Thursday, March 31, 2011

NASI KERABU PERANTAU

Assalammualaikum dan  sejahtera buat semua rakan taulan dan sahabat handai, adik-kakak dan semua.......


Hari selasa ari tu akk sempat juga buat nasi kerabu, sambil2 dok belajar mendeko cheese tart ngan Hasue, baru faham n reti sikit rasanya hehehe.


Akk tak ada sukatan yang tepat masa buat nasi kerabu ni, bila akk tengok kat  Myresepi @ Yani, resepinya lebih kurang je, jadi akk ambil c n p sini, Nasi kerabu perantau ni, sesui juga untuk akk ya, akk pun merantau juga kat KL ni, asalnya kat kampung je.


Nasi kerabu yang tiada kerabu..dan ikan goreng yang tidak di celup tepung, punyalah nak cepat


NASI KERABU PERANTAU  
Resipi asal : Yani @ Myresipi

Bahan-bahan ( 4-5 orang )


@@ Nasi @@


4 cwn beras
1 sudu kecil garam - akk tak letak
4 1/2 cawan air - macam masak nasi biasa.. nak lembik/keras kena tambah/kurangkan air
2-3 titik pewarna kuning - akk letak kaler biru
2-3 helai daun limau purut(optional) - tak letak
1 btg serai-diketuk(optional)- saya tak letak sebab tak suka. - akk pun
@@ Sambal Tumis @@


5-10 biji lada kering
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1cm halia
1cm kunyit/ 1 sk serbuk kunyit - tak letak
200ml/ 1/2 tin santan pekat
2 btg serai
2 keping asam gelugur
2 sudu besar budu / 3 sudu besar sos ikan
garam dan gula melaka


@@ Sambal ikan @@


1 ekor ikan kembung- saiz besar
1 cawan kelapa kering/ kelapa parut - kelapa yang digoreng hingga kuning
2 ulas bawang putih
1/3 biji bawang besar (4-5 biji bawang merah)
1 batang serai
1cm halia


@@ Kerabu @@


kubis
timun
taugeh
daun kesum


@@ Bahan lain- optional @@


solok lada
telur asin
bawang jeruk
ayam goreng kunyit
sambal belacan


Cara-cara

## Sediakan sambal tumis ##


blend lada kering, bawang, kunyit dan halia sehingga lumat.
Panaskan minyak(kena banyak siket), tumis semua bahan blend tadi sehingga pecah minyak


## Masak nasi ##


Cucikan beras dan masukkan semua bahan utk masak nasi yang lain. Masaklah seperti masak nasi biasa.
## Cara sedia sambal kelapa ikan ##
Bersih ikan dan bakar. Sementara tu bolehlah goreng kelapa
Goreng kelapa tanpa minyak dengan api kecil sehingga jadi perang. Kalau kelapa parut ni kasar, bolehlah ditumbuk sekejap ketika kelapa masih panas-panas.
Asingkan isi ikan dengan tulang. Tumbuk isi ikan untuk kelihatan halus.
Tumbuk pula bawang dan serai, sehingga lumat. Kalau guna food processor masukkan bawang dan isi ikan sekali gus ke dalam food processor .
Campur sekali ikan dan bawang, goreng tanpa minyak sehingga agak garing.
Campurkan ikan dengan kelapa goreng tadi. Masukkan garam dan gula. Gaul hingga sebati.


@@ Kerabu @@


Hiris semua sayur dan gaul ratakan.
Bila nak makan tu, ambik sikit semua bahan dan letak ke dalam nasi. Boleh juga dimakan dengan bahan lain tu.. lagi sedap
Hiris semua sayur dan gaul ratakan.
Bila nak makan tu, ambik sikit semua bahan dan letak ke dalam nasi. 
Kali ini solok pun tak buat, kalo nak yang bersolok boleh klik kat SINI


susahnya n3 huhuhu, 

Wednesday, March 30, 2011

CUSTARD TEACAKE

Pagi ni dingin n nyaman je cuaca, awal pg td hujan turun setelah 3 hari tk hujan. Bila dingin mcm ni, perut pun lapar je, tak cukup alas ngan sekeping roti n secawan milo, terasa nak di isi lagi huhuhu.


