Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, June 30, 2011

TOMYAM CAMPUR

Dah pun tengah hari baru dapat n3, tadi tak sempat pulak. Hari ini sibuk sikit, pagi ni  my abe ke Tanjung Pagar Singapore. Hari ini merupakan hari terakhir keretapi kat Tanjung Pagar. Malam nnt Sultan Johor akan bawa kereta api blk Johor, kalo tak silap akk la.


Tomyam campur, bukan campur apa, cuma akk letak isi ayam, udang n sutun , pas tu letak sayur2 sikit. Anak2 suka je mkn carrot durian tu hehehe ( bentuk ala2 durian je )


TOMYAM CAMPUR
Isi ayam
udang
sotong
3 ulas bawang putih - ketuk
sedikit halia - ketuk
sedikit sayur
2 kiub tomyam knor
2 batang serai
3 helai daun limau purut
1 labu bawang besar di belah 4
garam secukup rasa
Air secukupnya


Cara- cara


Rebus isi ayam bersama halia dan bawang putih, apa bila ayam masak, masukkan carrot, tunggu sekejap, pastu masukkan semua bahan2 yang lain, sesuaikan rasa. Siap

Wednesday, June 29, 2011

LIGHT CHEESE CAKE @ KEK KEJU

Kek keju percubaan pertama dari akk, pagi2 buat tayangan kek keju, apa salahnya siap2 segala kerja rumah tambahlah sikit kolestrol kat badankan.

Kek keju ni rasanya amat sedap , tidak terlampau manis. Masa buat kek ni ada sedikit atau banyak dikit kut pada kek akk ni. Kalo perhati betul2 nampak 2 lapis, kat atas tu gebusss dan lapisan bawah tu padat sikit. Akk rasa, kesilapan masa kaup balik tu kena aduanan sekata, tapi akk balik2 gitu n tak perasan pulak, nak kaup balik lelama takut tak terjadi lak. tapi rasa kek ni menten sedap sangat.

Akk buat kek ni masa hari jadi Eqa, buat makan2,ada gak  tamu tanya akk beli ke, mcm yg beli sedap sangat...heheheh mekasih ya, bagi akk walaupun sedikit kekurangan namun akk puas hati juga dengan rasanya. Minta izin ya HASUE akk nak tepek resipinya kat sini untuk rujukan masa hadapan }~



Light Cheese Cake



Bahan-bahan
• 125g cream cheese
• 300 ml susu segar
• 80 g mentega atau marjerin
• 80 g tepung gandum
• 80 gram gula halus
• 3 biji telur saiz A
• beberapa titik esen vanila/jus lemon

Cara-cara
1. Masukkan susu segar dalam periuk. Masukkan cream cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand whisk. Masukkan pula mentega/marjerin,kacau lagi sehingga cair,padamkan api dan ketepikan.
2. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. -meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan (ia tidak tumpah apabila mangkuk cuba diterbalikkan)
3. Di dalam bekas lain yang lebih besar,pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika..ayakkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul -kacau menggunakan hand whisk dengan perlahan
4. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2)..
5. Glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Masukkan adunan kek di dalam acuan. Pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek
6. Bakar pada suhu 160 darjah selama 45 minit (atau sehingga masak) menggunakan kaedah bain marie(loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar)
8. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja.



harum bau ciskek ni masa dok bakar tu

ingat nak buat lagi, ada sikit lagi cream cheese tu

Tuesday, June 28, 2011

KEK COKLAT MOIST KUKUS

Masa hari jadi Eqa akk buat kek coklat moist kukus ni, tapi sayang gambar yang dah potong tu tak sempat nak ambil, pic ni pun amik masa deco2 tak siap lagi, walaupun deco tak cantik tapi rasa kek ni sedap dan memang lembap. Punyalah gumbira bila kita buat kek dan masak2 dengan niat nak snap pic, tetiba je bateri yang di cas tak masuk power pulak huhuhu.


Terima kasih buat alongroz kerana kongsi resipi yang sangat sedap ini 


Nak luah perasaan n cerita sikit, hari tu akk buat nasi dagang, pulut inti, puding tembikai kaler oren, ciskek sempat ambil malam tu lagi, tak sempat nak posing banyak2, sibuk nak keluar masa tu. Terkilan juga rasa hati.


Masa nak potong kek ni pun memang tak sempat, pagi tu akk pergi tempat Eqa sukan, snap pic guna bateri biasa, sedap hati sebab bateri satu lagi tengah cas huhuhu...


ini pun nasib baik si along yang gatal tangan p snap pic..kalo tak lagi frust tak dapat nak tepek resipi. 


