Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, March 31, 2012

HOKI INTER ZON MSSWP - PEREMPUAN SK BUKIT BANDARAYA

Dalam tak sedap hari ini dah pun penghujung bulan mac, terasa mcm sekejap je bulan mac ini berlalu, Dalam sebulan ni, akk memang banyak di stadium hoki, sampaikan n3 masak2 pun kurang, banyak cerita pasal hoki je. Bercerita tentang hoki pun sebab anak2 akk memang terlibat. 


Hari selasa 27.3.12 pasukan perempuan Sk BukitBandaraya  pula bertarung untuk kumpulan. Sk Bukit Bandaraya bertemu Sk Seri Cheras 0 - 0 , SK CBN1 ( convent bukit nenas )1-1, Sk La Salle |Jinjang 8-0 , dengan ini melayakkan Skbb ke peringkat separuh akhir dan menjadi juara kumpulan, alhamdulillah.






 Sk Bukit Bandaraya skirt merah dan SK Seri Cheras skirt hitam , seri 0-0


Skirt oren SK CBN1, kali ini seri juga 1-1


Petang kul 3 ada satu lagi perlawanan SKBB - SK La Salle Jinjang, kali ini Skbb dapat 8 - 0, banyak mata untuk cover balik yg seri tadi, alhamduluillah dapat johan kumpulan. Masa tgk tu akk tak bawa kamera, rugi lak rasa, masa tu hujan sikit tu yg malas nak bawa kamera

5 comments:

assalam rosa..akak suka ..rosa memang rajin bagi sokongan ngan anak2..
 
seumur hidup nani, ini antara game yang nani tak pernah nak try.takot tersalah katok kaki orang..hihih..
 
Bila tengok padang permainan yang luas tu... teringat berbelas tahun yang lalu ketika Amie mengajar di sebuah kelas... tiba-tiba melanton bola hoki terkena tangan Amie...adoii!!! rupanya ada latihan hoki untuk sukan peringkat bahagian di padang kecil dekat dengan kantin bersebelahan kelas Amie mengajar. Seorang pelajar menerpa masuk dengan wajah pucat memohon maaf pada Amie... Amie pun tak jadi nak marah bila nampak ketakutan yang amat sangat di wajah pelajar lelaki itu walaupun sakitnya tangan Tuhan saja yang tahu... maklumlah sekolah kami tak ada padang khas yang luas untuk aktiviti sukan.
 
yelahkan...dah lama tak main masak2....hehehe...

Wahhh...menang lagi..Tahniah..!!!!!
 
tahniah utk kak rosa n anak2 yang semuanya aktif ngn sukan hoki ni
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...