Bercerita pasal curstad teacake ni, sebenarnya dh lama akk buat, masa org tgh panas2 mencuba resepi ni. Akk buat jumaat laluuu, bukan jumaat baru2 ni. Ingat nak n2 masa panas2 tu, tp tak ingat simpan kat file mana. Rupa2nya akk belum transfer dari kamera ke pc lg, lupa lh tuu.


Akk suka kek ni, rasa mcm biskut sikit. Anak2 pula tang custard je suka, sedap katanya. Tapi ada gak yg tak mkn langsung. Agaknya kek ni mcm terkering sikit kut. 


Masa sukat gandum tu akk letak 3/4 cawan, hasue guna 1/2 cawan je. Resepi asal guna tpg naik sendiri 3/4 cawan. Lain kali kena buat 1/2 cawan gandum. Akk buat 2 adunan, besar lah sikit dapatnya. Tak laku - tak laku pun, esok tu habis, Amirul suka kek ni


mcm tergersang sikit kek ku ini, tapi sedapppp


yg perang tu custard kegaringan sikit.  untuk resepiny, nak kena selongkar umah HASUE dulu baru dpt tepek sini. 


Taip sebelah tangan,- tangan kiri lak tu   payah nk buat kerja

Tuesday, March 29, 2011

PENGAT KELADI

Lama sunggu rasanya tak ada n3 kat sini, macam biasalah alasan paling utama Amani. Sekarang ni dia makin lasak, takleh dok diam mcm kecil2 ari tu. Habis segala keyboard ni di terajang dia, tak cukup tangan, kakinya di kuis2 keyboard ni. Habis tu macam mana lah akk nak taip2.


Pagi2 masa dia tidur sibuk nak masak2 pulak, ptg2 sibuk ngan Marshanda, pas tu Marimar heheh...tapi kalo Amani tido barulah akk boleh nak taip n3. Hari ni seharian sibuk kat umah Hasue, dia ngajar cara2 nak mendeko chesee tart. Mekasih ya Sue ajar kami2 yang tak berapa nak reti ni.


Hari tu tengok Bubur/pengat keladi kat umah Hasue, teringin lah pulak nak makan juga.Pantang tengok Hasue buat tayangan amal, mesti nak juga cuba.


Pengat keladi ni dah lama akk buat, sedap rasa keladi tu}~



Keladi ni ada satu yg putih n 1 lagi mcm kebiru-biruan sikit, tapi sedap pengat gini. Macam biasalah akk jugalah yang banyak mkn, anak2 tak makan langsung, cuba pun tak nak huhuh...bertambah lah berat badan ni, kalo bertambah ketinggian kan besttttt. Makin byk mkn naik 1 inci kan hehhe.

Saturday, March 26, 2011

PUTERI KU SAYANG

Terasa macam lama je tak ada n3, bukannya tak masak, masak juga  menu biasa2 aje. Pas tu pulak alasan yang paling kuat sikit, sibuk ngan amani lah.


Sekadar selingan meh kita tengok pada yang sudi tu, kalo tak sudi takyah lah tengok2, karang sakit lak mata yang comel anugerah allah yang tidak ternilai itu.


Jommmmmm}~ 


Ini lah amani....suka sangat main2 ngan laptop atau pun pc..kalo nak n3 ke BW ke mesti akk selalu salah taip, dok berebut ngan dia.. bila biar dia gitu, bertambah geram lah dia ngan laptop tu, semalam sampai tercabut 1 huruf heheh


kalo dapat pc lagilah dia syiokkkk, bila ketuk2 tu ada bunyi..lagiiii la dia bestttt dok main2 - abaikan lah diding yang penuh seni hasil keras tangan anak2


memang masyukkk sanagt main keyboard tu ..kadang tu, tapi selalulah keyboard tu sampai jatuh2 di tariknya. Kalo nak taip2 mesti dia yang ketuk2 dulu, ada masa sampai teroff sendiri pc, dah lah pc tu uzur



kalo tgk dari belakang mcm ya2 je dok BW ...kalo masa ni nak angkat dia mesti takmo nak juga main2 kat sini... macam2lah ngan amani

Thursday, March 24, 2011

ROTI SOSEJ

Assalamualaikum buat semua, hari selasa  ari tu akk bercadang nak buat roti yang ada sosej...tapi kat paler ni dok ingat nak letak sosej kat dalam tu je. Doh roti tu akk guna resipi HaSue, Donut ...lagi, seka sanagt dengan resipi ni, roti pun sedap je


