Sunday, February 27, 2011

KARI SARDINE

Assalamualaikum buat semua sahabat alam maya, tentu ibu2 sibuk didapur menyediakan juadah untuk makan tengah hari. Tetapi ada juga dihari minggu sebegini mengambil kesempatan bersama keluarga untuk makan2 diluar.

Kari sardine menu yang jarang2 akk buat. Selalunya kalo sardine akk lebih suka masak Sardine Kicap Hana tu, anak2 memang suka yang kicap2, laju la makannya. Kali ini ikut tekak akk pulak, bila dah lama tak masak kari gini, nasib baik anak2 makan juga tapi tak selaju sardine kicap tu. Makan tengah hari boleh bawa sampai ke malam.

Akk masak macam kari ikan biasa je, bagi akk sedap sekali sekala layan kari gini }~

Macam biasa lah daun kari sekadar hiasan semata2
daun kari segar dari ladang akk

Amani dan kakak baby Adawiyah ( dulu baby sekarang kak baby pulak heheh)

Saturday, February 26, 2011

UBI KAYU GORENG BEREMPAH

Assalamualaikum buat semua, semoga berada dalam keadaan sihat walafiat. Ubi kayu goreng ni dah lama akk buat, tapi masa tak mengizinkan untuk update kat sini. Hari tu ada tengok umah HASUE buat ubi goreng gini, akk ni sebagai peminat ubi kayu suka sangatlah cuba buat n goreng gini. Sambutan amat menggalakan kat umah ni, lagi pula buat sikit je dalam 2  tongkol ubi kayu je. Hari tu beli 1 kg dapat 3 tongkol. Dok peram lama sikit maka masuk angin yang 1 tu.

Akk cuma tumbuk bawang pas tu letak perencah megi, sedap pula bila di goreng. Ilham dari 14sept@myresipi. Minta izin ya akk c n p resipi kat sini }~




UBI KAYU GORENG BEREMPAH

Bahan-bahan ( - )

  • Ubi kayu
  • 5 ulas bawang putih
  • 7 ulas bawang merah
  • 3 sudu makan udang kering
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • 1/2 sudu kecil jintan manis
  • 2 sudu kecil ketumbar
  • 1 inchi kunyit hidup

Cara-cara

  1. Ubi kayu direbus terlebih dahulu sehingga setengah empuk (jangan terlalu empuk nanti lembik ketika mengoreng).
  2. Tos sehingga betul² kering.
  3. Bawang putih, bawang merah, ketumbar, jintan, kunyit, udang kering dan garam ditumbuk sehingga lumat.
  4. Kemudian gaulkan bahan yang ditumbuk tadi pada ubi kayu yang telah ditos tadi (gaul ketika suam agar rempah melekat pada ubi kayu)
  5. Perap sekejab dan goreng hingga kekuningan

 NOTA : Akk cuma tumbuk kunyit, bawang putih n bawang merah, pas tu letak perasa megi kari...sedap




Lain kali nak cuba ikut resipi ni betul2, masa buat  tu akk tak ada udang kering. Selamat berhujung minggu buat semua

AWARD DARI MIZI CONTENG CORNER

Assalam buat semua, hari ini ada masa sikit p belah utara kat Unimap angkut award dari MIZI. Mizi yang suka conteng2 kat komen akk, terima kasih Mizi, conteng umah akk dan rajin bertandang kat umah akk.

Terima kasih juga sudi bagi akk Award, semoga berjaya dalam cita2 }~


Mekasih daun keladi, kalo ada bagi lah lagi

Friday, February 25, 2011

SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN BUAT KAMI

Assalam buat semua. Hari ini merupakan tarikh ulang tahun perkahwinan akk  yang ke 15 tahun .  Terima kasih buat my Abe kerana menjadi suami yang amat baik dan banyak dalam meyokong akk dalam masak2, apa taknya kena paksa makan juga walaupun tak suka dengan menu yang akk masak heheh. Semoga jodoh kita berkekalan hingga ke akhir hayat. Selagi nyawa dikandung badan kau tetap dihatiku, buat selama - lamanya........




