengan kicap manis, sehingga lembut, kemudian angkat}~

Ni akk siap goreng dengan sedikit kicap.

Pas tu sediakan kuahnya pulak. Tumiskan bawang putih hingga wangi, masukkan isi ayam, kemudian masukkan air. Tunggu hingga air mendidih , masukkan sayur2an n telur. Masukkan 1 kiub ayam n garam jika perlu. Akhir sekali bancur 1 sudu besar tepung jagung dengan sedikit air n masukkankan ke dalam kuah tadi..bila kuah agak pekat n mendidih bolehlah angkat dan hidangkan. Sedap dimakan panas2 .


Kueh teow akk ni tak boh ayam pun..tak sempat nak tunggu ayam beku tu mencairkan aisnya heheh.

Sunday, January 16, 2011

SAMBAL BELACAN - HANA

Salam dan selamat petang, sambal belacan ni akk buat 3 hari yang lalu, memandangkan kat umah akk ni kehabisan budu huhu. Akk memang suka sangat buat sambal belacan HANA ni..rasa kelainnya. Mkan ngan nasi putih n sayur sawi tumis air je,,..sedap. Akk copy n paste resepi ya Hana @ myresipi}~



Bahan-bahan ( 4 org mkn )

  • satu mangkuk kecil chili padi
  • 3-4 biji bwg merah
  • setengah genggam ikan bilis - yg dh kupas yer
  • 1-2 inci belacan
  • garam secubit
  • pak aji - klu suka. klu tk suka bleh gantikan ngan gula secubit
  • 2 sudu minyak masak
  • limau kasturi - hana xde limau kasturi so lemon jek yg ada. tp dcadangkan lagi sedap ngan limau kasturi

Cara-cara

  1. Potong bwg. Chili padi belah dua (tips supaya tk meletup masa goreng)
  2. Panaskan minyak. Masukkan bwg,cili padi, ikan bilis n belacan.. goreng lebih kurang 5 minit atau hingga layu.bau belacan goreng mmg sodappp....
  3. Angkat. n masukkan dlm lesung. tambahkan garam n pak aji/gula n limau kasturi yg dah dipotong2. Tumbuk limau ngan kulit2 skali. klu tk suka tk yah la.. amik jus nyer jer..
  4. ok siap! bleh la dihidang sebagai pencicah ngan ulam2an... atau ngan sayur air/bening n ikan masin...SEDAPPP!!
  5. SeLamaT MencuBe.
Sambal belacan ni dah habis pun..akan menyusul nanti sambal belacan Yani pulak. Nak tunggu balik kampung dulu baru beli budu

KEK KUKUS VELVET HAWFLAKS - KAK FIDA MYRESIPI

Salam buat semua....pagi ni dah bf ngan nasi lemak, anak2 mkn roti canai telur, sambil2 tunggu my abe bawa balik bf tu, akk godek2 resipi best ni...dulu2 dah pernah buat...mmg tak jemu mkn, buat pun sekejap je..TQ buat Kak Fida @ myresipi, kerana kongsikan resipi yang best. Minta izin ya nak c n p resipi kat sini untuk rujukan masa hadapan. Akk buat setengah adunan sahaja



Bahan-bahan ( loyang 10x7 )

  • 5 biji telur - grade A yg sejuk(dr peti ais) - 2 biji telur A
  • 225 g gula halus (1 cwn rata +2 sb rata) - 3/4 cawan
  • 220 g tepung gandum*(2 cwn rata) - 1 cawan
  • 1 sk rata baking powder* - 1/2 sudu teh
  • 1 sb ovalette - 1 sudu teh
  • 150 ml susu cair - 75 ml
  • 1/2 sk garam - sedikit garam
  • 100 ml minyak jagung/masak - 1/4 cwn 
  • 1 sk esen vanilla 
  • pewarna merah,kuning,hijau dll ikut suka
  • secukup hawflakes (akak gunakan yg sebesar syiling 50 sen)

Cara-cara

  1. Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan2 di dlm mangkuk mixer kecuali minyak,hawflakes dan pewarna.
  2. Pukul adunan hingga sebati dan gebu.Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dgn senduk atau spatula hingga sebati.
  3.  Loyang dialas kertas dan sapu minyak. Ratakan adunan pertama dan susun secukup hawflakes dipermukaannya dan kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.
  4.  Buat hingga habis lapisan seterusnya dan susun hawflakes dan kukus.Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.
  5.  ***untuk membahagikan sama rata setiap lapisan akak ambil 4 senduk lauk dan dibahagi kpd 5 mangkuk dan warnakan.Untuk lapisan terakhir susun hawflakes jika suka...
  6.  Setelah kek masak,biarkan di dlm loyang selama 10 min kemudian dibalikkan di atas redai kek supaya sejuk.
  7.  Inilah hawflakes yang sebesar syiling 50 sen...
  8.  Untuk membuat kek lapis perisa choc dan choc chip...adunan dibahagi dua dan bubuh 2 sb serbuk koko yang dicampur air atau 2 sk choc paste pada 1 bahagian adunan.Tabur choc chip pd lapisan putih ketika mengukus.
  9.  kek lapis choc kukus...