Bila google cari bentuk  roti sosej keluar Dapur Tanpa Sempadan ( Mat Gebu), akk pun mencuba lah buat ala2 bunga gitu. sosej blossom bun...mekasih ya Mat kongsi2kan ilmu di alam maya ni. 4 biji akk buat bentuk tampuk bunga gini}~ 


perasan je lebih,,,rupa tak secantik mana pun




Pas tu tak sudah lagi..akk cari lagi kelainannya..jumpa lah pulak kat Myresipi, bentuknya lagi senang, tapi guna kaedah yang sama juga, potong 8 tapi jangan putus. Jadi akk buat gini lah pulak}~ 


yg ni bentuk memanjang....suka tgk




Komen para juri umah akk ni...wahhhhh mama sedapnya macam kat kedai, sedap pulak tu, roti lembut je. Ada sekeping tu akk simpan untuk SIL, mlm baru dia mkan, mcm tak caya je dia  akk buat, eh kak macam beli kat kedai je , roti pun lembut je. Kmebang semangkuk rasa hehe.


Bila petang pula akk suruh abe beli roti gardenia untuk bf anak2 esok, ada ke patut dia kata dah pandai buat roti tu takyah la beli dah,  hhuhuhu tak patut betul


Mekasih banyak2 buat Hasue yang telah kongsi resipinya kat myresepi. Minta izin ya sue akk Copy n paste resipi donut ...lagi kat sini


Sumber }~ Hasue @ myresipi

Bahan-bahan ( Untuk Pelbagai Jenis Kuih-Muih Yg memerlukan doh yg lembut) )


500g Tepung Berprotein Tinggi (guna tpg gandum pun ok)
1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama) - akk tambah 1 sudu teh baking powder kerana mauripan tak cukup sepeket
50g Marjerin
1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak adunan)
2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]
1 Biji Telur
1/2 Sudu Teh Garam
Gula Halus atau topping kegemaran anda
190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung)


Cara-cara

Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.


Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.


Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).


Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.


Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).Doh dah siap dan jika ingin membuat kuih 5 spice roll,boleh la dibahagi 2. Utk resepi dan teknik membuatnya sila rujuk http://www.myresipi.com/top/detail/6526


Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..


Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan dengan api perlahan..Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng.


Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)


Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda. SELAMAT MENCUBA.. ^_^


**akk terlebih rehat doh..sampaikan doh mengembang penuh besen heheh...uli pagi2 lagi tapi bz ngan amani je, alhamdulillah hasil roti memang lembut je, terima kasih sue.

Wednesday, March 23, 2011

DULCE LE LECHE

Assalamualaikum buat semua, berlipat2 dan terbelit  lidah nak menyebut nama dulce le leche ni kan. Agaknya bahasa Argentina la kut, sebab empunya resepi kata dari Argentina. 


 Walaupun caranya mudah yang amat untuk membuatnya, tapi haruslah mempunyai kesabaran dan daya ingatan yang kuat, kerana susu hendaklah direbus selama 2 jam. Api.... bila kecil menjadi kawan, bila besar menjadi lawan. Oleh itu berhati2 lah ya.


Teringin nak cuba resipi ni bila tengok nOOrsha hantar laporan kat myresipi. Sebelum ni ada gak tengok Hana isteri Dr Hamzah tu buat. Rasanya dah ramai yang mencuba, akk je yang ketinggalan keretapi ni huhuhu.


Rasanya sedap lemak manis dan berkrimmmm dia sukai ramai.


beginilah hasil dari susu yang dimasak selama 2 jam


Dalam tin lagi....


Jom kita tengok resipi yang paling senang nak buat tapi perlu kesabaran menunggu 2 jam. Resipi kepunyaan beldandy @ myresipi }~


resipi beldandy @ myresipi


DULCE LE LECHE


Bahan-bahan ( 1 tin )


1 tin susu pekat manis. Pilih brand kesukaan masing2.
Cara-cara


Buangkan kertas pembalut tin susu tersebut. Rendam dalam periuk besar. Boleh rebus 2-3 tin sekaligus) Pastikan paras air sentiasa 2 inci menenggelami tin susu.


Rebus pada api sederhana selama dua jam. Kalau nak lebih pekat lagi rebus 3 jam.


Tutup api dan biarkan sejuk. Setelah sejuk buka tin dan transferkan caramel ke dalam bekas plastic kedap udara. simpan dlm fridge


****** mekasih buat HaSue ..akk dah pandai tengokkk tu dah tak ada garis2 dah mekasih daun keladi Sue *******
enak dimakan ngan roti ni, boleh ganti kaya.



