Friday, April 29, 2011

HOKI PERINGKAT NEGERI - SK BUKIT BANDARAYA

Assalamualaikum buat semua yang bertandang ke embun kaseh tercinta. Berakhir sudah episod hoki buat anak2 skbb. Pasukan pink mendapat tempat ke 3, manakala pasukan biru lelaki mendapat tempat ke 4, sama seperti tahun lepas. Sebenarnya peringkat negeri ni lawan antara zon2 yg berada di KL, contohnya, zon bangsar, pudu, keramat , kepong, yg lain2 akk pun tak pasti ada berapa zon hehehe. Ada juga pemain skbb ni terpilih untuk mewakili KL ke peringkat kebangsaan yg akan di adakan di johor tahun ini.


semangat je eqa..senyumm sokmo




tepek sini sebagai kenang2an buat eqa,  khas juga Maklang eqa yang  dah lama tak main hoki tu, meh turun lh ke KL, 3.5.11 ni angah n along lak lawan peringkat negeri.


opppsss lupak lak, along n angah sekarang ni dalam perjalan ke melaka ada training kat sana, semoga  anaknda n kwn2 selamat sampai. Kul 3.30pm tadi baru bertolak... jap tadi dia sms dah sampai nilai, jln jem

Tuesday, April 26, 2011

KERABU IKAN TONGKOL

Kerabu ikan tongkol yang sangat sedap, secukup rasa.Hari tu ada tgk HaSue buat kerabu ni, mcm terliur je tgk.


KERABU IKAN TONGKOL
resipi : watieman@myresipi






Bahan-bahan ( Untuk 3-4 orang satu hidangan )

1/2 ekor ikan Tongkol(ikan Kayu) sederhana besar
2 labu bawang besar
2 biji cili merah
5 biji cili api (boleh tambah kalau suka)
sedikit air asam jawa dicampur dengan secubit belacan dibancuh
secubit garam ikut selera anda
air perahan limau kasturi/ limau nipis

Cara-cara

Ikan tongkol dicuci bersih dan dibelah dua
lumurkan sedikit garam pada ikan dan dibakar
Biar ikan masak sebelah baru dialihkan ke sebelah lagi
Sementara menunggu ikan masak bolehlah menghiris nipis...bawangbesar, cili merah dan cili api
Bila ikan dah masak perisi ikan macam nak buat kuah laksa
Campurkan dengan bahan yang dihiris tadi
gaulkan bersama dengan air asam & belacan, garam secukup rasa dan perahkan limau kasturi ....dah siap untuk dihidangkan.

nak g stadium jap g, eqa lawan kul 12.15pm, semlm 2 games kalah 1, menang 1, harap2 mng hari ni dpt masuk akhir

Monday, April 25, 2011

CUCUR NASI IKAN BILIS

Menu breakfast hari sabtu, memandangkan ada nasi lebih , nak goreng sikit sangat, buatlah cucur nasi ni. Lagi pula lama juga lah tak buat cucur ni, masa ada nasi dingin pun tak buat juga. Pagi tu tak tau nak masak apa, akk pun buat lah cucur ni. Terim kasih Yatie kongsi resipi kat sini. Minta izin ya akk c n p




CUCUR NASI IKAN BILIS
resipi : yatiememories

Bahan-Bahan

  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn air
  • 1 biji bwg besar
  • 2 biji bwg putih
  • 1/2 cwn ikan bilis
  • 2 1/2 cwn tepung gandum
  • 1 biji lada besar dihiris nipis (jika suka) akk blend sekali
  • Daun sup/bawang (di hiris halus)
  • sedikit garam
  • Minyak untuk mengoreng
Cara Membuatnya
  1. Blend nasi bersama air, masukkan sekali ikan bilis, bwg putih dan bwg besar...kisar sebati.
  2. Masukkan tepung gandum ke dlm bekas dan tuangkan bahan2 kisar tadi...gaul sebati.
  3. Campurkan semua bahan2 hirisan, garam dan gaul sebati.
  4. Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak.
  5. Saya gunakan tangan saja utk men=jemput cucur ini....pastikan jari di basahkan sedikit dngn air supaya mudah. Selamat Mencuba... akk guna sudu, xpandai guna jari utk menjemput tu
best cicah sos cili + mayonis.

