Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, July 31, 2011

IKAN TERUBUK KUKUS SOS TIRAM

Akhirnya tercapai gak hasrat hati ini nak makan terubuk kukus versi hasue.Sedap rupanya ikan terubuk bila dikukus sebegini, terasa kemanisan isinya. 






Ikan Terubok Kukus Sos Tiram
Resepi:HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Bahan2:-tidak terhad,boleh tambah/kurangkan ikut selera

1 ekor ikan terubok(lebih kurang 1kg)
4 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
2 tangkai cili merah*-boleh tambah cili padi kalau nak pedas
1inch halia*
2 batang serai(hiris dulu)*-boleh tambah kalau suka
3 sudu besar sos tiram-bancuh dgn 3 sudu bsr air
Garam(jika perlu) dan lada sulah secukup rasa

->Bahan2 bertanda * ditumbuk/dikisar halus

Cara2:

Panaskan pengukus
Bersihkan ikan dan belah belakangnya.
Lumurkan dengan garam,sos tiram dan bahan2 hiris masukkan juga ke bahagian ikan yang sudah dibelah tadi. Tambahkan lada sulah.
Kukus selama 15 minit atau sehingga ikan masak. Selamat mencuba!



Akk ni kalo bab tumbuk2 ni memang fail la, mesti bersepah je 


heheh, kalo dulu2 suka sangat nak menumbuk pakai lesung, bila anak dah ramai, kemalasan  dan nak cepat2 je memasak.




Selamat berterawih ,bersahur dan selamat menjalani ibadat  puasa pada semua umat islam diseluruh dunia. Semoga segala ibadah kita diterima Allah....SELAMAT BERPUASA.

Saturday, July 30, 2011

SUPRISE

Assalamualaikum buat semua, bumi Kuala Lumpur di basahi hujan dari pagi lagi, terasa sejuknya macam kat Cameron masa panas , sejuk gak le. Pagi ni anak2 semua pergi kem solat bistari kat surau kawasan rumah akk ni, Amani pulak sedang lena diulit mimpi. Si baby Adda je duk main sorang diri


Suprise....memang suprise. Akk ni selalu keluar rumah waktu anak2 ke sekolah, akhir2 ni pun , nak cari barang puasa la, beli itu dan ini. Pada 25.7.11, ada orang lelaki  call....saya depan rumah awak ni, awak kat mana, eh sapa la pulak cari aku ni, eh sapa tu, saya ni org pos laju ada bungkusan untuk awak....huhuhu ingatkan sapa tadi, takut juga akk. Bila dia kata pos laju, terus paler akk ni teringat kat mama dak kecik tu.  Terima kasih banyak2 ya, semoga Allah murahkan lagi rezeki padanya, di berkati hidup dunia dan akhirat. Dia sangat baik hati, walaupun tak kenal dialam nyata, tapi kami selalu berhubung, dapat juga lah mendengar suaranya. 


Walaupun dia keberatan untuk akk buat n3 ni, tapi sebagai kenang2an akk minta izin juga dari dia yang baik ini, sayang dia....


sesuatu yang tak disangkakan
Amani teruja, belek2 yg tu, ambik yg lain ....tapi mama amani lagi teruja dapat mould yg cute miut itu
terima kasih yang tidak terhingga buat si dia dan familinya, yang sentiasa di ingatan akk...walaupun jauh di mata namun dekat di hati ini.


p/s  happy birthday buat adik akk Ayunalisa, semoga panjang umur dan murah rezeki. Selamat membakar dengan oven baru ya, jumpa raya nnt

Friday, July 29, 2011

AYAM GORENG BERSERAI TAK BERCAJUN

Terima kasih banyak2 pada empunya dan pereka resipi ayam goreng serai ni HASUE mama dak Zhariff yang makin bolatt n lasak tu. 


Memang semerbak bau aroma serai tu, menusuk2 hidung masa tengah mengoreng tu menggoda jiwa anak2. Anak2 dok keluar masuk dapur je, tanya mama masak apa best sangat bau...pas tu tak nyempat2 nak mkn.


