Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, January 23, 2012

HAPPY BIRTHDAY TO ME

Assalamualikum buat semua, bersiaran dari rumah ibu mertuaku. Hari ini merupakan hari ulang tahun ku, semakin tualah diri ini, semoga Allah sentiasa memberkati hidup ini dunia dan akhirat. Sekarang akk berada di kampung halaman tercinta. Terima kasih buat BIL pinjamkan lappynya untuk akk mengn3 di pagi ini. Cuaca di klate sangat panas, ingatkan dpt main hujan, rupanya teramat panas juga.

Terima kasih buat suamiku, adik2ku, Linapg, Ayunalisa, Egieazira, En Daun, Alla juga anak2ku dengan ucapan dan hadiah2 itu, terima kasih banyak2 adikku. Tahun ini merupakan tahun yang paling banyak dapat hadiah dan tersangat sahdu . Masa balik umah bonda akk, tak sangka pula adik akk Ayunalisa n Egie telah membuat sebiji kek untuk akk. Baru lah akk dapat rasa bila org membuat atau membeli kek untuk kita, tanpa kita duga. Malam tu sempatlah kami adik beradik makan kek. Gambar xdak la pulak, hheheh ya lah lappy pun pinjam kan.

p/s esok blk KL harap2 jln oklah, hari tu masa blk kg jem dari tol gombak sehingga lah lepas terowong genting sempah huhuhu, bosannnn.

Friday, January 20, 2012

SELAMAT HARI LAHIR MUHAMMAD AQIL IQBAL

Assalamualaikum dan selamat pagi buat semua, hari ini 20.1.12 merupakan hari ulang tahun kelahiran Aqil yang ke 8, happy birthday Aqil semoga menjadi anak yang baik berjaya dunia dan akhirat, serta tercapai cita2 aqil untuk menjadi Jurutera insyallah, di panjangkan umur dan di murahkan rezeki buat Aqil.  Mama dan abah sentiasa mendoakan kejayaan buat Aqil. Harapan Mama semoga Aqil menjadi Abang dan Adik yang baik . Mama dan Abah sentiasa menyayangi Aqil uantuk selamanya, tak pernah luntur walaupun sedikit, marah tanda sayang.....,,,muahhhhhhhh
emmmm machoooonya anak mama
Sangat sayang dan rapat dengan Amani, kalo Aqil nangis adik yang ini lah selalu tepuk2 memujuk dan cium2 serta gomol2 abang Chik nya . Jap je sedih elok je bila si kecil ni pujuk


p/s esok pagi  blk kampung sampai hari selasa, emmm rindunya kampung halamanku, nak blk lelama sikit tak dapat anak2 ada latihan hoki pula

Thursday, January 19, 2012

CRISPY FRIED BREAD ( ROTI GORENG RANGUP )

Selamat pagi buat semua,sejuk sikit bumi KL ni, petang semalam hujan turun membasahi bumi KL, segar ku lihat pokok2 di depan rumah, hijau mata memandang hehe.


Roti goreng rangup ni selalu buat tapi tak ambil gambar. Anak2 cukup suka dengan kesedapan roti ini, buat pun senang, makan pun sekejap je licin. Terima kasih buat Hasue yang berkongsi resipi





ROTI GORENG RANGUP -
Resipi :  HaSue @ Myresipi
kongsi bersama :embunrosaliza.blogspot.com

Bahan-bahan ( Satu family leh makan )

8 keping roti
Serikaya - Secukupnya
2 cawan Tepung gandum
2 1/2 cawan air
2 sm Marjerin
1 sudu kecil garam dan gula(gula bkn nak bagi perasa tp nak bg kuih sdikit berkilat je)
Sedikit pewarna kuning
Cara-cara

