Wednesday, November 30, 2011

NASI KERABU SIMPLE

Assalamualaikum buat semua pengunjung embunkaseh . Nasi kerabu ni akk buat hari ahad lepas, sebelum Aqil dikhatankan. Dia suka sangat dengan nasi kaler biru ni. Biasa kalau kita beli nasi kerabu tiada tumis. Bagi akk tak berapa suka nasi kerabu tanpa tumis, lagi pula macam kering je nasi. Jommm makan nasi kerabu tumis akk. Pada Hasue yang belum pernah makan nasi kerabu tu bolehlah dicuba...best 


nasi kerabu Aqil, taugeh dia makan pula


NASI KERABU
Resipi : embunrosaliza.blogspot.com


Bahan2
Nasi
4 pot beras
4 pot air
3 helai daun pandan
sedikit warna biru
~ masak nasi seperti biasa ~


Tumis
2 labu bawang besar*
3 ulas bawang putih*
10 tangkai cili kering * - direbus sekejap - cili kering pedas + cili kering besar
1 batang serai saiz XL - di ketuk2
4 hiris halia*
1 keping asam keping
11/2 santan pekat
2 cawan air
Gula melaka sebesar ibu jari
1/4 cawan budu -  tak letak pun ok
Garam secukup rasa
minyak untuk menumis


1. blender bahan2 bertanda *.
2. Panaskan minyak dan masukkan bahan2 yang di blender tadi dan juga serai yang di ketuk, tumis sehingga wangi.
3. Masukkan air, santan, asam keping, garam, gula melaka, budu. Masak sehingga pecah minyak
4. Sesuikan rasa ( rasanya kena masin n manis sikit )


Sambal kelapa
1/2 biji kelapa parut - digoreng tanpa minyak
5 ekor ikan selayang - direbus kemudian ambil isinya
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 batang serai XL -dihiris halus
 gula melaka- sedikit
sedikit halia
Garam
serbuk lada sulah atau serbuk lada hitam


Cara2
1. Tumbuk bawang merah, bwg putih, serai, halia dan gula melaka.
2. Kemudian masukkan isi ikan dan tumbuk lagi.
3. Goreng kelapa parut hingga kuning keperangan. Apa kuning kecilkan api sedikit dan masukkan bahan2 tumbuk tadi didalam kuali, kacau hingga sebati
4. Perasakan dengan garam, dan tambah serbuk lada sulah. Tutup api


Nota : kelapa goreng tadi boleh juga di gaul dengan bahan tumbuk di dalam bekas. Akk lagi suka gaul dengan sudip didalam kuali, sebab  lagi senang mesra dan sebati
nasi kerabu yang tak lengkap, tapi sambal kelapa dan tumis sedap, maka sedap jugalah di tekak akk ni.
Punyalah malas nak hiris kerabu, akk letak taugeh + petai, pas tu tambah budu sikit.....yummmi


Nasi kerabu sedap dimakan bersama solok lada dan juga telur masin

APARTMENT DI PUNCAK ALAM UNTUK DISEWA / JUAL

Entry melekat sila kebawah untuk n3 terkini


Iklan sekejap, apartment untuk disewa atau di jual di Puncak Alam, kalo ada sesipa yang berminat boleh lah tinggal komen. Apartment ni berhampiran dengan Sek Rendah Puncak Alam fasa 3. 4km ke UITM Puncak Alam. 

Akk nak pindah kesini pun jauh sebab myabe keja kat KL


jom tengok kat dalam pula
 ruangan ke 3 bilik. bilik air di sebelah kiri, dan satu lagi di bilik utama
 Ruang tamu yang agak luas, kusam je lantai, dah lama tak mop. Masa ni ada org nak tengok rumah
pintu masuk
Sekolah puncak alam yang baru je beroperasi, pagar bersebelahan je
Sewa RM 300.00 sebulan, ada kipas sahaja, lain2  perabut atau kemudahan lain tiada. Bagi pelajar jika inginkan tilam, atau apa2 kemudahan lain macam hostel, boleh diuruskan, tetapi kena ada perjanjian, dan harga sewa pun lain.