Terima kasih buat En GOOGLE

Tuesday, February 22, 2011

TERESEK

Assalamualaikum buat semua....mohom maaf banyak2 kerana n3 tergantung atau digantung tak bertali gitu, ada tajuk tak ada cerita, dah lah ramai sahabat yang tak mengenali menu yang popular dikelantan. Mohon maaf banyak2, bukan apa sebenarnya Dak kecil Amani ni tak berapa sihat, selsema n batuk, tapi ragamnya mcm yang demam lak, langsung tak nak duk kat bawah nak BW ngan dia pun dah tak amboh dah huhuhu...ptg ni dia dah baik sikit dari segi perangai tu, boleh lah akk cerita sikit.

Teresek ini sebenarnya sejenis makan yang sangat popular pada masa dahulu, zaman akk kecil2 dulu selalu dapat makan teresek ni. Teresek biasanya dibuat dari jantung pisang, kacang panjang ada juga sesetengah orang menggunakan batang keladi dan di campur dengan bahagian tulang2 ayam ( keropeh heheh ) pedal dan hati ayam. Selalu orang buat semasa kenduri kawen. Akan tetapi akk tak jumpa atau jarang sangat jumpa sekarang ni di tempat kenduri kawen...susah sangat nak makan. Tapi di bulan puasa senang yang amat untuk mencari teresek ini, sebagai pembuka selera.

Hari tu bila tengok rumah LINAPG ada teresek kiriman dari bonda , akk pun teringin lah juga nak makan dan buat teresek ini. Almaklumlah tahu makan, tak tahu nak buat, maka aka pun calling2 lah bonda akk sekadar tanya bahan2 yang digunakan.


Inilah rupa teresek jantung pisang akk yang dicampur bersama cili dan isi ayam

Yang ini nampak fresh je, masa panas2 tu akk terus ambil pic , takut terlupa nak ambil masa nak makan tu..lain sangat nampak pic kan,berkuah

Setelah lama bertapa dalam kuali kuahnya jadi kering n kaler pun bertukar, Selalu yang akk makan macam ni lah rupanya.

Pada mulanya akk ingatkan teresek ni menggunakan serbuk kari, rupanya sedikit pun tidak menggunakan kari. Bahan2nya sama dengan gulai darat.

Untuk resepinya akk hanya boleh bagi bahan2 asas sahaja, kerana kertas yang akk guna untuk tulis bahan2 tu melayang entah kemana.

TERESEK BONDAKU

~  1 biji jantung pisang - dihiris dan dicelur sekejap
~ 5 biji cili hijau / cili padi, untuk lebih pedas
~ ayam - di potong sederhana
* 1 inci halia
* 1 inci lengkuas
*  Sedikit kunyit hidup 
* 6 ulas bawang merah @ 1 labu bawang besar holland - 
* 1 ulas bawang putih
* 1 sudu besar ketumbar biji - disagai dan ditumbuk halus
* 5 tangkai cili kering
~ 3 cawan santan
~ 2 sudu besar kerisik
~ 1 keping asam keping
~  garam, nisan/gula  melaka, secukup rasa


Cara2 membuatnya


Blenderkan semua bahan2 yang bertanda *, sediakan kuali, masukkan ayam, bahan2 blender tadi, garam , nisan, asam keping,  dan di masak seketika, atau ayam separuh masak. Kemudian masukkan jantung pisang , guna kan api yang sederhana, selepas itu masukkan kerisik, dan cili hijau. masaklah sehingga kuah tinggal sedikit, atau hampir kering. Siapppp


Nota : bahan2 diatas juga  boleh digunakan untuk masak gulai darat kelantan, tapi biar berkuah.

Mohon maaf ya kawan2 yang telah memberi komen pada resipi teresek ini, dan terima kasih atas sokongan kalian, sayang semua

Friday, February 18, 2011

APAM SNOW WHITE

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Kebanyakan sekarang ni ramai rakan blogger membuat apam..tak kira apa2 apam sekali pun janji apam. Akk pun tak ketinggalan juga mengapam, walaupun dah tau kat umah akk ni sambutan kurang memberangsangkan, tapi oleh kerana resipi yang mudah nak juga akk buat.