Monday, March 21, 2011

SAMBAL HITAM PAHANG

Assalamualaikum buat semua dan salam sejahtera buat sekelian blogger dan bukan blogger. Hitam bukan sebarang hitam, hitam itu menawan. Akk memang terrawan ngan sambal hitam ni, sekali makan memang terus jatuh chenta.


Pertama kali akk makan sambal hitam ni masa tahun lepas, balik kampung, tengok ada sambal hitam ni, usha bonda kat mana dapat, rupa2nya adik ipar dia yg dok Jerantut bagi, belimbing buluh yang di rebus, dan sedikit samabal yang sudah siap sedia untuk dimakan.


Dah lama teringin nak makan, masa tu amani lam perut lagi heheh. Dapat juga akk rasa. Sedap sangat.


Cuti sekolah baru2 ni, masa dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur, singgah rumah jiran akk yang kat KL ni, rumah dia kat Lipis. Dalam singgah2 tu makan lah pulak nasi, rejeki jangan di tolak, bala jangan dicarikan....alhamdulillah, kami dihidangkan dengan ikan sungai ( lupa nama ikan tu, bukan patin ya ) masak tempoyak, bersama lauk sampingan yang lain. Ya Allah punya lah sedap bila orang pahang masak tempoyak tu, lagipula mkn free heheh. Di hidangkan bersama sambal hitam...sedapnya.


Bila nak balik tu dia siap bekalkan akk belimbing buluh yang siap di rebus...sebab dia tgk akk pandai makan sambal tu. Kak Zana tu ajarlah serba sedikit cara2 nak masak sambal hitam ni.


Akk ada juga google tgk resipi ni, tapi rata2 tumbuk bawang yang mentah dulu baru goreng. Berbeza ngan cara Kak Zana, dia kata semua goreng dulu pas tu tumbuk dan goreng semua...akk ikut cara dia, memang sedap sanagat.


Panjang pula menaipnya, amani tengah tido tu, Tadi p cucuk dia, ntuk  bulan, beratnya 7.2kg, masa HKL ari tu 7.6kag timbang sekali ngan pampes hehe. Berat naik sekitar 200gram je.


Jom tgk rupa paras sambal hitam ni}~




Sedapnya..lagi sedap bila kunyah2 ikan bilis tu, n bau harum bawang 


Beginilah rupa belimbing buluh yang di rebus, belimbing ini di rebus bersama garam selama 8 jam...eh betul ke org pahang, hari tu lupa pulak nak tanya kak zana, bila google, rata2 kata kena rebus 8 jam..hehe.


Sambal hitam ni lawannya dengan masak lemak putih..memnag terangkat pinggan masa makan tu heheh


Resipi Sambal Hitam Pahang


Belimbing buluh rebus secukupnya
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
segenggam ikan bilis*
cili padi secukupnya*
gula @ perasa
sedikit minyak masak


Cara2


Goreng semua bahan2 *   sehingga layu n wangi. Kemudian angkat dan toskan. Tumbuk cili sehingga lumat dan diikuti bawang merah n putih. Selepas tu masukkan belimbing, tumbuk pecah2 sahaja. Guna lebihan minyak tadi untuk menggoreng semula bahan2 yang di tumbuk tadi. tambahkan perasa atau gula.


Semasa akk menggoreng ni... baunya menusuk2 kedalam hidung..bau cilinya kuat n terbersin2..perhatian !!!jauhkan bayi dari dapur heheh

Sunday, March 20, 2011

PIZZA ITALI

 Hasil main masak2 ngan anak2, maka terhasilah pizza ini. Bukan buat pizza kat itali atau pun beli bahan2v kat itali juga. Disebabkan nama yang diberi oleh puan mauripan, maka akk letak lah nama pizza itali ni.