Monday, November 28, 2011

MAJLIS BERKHATAN BERAMAI - RAMAI

Assalamualikum buat semua, alhamdulillah majlis berkhatan beramai2 anjuran KRT ( kawasan rukun tetangga ) Lengkok Abdullah berjalan lancar dan sangat berjaya. Terima kasih buat semua ajk krt ini termasuk my abe. Seramai 17 orang peserta rata2 berumur 10 tahun kebawah, hanya seorang yg berumur 12 tahun. Perserta khatan juga dihadiankan sehelai kain pelikat, tuala mandi, sijil, juga wang tunai sebanyak rm 20.00 seorang. 


Jom tengok gambar jelah, sayang pula masa mula2 majlis berlangsung bateri habis, blk rumah ambil bateri yang baru my abe beli dan baru nak guna bateri tak masuk pulak. Terpaksa kukejarkan si along membeli bateri dikedai berhampiran. Bayak juga gambar yang tak sempat dirakam.



 bergambar kenang2an bersama ibubapa
 semua bersemangat je
 berselawat dan paluan kompang, meriah juga
 bersiap sedia untuk mandi
 yahoooo mandi air paip bomba..best
 dan ini peserta pertama ..dah siap pun
resah seorang abah, menunggu Aqil, masa tengah di sunatkan...bawa bertenang bah...
 ..dan akhirnya...,Aqil selamat dikhatankan, Aqil dapat cabutan no  5.  rilex je dia keluar dengan lolipopnya
 dah besar anak abah
dah siap kami pun balik.


Alhamdulillah sehingga sekarang kul 5.43pm Aqil elok je tak merengek pun, cuma asyik minta nak air milo je heheh. Semoga Aqil cepat sembuh ya, nanti kita pergi jalan2.Hamboii sebenarnya mamanya yg nak jalan2 heheh

UPDATE  :04.12.11 ( 10.00 am )
.- nota ringkas kenangan untuk AQIL
 

Hari ini merupakan hari ke 6 selepas aqil bersunat, Anu Aqil dah pulih sepenuhnya maksudnya dah kering . Pada hari ke 5 dah pun boleh pakai seluar. Pada  pagi hari ke 5 akk mula sapu minyak gamat, memang ya ubat gamat memang menyembuh luka. Benang jahitan pun dah tanggal pada  malamnya. Memula tu takut juga tgk, mcm renggang sikit kat `paler dia tu' hehe.  Zaman sekarang anak2 tiada pun masalah dengan kesakitan, malah tidak sakit langsung. Pada hari ke 5 juga Aqil mula main bola kat luar, akk risau juga takut dia sakit pada malam hari. Alhamdulillah dia tidur lena dan tidak mengigau pun. 

Pada hari ke 2 dan ke 3 , si anunya macam berair dan ada bau sikit, risau juga akk, rupanya fenomena biasa bagi org berkhatan, jangan risau n susah hati tapi mama mana yg tak risaukan ?. Pada hari ke 3 bawa dia jumpa doktor untuk dressing, bila tanya doktor mcm mana anu dia, doktor kata cantik, maknanya biasalah kan. Lepas balik dari klinik dia ajak abahnya pg beli mainan kereta flash n dash. Memang banyak la habis duit buat beli maian2 yang dia idamkan.

Pada hari ke 6 memang  kering sepenuhnya . Oh ya tenag makan pula, akk bagi dia makan sup daging, ikan selar bakar, daging bakar. Behon goreng putih yg di letak kiub ikan bilis pun akk bagi juga. Sehingga ke hari ini, telur, kicap n ayam akk tak bagi lagi. Makanan jajan yg biasa akk bagi je. Alhamdulillah syukur pada Allah kerana cepat menyembuhkan Aqil.

p/s Aqil berkhatan kaedah jahit, manakala abg2nya kaedah smart clamp tahun 2002 ( dua abangnya masa ni berumur 7 tahun n 5 tahun )

SELAMAT BERKHATAN AQIL IQBAL

Assalamualaikum buat semua, hari ini pagi2 lagi n3, kejap lagi nak keluar tgk majlis berkhatan beramai2 anjuran krt tempat akk ni. Aqil 7 tahun pun turut sama dimajlis nnt. Harap2 anak2 sekelian kuatkan semangat dan tabah menempuh kesakitan macam gigit semut ni (kata upin & ipin la ). Berkhatan hari ini akan diadakan di surau kat tempat akk ni ( sekolah agama ).