Tujuan tayangan ni takut2 ada yg ketandusan idea nak masak apa utk minum petang ni . 

Sunday, April 24, 2011

KEK OREN @ BLENDED ORANGE CAKE

Buat lagi kek oren yang simple ini, tapi kali ini guna oren sunkist. Tetapi tak guna baking powder, terhabis lupa nak beli. Akk guna soda bikabonat, tektur kek tu mcm kasar sikit n tak berapa gebuss, tapi rasanya tetap sedap,...keharuman masa tengah bakar tu menusuk2 kalbu. Terima kasih kak fida@myresipi.


BLENDED ORANGE CAKE
resipi : kak fida @myresipi


Bahan-bahan ( loyang 9 inc )


1 bji buah limau
1 cawan minyak
2 cawan gula halus -  akk boh 1 cawan + 1 sudu
3 biji telur
2 cawan tepung gandum*
1 sb baking powder* ( *diayak bersama )akk guna soda bikabonat


Cara-cara


Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.


Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.


Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.


Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak. - akk bkr 30 minit suhu 150C




Ada lagi sebiji oren, akk cadang nak buat kek oren juga....mmg best je buat n makan kek ni. tak jemu2 lagi heheh

Saturday, April 23, 2011

AMANI KARAOKE

N3 selingan, hari ni macam malas je nak n3, nak tulis panjang2 pun tak rajin heheh..meh tgk amani dok mendendangkan lagu maher zain..mmg asyik masyuk sangat bila tgk dia, mcm betul2 dok berkaraokey heheh




tengokkkk mcm betul2 je dok insyaallah3x abaikan bantal yg bersepah tu ya takut terrrbalik je


beginilah dia sebelum bagi mikrofon ..tak pandang ke lain dah, akk panggil pun pandang kejap2 je


sebenarnya bukan nak nyanyi2 pun nak gigit2 mikrofon je heheh..gempak je

Friday, April 22, 2011

SUP AYAM HADNYAI

Pertama kali buat sup ayam gini...selalu masak sup biasa je main hentam je, kali ini akk cuba resipi pyhonda@myresipi. Macam biasa lh buat lain sikit adalah yg ngomel2nya sambil suap nasi tu. Selalunya bila akk tanya , baru lah berbunyi. Sedap tak sup ayam ni, sedap...tapi kenapa kuah sup ni macam hangit heheheh..selalu mama buat kuah dia mcm putih n jernih je, tapi ni kaler gelap sikit.....oooh tu ke....sedap tak, sedappp tapi pedas sikit, laju juga suapannya.




SUP AYAM HADNYAI
resipi : pyhonda @ myresipi


Bahan-bahan ( 3 orang makan )

1) Sebelah ayam dipotong-potong
2) 3 ulas Bawang putih dan 5 ulas bawang merah, 3 biji cabai, 4 cm halia ditumbuk lumat.
3) 7 cm lengkuas dihiris sederhana nipis dan tumbuk untuk pecahkannya.
4) 5 batang serai ditumbuk untuk pecahkan.
5) 2 sudu besarKetumbar ditumbuk lumat, 1 sudu kecil jintan manis dan jintan putih ditumbuk sehingga lumat.
6) 2 biji bunga lawang, 5 biji buah pelaga, 3 ketul kayu manis dan 3 kuntum bunga cengkih
7) daun sup, daun bawang, daun sadri dan batang sadri
Cara-cara

Tumiskan bawang putih, merah, cabai, halia, ketumbar, jintan manis dan putih, bunga lawang buah pelaga, kayu manis, bunga cengkih, lengkuas dan serai sehingga menaikkan bau yang semerbak harum dan mewangi
Masukkan ayam yang sudah dipotong-potong mengikut citarasa kedalam tumisan tadi dan gaulkan sehingga rata tutup dan biarkan 5 minit. Masukkan batang sadri
Masukkan 5 cawan air dan biarkan sehingga menggelegak.
Tambahkan garam secukup rasa n sedikit saja gula untuk menyedapkan rasa kuahnya.
Hiriskan daun bawang, sup dan sadri taburkan pada hidangan. Perahkan sedikit limau nipis. Sedia untuk dimakan .