Sebelum2 ni pun akk masak piza ni juga cuma saiznya kecil je. Lagi pula resipinya senang sangat. Resipi ni akk ambil kat dalam kotak mauripan tu, cuma akk tambah bahan utk toppingnya                  sahaja.


dapat 1 pizza saiz large, 1 medium , dan 1 small


pizza yang belum dibakar..hanya letak kepingan keju aje...tambah mayonis n sos chili 


RESIPI PIZA ITALI ( Resipi di dalam kotak mauripan)


Ramuan


Kulit piza
tepung gandum            500g
yis segera mauripan       11g ( sebungkus )
air                               300g ( 11/3 cawan )
garam                            10g  ( 2 sudu teh )
gula                                 10g ( 2 sudu teh )


catitan : jumlah air bergantung pada mutu  tepung )


Isi Pizza ( utk 2 biji pizza )
 60ml ( 4 sudu besar )  minyak masak
60gm  ( 8 sudu besar ) sos tomato
700 gm hirisan tomato mentah   - akk letak sikit je
100gm  hirisan bawang kecil      - tak letak pun
400 gm lada benggala                  - tak letak              


------pas ni akk update, amani meragam lak-------


Anak2 cukup suka ngan pizza ni, siap minta buat lagi

Saturday, March 19, 2011

KEK KASTARD PANDAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Projek pertama oven baru. Dah lama akk dok idamkan nak buat kek kastard pandan ni. Selalu beli je, itu pun dah lama rasanya tak makan kek ni. 


Pada mulanya rasa macam susah je nak buat kek ni, rupanya senang bangat. Akk guna kek span sweet4ever juga untuk kek ini . Minta izin ya akk copy n paste resipi kat sini.




KEK KASTARD PANDAN - SWEET 4EVER@myresipi

Bahan-bahan ( 1 biji kek )

  • 1 biji kek span pandan / kek span keladi
  • bahan (A)
  • gula kastor -180gram
  • air daun pandan - 500ML
  • serbuk agar-agar segera - 15ML /1 sudu makan
  • bahan (B)
  • santan pekat - 400ML
  • tepong hoen kwee hijau - 85gram
  • pewarna hijau - 5ML/1 sudu teh
  • secubit garam
  • UNTUK HIASAN - 1 cawan kelapa kering

Cara-cara


  1.  kek span di hiris kepada 2 bahagian. ketepikan
  2. untuk membuat kastad, campurkan kesemua bahan (A) dalam periuk. masak atas api sederhana hingga mendidih. kacau hingga gula hancur.
  3. satukan bahan (B) dalam mangkuk dan gaul rata. masukkan aduanan ini kedalam aduan (A).
  4. kacau atas api sederhana hingga adunan pekat dan mendidih.
  5. sediakan acuan bulat atau petak, guna jenis loose tin atau apa jer bentuk kek span kita..
  6. letakkan satu lapisan kek span dalam acuan. tuangkan 1/3 aduan kastad keatas kek hingga menutupi lubang di sekelilingnya

  7.  letakkan lapisan kedua kek span dan tuang lagi kastad.

  8.  hentakkan acuan 3 kali di atas meja yang agar kastad padat dibahagian bawahnya, biarkan kek sejuk baru dimasukkan dalam peti sejuk
  9. keluarkan kek yang telah sejuk dari acuan . salut dengan kelapa kering atau hias mengikut citarasa anda..



Inilah rupa setelah di kastardkan


Anak2 semua suka makan kek ni, nyaman makan sejuk2

KEK SPAN PANDAN - SWEET 4EVER@myresipi




Bahan-bahan ( 1 biji kek )

  • tepong super fine - 150 gram - AKK guna tepung ros
  • gula kastor - 150 gram
  • telor - 5 biji telor A
  • ovalette - 15ML - bersamaan 1 sudu besar
  • air daun pandan - 80ML
  • minyak / mentega cair -80ML - akk guna minyak
  • pes pandan - 5ML/ 1sudu teh - akk tak letak
  • serbuk penaik - 5ML/1 sudu teh
  • sedikit pewarna hijau [x]

Cara-cara


  1.  satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi nie terletak kepada kalajuan pengadun)

  2.  perlahankan kelajuan dan masukkan air daun pandan, pes pandan dan sedikit pewarna hijau...pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
  3. tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.

  4.  sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8icni, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah celcius

  5.  bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kempis...(betul ker ayat ku...hihihihi)
  6. kek dimasak mengunakan api bawah dan atas    

Friday, March 18, 2011

OVENKU

Assalam buat semua sahabat handai akk dialam maya ini. Dah lama juga akk mengidamkannya...akhirnya berjaya juga akk mendapatkannya. Walaupun tak terlalu mahal dan tak terlalu besar, memadailah buat akk ni, dan syukur serta suka sangat2.