1. Di dlm bekas,satukan tepung bersama marjerin,garam dan gula. Bancuh dgn air(guna whisk lg sng)warnakan kuning dan ketepikan.
2. Ambil 2 keping roti dan intikan dengan serikaya dan potong ikut citarasa..nak cantik buang kerak tepi pun boleh.
3. Panaskan minyak di dalam kuali utk menggoreng.
4. Celupkan roti td ke dalam adunan tepung dan goreng segera sehingga keperangan. (Sy suka sedikit hangus,lg rangup!)
5. Tips: Roti yg dipotong pd saiz kecil lebih menarik perhatian si manja anda.. SELAMAT MENCUBA! :)

sedap ..

p./s amani ngamuk nak keluar jenjalan kat luar rumah

Wednesday, January 18, 2012

WW

Tuesday, January 17, 2012

TERUNG MASAK SAMBAL

Selamat tengah hari dan salam ceria buat semua, panas berbahang rasanya tengah hari begini. Ok lah cerita pasal terung masak sambal ni, sebenarnya dulu2 akk selalu sangat buat terung begini, bila tebgok kat laporan myresipi ada juga 2 kali akk hantar reportnya dalam tahun 2009, yg tak hantar report pun banyak juga. Bila teringat kat terung sambal ni macam rindu je nak cium bau kat tangan tu, lagi pula dak Aqil suka ngan sayur terung sambal begini. Terima kasih buat Hasue yang berjongsi resipi ni, dimana kamuuuu Sue, lamaaaa sudah tak n3.


TERUNG MASAK SAMBAL
Resipi : Hasue@myresipi
kongsi bersama : embunrosaliza


Bahan-bahan ( 2-3 orang )

2-3 Terung panjang
1 tangkai cili merah(ikut selera nak tmbh cili api)*
2 ulas bawang merah*
1 ulas bawang putih*
segenggam udang kering*
1 sudu belacan*
Perasa-Garam,pak aji dan gula secukupnya
Limau Kasturi-Ketika menghidang
Cara-cara

1. Terung dikupas belang2,dipotong 2 dan belah agak nipis seperti dalam gambar
2. Bahan2 bertanda*ditumbuk/dikisar menggunakan pengisar bhn kering. Ini rupa terung yg sudah siap dipotong
3. Panaskan dalam 1/3 cawan minyak..tumis bahan yg ditumbuk/dikisar sehingga naik bau dan kekuningan.Masukkan terung dan kacau goreng seketika sehingga bahaan2 sekata.Kecilkan sedikit api..
4. Apabila terung sudah kelihatan kecut dan mula masak,baru tambahkan air sehingga melebihi paras terung.Tutup periuk dan tunggu sehingga terung benar2 masak dan lembut. Perasakan dengan bahan2 perasa..
5. Apabila terung sudah lembut,(sila tambah air jika masih belum lembut ye)..sebatikan semua rasa dan tutup api.Pastikan tidak terlalu banyak kuah untuk rasa sambal lebih.
6. Cara hidangan..Perahkan limau kasturi di atas terung yg sudah dicedok ke dalam pinggan makan.. SELAMAT MENCUBA! ^_^

suka sangat masak sampai leburrr sebegini, tak terasa keterungannya. Lagi pula terung akk akk buat ni tak ada biji, mmg nyaman je telan tanpa was - was pada biji2nya

Monday, January 16, 2012

SOTONG MASAK KICAP

Assalamualikum buat semua dan salam sejahtera. Anak2 memang suka dengan lauk sotong tak kira masak apa pun tetap jalan, tapi selalunya akk buat mcm sambal je pedas sikit2 gitu. Sekarang ni harga sotong agak mahal, tahun lepas dapat lagi rm 9.00 sekilo, baru2 ni akk beli dah mencecah rm 17.00 sekilo, tapi kat tempat lain akk tak tau la, yang ni akk beli kat pasar selayang. Mahal ke murah ke, nak makan kena beli juga, nak g candat sotong kat Ganu Kite pun jauh gak lagi pula laut bergelora dan bot pun tak ada heheheh merapu lah pulak. Akk msk sutun ni 5.1.12 lagi hehehe 