Masa tengah perap tu, baunya macam satay. Si Baby siap tanya kenapa mama letak rumput kat ayam tu heheh...padahalnya serai.


Ayam Goreng Cajun Berserai
Resepi:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2:

2-3 ketul peha ayam-Buang lemak dan kulitnya.Potong saiz hidangan,cuci dan toskan
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
3cm halia*-bahan2 bertanda * ditumbuk/kisar halus
4 batang serai-boleh letak lebih(biarkan pjg lebih krg 4 inci dari pangkal,tumbuk hampir lumat keseluruhannya dan tambah sedikit air)
1 tbsp serbuk kunyit-boleh guna kunyit hidup yang ditumbuk
1 tbsp serbuk ketumbar
1 tbsp rempah cajun
1 tsp serbuk jintan putih
Garam dan perasa(jika suka)
Serbuk cili(jika suka pedas)

Minyak masak secukupnya untuk menggoreng

Cara2:



Gaulkan ayam dengan semua bahan2(termasuk serai dan jusnya sekali) dan perap seketika (atau semalaman dalam peti ais.)
Panaskan minyak terlebih dahulu dan goreng sehingga keemasan







Dah siap tempah kena buat masa puasa nanti heheh


Dah 2x dah buat ayam ni...senang je, walaupun tak ada cajun pun rasanya tetap best

Wednesday, July 27, 2011

KERABU SAREK

Memperkenalkan makan yg popular bagi masyarakat kelantan. Sarek ni sebenarnya sejenis rumpai laut, kalo yang fresh akk tak kenak, cuma kalo yang jual tu selalunya yg kering atau yang sedia dimakan je. Kerabu ni dimakan bersama sambal tumis dan sambal kelapa yang digaul sebati. Sedapnya.



kalo dok terikat dlm plastik tu maknanya beli la tu hehe
ada rupa sarang burung pun ya. kat tempat lain ada tak sarek ni...

Tuesday, July 26, 2011

PULUT DURIAN

Musim durian sedang melanda kini, kemana je pergi tentu ada longgokan durian, murah2 pulak tu. Ada yang dari pahang, perak belah ipoh nun, melaka pun ada. Dan kat kelantan buah juga dah mula gugur, bestkan kalo ada kebun. Gugur je terus belah dan ngapppp. Tagkai tu berlendir lagi, segarnya buahh. 


Hari tuu, akk ada beli durian, katanya durian melaka, murah sangat 8 biji rm 20.00, pas tu akk g gatai mulut takdak free ke sebiji heheh, org tu kasi pulak. Kiranya rm 20.00 9 biji, buahnya pun besar2 juga, dan isinya masih segar. Segar maksud akk ialah montot duyan tu belum terbuka atau diikat ngan getah heheh


Bila buah banyak sikit, best lah mkn2 hingga puas, pas anak2 akk ni biasalah suka sangat makan dengan pulut. Maka esoknya pula akk buat lah pulut durian. inilah hasilnya :~




sedappp kulitnya masih hijauu lagi
dan isinya tebal juga..mmg puas hati


p/s..jap lagi nak ke masjid wilayah, bby adda ada pertandingan nasyid...hehe tak pernah menang pun. Blk nnt akk ke rumah rakan maya ya. 

Sunday, July 24, 2011

PASTA GORENG

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua, hari ini pagi panas elok je, tetiba hujan bukan main lebat lak turun, terkejar2 dan berlari2 anak mengangkat kain, aikkk tak sampai 10 minit hujan dah panas terik pulak, huhuhu dugaan.


Hari ini gembira sangat hati akk, sebabnya mesin jahit tepi akk dah kembali seperti biasa. Kain2 yang akk potong hari tu dah hantar upah kat kedai untuk jahit tepi, mesin sendiri ada. Kisahnya bila lama tak guna, dan anak2 suka main kat bilik jahit akk tu, maka tercabutlah segala benang2 tu, 3 benang semuanya.dalam sebulan yang lepas akk ada lah nak masukkan benang tu, sampai tension paler ni duk pikir, dan cuba2 juga, tak jadi...mmg frustttt sangat.