kuah sup ni keruh sikit, sbb semua rempah ratus tu ditumbuk. Ada kelainan dari segi rasa

Thursday, April 21, 2011

DONUT LABU MANIS

Assalammualaikum dan salam ceria buat semua sahabat handai, rakan taulan di alam maya ini. Donut labu manis ni memng sedap dan gebusss je. Hari ada akk beli labu lebih dua minggu dok peram lam peti ais tu, sebelum rosak, akk cari2 resipi, tapi semua cam susah dan yang mustahaknya tak berapa ada angin rajin nak godek2 tu. Mula tu nak buat kuih koci labu, alasannya malas nak bungkus membungkus pula...pas tu nak buat macam2 tapi alasan pulak macam2 datang heheh.


Jadi kali ini akk ambil resipi dari myresipi@kakbesah. Sebenarnya nak buat apa2 kuih kalo tak ikut adunan pun ok je, tapi kena pandai2lah asalkan jadi adunan..takkan buat donut adunan cam kek kan. Sebenarnya akk tak timbang pun labu tu, sebiji tu akk rebus pas tu lecek2 dan tambah bahan2 lain tu, pas tu boh gandum sedikit demi sedikit, alhamdulillah menjadi dan gebuss je donut tu.


DONUT LABU MANIS
Resipi : Myresipi@ kakbesah


Bahan-bahan ( 55 bj )


1 kg tepung - tak sampai sekilo
11/2 peket yis aegera mauripan(16g)
2 sudu besar susu tepung - tak letak pun
1/2 sudu makan garam
300 gm labu yg tlh direbus empuk - akk guna sebiji labu kecil
3 biji telur besar - 1 biji besar
1/2 cawan gula
1 cawan rata majerin
castor sugar secukupnya utk ditabur pd donut
akk tambah 1 sudu besar softener


Cara-cara

1. gaul rata tepung, susu & yis.
2. menggunakan blender cili, kisar telur & gula hingga hancur.  
3. campurkan labu rebus, blend lg.. jika kental sangat campurlah sesudu dua air suam. campurkan garam & majerin, blend hingga sebati.
4. campurkan bahan2 yg dimesin ke dalam tepung &  uli hingga menjadi satu doh yg kenyal &  licin. dlm 10-15 minit gak lah.. (tambah sedikit air jika perlu, semasa menguli td)
5. biar doh mengembang lebih kurang 1 jam.
6. pastu gentel bulat doh lalu dileperkan. susun atas dulang yg telah ditabur sedikit tepung.
7. bila doh mengembang sekali lagi, boleh lah dibuat lubang dengan jari lalu digoreng dgn api perlahan hingga masak kedua2 bahagian.
bila telah keperangan, angkat &  tos kan donat. semasa masih suam2 golek2kan kedalam gula .


comel je kaler kuning tu

Wednesday, April 20, 2011

KEK BATIK DOT..DOT....

Assalam, rajin sikit, hari sabtu tu pergi pasar malam, capailah 2 peket biskut jejari ni, 2 peket rm 2.00 je. Ini lah hasil dari persekodingan dan pengyelongkaran dari dapur  HASUE dapatlah merasa kek batik dot..dot..yg menggunakan tpg gandum dlm adunan. Nampak resipi cam cenang je. Srkadar mencuba sesuatu yg baru, walaupun   kat umah akk tak ada koko,akk guna milo je, pastu  akk tambah horlicks satu sudu besar. Masa kacau2 tu harum semerbak bau dia...dan warna pun oklah gelap juga
kek batik dot..dot.. yg tak berapa nk dot..dot..tp sedap jugalah, lemak manis


Kek Batik Dot Dot

Source:Pn Zuriana Abd Latip KR(fb) &Kak Am@serojakitchen.blogspot.com
Sharing By: HaSue@sue-hasue.blogspot.com 


BAHAN2NYA:

½ buku buttercup /125g marjerin/mentega
2 cwn tepung gandum *hasue letak 1 1/2 cawan sahaja - akk letak 13/4
2  biji telur
½ cwn gula
½ cwn milo + ¼ serbuk koko - koko habiss - akk tambah 1 SB horlicks
½ cwn susu pekat
200g biskut jejari *hasue guna biskut 'ball cake'
sedikit esen vanilla



                            biskut jejari yg akk guna, psr mlm byk jual
CARANYA
Pukul telur, butter, gula & susu pekat hingga sebati
masukkan milo + serbuk koko & tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau rata
kemudian masakan dlm kuali dgn api yg perlahan sehingga bertukar warna dan
dikacau selalu. Tutupkan api & patah2 kan dua biskut jejari dan digaul rata
*Boleh juga ditambah coklat chip - jika suka
Bubuh ke dlm bekas/loyang yg dilapik plastik lalu tekan2 & mampatkan adunan tersebut
Simpan dlm peti sejuk selama 4 jam dan kemudian bolehlah dipotong.

*Ketika nak meratakan/mampatkan permukaan adunan sarungkan tangan dgn plastik kerana ianya tidak akan melekat dan tekankan perlahan-lahan.



1 peket ni rm 1.00 je


taraaaaa siap sekejap je buatnya, mkn pun kejap je licin



Monday, April 18, 2011

KEK COKLAT MINYAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua, pengujung dan pembaca setia blog embun kaseh tercinta, terima kasih semua atas sokongan yang diberikan. Kunjungan kalian amat akk hargai dan sekali lagi terima kasih......


Isnin dah merangkak ke malam hari baru sempat on9, ada saje lah hal yang tak dapat dielakkan, pagi kul 8 lebih kat stadium hoki, jadi penonton je bukannya pengadil, kalo akk tak ada diorang boleh main gak heheh...saje nak bako semangat .


N3 hari ini kek coklat minyak resipi kak besah@myresipi. Akk ni pantang tengok resipi yang simple dimple gini suke sangat nak kongsi kat sini, mana lah tau kut2 ada yang nak memcuba sebagai hidangan untuk keluarga tersayang. Kek ni akk guna milo je, koko habis asyik lupa nk beli jer. kek ni dah lama akk buat.


Jom kita semak resipi, eh lupa pulak nak minta izin dari tuan resipi..minta izin ya kakbesah@myresipi, kita nk kongsi resipi kat sini pulak }~
kaler pucat je guna milo je


KEK COKLAT MINYAK
resipi asal : kakbesah@myresipi



Bahan-bahan ( satu acuan bengkang )


2 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan serbuk koko - akk guna 1/2 cawan milo jer
3 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bicarbonate
secubit garam


Cara-cara


1. panaskan oven,sapu minyak @ majerin pd acuan & masukkan dlm oven biar panas.


2. ayak tepung,koko, soda bicarbonate & baking powder.


3. mesin telur, susu & gula hingga gula hancur & berbuih dgn blender cili.lepastu masukkan minyak & garam.blend untuk 5-6 saat lagi.


4. campurkan bahan blend td ke dalam tepung. gaul rata2 & boleh la dimasukkan kedalam acuan yg telah dipanaskan.


5. bakar dgn suhu 180'c selama lebihkurang 40 minit. 


elok je kek ni, resipi pun simple. dah 7.30pm ni....jom solat

Sunday, April 17, 2011

HOKI ZON BANGSAR BAWAH 18

Hari ni n3 santai je, saje nak bako semangat anak 2 yang nak lawan hoki esok. Esok 2 anak akk dapat masuk ke peringkat akhir hoki zon bangsar, yang bawah 18 tu Ariff Isqandar ( 15 tahun ) tapi wakil bawah 18, penentu tempat ke 4 atau 3, Yang bawah 15 tu Amirul Irfan (13 th )  tempat pertama atau kedua. Esok pepagi lagi nak pergi Stadium KPM,.