Terima kasih buat nOOrsha kerana berkongsi resipi sotong yang simple ini, akk  c n p ya untuk rujukkan masa depan


SOTONG MASAK KICAP
resipi : nOOrsha @ myresipi

Bahan-bahan ( 2 - 3 orang )


3 ekor sotong (saiz besar)
1 inci halia - dititik
3 biji bawang putih - dititik
1 batang serai - dititik
5 - 7 biji cili api - dititik
1 biji bawang besar - hiris bulat
1 cawan kicap manis
garam & cuka secukup rasa (cuka boleh ganti dgn air asam jawa @ asam keping)
Cara-cara


Sotong dibersihkan & dipotong ikut citarasa.
Tumis halia, bawang putih, cili api & serai hingga wangi.
Masukkan kicap manis ke dalam tumisan tadi. Tunggu sebentar hingga mendidih.
Masukkan bawang yang dihiris dan sotong. Kacau selalu.
Biarkan hingga bawang layu & sotong masak. Sambil tu perasakan dengan garam & sedikit cuka.
**jangan biar sotong masak terlalu lama coz boleh menghilangkan rasa manis & liat bila dikunyah.


hari ni x tau nk msk apa lagi, mcm malas je

Saturday, January 14, 2012

JUS DURIAN

Assalamualaikum, dah senja pun baru nak letak n3. Dah lama buat jus durian ni, sedap lemak berkrim. Tq buat Hasue berkongsi resipi jus ini




JUS DURIAN
Resipi : Hasue @ myresipi

Bahan-bahan ( Segelas Besar )

2 ulas isi durian-buang bijinya (leh tmbah kalo nak rasa durian lbh pekat)
1/2 gelas(yg dgunakn) susu segar
2 scoop aiskrim vanilla - akk guna perisa coklat
3 sudu mkn susu pekat manis(ikut citarasa)
3 sudu mkn susu sejat(x ltk pun takpe) - akk tak letak juga
Beberapa ketul kiub ais..
Cara-cara

Sediakan blender..masukkan isi durian,susu segar,susu pekat,susu sejat dan aiskrim vanilla dan tambahkn kiub ais sehingga hampir sama rata dgn susu td.
Kisar bhn2 td sehingga ais hancur sepenuhnya.Tuang ke dalam gelas besar dan sedia untuk diminum.. lebih sesuai minum dgn straw..
P/s: Susu segar boleh juga dgantikan dgn air sejuk biasa.. SELAMAT MENCUBA! :)

sangat sedap

Friday, January 13, 2012

FRUIT JELLY

Assalamualikum dan salam sejahtera buat semu. Apa kbr semua, diharapkan semua berada dlm keadaan sihat walafiat. KL buat masa sekarang ni teramat panas, kering dan berangin. Pokok2 akk pun macam kering je, itu pun dah siram juga sekali sekala. Kat sini bukan tak hujan langsung, tapi hujan tu turun sedikit dan sekejap je, tapi alhamdulillah hujan juga. Kesian rumput2 dah kering kegersangan heheh, daun2 pokok di sekolah dpn rumah akk pun berguguran.


Panas2 mcm ni mmg sesui sangat mkn fruit jelly mcm ni, nyaman je tekak.  Copy n paste dari rumah Linapg


FRUIT JELLY

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 4 biji limau- large size
  • 10g serbuk agar-agar
  • 5 cawan air
  • Jus perahan buah limau/oren
  • 1/2 cawan gula
  • secubit garam

Cara-cara

  1. Buah limau/oren dibelah dua.Keluarkan isinya.Saya korek guna sudu jerr
  2. Isi limau tadi diperah untuk ambik jusnya.Tapiskan
  3. Masak agar2 bersama gula dan garam hingga agar2 dan gula hancur.
  4. Masukkan jus buah limau tadi.Kacau sekejap.Tutup api
  5. Tuangkan ke dalam kulit limau tadi.(Kulit limau/oren sy letak atas gelas supya senang nak tuang)
  6. Biarkan sejuk dan jelly keras. 