Hari ini setelah sekian lama akk tak usik, saje cuba2 nak masukkan benang balik, sekali buat tak jadi lagi. Cuba lagi sekali ikut gambar rajah tu, alhamdulillah, suka sangat bila mesin tu berjaya juga berkhidmat  untuk akk lagi. Hari tu dah terasa2 macam nak jual je n beli yang kecil je, yalah beli yang besar pun buat nyemak bilik je kan. Ini luahan hati akk, dan hati ini kembali ceria


Berbalik pada menu pasta goreng ni, sebenarnya dah lama habis, bukan setakat seminggu, dah berminggu2 ya. Anak2 tak berapa suka yang ini, mungkin kerana pasta ni besar2, tak macam macaroni.


 Macam rupa kulit kerang pun ada, makan sikit pun dah kenyang


Hari ni melepak n jahit2 kat umah je, my abe ada lawan bowling nak ikut pun ada membernya tumpang...

Saturday, July 23, 2011

DAGING SINGGANG KELANTAN

Berjumpa lagi kita di petang yng penuh dengan jerebu ini, sibbaik pc dan kepala ni tak jerebu . Menu yang dah lama habis ya, kat umah akk ni memang jarang sangat masak singgang gini, bila teringin nak makan baru akk buat, kalo ikut anak2 lagi suka masak kicap. Akk memang suka lah singgang gini, terasa masam masin pedas , yang membuatkan mkn bertambah2.


Sebenarnya masak singgang di kelantan ini banyak variasi. Biasanya time raya haji, daging korban tu selalu dimasak singgang, sama ada singgang merah atau biasa. Kali ini akk tambah sedikit budu dalam singgang tu, sedap terasa2 lagi. Sebelum ni tak pernah lak tambah budu, masa hari tu akk ke Pasir Mas rumah sedara sebelah abe, dia kata letak budu mmg sedap , saje nak ngetes , tapi mmg sedap.


sedap sangat kuah tu


SINGGANG  @  SINGGE DAGING 
Resipi : http://embunrosaliza.blogspot.com


1/2 kg daging di hiris nipis
1 inci halia - dimayang halus
1 inci lengkuas - dipotong nipis@ di mayang 
5 ulas bawang merah - di hiris nipis
3 ulas bawang putih - dihiris nipis
5 tangkai cili kering - di potong2  1cm
Ketumbar - akk tak letak
3 keping asam keping
garam n perasa
2 sudu besar budu - tak letak pun ok
Air - secukupnya
Cara- cara


Masukkan kesemua bahan2 diatas dan secawan air, tutup periuk. Apabila air hampir kering bolehlah tambah air untuk melembutkan dagingdan kuahnya sekali. Periuk hendahlah sentiasa ditutup agar daging cepat empuk. Sesuaikan rasa, siap


kalo dulu2 ni menu orang malas nak masak, tapi bila dah berumah tangga suke je makan daging singgang bodo2 gini

FLORIA PUTRA JAYA

Minggu lepas akk sempat ke Putra Jaya, suka tgk bunga yg cantik2 belako









mata kucing, besar pkk 

cermai

Anggur pun ada, tapi dalam pasu 

Friday, July 22, 2011

GULAI KUNING IKAN JENAHAK

Ikan jenahak gulai kuning ( lengkuas kunyit ), sedap juga. Akk menggunakan bahagian kepala dan sedikit isi untuk di gulai. Terasa kemanisan isi ikan tu bila masak gini. Kalo tak salah ini menu yg sangat popular di Klate, kita panggil gulai kkuah kunyit. 