Mekasih buat my Abe kerana menrealisasi impian akk ( cewahh mcm gempak je bunyi ).  Masa ulang tahun tahun perkahwinan akk yg ke 15 tahun  tu abe akk ada tanya nak hadiah ape, laju je akk jawab nak oven yang besar sikit. Sebelum ni akk hanya ada oven yang cinonik je, itu pun hadiah dari kawan akk masa kawen hari tu, nampak dah uzur sikit, tapi masih setia berbakti juga heheh.


Bercerita pasal oven ni, abe pegi beli sendiri dan suprisekan akk. Semalam masa akk kat Klinik pakar kanak2 kat HKL, abe tak tunggu sekali, akk tunggu punya tunggu , dlm hati nak marah juga, takkan pergi parking keta pun lama sangat sampai 1 jam lebih. Alih2 call akk cakap dia pergi beli hadiah akk heheh...sejuk dah hati yang nak marah tadi ( mudah je lemah semagat....metarialistik betul heheh)  


Tak sabar rasanya nak mengodek2 dan membaking apa2 nih. Tapi takut pulak minta2 pas tu tersadai kat situ je..nak je lebih huhu. Harap2 akk terajinlah sikit nak mengkekkan.



Imej ihsan dari En Google.


Macam nilah rupa oven baru akk, bukan besar mana pun 26 liter je, tapi sudah mencukupi bagi akk yang baru nak belajar ni. 


Terima kasih banyak2 buat my Abe....saaaayeeee sokmo muahhhhhh

Wednesday, March 16, 2011

PULUT PAGI

Fuhhhh..fuhhhh...fuhhhhh, berhabuk bersawang je umah alam maya akk ni..lama betul tak update blog.  Akk ada je ni . Hari sabtu hari tu balik kampung sekejap, hari isnin dah balik KL , anak2 sibuk ngan latihan hoki .   Memang tak puas hati balik kampung sekejap aje, tak sempat nak hilangkan penat n jalan2 hehee

Balik KL Amani pulak batuk n selsema pulak, malam tadi badannya panas sikit. Kat kampung hujan je sepanjang hari, pas tu masa blk Kl tu pulak panas cheng ! cheng! ( terik le ).

Pulut pagi ni akk buat untuk bf pagi ni, Kukus malam lagi,pagi ni panaskan balik je. Kalo nak dibandingkan dengan pulut inti, anak2 akk lagi suka pulut inti. Tapi pulut pagi  ni senag sikit nak buat, tak payah guna santan2 bagai.

Banyak  cara nak buat pulut pagi ni, kalo mengikut bonda dan MIL akk, nisan hanya perlu diracik halus dan ditabur diatas pulut yg sudah masak itu dan digaul2 hingga rata , dan  boleh la dimakan.

Cara akk berbeza sikit dan jimat masa dan tenaga, lagipula senang keja. Akk masak je  4  keping nisan  bersama 1 1/2 cawan air hungga menjadi 1 cawan aje.
Apabila pulut masak baru lah digaulkan nisan tadi.



beras pulut yang akk guna


RESIPI PULUT PAGI 
resipi: http://embunrosaliza.blogspot.com
Bahan- bahan


1 kilo beras pulut - direndam 3 jam
4 keping nisan 
2 helai daun pandan
11/2 cawan air
Kelapa parut + garam


Cara - Cara
1. Didihkan air dalam periuk kukus, kemudian kukus pulut sehingga masak.
2. Angkat pulut, masukkan kedalam bekas atau besen.
3. Kacau pulut tadi bersama nisan cair sehingga rata.
4. Kukus semula pulut , supaya nisan tu meresap atau mesra dengan pulut. Dalam 10 minit. 


Untuk Nisan Cair 
~ Masak nisan bersama daun pandan dengan 11/2 cawan air hingga menjadi 1 cawan. 

 

panas2 lagi ni..tgk wap kat daun pisang tu..sedap makan panas2. Sedap dimakan panas2. Kegelapan pulut pagi ini bergantung pada kehitaman nisan. Kalo guna gula melaka warnanya agak cerah sikit, rasa tetap sama, sedap bagi pengemar pulut.
sekarang dah pukul 1.21pm...pulut pagi ni dah pun habis heheh


wajah muram amani pagi ni..nak senyum pun malas, demam, batuk n selasema,


Dari pagi lagi akk tulis n3 ni..sampai ke tengah hari baru boleh publish, amani meragam je. Ada masa akk taip resipi

Wednesday, March 9, 2011

PUDING TELUR BEROTI @ PUDING ROTI KARAMEL

Assamualaikum buat semua, semenjak dua menjak ni, suka sangat akk buat puding telur beroti ni...sekarang ni puding ni dah banyak nama  manja yang diberikan..tak kisah lah apa nama sekali pun.