Harap2 SMKBB bermain dengan sekuat tenaga kalo boleh dapat tempat ketiga n tempat pertama


Pasukkan SMKBB baju kuning anak akk no 13


Berjemur lagi lah akk seminggu dua ni, habis yang sekolah menengah, sekolah rendah  ( Afiqah )pulak lawan peringkat negeri.Sekarang ni pun hari sabtu n ahad kat stadium jugalah tapi kekadang je akk pg tgk, kalo yang lawan mesti tengok , kita bako semangat anak2 kan.....

ASAM PEDAS AYAM

Penangan jenjalan umah Kak Nor Ganu, terliur sangat tengok asam pedas ayamnya. Sebelum ni akk tak pernah masak asam pedas ayam, mkn ada lah sekali dua je seumur hidup hehehh. Kalo asam pedas ikan mmg lah selalu masak n makan.


Kali ni cuba masakl asam pedas ayam, best juga cuma yg akk buat tak pedas mana kerana guna cili kering yg besar2 tu, mmg tak pedas. Anak2 mkn tanpa komen banyak, yg terdengar sedap tapi masam sikit




ASAM PEDAS AYAM


resipi asal : anawahid
sumber : kak nor secubit garam




BahaBahanBahan2nya:-


bahan kisar *
* 20 tangkai lada kering- digunting dn direbus terlebih dahulu
* 1 labu bawang besar
* 4 bawang putih
* 2 inci halia

6-8 ketul ayam - di bersihkan
segenggam asam jawa - diramas dgn 1 cawam air
1 sudu besar halba ~ k.nor letak 1 sudu kecil
1 sudu besar lada hitam- ditumbuk halus
1 batang serai - diketuk
daun kesum - ikut suka banyaknya
1 biji tomato - di belah empat
1 liter air atau lebih ikut suka sama ada nk pekat atau cair kuahnya
garam, gula dan bahan perasa secukup rasa
minyak

lCara-caranya:-


1. panaskan minyak, tumiskan halba dan 2 senduk bahan2 kisar sehingga naik bau dan garing
2. masukkan air asam jawa dan kacau sebentar lalu masukkan air , serai , lada hitam, kacau dan tunggu sehingga mendidih
3. masukkan ayam, daun kesum dan dan masak selama 15 - 20 minit dan akhir sekali masukkan tomato, gula, garam dan bahan perasa secukup rasa
* masam dan pekat atau cair kuahnyer ikut selera masing2*
siap untuk di hidangsu





Friday, April 15, 2011

SUP CENDAWAN DAN ROTI BAWANG PUTIH

Selalunya masak2 gini untuk menu dinner, saje nak kurangkan makan nasi. Menu ni pun dah lama juga akk buat, memandangkan  my abe ada terbeli cendawan butang, dia ingatkan sup yang dalam tin tu heheeh, amik je tak baca dulu. Untuk membuat sup ni mencari n mengoogle lah akk mencari resipi yg senang2 untuk membuatnya. Cari sana, sini, sinun n situ, maka terjumpalah resipi yang agak simple dan senang bangat, tak lain dan tak bukan tentulah dari MYRESIPI..., suka sangat ngan myresipi ni, byk sangat kwn2 kat sini tolong akk dalam hal masak2 ni.


Sup ni memang sedap sangat, memang sebiji macam kat pizza...anak2 tak abis puji wahhh pandainya mama buat sama macam kat pizza, tapi lagi best dapat makan banyak2 kos sikit je, memang akk sangat puas hati dengan resipi percubaan pertama akk, mekasih sekali lagi Myr




MUSHROOM SOUP
resepi asal : minami133 @ myresipi





Bahan-bahan ( 6 org )


1 keping dada ayam
1500 ml air
500 ml susu segar(susu kotak)
1 ketul kiub ayam - akk letak 2 kiub
1 tin kecil cendawan butang(dihiris kecil2) - akk cincang halus
garam
secubit ajinomoto
1 cawan tepung gandum




Cara-cara


potong ayam kecil2. masukkan ayam dan air ke dalam periuk. rebus sehingga masak.


masukkan susu dan kiub ayam. masak guna api yang perlahan. masukkan mushroom.


masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat. tambah perisa, garam dan ajinomoto.Siap utk dihidang. sedap dimakan dgn roti.