GULAI KUNING IKAN JENAHAK
resipi : http://embunrosaliza.blogspot.com


Bahan - bahan
Beberapa keping ikan jenahak + kepala ( digaul dgn garam kunyit)
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2 keping asam keping
garam dan serbuk perasa
Santan secukupnya
Timun atau kacang


Cara- cara
Gaul ikan dengan garam dan kunyit, biar seketika. Blender lengkuas, kunyit,bawang merah dan bwg putih.


Masukkan ikan kedalam periuk serta bahan2 blender tadi, garam, asam keping , perasa dan santan.


Masak hingga mendidih, kemudian masukkan timun atau kacang, tunggu hingga empuk, sesuaikan rasa.




guna bahagian kepala lagi best. Sedap dimakan bersama nasi panas berserta budu dan ulam2an


}~22.julai.2011.  Happy birthday buat Maisarah (anak linapg ) yang pertama, semoga maisarah membesar menjadi anak yang berjaya dunia dan akhirat. Jangan nakal2 ya

Thursday, July 21, 2011

KEK OREN SUNQUICK

Kek oren lagi....dan lagi, suka sangat buat kek ni kerana hasil yang memuaskan dan rasanya teramat sedap. Kali ini akk menggunakan 2 sudu besar oren sunquick je, rasa mmg sama ngan guna sebiji oren sunkist.


KEK OREN
resepi Asal : Kak Fida @myresipi



Bahan-bahan ( loyang 9 inc )

1 bji buah limau - Akk guna 2 sudu besar oren sunquick
1 cawan minyak
2 cawan gula halus - 1 cawan gula
3 biji telur
2 cawan tepung gandum*
1 sb baking powder* ( *diayak bersama )
Cara-cara

Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak.  - akk bakar 30 minit suhu 150c

Kalo nak tengok senarai laporan masakan bolehlah ke Myresipi, mmg ramai yang telah mencuba kek ni dengan berbagai pesen buah-buahan . Hasilnya amat membanggakan. Kek ini memang senang sangat nak buat. Cukup2 bahan2 pasti menjadi. Jangan takut untuk mencuba.



Masa untuk membuat kek ni pun tersangat lah cepatnya. Kek ni akk buat jumaat lepas bawa pg Royal Selangor Club, Eqa ada perlawanan hoki masa tu.

Wednesday, July 20, 2011

NASI LEMAK HUJAN PANAS

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua, semoga berada dalam keadaan sihat ceria sentiasa. Pepagi hari buat tayangan nasi lemak bikin tamu umah akk ni mengantuk sikit.


Biasalah kalo akk buat nasi lemak untuk BF + Lunch sekali, rajinkan heheh. Suka tengok anak2 makan , anak2 akk ni memang peminat nasi lemak, Akk masak 6 pot cukuplah dengan lunch sekali. 


suka tengok kalerpul gitu


NASI LEMAK HUJAN PANAS
Resepi asal : Rinsca @ Myresipi



  • * 2 mug beras (dicuci bersih) - akk guna 6 pot
  • * 1/2 mug santan pekat - tak sukat
  • * 2 mug air (ikut jenis beras)
  • * 1 biji bawang putih (di mayang halus) - 3 ulas , akk ketuk je
  • * 1/2 inchi halia (di ketuk / dihiris halus) - x letak
  • * 1/2 sudu kecil halba- 1 sudu besar
  • * 1 sudu kecil garam
  • * Sehelai daun pandan - 3 helai
  • * Sedikit pewarna merah, kuning dan hijau

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan ke dalam rice cooker KECUALI pewarna.
  2. Masak nasi seperti biasa. Sekali sekala kacau supaya santan bergaul rata.
  3. Bila nasi telah kering, baki 2 minit sebelum nasi masak, buatkan 3 lubang. Titiskan setitik warna...satu warna untuk satu lubang.
  4. Kacau nasi di setiap bahagian warna, jangan di kacau secara keseluruhan lagi.
  5. Selepas 2 minit nasi masak barulah di kacau secara keseluruhan supaya berwarna warni seperti warna pelangi selepas hujan panas...tu le sebabnya di panggil NASI LEMAK HUJAN PANAS.
  6. Sesuai di makan bersama sambal tumis, timun, telur rebus/goreng, sambal sardin atau apa sahaja lauk kegemaran anda. Selamat mencuba.
  7. *gambar kecik kat atas tu Sardin Serai... Tumis bawang putih & bawang merah dan sedikit halia. Masukkan sardin dan sebatang serai yg diketuk. Masukkan sedikit air dan cili api. Campurkan sedikit air asam jawa. Biarkan mendidih. Masukkan garam dan perasa. dah siap!
pasangan nasi ni tak snap pulak, nasi masak terus akk snap pic, sambal belum siap lagi.