Akk suka buat puding ni kerana tak perlu letak telur banyak, puding pun boleh tahan rasanya.  1 cawan susu agak manis untuk yg tak suka manis, masa buat hari tu akk tuang je dlm blender dan agak2 je 1 cawan, minta maaf ya pada yang telah mencuba resipi akk ni, nasib baik tak kencing manis.


Tq buat  buat blogger tersohor NURINDAH,  CIKMIN, LINAPG , HANA juga CIK MAT GEBU kerana mencuba resipi ini, walaupun olahan dibuat namun puding ini tetap menggunakan roti. Mekasih sekali lagi.



PUDING TELOR BEROTI @ PUDING ROTI KREMER
resepi asal : http://embunrosaliza.blogspot.com


Bahan2nya

~ 3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
~ 4 keping roti gardenia
~ 3 biji telur - di pukul manja dan di tapis
~ 2 cawan air suam
~ 1 Atau 3/4 cawan susu pekat manis
~esen vanilla

Cara- cara

Dengan menggunakan loyang, sediakan gula hangus........kemudian ketepikan. Panaskan pengukus..... Carik2kan roti kemudian blender  bersama air suam dan susu. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Kemudian masukkan adunan tadi kedalam loyang  gula hangus dan kukus sehingga masak..




Boleh tengok kat  SINI   puding pertama akk buat guna resipi ini

Tuesday, March 8, 2011

HAPPY BIRTHDAY TO LINAPG

Assalam buat semua, hari ini hari  8.3.2011 merupakan hari lahir adik kesayangan akk LINAPG. Akk doakan agar adik akk ni dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dan dilindungkan allah selalu. Akk sentiasa menyanyangi mu dik. Terimalah hadiah dialam maya ini hehehe }~



imej ehsan dari en Google..mekasih ya Encik Google


Ada 6 kuntum mawar merah tu..ahli keluarga ada 5 je..maknanya nak kena tambah lah sorang lagi heheh...siap bagi gift lagi tu...


Malam ni dinner kat mana tu, nak ikut...


SELAMAT HARI LAHIR BUATMU ADIKKULINAPG.

Monday, March 7, 2011

NASI DAGANG

Assalam buat semua, semalam akk masak nasi dagang sekilo buat makan2 . Kali ini makan dengan ikan tongkol, telur rebus, kari ayam dan acar timun untuk menghilangkan muak nasi tersebut. 


Nasib baik berbaki sikit lagi dapat lah akk snap pic, kalo tak rugi rasanya, masa ni lauk ayam dah habis. Jom tengok rupa paras nasi dagang akk }~


Resipi Nasi Dagang


1 kg beras nasi dagang - di rendam semalaman
5 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
2 inci halia*
* semua bahan2  bertanda* dimayang halus
2 cawan santan cair
2 cawan santan pekat
1 sudu besar halba
1 sudu teh garam @ secukup rasa
2 sudu besar gula
2 helai daun pandan


Cara- cara 


Didihkan air terlebih dahulu, alas pengukus dengan daun pandan, kemudian masukkan beras yang telah ditoskan. Kukus selama 20 minit.


Kemudian angkat dan keluarkan beras tadi dan di gaul dengan santan cair, dan kukus 20 minit lagi


Sambil mengukus, sediakan santan pekat. Satukan santan, bawang, halia, halba, garam dan gula,kacau sehingga garam dan gula hancur sahaja, kemudian angkat dan ketepikan.


Angkat beras tadi dan masukkan kedalam bekas dan digaul dengan santan pekat pula. kemudian kukus sehingga masak. 10 - 20 minit.


Kalo beli selalunya nasi keras dan tak berapa nak masak, tapi harganya rm 3.50 - rm 4.00  tak berbaloi rasanya.

Sunday, March 6, 2011

SELAMAT HARI LAHIR MUHAMMAD AMIRUL IRFAN

6.3. 1998, lahirlah putera akk yang kedua, Muhammad Amirul Irfan nama diberi, seorang anak yang keras hati tetapi baik hati dan selaalu ringan tulang menolong akk menjaga adik kecilnya.