best je paw abahnya minta hadiah macam2 heheh, boleh dikatakan setiap hari ada je hadiah untuk dia hehe. Harap2 segalanya berjalan dengan lancar seperti yg di rancangkan

p/s kalo sapa2 ada tips2 atau apa2 yg boleh dikongsikan kat sini, akk dahului dengan ucapan terima kasih. Maklum lah lupa juga mcm mana nak jaga anak dalam pantang ni, abang2 dia dulu pun masa 5 n 7 tahun juga dah bersunat ni

Saturday, November 26, 2011

MACARONI GORENG

Salam maal hijrah buat semua. Hari ini terasa sunyi je dunia maya ini. Agaknya ramai yang cuti2 Malaysia. Hari ini akk dok rumah je, baru je lepas buat karipap doh Tun, kenyang lagi ni. Boring pulak rasa bila dunia maya ni sunyi dan sepi. Walaupun dimana anda berada, akk doakan semoga sentiasa dilindungi Allah sentiasa.


Macaroni goreng menjadi kesukaan anak2. Tapi yang ni buat masa mandi manda hari tu, letak sekejap je licin, yang paling byk mkn si along la hehe. 


Kat dalam macaroni tu ada daging, sosej dan telor. Kalo buat basah2 macam ni anak2 mmg suka sangat. Akk ikut cara Knor secubit garam letak air rebusan dalam macaroni ni, ternyata lagi sdap. 


MACARONI GORENG
resipi : embunrosaliza.blogspot.com

Bahan2
1 peket macaroni - akk guna san remo
( direbus hingga lembut bersama sedikit minyak )
1 cawan air rebusan macaroni - akk guna lebih secawan
2 labu bawang besar kuning * 
5 ulas bawang putih*
10 tangkai cili kering* rebus seketika
2 biji tomato*
1 biji telur
2 kiub ayam
Sos ikan atau nampla
4 batang sosej
sedikit daging yang sudah direbus /  isi ayam
Sedikit Oyster
Garam secukup rasa
1 batang carrot - di sagat atau dipotong mancis
Sedikit minyak


Cara2
1. Rebus macaroni bersama sedikit minyak sehingga lembut, asingkan 1 cawan atau lebih air rebusan macaroni. Toskan macaroni.
2. Blender bahan2 bertanda (* )
3. Panaskan minyak, tumiskan bahan blender tadi, kemudian masukkan terus isi ayam atau daging yang telah direbus. Tunggu sehingga wangi. Masukkan oyster, kiub, sos ikan dan juga sedikit garam, gaul sebati
4. Masukkan secawan atau lebih air rebusan tadi. tunggu hingga mendidih
5. Kemudian masukkan carrot, dan diikuti macaroni, gaul hingga sebati, buat sedikit lubang di tepi kuali, pecahkan sbiji telur, tunggu sehingga telur pekat, barulah di gaul2 mesra.
6. Sesuaikan rasa, siap. Alihkan macaroni kedalam bekas yang sesuai. 


Nota kaki :~ jika dibiarkan mee atau macaroni didalam kuali akan menyebabkan mee,kue teow atau macaroni kita menjadi kering.  Mengikut pengalaman akk la, heheh selalu gak lepas cedok dalam bekas, yg lebih tu biar kat dlm kuali, apa2 yang kita masak basah2 jadi kering atau kembang semangkuk heheh mungkin cara org lain berbeza, ini cara akk 

Friday, November 25, 2011

MUZIUM - 20.11.2011

Pada hari ahad lepas akk n famili serta anak2 buah my abe kat Cheras tu sempat ke muzium. Pada hal muzium dengan umah akk ni tak pun sampai 2km, dan memang sentiasa ulang alik jalan tu. Masa pagi2 tu sebelum bf kat lake garden ( nasi ambeng ) anak2 ada minta nak ke muzium, tapi akk tak setuju, malas je org ramai. Lepas balik dari Gombak lepas perjumpaan anak2 TM kami pun singgah kat Muzium, biras akk bawa anak2nya kesitu, jadi akk pun ikut sama lah juga. Oh ya tiket masuk rm 2.00 13 tahun keatas, pas tu untuk lihat pameran kena bayar lain, la ni pameran Khazanah kapal karam, akk tak sempat masuk kerana ada temu janji pulak dengan orang di puncak alam kul 5.00pm . Jadi takleh nak cerita apa ada kat dlm tu :~








NASI LEMAK HALBA

Assalamualaikum buat semua dan salam ceria. Sekarang ni kalo buat nasi lemak mesti akk tambah halba dalam nasi , suka sangat bau daun pandan dan halba tu , terasa macam bau nasi dagang. Anak2 pun suka dengan aroma ini.