Akk buat setengah aduanan je. Anak2 makan juga tapi sekadar ambil hati mamanya sahaja huhuhu.
Resipinya akk Copy n paste dari MYRESIPI.COM @ gng0910


APAM SNOW WHITE

Bahan-bahan ( 5 orang makan )

  • 3 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 cawan gula pasir
  • 1 packet mauripan@ibu roti
  • 2 cawan nasi
  • 3 cawan air

Cara-cara

  1. masukkan semua bahan ke dalam mangkuk yg sederhana besar kecuali nasi dan air
  2. gaul bahan tersebut dan ketepikan sementara waktu
  3. kisar/blend nasi dengan air sampai betul2 hancur
  4. campurkan nasi yg telah diblend dengan bahan yg telah digaul tadi dan sebatikan adunan
  5. biarkan adunan mesra selama satu jam..adunan akan mengembang selepas tu...
  6. selepas satu jam, isikan adunan ke dalam acuan jeli/agar2 dan kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu dalam 10-15minit
  7. note: sapukan acuan dengan sedikit minyak sebelum mengukus supaya hasilnya mengikut bentuk acuan bila dikeluarkan.



Akk buat setengah adunan je...



Thursday, February 17, 2011

KUIH LOPES

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan blogger,  pengunjung dan pembaca , dan pembuka blog akk ni. Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera sentiasa.

Berbalik pada N3 hari ini, kuih lopes, akk memang suka kuih muih yang berasaskan pulut. Bila tengok resipi nak buat lopes ni macam payah je, nak kena balut2 dengan daun segala, jadi hasrat untuk mencuba sendiri buat kuih tu terbantut.

Setelah di godek2 dapur Myresipi tu, maka terjatuh cinta dengan resipi kuih lopes yang simple ini. Maka, akk pun buatlah, hasilnya cukup memberangsangkan dan tersangat puas hati, lagi pula anak2 semua suka. Habis licin lopes akk tu tanpa pembaziran langsung, alhamdulillah}~



minta izin ya akk nak copy n paste resiinya kat sini, untuk rujukan masa hadapan. Terima Kasih banyak2 buat  TULIP77@MYRESIPI yang berkongsi resipi yang simple tapi sedap ini.

KUIH LOPES



Bahan-bahan ( saiz sedang2 dpt 24ketul )

  • 2 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan cair
  • 1/2 cawan air pandan (dikisar)
  • 1 st air kapur
  • 1/2 st garam
  • beberapa titik pewarna hijau
  • kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam
  • *** air gula ***
  • 3 ketul gula melaka
  • 5 sb gula
  • 3 cawan air

Cara-cara

  1. Cuci beras pulut,rendam beras pulut dgn air selama 3jam, masukkan juga pewarna hijau & air kapur. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit. Lepas tu, masukkan santan & air pandan kukus lagi selama 30minit.
  2. Alas bekas 4segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dgn plastik/daun pisang. Biarkan sejuk,kemudian potonglah ikut bentuk yg anda suka. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.  -   akk guna sudip plastik je tekan2. bawah lapisan tu alas ngan daun pisang jadi ada juga aroma daun tu
  3. Semasa kukus pulut,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk,bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
  4. *** air gula nih bergantung pada saiz gula melaka yg anda gunakan, jika guna yg besar blh kurangkan gula.

Teramat sedap kuih lopes ni

Lain kali boleh buat lagi

Ini tak ada kena mengena langsung dengan lopesss ya... pic ni akk amik semalam lepas balik dari klinik, timbang untuk 4 bulan, tapi Amani dah 4 bulan hampir setengah, Alhamdulillah Amani sihat walafiat dan beratnya 7 kg.....dah makin kearah kesliman dah anakku ini...masa 3 bulan ari tu 6.4kg.
Sebenarnya Amani dok pratis nak menerap ni..suka pulak bila tengok dia dok gini, tergolek2...