Dah kenyang2 mkn nasi lemak  n roti canai tu..dah abis setengah loyang kek ni...mmg sedap sangat..tq ya kak Fida

Saturday, January 15, 2011

JEMPUT - JEMPUT NANGKA

Salam buat semua....jemput2 nangka, cam pelik je bunyikan. Sebenarnya nangka ni ambil kat pkk akk tu.. rajin berbuah tapi tak sempat nak masak, selalu di tebuk tupai huhuh . Kali  ini buahnya kat bawah..rajin pulak akk membarutnya...sebelum akk bersalin hari tu lagi..tak sangka sempat juga dia masak. Kat umah akk ni bunyi je dok KL tapi banyak tupai ( macam kat kebun di kampung2kan )_Rumah akk ni berjiran dengan sekolah , ada byk2 pkk itu yg menjadikan pusat pembiakkan tupai dan haiwan2 lain hidup dengan selamat, jagan tak percaya musang pun ada huhuhu...bukan akk je yg jumpa jiran2 lain pun pernah nampak.

Okey berbalik pada cerita jemput2 nangka ni ya, sebenarnya anak2 akk suruh goreng mcm cempedak goreng tu..akk kata mana sesuai, jadi akk pun blender je ulas2 nangka tu. Makan lah pulak anak2 akk ni, mkn gitu tak abis pulak, itu pun bagi kat jiran2 seulas dua heheh.

Jemput2 ni dah lama akk buat ya, kalo tanam biji benih tu nescaya dah cambah heheh}~


Ginilah rupanya..mcm jemput2 pisang gak..harum je bau nangka tu.

Meh kita saksikan buahnya pulak. Sapa tak kenal dengan buah nangkakan...tapi nangka akk ni ada perkisahan disebaliknya......neneg..neneg...neneg.....ala2 syair gitu ya.

Sebenarnya pkk ni ditanam oleh arwah  FIL akk kira 12 tahun yang lalu. Yang peliknya dia tanam biji cempedak.....tapi buahnya menjadi nangka pulak.  Dan pkk pun memang jadi pkk nangka , bila kita tengok daunnya yang licin tu, tak ke pelik mcm perumpamaan CEMPEDAK MENJADI NANGKA, rupa2nya mmg ada .

Meh la kalo ada sapa2 yang nak tengok}~


Inilah rupanya

Friday, January 14, 2011

IKAN MAYONG GULAI KUNING

Salam buat semua..tah nape dua tiga menjak ni asyik masak kuning2 je.....pulak tu mendapat sambutan hangat kat umah ni...bahagian kuah je lah kalo ikan hehehh...anak2 akk tak berapa suka ikan, kecuali  goreng atau masak cili, itu pun tgk ikan juga . Kalo ikan bawal atau siakap ok lah..tapi yang tua lah tukang cubit2 isi huhuhu...

Ikan mayong ni nak sama je ngan ikan duri..tapi tang mana bezanya akk pun tak pasti...ni kena tanya pakar2 ikan nih. Gulai kuning ni biasa2 je bahan2nya yang penting lengkuas, bawang, kunyit, sedikit cili kering, dah tentu santan, asam keping...lebur gitu je. Tapi ikan ni akk gaulkan garam n kunyit terlebih dahulu....}~

Hari2 mendung kat KL ni nak sidai baju pun bercinta rasanya....mentari macam segan je nak keluar...... pas tu tenet pulak selalu lembab je..signal penuh je....huhuhu

Thursday, January 13, 2011

TELUR DADAR IKAN JERUK

Salam dan selamat petang buat semua sahabat2 di alam maya. Telur dadar ikan jeruk ni memang nostalgia sungguh dizaman kanak2 dulu, dan sangat popular di musim banjir, samada di goreng atau di campur dengan telur. Dari segi rupa sama je ngan telur dadar biasa, kelainannya rasa masin n masam ikan jeruk tu yang membuat kita teringin nak makan lagi.}~

kepada Kak Erna saya sertakan resepinya kat sini ya..kalo2 akk nak cuba heheh

2 biji telur
Sebelah ikan kembung jeruk*
2 ulas bawang merah*
1 ulas bawang putih*
4 biji cili padi*
Sedikit garam n serbuk perasa
Daun Kesum - daun sahaja
Sedikit minyak masak

Cara - cara
Tumbuk lumat bahan bertanda *, kemudian masukkan telur , garam n serbuk perasa serta daun kesum . Kacau sebati . Panaskan minyak kemudian masukk telur tadi. Masak dengan api yang sederhana, masak seperti telur dadar biasa.