Sapa2 yang ingin kelainan bolehlah cuba resipi ni, semua bahan2 sama je, cuma cantik warna warni gitu. 

Tuesday, July 19, 2011

AWARD DARI YANA

Malam yang sunyi  nyi, akk menyanyi nyi..dapat award lagi, laju je nak gantung . Terima kasih pada YANA yang sudi memberi award ini pada akk.



Akk nak serah kan award ini kepada semua pengujung blog akk kalo ada yang sudi di persilakan ambil ya. 


Semoga persahabatan alam maya kita ini akan terus berpanjangan di samping berkongsi idea masak memasak antara kita.

ETAK

Jom makan etak di petang yang damai dan panas ini. Akk rasa memang ramai yang tak kenal dengan etak ni, kecuali ore klate atau pun yang dok di klate dan juga yang pernah sampai ke negeri klate.


Etak ( sebutan klate etok ya ) berasal dari sungai ya, yang akk beli tu etak yang telah disalai, rasanya lemak masin dan tersangatlah sedap. Kalo balik kelate mmg suka sangat beli etak. Anak2 pun suka juga mkan etak ni heheh.


Etak ni akk beli kat pasar pagi di Pantai Dalam hari ahad lepas, macam biasa ramai peniaga dari klate akan menjual baragan dari klate contohnya nisan, rempah timbang, laksa, laksam, beras nasi dagang, pulut dan macam2 lagi termasuk kuih muih dari sana. Akk memang suka sangat lah kalo sempat pergi ke situ .


Jom makan etak }~ 


Kalo nak makan etak ni kena buka kulit dia dengan gigi, barulah rasa nikmat lemak masin etak ni. Akk guna pisau je untuk buka kulit tu, sayang lak gigi ni dah semakin tumpul dh rasa, dari kecil2 lagi suka mkn etak heheh

SAMBAL BILIS DAN TAUHU TERUNG PIPIT

Sibuk masak2 ke tu......Taraaaaa inilah hasil dari N3 lepas,  akk buat sambal bilis campur tauhu bersama dengan terung pipit tu. Memang sedap sangat. Mula tu akk fikir tajut tak sedap terung buat sambal, itu yang gatal tangan tambah tauhu, kira altenatif la tu heheh...rupa2 memang sedap terung pipit masak sambal.


Sambal tu macam biasa je untuk buat sambal bilis, cuma tang terung tu akk goreng seketika, bagi dia lembut dan masak. Bila tengok kejadiannya selepas digoreng sebiji macam kacang peas pulak. Oh ya akk kalo buat sambal bilis memang tak suka letak halia, sebab bau tu tak menyenangkan dan rasanya kurang sedap bagi akk lah. 


Jom kita tgk sambal bilis dan terung pipit ni}~


samakan dengan kacang peas....


Along je mkn sambal ni, itu pun terung n tauhu tolak tepi, cari tang sa,bal bilis je. Bagi akk memang sedap masak sambal gini

Monday, July 18, 2011

BINGKA KELEDEK

Alhamdulillah bersua kita kembali di alam maya ini. Sejak  kebelakangan ini banyak pulak kerja2 yang nak dibuat sebelum menjelangnya Ramadhan. Macam biasalah kalau ada peluang suka sangat akk  menenun dan menyulam eh menjahit sendiri baju anak2. Tahun lepas tak larat campur malas, tahun ini jahitlah sendiri, bukan banyakpun, tapi masa je yang selalu mencemburui, nak masak lagi nak menjahit lagi, Amani lak asyik jeles je . Itu lah alasan yang paling kukuh dapat akk bagi sebab nape lama tak ada n3. kalau akk letak n3, tapi akk tak sempat nak blogwalking, sian pulak kat tamu2 maya ni, kunjungan yang tak berbalaskan. Terima kasih pada yang sentiasa sudi mengetuk umah akk ni.