Sup ni enak bangat makan dengan roti bawang putih atau nama glamernya garlic bread, roti ni mmg sedap, bahan2 pun simple je




ROTI BAWANG PUTIH


secukupnya roti - akk guna roti gardenia je
2 sudu besar (100 gm ) mentega
1 sudu besar  (50 gm ) majerin
3 ulas bawang putih - di cincang halus
sedikit lada sulah - aji shio akk tambah




Cara2
gaul semua bahan2 di atas kecuali roti, kemudian boleh lah di sapu pada bahagian atas roti sahaje, dan di bakar, kalo suka garing bakar lama sikit


Akk tak pasti resipi kepunyaan siapa, masa dok google tu lupa lak nak salin, main ingat je sbb bahan2nya senang sangat


sedap roti ni garing n panas2 makan dengan sup panas2, biasanya orang guna roti perancis, atau roti yang panjang pas tu potong serong, tapi akk lagi suka roti gardenia maklumlah pengguna setia.


Pada sesiapa yang nak cuba sup ni boleh lah, hasilnya mmg sedap sangat.

LEMPENG TEPUNG DN OATS

Lempeng yang berkhasiat, best je buat sarapan, semua makan, kira best tu, walaupun ada gak dengar suara dari jauh tu, tak sama ngan lempeng yang mama buat , rasa macam kuih je. Tapi 1 adunan tu habis dimakan cicah bersama susu manis je.


Oats ada banyak kat umah dan memang selalu beli oats, cuma makan je ikut angin heheh, byk yang tak termakan dari yang termakannya. Bila ada resipi simple gini, cepatlah sikit habis oats tu, lagi pula mmg tak rasa keoatannya.


Terima kasih buat KAKBESAH@Myresipi kongsi resipi ini. Minta izin nak Cn |P kat sini pula untuk rujukan dilain hari dan sebagai koleksi resipi yang pernah akk cuba}~



LEMPENG TEPUNG DAN OATS



Bahan-bahan ( 6 keping )


2 cawan tepung gandum
1 cawan quaker oats
1 bj telur (jika x bubuh pn xpe,cuma lempeng akn mdh koyak)
1/2 sudu teh garam
Akk letak 2 cawan air 


Cara-cara


bancuh semua bahan bersama air paip hingga menjadi sprti batter goreng pisang.


panaskn kuali yg sesuai, lenser dgn sedikit minyak & tuangkn 2 senduk adunan, lenggangkan kuali hingga adunan rata. 


bila telah agk garing, tebalikkn lempeng dgn cara melambungknnya..ala2 chef gitu..hehe..


buat lh sampai habis & bolehlh dihidangkn bersama serunding daging, sambal tumis, kari dll....dan juga susu


jom sarapan, tp dh basi hehe

Thursday, April 14, 2011

CEK MEK

Cek mek, ada yang tak kenal ke ngan kuih ni, rasanya semua kenal, mungkin tak pernah makan , sebab kalo dengar namanya pun klasik je bunyi cek mek, kuih ni tak ada nama gkamer langsung, tapi sedappp sangat. Kalo yang beli selalunya keras sikit n air gula pulak bocor. Kuih ni dah lama akk buat tak ingat dah bila. maknanya dah abiss tu


Buat sendiri best, bahan2 pun senang je kalo ada, kalo tak ada keledek n tepung tak jadi juga cekmek. Adawiyah suka sangat kuih ni, kalo beli 5 biji rm 2.00 dia boleh habiskan sorang ( cekmek yg beli ni sedap tapi kecil yang amat ) . Bila dia dok tanya2 bila mama nk buat kuih tu yg bby mkn byk tu hehe.


Hari tu tgk Linapg pulak buat, lagilh dia nk mkn, Jumpa je keledek terus akk beli n peram gak kat umah 2 ,3 hari hehehe. Untuk mendapat cekmek yg lembut, air tidak diperlukan untuk adunan ini.