Wednesday, February 16, 2011

KEROPOK BALINJO/ MALINJO

Assalamualaikum buat semua, dan salam sejahtera. Pernah tengok atau makan tak keropok balinjo ni. Akk pun pertama kali makan. Rasanya sedap lemak2 pahit sikit. Keropok ni pemberian jiran akk, dia beli masa pergi ke Bandung. Orang memberi kita merasa. Keropok ni dah tinggal sikit baru ingat nak snap pic untuk di kongsi disini. Kawan akk tu ada juga diberi tempe yang sedap sangat, digoreng nipis dan rasanya pedas2 sikit, yang tu akk lupa pulak nak snap pic, dah abis pun.

Jom kita tengok rupa paras keropok balinjo ni}~

Inilah rupanya. sama besar ngan cornflakes je

Sedap buat kudap-kudapan sambil blogwalking

Tuesday, February 15, 2011

KUIH KETAYAP

Jom minum petang.......

Menu menu petang beberapa hari yang lalu. akk ni tak sempat nak letak n3 yang panas2, esok atau beberapa hari kemudian baru dapat letak n3.

Kalo nak nak resipi yang simple KLIK ya.

SOLOK LADA

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Hari ini akk nak kongsikan resipi  solok lada. Sebenarnya ada macam2 pesen buat solok lada ni. Ada yang suka guna kelapa mentah,  ikan mentah, dan macam2 pesen lagi. Jom kita tengok rupa solok dulu, kut2 ada gak yang tak kenal...ada ke ? heheh

Gini lah rupa solok lada, akk guna lada hijau untuk solok, beli masa balik kampung hari tu. Lada pesen ni tak pedas langsung. Kalo yang hijau muda sikit tu ada yang pedas dan ada yg kurang pedas.

SOLOK LADA


 Lada solok 10 biji - dibelah tengah dan keluarkan biji
1 cawan kelapa - digoreng hingga kekuningan
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
sedikit halia
1 batang serai - dihiris nipis
10 biji lada hitam
1 biji telor
Sedikit garam n nisan/gula melaka
2 ekor ikan kembung @ apa2 ikan - direbus ngan sedikit garam, dan ambil isinya.
1 cawan santan sederhana pekat


*********************************************
CARA - CARA


1. Tumbuk lada hitam,serai,halia ,bawang,dan nisan, kemudian masukkan ikan, tumbuk seketika hingga bergaul mersa. Masukkan garam. 


2. Keluarkan bahan2 tumbuk tadi dan masukkan kedalam mangkuk besar.  Selepas itu masukkan kelapa yang telah di goreng tadi kedalam bekas(  kalo rajin kelapa ni di tumbuk sedikit untuk menghaluskannya ). Gaul mesrakan bahan2 tersebut. 


3. Pecahkan sebiji telor dan gaul rata. Kemudian bolehlah disumbatkan kedalam lada tadi. Buatlah sehingga habis


4. Susunkan didalam periuk, kemudian masukkan secawan santan. Tutup periuk dan masaklah dengan api yang perlahan sehingga kering. ( dalam 10 minit ). 




Boleh juga tengok SINI solok lada yang guna cili hijau muda tu dan pedas tu


Inilah rupa lada solok tu, memang tak pedas lagsung, akk suka . Badannya montok2 sikit hehe.


Bahan2 untuk di tumbuk..ikan rebus  lupa lak nak snap




Kelapa dan bahan2 tumbuk yang telah di gaul 


pecahkan sebiji telor dan gaul. kalo x letak pun tak apa, tp mcm kering sikit


masukkan ke dlm periuk, pas tu tutup periuk, dan msk dengan api yang perlahan.



taraaaa siap, enak dimakan bersama nasi kerabu atau kari2. Masa kenduri kawen solok lada ni amat popular dan menjadi menu sampingan.




Selamat bercuti dan selamat menyambut maulidur Rasul, semoga hidup kita di berkati Allah selalu.