Alamak panjang pulak intro kali ini. Berbalik pada menu petang ni, bingka ni dah lama akk buat, rasanya memang sedap, lemak manis dan berkrim. Terima kasih buat Linapg dan Yatie memories




RESEPI KUIH BAKAR KELEDEK@BINGKA KELEDEK
By: yatie memories
sumber : linapg.blogspot.com
BAHAN-BAHAN
4 biji telur
3 cwn santan
2 cwn tepung gandum
3/4 cwn gula
1/2 sudu kecil garam(xboh keledek rebus sy boh garam dah)
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar butter (xboh)
2 cwn keledek lecek (sy cincang sedikit)

CARA-CARA

  1. Panaskan oven pada suhu 150C, lenser loyang dengan mentega,
  2. Satukan suma bahan dan blend (1-2x buzz jerr)
  3. Tuang dalam loyang.Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran.
  4. Keluarkan dari oven setelah kuih masak. Biar sejuk sebelum dikeluarkan dari tin. 
Note: Kalau mahu potongan cantik/tak sememeh sila guna pisau plasyik/pisau kek.Potongan pertama saya guna pisau biasa..abes sememeh..pastu gn pisau kek..cantik sket



Akk blender je semua ubi2 tu hehehh, kerja senang ...
Tak berapa nak garing, kalo garing lagi best makan kerak2 dia tu

Tuesday, July 12, 2011

TERUNG PIPIT @ TERUNG MANGGUR

Ramai mengenali terung ini dengan terung pipit, tapi di sbelah klate di panggil terung manggur. Pokok terung ini tidak perlu ditaman kerana biasanya naik atau tumbuh dimana2 yang dia suka dan benihnya tercampak. 


Terung akk beli kat pasar tani hari tu, rasa dah lama sangat tak makan. Hari tu akk celur cicah ngan budu je, tapi rasa mcm tak sedap pulak mungkin buah tu tua. Kalo kita ambil atau petik , tentulah yang muda belia jadi pilihan. Bila beli selalulah kena yg tua. Kat peti ais tu  ada sikit lagi, akk tak tau nak masak apa. Hari tu ada tgk kat TV dia masak lemak, tapi dia ketuk2 dulu buah tu bagi pecah, tapi akk tak taulah masak apa pulak.


Sapa2 yang biasa mkn atau masak buah terung ni bolehlah kongsi atau bagi idea kat akk, akk tak retilah nak masak ni, yang pastinya akk sorang jugalah yang makan }~


buat sambal campur bilis best ke tak ek


ada ke yang tak kenal dengan buah terung ni
kalo yg tak suka dengan biji2 kecil, mmg takleh mkn buah terung ni. Ulam2an gini bagus untuk aweksss muda gitu, oleh itu rajin2lah makan ulam2an ......

Monday, July 11, 2011

PAJERI NENAS

Selamat petang, dah menghampiri senja pun. Pajeri nenas versi akk ni sebenarnya dah lamaaaa akk buat selepas balik dari kampung ariiii tuuu lagi ya, 


Tengokkk sikit je letak dalam pinggan kedekut betul...tak kisah lah .
Bagi akk la, suka sangat mkn pajeri ni dengan ikan goreng


PAJERI NENAS
resipi : embunrosaliza.blogspot.com


1 biji nenas - kupas kulit dan dipotong- celur sekejap
3 ulas bawang merah
1 ulas bawabg putih
sedikit halia
1 sudu besar udang kering- tak ada pun ok
santan pekat - rm 1.00
2 sudu besar rempah kari
1 peket kerisik= 2 sudu besar
1 keping asam keping
garam dan sedikit gula melaka
Sedikit minyak untuk menumis
Air