msk2 utk lunch pula

Wednesday, January 11, 2012

WW


Tuesday, January 10, 2012

ROTI SOSEJ BLOSSOM

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua, semoga sihat2 sejahtera hendaknya. Awal2 tahun masih lagi mood rajin berkurangan, msk2 n mkn2 mcm biasa je, tetapi nak mengn3 yang luar biasa malas, entah mengapa, rasa mcm pelik juga. Gambar rajin juga snapnya, nak kata kena paksa buat n3 pun tak juga. Hari ni rajin yang amat rasanya, semlm dah drar sikit, hari ni cuma sambung cerita yg tergantung je hehehhe.


Roti sosej blossom, yang agak lama juga akk tak buat. Selalunya kalo buat roti, Akk suka guna resipi Donut HASUE untuk membuat roti, tak ikut sukatan sangat pun memang menjadi dan sangat gebu, tetapi doh mesti di rehatkan dahulu untuk membuat roti ini


ROTI SOSEJ BLOSSOM 
resipi: hasue
kongsi bersama : embunrosaliza

  • 500g Tepung Berprotein Tinggi (guna tpg gandum pun ok) akk guna tepung gandum aje
  • 1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)
  • 50g Marjerin
  • 1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak adunan)
  • 2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
  • 2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]
  • 1 Biji Telur
  • 1/2 Sudu Teh Garam
  • Gula Halus atau topping kegemaran anda
  • 190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung)

Cara-cara


  1. Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.

  2. Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.

  3. Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).

  4. Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.

  5. Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).Doh dah siap dan jika ingin membuat kuih 5 spice roll,boleh la dibahagi 2. Utk resepi dan teknik membuatnya sila rujuk http://www.myresipi.com/top/detail/6526

  6. Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan dengan api perlahan..Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng.

  7. Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)

  8. Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda. SELAMAT MENCUBA.. ^_^
NOTA : doh untuk roti perlu di rehatkan paling kurang 1 jam, atau hingga 2 kali ganda kembangnya
 memula tu potong2 mcm kat atas tu
pas tu tolak2 kedepan untuk membentuk kelopak
dan taraaaaa jadi munge2 mcm ni`, sedia untuk di bako. Akk bakar selama 15 ke 20 minit.

Akk rujuk kat rumah mat gebu, bila lama2 tak buat tu rasa kekok je nak buat bentuk munge2 tu, jadi mcm nak terbalik. Kalo nak tengok cara step by step boleh a klik2 kat link DTS tu

resipi : mat gebu@ Dapur tanpa sempadan

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 g mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)
10 batang sosej "Ayamas", celur sekejap, tos dan sejukkan
Mayonnaise secukupnya
Sos cili/sos tomato, secukupnya
Mix vege secukupnya
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik.KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan"ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
  2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bahagi doh kepada 10 bahagian sama besar (kurang lebih 50 g setiap satu). Ambil satu bahagian, canai memanjang, letak 1 batang sosej ayam dan bungkus, kemudian kerat kepada 8 bahagian (seperti dalam gambar).
  3. Kemudian, bentukkan seperti dalam gambar dengan menolak setiap bahagian keluar hingga keratan terakhir ditolak ketengah2 bahagian membentuk sebagai tampuk bunga. Tekan sedikit biar kelihatan kemas. Alih alam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Jarakkan antara satu sama lain. Buat hingga siap. Perap 45 minit.
  4. Sapu dengan baki telur tadi (30 gram) rata2. Tabur mix vege, kemudian paipkan sos cili/sos tomato dan juga mayonnaise. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 20 - 25 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan....