Monday, February 14, 2011

IKAN TAMBAN HALUS GORENG CILI

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Pernah makan tak ikan tamban halus gini. Sedap sangat bila di goreng garing bersama cili dan bawang merah. Hari tu masa balik kampung ada bonda akk bagi ikan tamban ni, bila dia tengok akk suka makan. Memang sedap sangat ikan tamban ni}~

Gini lah rupa ikan tamban halus tu, mcm ikan bilis je besar dia

Ikan tamban ni goreng sebagai lauk tambahan ngan daging kari ubi kemili tu

KARI DAGING BERSAMA UBI KEMILI / KELING

Assalamualaikum buat semua di pagi isnin yang ceria ini. Pernah makan tak masak kari atau gulai yang dicampur dengan ubi kemili. Ada juga orang masak menggunakan ikan. Rasa ubi kemili ni lebih sedap dari ubi kentang...bagi akk la.

Kari ni masak macam biasa je cuma akk letak kerisik bagi dia pekat.


Ada sapa2 yang kenal ngan pinggan ni tak heheh..hadiah dari ubat gigi darlie..cantik jee
posing bersama cili yang telah pun menjadi solok

Ok buat semua, selamat hari isnin dan selamat masak2 untuk lunch pulak...gini lah mama cyber, pagi2 sibuk juga heheh

Sunday, February 13, 2011

CRISPY FRIED BREAD ( ROTI GORENG RANGUP )

Assalamualaikum buat semua....pagi ari tuuuu  tengok HaSue empunya resepi roti goreng rangup ni buat, teringin lak nak mencuba juga. Akk masak petang jumaat, anak2 balik dari sekolah agama, biasa lah mesti lapar je. Jadi bila resipi yang simple n lain sikit, suka sangat akk nak mencuba, ada lah yang ringan tulang nak membantunya.

Memang ranggup n sedap  sangat makan. Sekali goreng ...licin...goreng lagi...licin lagi...lagi dan lagi, memang sedap rangup diluar n lembut kat dalam tu. Kepada sapa2 yang ingin mencuba resipi ni di persilakan memang tak rugi. Lain kali bleh buat lagi dan lagi....

Masa buat bancuhan tu ada penolong cilik Aqil...tengah2 dia dok kacau adunan tu , akk tambah warna kuning, nape mama letak kaler kuning?...letak la kaler biru heheheh. Akk ckp nnt len kali mama buat untuk Aqil sorang mama letak kaler biru heheh}~



Minta izin akk copy n paste resipinya untuk rujukan akk dimasa hadapan. Tq ya Sue

ROTI GORENG RANGUP - HaSue @ Myresipi


Bahan-bahan ( Satu family leh makan )

  • 8 keping roti
  • Serikaya - Secukupnya
  • 2 cawan Tepung gandum
  • 2 1/2 cawan air
  • 2 sm Marjerin
  • 1 sudu kecil garam dan gula(gula bkn nak bagi perasa tp nak bg kuih sdikit berkilat je)
  • Sedikit pewarna kuning

Cara-cara

  1. Di dlm bekas,satukan tepung bersama marjerin,garam dan gula. Bancuh dgn air(guna whisk lg sng)warnakan kuning dan ketepikan.
  2. Ambil 2 keping roti dan intikan dengan serikaya dan potong ikut citarasa..nak cantik buang kerak tepi pun boleh.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali utk menggoreng.
  4. Celupkan roti td ke dalam adunan tepung dan goreng segera sehingga keperangan. (Sy suka sedikit hangus,lg rangup!)
  5. Tips: Roti yg dipotong pd saiz kecil lebih menarik perhatian si manja anda.. SELAMAT MENCUBA! :)



Bila gorengan pertama masak cepat2 snap pic...kalo tak mmg tak sempat le...





Saturday, February 12, 2011

KUIH LOMPANG

Assalamualaikum buat semua sahabat di alam maya ini. Hari ni tak ada masak2 kat umah akk ni, tengah hari tadi pergi kenduri aqiqah n cukur jambul kat Cheras, balik2 umah sibuk dok layan dil to pagal hai pulak, dah lama tak layan hindustani ni best pulak.