Selamat hari lahir buat Angah, semoga menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia dan akhirat.








Hari ini juga genaplah Amani 5 bulan...menirap pun dah laju..Ada masa akk letak gambar lagi ya, sibuk sikit hari ni


Amani 5 bulan 6.3.2011..tarik lahirnya sama ngan angah 6hb

Saturday, March 5, 2011

TEPUNG APAM KELATE

Assalam buat semua, hari ni teringin nak makan dan buat kuih tradisi Kelate yang sangat popular dimasa akk kecil2 dahulu. sekarang ni payah sikit nak dapat, tapi ada juga orang jual waktu pagi. Masa akk kecil2 dulu bonda akk selalu buat untuk sarapan.

Akk caling2 bomda minta resipi darinya...bonda sendiri pun dah lupa sukatannya, masa masak dulu main campur2 n godek2 je terus jadi, tak ada sukat2 pun. Akk pun godek2 kat dapur, sib baik menjadi dan rasanya boleh tahan.



TEPUNG APAM KELANTAN


1 cawan tepung beras
3/4 cawan air
10 biji lada hitam di tumbuk halus
3 ketul tapai ubi yang kecil - kalo besar memadai 1 ketul sahaja
( boleh juga di ganti dengan pisang )  - di lecek halus
1 sudu teh yis mauripan
1/2 sudu teh garam
 1 - 2 sudu besar gula
Kelapa parut + garam secukupnya


CARA  - CARA MEMBUATNYA


Satukan kesemua bahan2 diatas, kemudian biarkan selama 1 jam, Panaskan kuali dan lenserkan sedikit minyak, masukkan 2 sudu bancuhan tadi. Tutup kuali, apa bila hampir masak terbalikkan, kemudian angkat. ( akk  dapat 5 biji ) . Guna api yang perlahan.


Sekiranya guna kuali yang tak melekat ( non stick pan ) yang kecil,hasilnya lagi memuaskan. Akk guna kuali biasa je. Sedap dimakan panas2. 


rupa paras tak berapa elok, rasanya best. Ada sesetengah tu tambah serai, bawang merah dan halia


Buat adik2 akk linapg, En Daun, egie azira, alla n ayunalisa, resipi dh ada leh lah cuba hehe

Friday, March 4, 2011

HOKI AKHIR ZON BANGSAR 2011

Assalamulaikum buat semua..hari ini suka sangat, tamat lah sudah perlawanan hoki zon Bangsar. Habislah seketika berpanas berhujan memberi sokongan terhadap anak2 SKBB. Berbaloi2 dengan kehangusan kulit masing2. Syukur Alhamdulillah, pasukan hoki lelaki 12 tahun kebawah  Sekolah Kebangsaan Bukit Bandaraya telah meraih Juara Hoki Zon Bangsar sekali  lagi untuk tahun 2011.  Lebih membanggakan lagi pasukan hoki perempuan bawah 12 tahun perempuan juga menjadi juara tahun 2011 ini, kalo tahun lepas hanya di tempat ke 3 sahaja. Perlawan hoki tahun ini di jalan di Stadium Hoki Kementerian Pendidikan. Sekalung Tahniah buat anak2 SKBB, Cikgu Hasnizian serta Mr Gurdip . Jom kita tengok pic}~

Eqa bersama Piala Pusingan..harap2 tahun depan dapat lagi
Kesemua pasukan Hoki, dari tempat pertama hingga ke 4
Pasukan Hoki Lelaki dari tempat pertama hingga ke 4 .
Pasukan Hoki SKBB..semua pinky

Pasukan Hoki lelaki SKBB..biru tua

Sorakan SKBB Boleh...dari Juara 2011..tahniah..tahniah..tahniah..
Eqa tersenyum gembira...
Afiqah  bersama bestfriendnya Aqila, sama tahun 4
Semuanya 10 tahun kecuali yang tepi sekali baru darjah 3..9 tahun
Bila dah jadi juara ..ada satu parent tu belanja Pizza..ada dalam 15 kotak...bukan setakat pemain mak2 ayah2 sekali dapat makan..mekasih daun keladi.

Insyallah bulan April nanti SKBB mewakili Peringkat Negeri pula...mudah2an dapat gak hadiah walaupun tak dapat juara....kalo juara lagi bestttt
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...