KEK COKLAT MOIST KUKUS
RESIPI : alongroz@myresipi

Bahan-bahan ( 8-9 inchi bulat )


100g Serbuk Koko*
250g Gula Kastor
1 tin Susu Isian Cair*
200g Minyak Masak Sayuran*
250g Susu Pekat*
4 biji Telur - pukul sehingga berbuih
150g Tepung Gandum
1 st Bic Soda
1st Baking Powder


Cara-cara


1. Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin. Tak payah sampai menggelegak.


2. Satukan dgn telur yg di pukul tadi dgn mixer. Gaulkan bhn2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati.


3. Masukkan ke dlm tin yg di lapik & minyakkan. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.


4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing.


Untuk ganache atas kek lihat resipi dari hana6877: resipi no. 4580
Untuk buttercream kat tepi, pukul 125g Butter, 125g majerin & 80g Gula ising. Bila dh sebati campur 100g coklat yg telah di cairkan.


SIMPLE BUTTER CREAM
resipi : kak fida@ Myresipi



Bahan-bahan ( 20 cupcake kecil )

  • 250 g mentega
  • 100 g susu manis
  • 1 sk esen vanilla
  • pewarna pilihan ikut suka
  • SIMPLE CHOCOLATE BUTTERCREAM ;-
  • 250 g mentega (1 buku)
  • 200 g gula icing (1 3/4cwn) - ayak
  • 170 g air dingin ( 3/4 cwn) - dr petiais
  • 1 sb choc. paste
  • 2 sb serbuk koko - ayak

Cara-cara

  1. Pukul mentega,susu manis dan vanilla hingga berkrim.
  2. Bubuh pewarna pilihan dan kacau rata.
  3. Hiaskan atas kek ikut kreativiti masing2.Simpan di dalam peti sejuk supaya buttercream kekal cantek.
  4. Cara2 untuk Choc. Buttercream :-
  5. Pukul mentega hingga putih lalu masukkan gula dan pukul terus hingga pekat.Perlahankan mixer dan masukkan pula air dingin sedikit2 sambil dipukul hingga sebati dan tukarkan mixer pada kelajuan tinggi dan pukul terus hingga kembang dan akhir sekali bubuh choc paste dan serbuk koko dan pukul rata.Matikan mixer dan gaul lagi adunan buttercream dengan spatula/senduk hingga sebati.
  6. Choc. buttercream siap untuk digunakan.

Monday, June 27, 2011

TELOR DADAR PECAH SERANGKAK

Sedap sungguh telur dadar ala2 mata kerbau ni, resipi akk ambil kat rumah UMMI HOME SWEET HOME . Minta izin ya saya  copy n paste kat sini pulak untuk rujukkan masa depan, pasti akan meyusul lagi menu telor gini,





TELOR DADAR PECAH SERANGKAK
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

  • 4 biji telor
  • 1 labu bawang besar - didadu
  • 1/2 cawan isi ayam - didadu kecil
  • 2 sudu teh rempah kari daging
  • 1 tangkai cili merah - dihiris halus
  • sedikit daun bawang
  • sedikit bawang goreng
  • garam secukup rasa
  • sedikit minysk untuk menggoreng
Cara-Cara:-




  1. Panaskan minyak dalam non-stick pan dan tumiskan bawang besar tadi hingga naik bau.
  2. Masukkan isi ayam dan diikuti dengan rempah, kacau balik hingga ayam masak. Ratakan ayam dalam kuali.
  3. Perlahankan api. Ambil sebiji telor dan pecahkan terus ke dalam kuali (ala-ala masak telor mata kerbau). Seterusnya pecahkan telor hingga habis dengan meletak telor perlahan-lahan di dalam kuali menutupi isi ayam.
  4. Tabur garam secukup rasa. Tutup kuali selama 1 - 2 minit.
  5. Bila nampak telor sudah 3/4 masak, tabur bawang goreng dan tutup api. Tolakkan telor dadar perlahan-lahan ke dalam pinggan. Sedia untuk dihidangkan dengan nasi panas atau boleh dimakan begitu sahaja......