Kuih lompang ni pun buat 2 3 hari lepas lepas buat apam pisang tu. Ini lah kuih lompang ku yang malu2 kucing nak tayang lesung pipitnya....lengkuk manja2 je. Rasanya memang sedap, yang ni sekejap je licin kat umah akk, ada rasa macam kasui}~






Resipi ini akk ambil dari Myresipi @ sweetlilly01

KUIH LOMPANG

Bahan-bahan ( . )

  • 1 1/2 cawan tepung beras
  • 1 sudu makan tepung ubi
  • 1 sudu kecil air kapur
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan gula merah
  • 2 cawan air
  • daun pandan
  • kelapa parut putih + secubit garam + daun pandan simpul - kukus kejap

Cara-cara

  1. - satukan gula melaka dan gula pasir dalam periuk kecil kemudian masukkan 1 cawan air bersama daun pandan. masak atas api kecil hingga gula larut. sejukkan sebentar
  2. satukan tepung beras dan tepung ubi dan tuang satu cawan air dan air kapur. gaul rata
  3. kemudian tuang air gula yang telah sejuk tadi. gaul hingga sebati
  4. tapis adunan dan tuang dalam acuan lompang yang telah di sapu ngan sedikit minyak.
  5. kukus 10 minit atau hingga masak. bila dah masak kuih akan jadi berlubang di tengahnya.
  6. hidang bersama kelapa parut yang di kukus tadi.



ingatkan nak tayang roti goreng rangup, gambar lak takleh nak transfer dari kamera...

Friday, February 11, 2011

APAM PISANG

Assalammualikum buat semua...beberapa hari yang lalu akk ada buat apam pisang yang simple ni, rasanya boleh tahan dengan bahan2 yang simple tu. Malangnya akk sorang jelah yang makan anak2 tak layan langsung huhuuh...akhirnya suku loyang masuk tong sampah, tak larat dah akk nak telan sorang2..pipi pun dah jadi cam apam gak, Napelah anak2ku n suamiku tak suka apam yang simple ni. Akk suka sebab akk yang masak kan kan.

Minta izin ya akk copy n paste kat sini kalo2 ada yang ingin mencuba

APAM PISANG JUNJs11 @ MYRESIPI

Bahan-bahan ( satu loyang kecik. )

  • 6-7 biji pisang emas- dilecek (guna garfu senang)
  • 4-5 sudu besar gula (ikut suka manis)
  • 1 biji telur
  • 3/4 sudu kecil soda bikarbonat
  • tepung gandum secukupnya(ikut bancuhan macam buat cucur/jemput pisang)

Cara-cara

  1. Campur pisang yg sudah dilecek, gula, telur, soda bikarbonat dan tepung. Gaul sebati.
  2. Isikan kedalam loyang yg disapu sedikit minyak.
  3. Kukus sampai permukaan kuih berwarna perang gelap lebih kurang 20-25min. sejukkan dan hidang.


akk makan ngan kelapa sedap....tapi tak dapat nak pikat anak2 juga huhu

MASAK LEMAK CILI PADI AYAM

Assalam buat semua, lama betul tak besrsiaran secara langsung mahu pun rakaman secara langsungkan. Bukan apa kadang2 tu masa macam mencemburui kita je bila nak letak n3. Hri tu internet tak ada satu hari..kelam kabut gak my abe tengok bini dia poyo je muka hehehh..cepat2 dia call org TM....dalam tempoh 24 jam, tenet akk dah pulih seperti sedia kala. Mekasih ya . Bila line tenet ok, Amani lak cam tak bagi akk lama2 dpn pc....mahu di gendong sokmo. Tapi time baik ok je dia layan Maher Zain nyanyi je hehe.

Berbalik pada n3 hari ni pulak, akk ingatkan dah letak n3 ni, dah lama akk msk menu ni, Ok je anak2 akk mkn, dia kata mcm mkn tempat kenduri kawen je. Akk masak cili padi memang selalu letak bawang hehhe }`

best aroma serai tu. Akk buat tak pedas mana pun, sian anak2 lak kalo pedas sangat
Ok jumpa lagi...wassalam

Sunday, February 6, 2011

HaSue Giveaway : ` Saya telah melahirkan Bayi 2010 '

Assalamualaikum buat semua, dah lama teringin nak menyertai GA yang HaSue buat ni...balik2 tengok dah ada rupanya GA ni. Akk ni selalunya mmg payah untuk menang apa2 hhuhuh. 