Akk buat saiz XL, dapat besar  dan kenyang

gambar roti yang siap dibakar tak banyak ambil, biasalah sekali masak terus anak2 ngap, teruja sebab lama mamanya tak buat roti ni, suka lembut dan sedap, terima kasih Hasue kerana resipi yang sedap ini. Akk pernah buat dulu roti sosej ni, boleh Klik SINI 

Saturday, January 7, 2012

IKAN SIAKAP KUKUS SIMPLE

Selamat pagi sabtu buat semua, rajin pagi2 sabtu pun nak mengn3, pulak tu tayang menu lunch bukan bf hehhe, siakap kukus ni dah lama buat, ari tu mlm2 hari nak mengukus, serai pun tak ada, main campak je apa yang ada, nasib baikk rasanya menten sedap.


SIAKAP KUKUS SIMPLE
Resipi : embunrosaliza


Bahan2
Seekor ikan siakap 500gm
1 labu bawang besar - potong bulat
3 ulas bawang putih - di hiris
2 inci halia- di mayang halus
1 tangkai cili merah - di potong
3 tangkai cili padi - di ketuk
sedikit sos tiram
sedikit sos ikan - nampla
secubit garam
jus limau nipis - sebiji
serai - akk tak letak
1/2 cawan air
sedikit daun ketumbar


Cara2
Bersihkan ikan dan perap dengan bahan2 di atas seketika. Panaskan pengukus, bila air mendidih bolehlah dikukus sehingga masak, lebih kurang 20 minit, sedap di makan panas2,



Friday, January 6, 2012

PUTERI SYAZA AMANI

Simanjaku sayang Puteri Syaza Amani dah pun 15 bulan hari ni, lama rasanya tak cerita pasal dia yang semakin keletah ini. Suka je tgk  dan dengar setiap butir bicara yang terkeluar dari mulut kecilnya itu . Apa yang di tengok pasti di tegurnya. Peminat setia semua iklan , dan lagu patriotik kat TV. Masa kecil2 dulu teramat susah nak senyum dan gelak walaupun org yang mengagah dia ketawa nak keluar air mata pun, dia buat dekkk je , akk yang naik ketawa pula heehe.


Pagi tadi pergi klinik untuk timbang, beratnya 9kg, dah tak bam2 macam dulu dah, semakin slim melim, dan tinggi je. Selalu terantuk kat meja bila dia meyorok dan bangun heheh, terlupa yang dia semakin tinggi. 





huhuhhu gambar ore dok tido pun nak boh jugok, apa lah mama ni

Thursday, January 5, 2012

SPAGHETTI CABONARA

Assalamualaikum buat semua dan salam sejahtera, baru2 ni akk buat spagheti cabonara, ada yang suka ada yang kata lagi sedap yang merah tu, huhu macam2 kerenah anak2ku ini, tapi habis juga lah yang akk buat tu. Bagi akk layan sekali sekala memang bestlah lemak berkrim rasanya.


SPAGHETI CABONARA
resepi :  bellmikenzo@myresipi
Kongsi bersama : embunrosaliza


Bahan-bahan ( 6 orang )

1 Paket Pasta
2 Tin Cabonara Prego - akk guna setin je
1 Labu Bawang Besar Bombay ( Potong Dadu )
4 Ulas Bawang Putih ( Potong Dadu )
2 Kotak Kecil Susu Penuh Krim - akk guna kotak besar
Butter Untuk Menumis
Cendawan Butang ( Dihiris Nipis )
Udang & Sotong ( Ikut suka nak letak berapa banyak...nak letak seafood lain or daging cincang pun boleh ) - akk letak udang n sotong je
Bahan Perasa Secukup Rasa- akk letak kiub
Akk tambah 2 sudu besar tepung jagung
Cheese & Parsley Flakes untuk ditabur di atas spaghetti selepas masak
Cara-cara

1. Rebus spaghetti hingga lembut,masukkan secubit garam dan minyak sedikit,ketepikan.
2. Panaskan kuali,masukkan butter dan tunggu hingga cair
3. Masukkan bawang besar & bawang putih,masak hingga bawang layu dan mengeluarkan bau harum
4. Masukkan pula udang dan sotong,masak sehingga air sotong kering sedikit,selepas itu masukkan pula cendawan butang
5. Setelah itu,masukkan Prego Cabonara Sauce kedalam kuali dan terus tuangkan susu penuh krim,jika anda beli susu dalam kotak besar,sukat susu didalam tin Prego tadi,1 tin prego bersamaan dengan 1 tin susu ( yang telah disukat menggunakan tin Prego tadi...paham x??) XD
6. Kacau hingga sebati dan pekat,jika x nak pekat boleh tambah air sedikit,masukkan juga bahan perasa
7. Boleh lar dihidangkan dan tabur cheese & parsley flakes diatas spaghetti tadi jika suka...selamat mencuba .