Cara- cara
1.Tumbuk bawang merah, bwg putih, halia dan udang kering. 
2. Tumis hingga naik bau dan garing, kemudian masukkan rempah kari, kacau2 sekejap kemudia masukkan sedikit air.
3. Apabila pecah minyak masukkan santan + air , kemudian masukkan nenas. 
4. Tambahkan bahan2 lain kedalam ( garam, gula melaka, asam keping }, masak sehingga kuah agak pekat. Sesuikan rasa. Siap


Jumpa lagi....

AWARD DARI HASUE , CHEQSUE & NOORSHA

Di pagi nan indah  ini , akk dengan semangatnya mengangkut sekeping award dari Hasue, dan sekeping lagi dari CheqSue, dan juga dari Noorsha, . Award beautiful blogger yang ingin mengenali akk dengan lebih dekat lagi.



Dengan perasaan yang amat rajin dan perasan sekali akk tepeklah kat sini tentang 7 perkara yang tu :


1. Anak kedua dari 7 beradik, tetapi la ni jadi anak sulung setelah kematian abang sulung 2 tahun lepas, ketika usianya belum masuk 40 tahun lagi.
2. Berasal dari kelate  n menetap di KL
3. Mama kepada 7 cahaya mata 4 perempuan 3 lelaki
4. Semua adik beradik akk mempunyai blog, En Daun, Linapg, Ayunalisa, Alla dan Egie Azzyra.
5. Suka cuti2 malaysia n balik kampung, ronda2 kotaraya.
6. Suka makan n suka masak
7. Suka dan cepat mesra dengan sahabat alam maya dan amat ingin mengenali mereka, suka baca tag org,  tetapi yang sebenarnya akk tak suka jawab tag, tapi hari ini lapang sikit, jawab jugalah sikit2


itu aje lah yang mampu akk kongsi


Kepada sesiapa yang nak kongsi2 tu boleh lah ambil award ni, kalau boleh akk nak semua kenal dengan rakan2 blogger semua

Sunday, July 10, 2011

BUAH2AN TEMPATAN

Selamat petang buat semua.....petang ni tak ada minum petang , akk cuma hidangkan buah2an buat jamu mata. Hari jumaat malam tu akk n famili ke Ipoh Perak, kerana hantar Eqa ada perlawanan hoki di Padang Majlis Bandaraya Ipoh pada hari sabtu, lepas tu akk tunggu tengok juga lah sampai habis perlawan. Hari ini dia ada lagi perlawanan dekat Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, harap2 dapatlah juga tempatnya nnt.


Malam tadi akk sampai rumah dekat2 kul 1 pagi, letih je badan. Buah2an ni sekadar selingan sahaja. Tapi anak2 akk cukup suka dengan buah manggis, anda semua bagaimana, buah2an apa yang paling di gemari. Tapi bagi akk semua jenis buah2an tempatan semua akk suka, ikut musim, tapi manggis memang menjadi pojaan hatiku.



jom makan buah2an tempatan

Friday, July 8, 2011

KUIH CARAKU

Assalam dan selamat pagi buat semua, bersiaran di pagi yang indah kita pagi ini. Kuih caraku dan caramu berbeza hehehe.








KUIH CARA
resipi by : embunrosaliza


Bahan2

*2 cawan tepung gandum
*2 cawan air
*sedikit myk masak
*secubit garam
*1 penutup botol pewarna hijau
gula secukupnya ( untuk inti )
*1 biji telor

Cara2



1. Blend kesemua bahan2  bertanda diatas * kecuali gula.  
2. Kemudian panas kan acuan, sapukan sedikit minyak masak 
3. Masukan adunan kedlm acuan hingga penuh  , selepas itu   masukkan sedikit gula.  Tutup adunan dgn penutup periuk.
4. Apabila aduanan nampak kering ,  guna sudu utk mangangkat kuih tersebut. 
5. Ulangi sehingga abis aduan, acuan tidak perlu disapu minyak lagi. Selamat mencuba...