Sunday, June 26, 2011

SKBB - Acara sukan tahunan

Hari sabtu semalam 25.6.11, SKBB mengadakan acara sukan tahunan bertempat di stadium mini SMK Seri Permaisuri Cheras.Tahun ini hanya murid2 tahap 2dan murid2 kelas khas  sahaja yg mengambil bahagian disini. Murid2 tahap satu ( tahun 1,2,dan 3 mengadakan acara sukan disekolah sahaja.  Agak cepat sikit berakhir acara sukan disini. Akk pun sempat tengok masa penyampaian hadiah, agak terlambat sikit akk pergi, mahu tak lambatnya kul 12.00 baru sampai sana. Eqa pagi2 telah berkumpul disekolah, dan menaiki bas ke Cheras, seronok sangat nak naik bas. Jom tgk gambar selingan ini.......



rumah merah mendapat tempat pertama dalam acara pembarisan.... suka


nyayi lagu negaraku dan lagu sekolah semasa penutup acara....


Eqa memenagi pingat emas dalam acara 4x100....mesti terteleng palernya kalo posing heheheh

Saturday, June 25, 2011

MEE GORENG CAMPAK

Assalammualaikum dan selamat pagi buat semua, breakfast ngan kita pagi ni, tentu para ibu sibuk menyediakan sarapan pagi  ya pagi2 gini. Ada juga yang beli macam roti canai ataupun nasi lemak kan.....


Pagi ni, anak2 akk yg sekolah rendah ada acara sukan tahunan kat stadium mini Sekolah Seri Permaisuri.  Pagi2 dah pergi kat sekolah berkumpul kat situ utk naik bas, suka sangat nak naik bas kesana.....


Ehhhhh jomlah sarapan bersama }~ 




layanzzz mee je pagi2 ni

Friday, June 24, 2011

SELAMAT HARI LAHIR NUR SYAZA AFIQAH

Hari ini 24.6.11 genaplah Eqa 10 tahun sekejap je masa berlalu, Mama harap Eqa membesar menjadi anak yang soleh dan rajin belajar. Semoga Eqa memperolehi kejayaan di dunia dan di akhirat.



ala2 Kajol gitu posing masa pg Putra Jaya ahad lepas


Ari tu masa balik dari kampung, singgah kejap kat Cameron 


suka sangat posing kepala terteleng heheh

Thursday, June 23, 2011

IKAN GORENG BERLADO

Assalamualaikum dan selamat pagi buat buat semua tamu alam maya. Hari ini pagi2 lagi hidang menu lunch beberapa hari yang lalu. Anak2 cukup suka suka ngan lauk berlado atau bercili gini, tapi tak boleh pedas sangat. Jadi untuk buat ikan goreng berlado ni akk guna cili merah sahaja, suka tengok anak2 makan.




ikan berlado yang lemas tenggelam bersamo lado2


ikan yg akk guna, jenis ikn besar tapi tak tau namanya





Wednesday, June 22, 2011

PUDING TEMBIKAI

Assalamualaikum dan salam ceria buat semua pengujung Embunkasih, tanpa kalian siapalah akk. Kali ini akk nak kongsi2kan resipi puding tembikai yang tersangat popular di kalangan blogger masakan, dan ramai sangat yang dah mencuba. Macam biasalah akk selalu ketinggalan mencuba hehehe.


Puding tembikai kacukan, ala2 peranakan Bandung gitu hehehe, apa tak jadi bandungnya akk letak sirap ros, kaler merah xdak pula yg ada pink je, pas tu lak tak dak biji mcm Linapg gak hehehe. Akk copy n paste dari rumah Lina, kerana guna sukatan dia, dan elok je kejadiannya. Mekasih buat Cendanakasih kerana ideanya





PUDING TEMBIKAI

Bahan-Bahan:
  • 1 paket agar2 serbuk (dalam 15gm) (sy gn agar2 serbuk 10g)- akk guna 1 sudu besar penuh
  • 2 keping roti gardenia *
  • 6 cawan air (4cwn air) 
  • 1 1/2 cawan gula (1/2 cwn gula)
  • 1/2 tin susu pekat (1/2 cwn susu pekat) *
  • 1 cawan susu cair (sy tambah) *- akk guna susu tpg +air
  • 2 sudu besar mentega
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • cincau dipotong kecil (sy xboh)
  • sedikit pewarna ijo/merah (sy tambah stoberi emulco)
  • secubit garam akk tambah
Cara-Cara:
  1. Masak agar2 bersama gula dan air.Hingga agar2 dan gula hancur.
  2. Sementara itu, rendam roti dalam susu cair dan carik-carikkan.Masukkan susu cair,roti dan susu pekat manis.Blend halus
  3. Setelah agar2 dan gula hancur, masukkan bahan blend ke dalam periuk, juga masukkan esen vanilla dan mentega.Kacau hingga mendidih dan pekat sedikit.Tutup api.
  4. Ambil sedikit adunan dan warnakan ijo (sebagai kulit tembikai)sy gn 1cwn.Biar keras sedikit.
  5. Pastu sedikit lagi warna asal(sy gn 3/4cwn), curahkan di atas lapisan ijo tadi. Biar keras sedikit
  6. Adunan selebihnya diwarnakan merah, curahkan diatas lapisan putih/warna asal tadi.Biar sejuk.Simpan ke dalam esbok