Wednesday, January 4, 2012

KEK PUDING KARAMEL

Assalamualaikum dan selamat tahun baru 2012 buat semua . Hari ini merupakan hari pertama anak2 ke sekolah setelah bercuti sakan dan hengat dunia main3x n makan3x je kerjanya. Pagi ni sunyi je rumah berdua ngan dak kecil amani.


Berceritatentang kek karamel  ni, sebenarnya mmg dah lama sangat nak mencuba tapi rasa mcm tak berapa nak yakin je, boleh ke nak buat, tengok karangan resipi tu mcm panjang dan terbelit2 sikit. Pada 26.12.2011 akk studi resipi dari rumah linapg...ooooo baru rasa senang sikit nak cuba, siang hari tu siap2kan kesemua bahan2 yang akan digunakan.


Kul 9pm lebih mcm tu, baru buat gula hangus. Pas tu asingkan telur kuning n putih, memang banyak guna bekas tapi senang kerja, amik2 je. Memula sekali buat untuk puding dulu, pas tu ayak tepung dan buat merigue




RESEPI KEK KARAMEL@KEREMEL
By: Munira
CnP : Linapg
bahan2:
(A)
2 sudu besar gula (utk bt gula hangus)
*tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n wrna tukar jd perang)

(B) - Bhagian Atas  ( AKK GUNA PUDING ROTI KARAMEL YANG TELAH DI UBAH SUAI SEDIKIT )
1/2 tin susu cair FN...(blh tmbah klu nk karamel tebal ckit)
70gm gula kastor

1/2 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur...(klu tmbah susu cair kena tmbah gak kuning telur
 (C) - Lapisan Kek
140gm tepung gandum (linapg gn SRF)
70gm gula kastor
3 bj kuning telur
135ml air biasa (linapg gn susu cair)
1 sudu teh baking powder (linapg xboh)
45ml minyak msk


(D)Merinque
6 bj putih telur
70gm gula kastor
1 sudu teh krim of tartar (guna sudu KFC) (xboh)- akk letak juga

Cara menbuatnya:
1. Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnye...
2. masukkan (B) td dlm loyang gula hangus tadi.
3. pukul bahan (C)
4. pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang n bila kita angkat dia x jatuh...
5. campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..
6. bahgikan kpd beberapa bhgian n tak warna n paste klu nk..
7. masukkan kedlm loyang yg td..
8. Bakar cara double boiling - selama 1jam suhu 160-180C (linapg bako 150'C) gn api bwh sahaja
9. Bila msk angkat n rest 10 minit br t'balik kan kek yg dibakar tadi...
10.Masukkan dlm peti sejuk 1jam n lepas 2 mkn sejuk2...sedap...tahan dlm peti ais 5 hari tau....2 pun klu x abih d'makan..
gula hangus tak cantik , masak mcm tak sekata, agaknya guna loyang yg agak tebal.
kek ni akk buat masa besday along pada 27.12 hari tu lagi
mekasih buat linapg yang tiupkan api kerajinan untuk akk membuat kek yang tersangat popular ini, sedap anak2 semua suka dengan kek ini, tersangat puas hati walaupun ada sikit kecacatan.
resipi puding yang akk guna
1/2 cawan susu pekat manis di campur dengan air suam menjadikan 1 cawan.
3 keping roti disiat2
3 biji kuning telur + 1 biji telur
sedikit esen vanila.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...