NASI LEMAK HALBA
resipi: embunrosaliza.blogspot.com

Bahan2:
4 cawan beras
4 cawan santan
1 sudu besar halba
3 helai daun pandan
3 ulas bawang putih - dimayang
1 inci halia- di mayang
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula


Cara2:
1. Cuci beras hingga bersih, kemudian masukkan santan dan lain2 bahan.
2. Masak nasi macam biasa, apabila nasi masak tunggu seketika barulah di tutup plug.


nota di kaki : kalo masak nasi beras siam. contohnya cap pisang atau arnab, lebihkan santan 1 cawan  lagi, sebab beras ni keras




Aroma nasi ni sama dengan nasi dagang, harum semerbak
kat rumah akk menu paling laku nasi lemak sambal mama heheh, 

Thursday, November 24, 2011

APAM GULA HANGUS

Sedap lembut gebuss dan gebass apam gula hangus ni, anak2 akk pun suka dengan rasa. Resipi kak besah ni memang sedap, tengok pada laporan masakan ada Cheq sue, Quinnie, juga Nuni (nani ). Semalam tgk Yana buat apam gula hangus tapi resipi lain.


Apam  gula hangus ni akk bawa masa mandi kat sungai kmensah hari tu, sangat sedap lemak manis rasanya





APAM GULA HANGUS
Resipi: kak besah@myresipi
Kongsi bersama : embunrosaliza.blogspot.com


1 cawan gula - jadikan gula hangus dgn 1 cawan air
1 cawan majerin @ mentega
11/2 cawan gula - akk letak 1 cawan gula perang
3 biji telur
3 cawan tepung gandum
2/3  cawan susu cair @ bancuhan susu tepung -150ml bancuhan susu tpg
1 sudu makan soda bicarbonate.- akk boh tak penuh sangat takut pahit
Cara-cara

1. Masukkan secawan gula dlm kuali, goreng (tanpa minyak ya..)hingga kesemua gula cair ; jadi coklat keperangan.pastu masukkan secawan air. didihkan lagi hingga agak pekat. bila dh jadi,tutup api.semasa masih panas,masukkn majerin kacau hingga majerin cair & ketepikan.
2. Blend gula bersama telur sampai gula hancur n telur berbuih.(gune blender cili je).
3. Masukkan sodabicarbonate n blend 5 saat.
4. Masukkan gula hangus bercampur majerin tadi n blend 3 saat je.
5. Tuang adunan yg diblend tadi kedalam mangkuk,campurkan tepung sedikit demi sedikit, gaul rata.akhir skali masukkn susu.kacau sebati dengan pengacau telur manual.
6. Panas kan air dalam pengukus.sementara tu sapu majerin dalam acuan.masukkan adunan hingga 1/3 acuan je.(ia sangat mengembang) bila air kukusan mendidih kukuslah apam selama 15 minit.
7. Sedap gak dimakan bersama kelapa parut bercampur garam.




perbezaan kuku dengan api besar dan kecil
api kecil , elok je muka dia licin sekata
guna api besar..kembOOng semangkuk heheh, rasa tetap sedap, cuma dlm dia ada lOObang je, mukanya ada mcm kelopak bunga

Wednesday, November 23, 2011

ULAR - ~ ww ~



NASI AMBENG ~ WW ~


RM 4.50 

~ WW~

Tuesday, November 22, 2011

KARI DAGING ~ secubit garam

Tahniah..tahniah..tahniah buat semua pemain Malaysia, berkat doa rakyat Malaysia semua, Malaysia berjaya meraih pingat emas, alhamdulillah. Puas hati tgk hingga ke pukul 12.00am. Terima kasih juga buat pengadil yang sangat adil dan cool , nampak sangat tak ada sikap pilih kasihnya . Syabas sekali lagi buat Harimau Muda.