CEK MEK
sumber : linapg

Bahan-Bahan (10 biji)
  • 400-450gram ubi keledek (2 cawan keledek lecek)
  • 1 cawan tepung gandum @ secukupnya
  • Gula putih
  • Minyak masak

Cara-cara:

  1. Ubi keledek direbus hingga empuk ( masukkan sedikit garam ).Biarkan ubi keledek rebus sejuk,kemudian lecek halus
  2. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit, adun hingga boleh dibentuk.(jangan masukkan terlalu byk tepung, nnt kuih akan menjadi keras).
  3. Bahagikan adunan kepada 10 bahagian, bulat2 (besar sket dr bola pingpong), leperkan masukkan setengah sudu kecil gula kat tengah.
  4. Pastukan bentukkan seperti kuih cekmek molek.
  5. Goreng dgn api sederhana hingga kuning keemasan. SeLamaT MeNcUbA



Akk buat 2 adunan, banyak juga dapatnya



Hati2 kalo makan masa panas boleh melecur lidah..tunggu suam2 kuku baru selamat untuk dimakan

Wednesday, April 13, 2011

ROTI PAUN NEKMA

^Terkebetulan tuan punya resipi letak nama gitu, sama ngan anak2 akk panggil nenek mereka nekma. Roti ni senang sangat nak buatnya. Akk pun dah lama buat, mcm biasa tak nyempat nak n3.






ROTI PAUN NEKMA
resipi : meow@myresipi


Bahan-bahan ( 2-3 loyang sederhana )


1 sudu kecil yis kalau nk cepat naik taruk 2- 21/2 sudu kecil.
1cawan air suam
½ cawan gula
½ cawan marjerin/butter
Tepung gandum bergantung di taruk masa menguli.
sedikit minyak utk dilenserkan diatas roti
Cara-cara

1 cawan air suam dicampurkan yis biarkan seketika hingga larut. Sediakan besen tarukkan sedikit gandum lebih kurang ½ cawan kedalamnya. Kemudian masukkan air suam yg bercampur yis tadi kedlm besen yg berisi gandum.


Kemudian masukkan pula gula kacau hingga gula hancur. Kemudian masukkan marjerin/butter kedalamnya kacau sampai sebati.


Sesudah itu di letak sedikit demi sedikit tepung gandum di adun sampai boleh diuli. Jangan diisi terlampau banyak tepung takut jadi keras Cuma agak2 boleh diuli dgn tangan dan tidak melekat ditangan sahaja sampai menjadi doh yg lembut. 


Kemudian doh direhatkan sehingga ½ - 45 minit.. kemudian boleh dibentukkan bulat2 (ikut suka hati) dan di susun ke dlm loyang yg telah dialas baking paper (mcm MIL buat dia alas daun pisang-fuhyo naik dan bangkit bau dia).


Dibiarkan naik sampai 2 kali ganda lepas itu dilenserkan minyak ke atas roti yg dah kembang kemudian bolehlah dibakar dgn kepanasan 180C selama 10-15minit dlm oven yg telah di panaskan terlebih dahulu.. gambar atas dah kembang tunggu nk masak tu
slamat mencuba. senang banget ni
sedap cicah ngan teh 0, ank2 mkn ngan nutella

POSKAD DARI NIEZA & AWARD DARI HASUE , AZATIESAYANG, MAMA NOOR

Selamat ulang tahun pertama buat blog our journey begins kepunyaan nieza . Dapatlah akk satu poskad dari finland ni, mekasih ya nieza, semoga hubungan alam maya ni berkekalan selamanya.



mekasih nieza, lama projek penggantungannya, tuan rumah sibuk sikit


Ini dari Hasue



dari azatie



dari mamanoor - storyofmama

Semoga hubungan maya akan kekal selamanya

Tuesday, April 12, 2011

TAUHU GORENG SOS

Salam 1 Malaysia buat semua. Tauhu goreng sos sebenarnya lama,lama, lamaaaa dh akk buat.Hari tu beli tauhu lembut, tak tau nk msk apa, goreng gini, mula tu tauhu di potong 4 dan di goreng , sambil2 goreng tu dadu bwg besar, bwg putih, cili n tumisss, pas tu masukan sos cili n oyster kacau2 kejap, ,masuklah tauhu yg digoreng tadi... siap. Sedap dimakan begitu saje }~


sedap di makan begitu saje




chowwww chin chowwwww





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...