Akk copy n paste syarat2nya kat sini senang sikit nak tengok heheh, izinknan ya Sue. Kepada sesiapa yg ingin menyertai GA ini dipersilakan ke rumah Hasue ya. 


Kalo ikut2kan syarat2 tu akk memang layak lah untuk meyertainya, kalah menang adat bertandingkan . Suka sangat sebab HaSue buat GA ni }~ HaSue Giveaway: ` Saya telah melahirkan bayi 2010. Harap2 dengan adanya GA seperti ini dapat mengeratkan lagi silatulrahhim antara sahabat di alam maya ini...dan anak2 kita semua sebaya, kalo dok dekat2 mungkin satu sekolah atau mungkin satu kelas heheh


Syarat-syaratnya senang jer:
  1. Anda telah melahirkan bayi tahun 2010> 1.1.2010-31/12/2010
  2. Buat entri bertajuk > HaSue Giveaway:'Saya telah melahirkan bayi 2010'
  3. Copy n paste banner kat atas tu ..link kan entri anda ke blog ini
  4. Gambar bayi anda(tak kisah la gambar masa baru lahir atau yg terkini,nak letak lebih dari 1 pun boleh) >cerita la sikit nama bayi,tarikh lahir dan perkembangan terbaru bayi anda secara ringkas..
  5. Tinggalkan link entri anda di ruangan komen entri ini yer..agar senang saya nak jejak entri tersebut..
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 Februari 2011 jam 11.59pm.




Tanggal 6.10.2010 akk telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang di beri nama Puteri Syaza Amani di Hospital Kuala Lumpur, berat baby ni masa lahir 3.33 kg dan waktu kelahiran 5.57am di pagi rabu  yang hening ketika azan subuh berkumandang di masjid hospital, dan buat pertama kali sejak bersalin dah 7 orang anak, my abe ada di sisi.

Hari ini Amani genap 4 bulan, badannya boleh tahan semangatnya n bulat. Sekarng ni Amani asyik2 kunyah mulutnya , agaknya gatal nak tumbuh gigi kut, kalo masa 2 bulan suka sangat main ngan air liur buat buih, bila nak sapu tgk dah hilang. Sangat seronok bila dimandikan dalam besen , di tepuk2nya airr

Masa nak masuk 4 bulan suka sangat testing vokal nyaringnya..suka sangat bila tengok dia senyum2 n gelak2 tu. Itu jelah sikit sebanyak tentang Amani, . Amani seorang baby yang sangat aktif dan jarang meragam.

Meh la kenal2 ngan anak akk ni sue, nak buat menantu,  tua pulak dari Zhariff heheh}~

gambar yang paling suka akk tngok, masa ni 3 bulan.

Amacam Auntie Sue...Amani dah pakai baju kaler kesukaan Auntie ni harap2 auntie suka kekekek


Gambar 2 hari lepas..berbaju biru

Ini gambar semalam..huhuhu mama nih tak abis2 nak snap pic kita je...sampai berair mata kita...silau...marah pun ada nih, mata dah ngantuk, nak tido pun tak dapat, mama asyik dok BW je

Beginilah selalu, kita ketiduran atas riba mama yang suka berblogging tu, sian kita , tapi tak apa lah kita redha dan pasrah je hahahhah maklumlah mama  cyber,  pas ni kalo kita bertenggek depan lappy, mama pun takleh marah kita kan mama kan.....

Itu je lah serba sedikit pasal anak 2010

Saturday, February 5, 2011

MASJID PEKAN RANTAU PANJANG

Assalamualaikum buat semua. Masa balik kampung hari tu akk n famili sempat singgah kat masjid di pekan rantau panjang. Lagi pun masa lalu tu belum solat zohor lagi. Cantik bangunan masjid ni, ala2 cina gitu. Lokasi masjid ni berhampiran dengan jalan besar untuk ke pasir mas, dan 500 meter ke pekan Rantau Panjang. Jom kita tengok rupa bentuk masjid ni }~

Unikkan seni binanya


abaikan model berseluar pendek tu...tapi jawapan model tu tak apa dah bawah lutut. huhuhu ada  je jawapnya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...