***guna api yang perlahan ****


sedap dimakan ketika suam, tapi hati2 . Kuih simple gini memang menjadi pujaan anak2ku, mamanya pun tak susah minta nak makan kuih yang senang n simple, kalo nak guna susu cair atau santan pun boleh lagi sedap, n badan pun lagi berlemak. 


**** adunan ini juga sesui untuk kuih ketayap n  roti jala****





Thursday, July 7, 2011

GULAI IKAN AYA @ TONGKOL NASI DAGANG

Sekejap je masa berlari...tak terkejar rasanya . Kali ini akk nk kongsikan gulai ikan aya @ ikan tongkol. Gulai gini akk buat untuk makan dengan nasi dagang.


sebenarnya banyak pesen gulai ikan ni untuk di makan dengan nasi dagang tu, ada suka gulai kuning biasa, ada pula pesen kari juga, bagi akk, akk lagi suka bahan2 untuk gulai kuning dan di campur ngan kari ikan, rasanya lg kaw2. Resipi nasi dagang boleh cari kat SINI


GULAI IKAN AYA NASI DAGANG
Resipi : Embunrosaliza.blogspot.com


Bahan - bahan


2 ekor ikan tongkol sederhana besar -  dipotong2
4 keping asam keping
garam
sedikit air
sedikit nisan/ gula melaka
- rebus ikan bersama bahan2 diatas.


Bahan2 untuk Kuah


1 labu bawang besar*
3 ulas bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
1 inci kunyit hidup*
10 tangkai cili kering*
Santan
garam
1 keping Asam keping
sedikit gula melaka
perasa
cili hijau
1 peket kecil serbuk kari ikan adabi
sedikit minyak untuk menumis


Cara - Cara
Blender bahan 2 yang bertanda *hingga hancur, kemudian  tumis sehingga wangi, selepas itu masukkan rempah kari ikan, kacau2 seketika, dan masukkan sedikit air, kacau hingga sebati. Masukkan santan dan semua bahan2 lain kecuali cili hijau. Masak hingga kuah mendidih dengan api yg sederhana, Apabila mendidih, masukkan ikan, kacau dengan perlahan, takut ikan hancur, kemudia masukkan cili. Sesuikan rasa, siap.


note ;  akk guna santan rm 2.00 kemudian campur dengan air. Kuah gulai untuk nasi dagang yang pekat2 sikit baru best n kaw2, kalo cair macam tak melekat kat kuah, tapi awassss kolestrol....


Buat Cik Cek ( Kak CekVision) dan Kak Erna selamat mencuba ya kak. Kalo tak nak tumis pun ok gak, tapi saya suka yang tumis dulu.

Wednesday, July 6, 2011

PUTERI SYAZA AMANI - 9 BULAN

Assalam auntie2 , uncle2, abang2 dan kakak2 semua, harap2 semuanya sihat2 sokmo ya. Sekejap je, Amani dah pun 9 bulan, gigi pun dah ada 4 ni..suka sangat. Sekarang ni Amani dah dapat sebut kakak, pandai buat muka bila marah, dan pandai masam yang paling bestnya bila amani gumbira, gelak2 sakan kita. Tapi satu je masalah Amani ni, tak boleh nak jauh2 dari mama, mesti nak ada kat depan mata, hilang sikit mesti meraung2 huhuhu..malu kita citer kat sini pulak heheh. 


Gambar terbaru amani, gigi tak nampak pulak hehe. Nak amik pic dia pun kan main susah dah sekarang ni, langsung tak bagi kerja sama. dalam 10 keping 2 je yg elok sikit,...dah elok2 senyum n posing2 tu, masa klik2 dia boleh tunduk la, toleh ke lain lain la





Gambat yang atas ni, amik minggu lepas


daaaaa jumpa lagi.......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...