Tuesday, January 10, 2012

ROTI SOSEJ BLOSSOM

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua, semoga sihat2 sejahtera hendaknya. Awal2 tahun masih lagi mood rajin berkurangan, msk2 n mkn2 mcm biasa je, tetapi nak mengn3 yang luar biasa malas, entah mengapa, rasa mcm pelik juga. Gambar rajin juga snapnya, nak kata kena paksa buat n3 pun tak juga. Hari ni rajin yang amat rasanya, semlm dah drar sikit, hari ni cuma sambung cerita yg tergantung je hehehhe.


Roti sosej blossom, yang agak lama juga akk tak buat. Selalunya kalo buat roti, Akk suka guna resipi Donut HASUE untuk membuat roti, tak ikut sukatan sangat pun memang menjadi dan sangat gebu, tetapi doh mesti di rehatkan dahulu untuk membuat roti ini


ROTI SOSEJ BLOSSOM 
resipi: hasue
kongsi bersama : embunrosaliza

  • 500g Tepung Berprotein Tinggi (guna tpg gandum pun ok) akk guna tepung gandum aje
  • 1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)
  • 50g Marjerin
  • 1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak adunan)
  • 2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
  • 2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]
  • 1 Biji Telur
  • 1/2 Sudu Teh Garam
  • Gula Halus atau topping kegemaran anda
  • 190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung)

Cara-cara


  1. Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.

  2. Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.

  3. Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).

  4. Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.

  5. Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).Doh dah siap dan jika ingin membuat kuih 5 spice roll,boleh la dibahagi 2. Utk resepi dan teknik membuatnya sila rujuk http://www.myresipi.com/top/detail/6526

  6. Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan dengan api perlahan..Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng.

  7. Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)

  8. Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda. SELAMAT MENCUBA.. ^_^
NOTA : doh untuk roti perlu di rehatkan paling kurang 1 jam, atau hingga 2 kali ganda kembangnya
 memula tu potong2 mcm kat atas tu
pas tu tolak2 kedepan untuk membentuk kelopak
dan taraaaaa jadi munge2 mcm ni`, sedia untuk di bako. Akk bakar selama 15 ke 20 minit.

Akk rujuk kat rumah mat gebu, bila lama2 tak buat tu rasa kekok je nak buat bentuk munge2 tu, jadi mcm nak terbalik. Kalo nak tengok cara step by step boleh a klik2 kat link DTS tu

resipi : mat gebu@ Dapur tanpa sempadan

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 g mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)
10 batang sosej "Ayamas", celur sekejap, tos dan sejukkan
Mayonnaise secukupnya
Sos cili/sos tomato, secukupnya
Mix vege secukupnya
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik.KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan"ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
  2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bahagi doh kepada 10 bahagian sama besar (kurang lebih 50 g setiap satu). Ambil satu bahagian, canai memanjang, letak 1 batang sosej ayam dan bungkus, kemudian kerat kepada 8 bahagian (seperti dalam gambar).
  3. Kemudian, bentukkan seperti dalam gambar dengan menolak setiap bahagian keluar hingga keratan terakhir ditolak ketengah2 bahagian membentuk sebagai tampuk bunga. Tekan sedikit biar kelihatan kemas. Alih alam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Jarakkan antara satu sama lain. Buat hingga siap. Perap 45 minit.
  4. Sapu dengan baki telur tadi (30 gram) rata2. Tabur mix vege, kemudian paipkan sos cili/sos tomato dan juga mayonnaise. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 20 - 25 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan....

Akk buat saiz XL, dapat besar  dan kenyang

gambar roti yang siap dibakar tak banyak ambil, biasalah sekali masak terus anak2 ngap, teruja sebab lama mamanya tak buat roti ni, suka lembut dan sedap, terima kasih Hasue kerana resipi yang sedap ini. Akk pernah buat dulu roti sosej ni, boleh Klik SINI 

14 comments:

salam kak rosa.. tun suka wat sosej blossom nih. mmg cepat laku.. resepi roti, guna mcm2 resepi roti.. sedap!
 
Assalam kak,wah rajinnyer wat munge2 kak..Sy pon baru klmarin jer update kak,malas yg amat juga,padahal bkn da yg paksa pon kan..Nmpak sedap roti tuh kak,sosej n semua da ja lam peti,tapi adeiii malas sungguh nk meroti..
 
kak rosa..seb baik masuk jugak. dapat merasa roti hehe.kalau kat blog list saya tak kluar pun lagi
 
Rosa...cedapnya...akak pun lama bebeno tak meroti ni...berhajat gak rasanya...:)
 
Amboi Kak Liza.. siap ber'blossom' lagi.... kreatif sesangat
 
cantiklah kejadiannya tu Rosa... rajin dia ye! Mesti anak-anak suka ni.
 
sedapnya roti sosej kak..lama dah tak buat ni.bilala nk rajin meroti ni...:)
 
salam kak..nampak sedap sgt sosej blossom akak ni..lame x mkn roti sosej :)...
 
Nampak sedap sangat roti sosej tu...kalau saya buat konfrm tak menjadi...heheheh...
 
kalo dapat sebijik ni, kenyang sampai ke tengah hari la jawabnya...
 
kak rosa..saya kalau buat belum tentu dpt bentuk bunga cam akak ni..hehehe...cantik la kak..:)
 
assalam rosa..sedapnya roti..
rindu ngan rosa,,lama tak kesini
 
lenkali nak try wat roti sosej mentuk munge lak..yg pesen belok kiri belok kanan dah reti dh yg ni lom try lagi
 
Assalamualaikum Rosa, rajinnya meroti..dh rasa teringin pulak nak buat utk anak2, depa semua suka sgt roti camni.. :)
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...