Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, March 31, 2012

HOKI INTER ZON MSSWP - PEREMPUAN SK BUKIT BANDARAYA

Dalam tak sedap hari ini dah pun penghujung bulan mac, terasa mcm sekejap je bulan mac ini berlalu, Dalam sebulan ni, akk memang banyak di stadium hoki, sampaikan n3 masak2 pun kurang, banyak cerita pasal hoki je. Bercerita tentang hoki pun sebab anak2 akk memang terlibat. 


Hari selasa 27.3.12 pasukan perempuan Sk BukitBandaraya  pula bertarung untuk kumpulan. Sk Bukit Bandaraya bertemu Sk Seri Cheras 0 - 0 , SK CBN1 ( convent bukit nenas )1-1, Sk La Salle |Jinjang 8-0 , dengan ini melayakkan Skbb ke peringkat separuh akhir dan menjadi juara kumpulan, alhamdulillah.






 Sk Bukit Bandaraya skirt merah dan SK Seri Cheras skirt hitam , seri 0-0


Skirt oren SK CBN1, kali ini seri juga 1-1


Petang kul 3 ada satu lagi perlawanan SKBB - SK La Salle Jinjang, kali ini Skbb dapat 8 - 0, banyak mata untuk cover balik yg seri tadi, alhamduluillah dapat johan kumpulan. Masa tgk tu akk tak bawa kamera, rugi lak rasa, masa tu hujan sikit tu yg malas nak bawa kamera

HOKI INTER ZON MSSWP - LELAKI SK BUKIT BANDARAYA

Hoki inter zon majlis sukan sekolah2 Wilayah persekutuan, yang berlangsung pada 26.3.2012 hingga 30.3.2012. Inter zon bermakna perlawan antara sekolah2 yg menang masa perlawanan zon masing2 dulu, sekolah yang akan terpilih ialah yang menang tempat pertama hingga ke tiga. Antara zon di wilayah persekutuan Kuala lumpur ialah Zon Bangsar, Zon  Pudu, Zon Keramat dan juga zon Sentul.









Wednesday, March 28, 2012

JALAN - JALAN DI CAMERON HIGHLAND - part 2

Kat CH la ni musim hujan kut, sana sini sinun semuanya hujan tapi sekejp2 je. Gambar pun tak banyak yg dapat ambil, bukan apa malas nak bawa kamera dlm hujan. Banyak gak tempat yg terlupa nak snap pic pun. Kalo kamera ngan akk pun lagi lah amani asyik dok kacau je, ambil gambar pun tak senang.Masa akk pg hari sabtu, rupanya adik akk ayunalisa pg hari jumaat , kalo tak dh boleh minum teh sama2 kan ayu.  Jom kalo sudi tgk kami2 di CH :~




 tempat wajib singgah, taman buah2an di Tanah Rata ini. Suka sangat bdk2 ni main kat sini
 Amani dok ujikaji buah stoberi, 3 biji gak dia mkn, selebihnya dia buat jus je, main perah2
 kuch kuch hota hai , malu2 kucen dengan wajah kelabu asap, sama coklat ngan baju


 Amani n sepupunya aidil




pasar malam di brinchang, hari sabtu ada pasar mlm, kat sini ramai org melayu yg jual. Kalo pasar yg sentiasa ada tu, baik2 sikit byk org cina yg jual, tokel cina, pekeja indon bertudung


p/s, alhamdulillah skbb dapat masuk final hoki lelaki n perempuan, suka sangat. Kalo tahun lepas lelaki dpt tempat ke 4 n perempuan tempat ke 3. Tahun 2012 ni maju setapak lagi utk tempat pertama atau kedua

Tuesday, March 27, 2012

JALAN - JALAN DI CAMERON HIGHLAND - part 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Pada sabtu lepas 23.3.2012 kami sekeluarga jenjalan kat cameron sesambil hantar my MIL blk Klate, kiranya kami berpisah di atas puncak bukit cameron gitu. Perjalanan dari rumah kami ke ringlet atau Habu lebih kurang 200km. Kami mengunakan plus highway masuk tol duta n keluar di tol tapah dgn RM 19.40. Hampir 3 jam perjalanan, kami sampai di sana dengan selamatnya. Destinasi pertama kami ialah Ladang Teh Boh :~


 penat naik bukit 7 beradik ni berehat, dgn posing tah apa2
 my MIL ku n my abe
 teh yang sedang di proses, baunya semerbak ala2 rumput yg lepas di mesin, boleh ke gitu heheh
 tinggi tempat ni tengok Aqil macam dok atas pokok je
kita minum dulu teh seteko rm 14.00, teko pun comel je. yang air eqa minum tu rm 3.50 ice lemon tea kut, sbb rasa msm2. Air teh tu kalo oder secawan2 rm 3.50 juga.


p/s tak sempat nak resize lagi gambar2. Sibuk dengan hoki inter zon pula dari 26.3 - 30.3 jadi penonton je. Walaupun penonton tapi rasa seronok n puas bila tengok anak main. Habis je inter zon bersambung pula hoki bawah 15 dan 18 pula, ada juga 2 anak akk main

Friday, March 23, 2012

MAJLIS PENUTUPAN MSSM 2012

N3 terakhir pasal hoki mssm, rasa lega sikit dapat menuploadkan gambar2 ini sebagai kenang2an. Berakhir mssm, bermulalah pula hoki inter zon pada 26.3 - 29.3.2012 pula. Emmm nampak gayanya makin retung la akk yg dah sememangnya kelabu asap ni heheh.


Gambar majlis penutupan berlangsung di bukit jalil :~









 penjaga gol terbaik  dari KL Hayqal  apa yg penting dari SKBB
 Penjaring gol terbanyak dari negeri kelantan
 Pemain terbaik keseluruhan dari KL Pavan juga pemain dari SKBB
 4 si manja ( semuanya manja ni ) pemain KL dari SKBB
7 pemain KL dari SKBB, tahniah buat cikgu n coach


p/s Labuan dan Putra Jaya tiada wakil. Banyak sangat gambar tapi x larat nak upload byk2, biru mata hitamku jadinya, keluar segala bintang2 huhu

HOKI MSSM AKHIR ;~ KUALA LUMPUR VS PULAU PINANG

Tak tahu nak mula bicara dengan apa......layan gambar2 kenangan ini :~






tamatlah sudah hoki mssm 2012, KL muncul juara lagi untuk tahun ke 3 berturut2.
 lambaian kegembiraan bila berjaya menewaskn pulau pinang dengan 3 gol 

barisan pemain KL dari zon2 di kuala lumpur
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...