Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

iklan

Thursday, March 8, 2012

AYAM GORENG BEREMPAH MUDAH

Assalamualaikum buat semua. Menu yg lama akk buat, tgk je linapg tayang terus akk buat. Untuk sampai ke n3 hari ini dah berulang kali akk buat. Hari ni pun goreng ayam berempah mudah ni juga. Menu ayam mmg setiap hari kena masak untuk anak2. Tq ya lina kongsi resipi simple ini



RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH MUDAH
Kongsi bersama : embunrosaliza
Bahan - Bahan:
  • 6 ketul ayam
  • 1 ketul kiub ayam ( gn garam+kunyit pun ok gak )
  • 1 sb rempah kari
  • 1 sk serbuk jintan putih
  • 1 sk serbuk ketumbar
  • 1/2 sk serbuk jintan manis
  • Beberapa tangkai daun kari
  • Minyak masak
Cara-Cara: 
  1. Lumurkan ayam dengan kiub ayam
  2. Kemudian lumurkan pulak dengan jintan manis, jintan putih dan ketumbar.Diikuti rempah kari
  3. Gaulkan sekali dengan daun kari.Perap selam setengah jam (lagi lama lagi sedap)
  4. Goreng hingga masak.Gunakan api sederhana.
Note : sekiranya mengguna rempah bunga rose, tak perlu letak segala jintan dan ketumbar tuh.Guna 1 sudu makan rempah gulai dan setengah sudu makan rempah masak bunga rose sudah memadai untuk 6 ketul ayam


tq Alla n Azmi bagi akk rempah cap bunga ros tu, nnt habis blk ganu beli lah lagi ya heheh


Di kesempatan ini akk ingin mengucapkan selamat hari lahir buat Linapg, semoga berbahagia selalu disamping keluarga tersayang serta dipanjangkan umur dan di murahkan rezeki, di lindungi allah sentiasa

12 comments:

Assalamualaikum Ros...

Sedapnya Ayam goreng berempat ni anak2 Kak Lin mmg suka sangat tapi nak masak tunggu cuti sekolah...
 
Salam Kak Liza...Oh, saya punya rempah bunga ros ada stok lagi, nampak gayanya bolehlah cuba resipi simple ni...Cepat simasak sedap dimakan....
 
Salam akak.. mmmm sedapnyer bau ayam goreng rempahni.. mkn ngan nasi panas2 selera ni..
 
Ros,klu ayam goreng mcm ni,Rahel suka cicah ngan lada kicap ABC..sedap sangat.
 
Sedapnya ayam goreng berempah akak ni,lama saya tak buat
 
Sedapnya ayam goreng berempah akak ni,lama saya tak buat
 
Sedapnya ayam goreng berempah akak ni,lama saya tak buat
 
assalam rosa..sama macam rosa..anak2 takk boleh tinggal ayam..akak pun macam tu kena hari2 ada ayam
 
laparnya tgk ayam goreng
 
saya smlm baru buat ayam goreng berempah ni...mkn dengan masa panas2 mmg berselera...
 
ayam goreng berempah mmng sedap...anak2 suka...ibunya lagiiiiii suka.....
 
assalam kak rosa..budak2 mmg suka sgt mkn ayam..masak mcm mana sekali pun msti mendapat sambutan hatta goreng buduh sekali pun hehehe.
Tenkiu sudi try rcp ni..and thanks juga utk wish besday tu hihihi
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...