memang sedap, dan puas hati guna versi sukatan LINAPG ni, tak payah risau tak menjadi, tapi lainlah kalo versi durhaka kan,kan,kan.

sikit lagi tu akk potong guna pisau lenkuk2 tu, mcm biasalah mest bengkang bengkok kejadiannya. Sekejap je licin puding tembikai ni

PEMOTONG EPAL

Kenal tak dengan benda ni, pernah tgk atau guna heheheh....akk pun baru je berkenalan ngan pemotong epal ni. Hari tu ada tengok dalam rancangan tv 5 rencah 5 rasa, dia potong epal guna benda ni..ohhh senangnya. Masa tu cari kat kedai tak jumpa pulak.


Dah nak jumpa jodoh dengannya, masa balik kampung hari tu LINAPG ada menghadiahkan benda ini pada akk...mekasih ya dik...hasilnya epal yang dipotong cantik sangat macam bunga2an pulak. Dan anak2 bertambah suka makan epal, apa taknya dah suka nak potong kena lah makan habis heheh..


cantikkan epal yang dipotong, macam bunga je


inilah rupa paras pemotong epal
budak2 potong pun tak merbahaya, tak payah buang2 biji dah...kalo rasa sayang empulurnya tu bolehlah di gigit2 juga kekek

SEKUNTUM MAWAR BIRU BUAT HASUE

Selamat hari lahir buat HASUE, semoga tahun ini akan lebih bermakna dari tahun lalu. Akk doakan semoga Sue sentiasa bahagia disamping keluarga tersayang dan sentiasa di lindungi Allah selalu dan di murahkan lagi rezeki.


Akk titipkan sekuntum mawar biru buat Sue, semoga persahabatan alam maya kita berpanjangan, happy birthday to you......



terima kasih mr google


nak buat kad tak reti pulok heheehe

Monday, June 20, 2011

PENGAT PISANG + KELEDEK OREN

Lama sudah tuan rrumah tidak menghidangkan makanan pada tamu alam maya ini. Pengat pisang yang dah lama basi, akk buat pada sabtu lepas masa cuti sekolah lagi.....


sedap keledek oren ni, isinya manis dan pejal


ok....selamat minum petang buat semua

Saturday, June 18, 2011

CORETAN DARI DESA - 3

Ehhh tak abis lagi rupanya n3 pasal coretan dari kampung, maaf lah ya, saje sebagai kenangan kaat sini......


 banyak bunga kantan yg muda2 lagi 


banyakkan bunga kantan tu, ni pun lepas akk dah ambil

cantik bunga kantan, bonda tak berapa suka makan, akk ambil sikit je 



nenas ni teramat manis, rupanya spesis nenas madu, rugi lak hari tu ambil 2 biji je. 

Limau untuk buat sambal, rasanya manis2 sikit, nama sebenar akk tak tahu


pokok bendi dan kacang panjang baru je bonda tanam




maisarah sebelum berangkat balik ke penang hari isnin 6.6.2011. Amani bersama nekmanya


pisang kelat lego nama klatenya , pisang abu nama  BMnya heheh


menepek je tolong bonda tidak..heheh tolong gak, tolong tgk, masa ni dh nak blk KL

CORETAN DARI DESA - 2

Kesinambungan dari pic yang lepas......jom kita tengok








sebatas keledek telah selamat di gali , kat sebelah tu, keledek yg dah digali dan telah selamat sampai ke rumah LINAPG

bunga apa tah, kena tanya en daun ni hehehe

cantik bunga ni, akk panggil bunga peti ngaji

kolam yg dibina oleh EN DAUN, tapi dah berubah wajah

cekur hitam

pokok lada hitam, dulu2 dh ada kt belakang rumah, tp dh mati


cantik mcm plastik je

bunga sundal malam kalo tak salah, mula2 kaler purple, pas tu jd putih n harum bau dia

keledek kaler oren mmg best sangat isinya manis dan isinya pejal
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...