Nota }~ boleh juga guna ikan tenggiri jeruk , anggaran sepotong kecil sudah memadai

Wednesday, January 12, 2011

KEK BATIK COKLAT

Salam buat semua ..kek batik ni sebenarnya akk buat masa cuti sekolah hari tu lagi....mula tu segan nak n3, kerana tak mcm rupa kek batik pun, bila di hitung2 semula apa salahnya percubaan pertama..lagi pun sayang pula kalo tak letak resepikan. Apa2 pun kek batik coklat ni sangatlah sedap, bahan2 pun biasa sahaja..namun rasanya mmg meletop. Tengok Hasue buat cantik je tersusun..mungkin akk guna loyang besar sikit..hasilnya  tak berapa memuaskan hati..sememeh semacam je ...namun rasanya mmg sedap sangat.

Hari ini 12.1.11 anak2 akk minta buat lagi kek batik ni..kena cari bahan2 dululah ni baru dapat buat. Kita tengok gambar kek bati coklat akk yg tak senonoh ni ya }~

Resepi kepunyaan bakewithmilla akk copy n paste dari MYRESIPI. Minta izin ya akk C n P resipinya, dan terima kasih cipta resipi yg best ini


Bahan-bahan ( 1 kg )

  • 200gm millo
  • 250gm butter
  • 3 sudu makan serbuk koko
  • 1 tin kecil susu pekat manis
  • biskut meri secukupnya

Cara-cara

  1. cairkan butter dalam kuali atas api yang kecil sekali... setelah cair masukkan susu,millo sedikit demi sedikit gaul sehingga milonya hancur masukkan milo dan seterusnya koko.... gaul tanpa henti sehingga halus dan xberketul lg.... setelah pekat susun biskut meri lapis ngan coklat selapis demi selapis sehingga habis...siap...dan biarkan semalaman.... potong dan siap dhidangkan...kalau ndak cepat keras masukkan dalam aisbox dan bila keras potong dan hidangkan...

Tuesday, January 11, 2011

PULUT IKAN KERING

Salam buat semua...pulut ni menu bf beberapa hari yang lalu..kesempatan tak mengizinkan untuk mengn3 heheh..patutnya malam ni akk nak letak telur dadar ikan jeruk, tak boleh nak transfer pulak gambar dari camera ke pc..tah apa yang tak kena....

Pulut menu kesukaan anak2 lebih2 lagi makan ngan kelapa yang agak muda. Akk msksn ngan ikan masin, anak2 layan ngan ikan goreng je }~ ....

Monday, January 10, 2011

IKAN JERUK @ IKAN BUDU

Salam dan selamat pagi buat semua sahabat2ku dialam maya ini. Pertama sekali akk nak ucapkan tahniah pada HaSue yang telah berjaya menamatkan tempoh berpantangnya 44 hari dengan jayanya hari ini.

Pernah tengok atau dengar atau pernahkah rakan2 sekelian mkn ikan jeruk atau ikan budu ini...akk lebih suka panggil ikan jeruk. Ikan ni memang terkenal dimusim tengukuj  di Kelantan, agaknya nelayan tak dapat kelaut jadi ikan2 yang di perolehi di buat jeruk ataupun ikan masin untuk tahan lebih lama.

Ada juga orang panggil ikan pekasam, tapi bagi akk, ikan pekasam guna ikan sawah atau ikan daratkan. Ada sesiapa yang pernah jumpa ikan jeruk gini.

Ikan ni boleh di goreng begitu sahaja atau di goreng bersama telur dadar. Akk cadang pun nak goreng dengan telur dadar macam telur dadar cencaluk tu.....best tau, tapikan masa akk kecil2 dulu, akk tak boleh mkn tau rasa mcm loya heheh..tapi dah tua ni sedap pulak

Harga ikan ni seekor rm 2.00, kebanyakkan orang guna ikan kembung untuk jeruk..meh kita tengok ikan jeruk ini......}~


beginilah rupanya..tak ada pelik mana cuma rasanya yang lain sikit, ada rasa masin n masam, isinya lembut tak macam ikan masin @ ikan kering tu. Nanti kalo akk buat telur dadar ikan jeruk ni akk letak n3 ya heheh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...