Bercerita pasal menu kari daging secubit garam  pulak ya. Bukannya akk letak secubit garam ya, sebenarnya ambil resipi  kat dapur KNor secubit garam. Sesekali layan kari daging best juga, akk selalu masak kari tak letak rempah 4 sekawan pun, simple2 je kari kesukaan akk n famili ni. Tetapi kekadang tu akk suka juga makan lauk kari yang orang laon masak, ada yang menepati citara rasa dan ada yang jauh lagi nak kena ngan citarasa akk ni. Macam2 pesen kari ada yg suka cair je dan ada yang pekat, ikut selera dan kesukaan famili masing2. 


Bila di google2 terjumpa blog K Nor Secubit Garam. Cara kak nor masak kari sama macam akk, cuma selalunya akk tak boh daun kari je dan guna asam keping. Kali ini buat stail   kak nor pula. Tapikan alangkah gembiranya kalo dapat makan hasil air tangan kak nor kan heheh. Oppps... ni daging yang beli ya, daging korban dah lama habis hehe. 


Minta izin ya kak nor saya nak c n p resipi kat sini, terima kasih banyak2.






KARI DAGING
resipi asal : K.Nor@SecubitGaram
kongsi bersama : embunrosaliza.blogspot.com
Bahan:
500gm daging ~ dipotong- daging akk siap di rebus dah
2 sudu besar cili mesin- akk tak letak anak2 yg kecil x tahan pedas
1 labu bawang besar *
3 ulas bawang putih *
1in halia * ~    * (diblend)
3 sudu besar serbuk rempah kari daging
2 biji ubi kentang ~ dipotong
3/4 cawan santan pekat  - akk guna 1/2 biji kelapa
3 cawan air
air asam jawa
garam
gula- sedikit gula melaka
2 tangkai daun kari


Cara:
Panaskan minyak dan tumiskan cili mesin hingga garing.
Masukkan bahan2 yg diblend.
Masukkan rempah kari yg dibancuh dgn sedikit air dan daun kari, tumis hingga pecah minyak (utk menghasilkan tumisan yg pecah minyak dgn elok bolehlah dimasukkan 1/2 cawan air)
Kemudian masukkan daging dan goreng lebih kurang 10 minit.
Masukkan ubi kentang dan 1/2 cawan air dan masak lagi lebih kurang 15 min, kemudian masukkan lebihan air.
Masak hingga daging hampir empuk dan masukkan santan dan masak hingga mendidih (kacau sentiasa supaya kuah tidak naik kepala)
Bila kuah mendidih, masukkan garam, gula dan air asam jawa.
Masak hingga kepekatan kuah yg disukai.
Sedap dimakan dgn nasi putih dan juga roti jala.


buat untuk lunch , mlm tu kami makan cicah roti gardenia, sedap, rasa mcm mkn gulai cicah roti  kat kampung pula

Monday, November 21, 2011

MANDI MANDA DI SG KEMENSAH

Assalamualikum dan selamat petang buat semua, jam dah pun pukul 5 petang waktu ini, baru sempat nak letak n3, tuan umah sibuk berjalan2 dihari cuti ini. Pada sabtu baru2 ni lepas je adda habis program NUR ( nilai untuk rujukkan ) kat sekolah, lebih kurang kul 11.30 akk n famili pergi ke sungai kemensah. Mengikut urus setia projek ni kami berkumpul dan bertolak kul 8.30am lagi.


Mungkin ramai yang tidak tahu wujudnya sungai kemensah ini, termasuk akk juga. Walaupun dah bertahun dok KL tapi akk tak tahu pun ada tempat beriadah ini. Laluannya senang je iaitu melalui jalan tepi Zoo Negara dan menuju ke kampung kemensah. Sebenarnya mandi manda kali ini ramai iaitu famili dan cikgu pemain hoki sekolah., ada 7 keluarga, memang meriah sangat dengan anak2 dan makan2. 




 senang kat sini bilik pondok pun ada untuk di sewa kalo tak salah akk rm 40.00 sepondok, kami sewa 2 pondok
 ada acara bbq juga, yang dalam bekas eskrem kuning tu ikanm patin yang di tangkap di sungai ini, sedap isinya manis, agaknya pertama kali akk makan yg ikan patin sungai dan ditangkap , masa mereka tangkap tu akk belum sampai lagi

 amani yang memula tu takut air, nak rendam kaki pun tak mau, emmmm pas tu habis basah suka lak dia

masa balik kami lalu ikut highway akleh, tgk dah gelap sangat atas lagit tu, tapi bila sampai rumah akk cerah lagi, baru nak hujan je,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...