Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, March 9, 2012

HOKI KUALA LUMPUR MSSMWP - BAWAH 12 PEREMPUAN

Selamat petang jumaat buat semua, semoga sihat ceria sentiasa. Esok dah mula cuti sekolah selama seminggu, mesti ramai yang balik kampung atau cuti2 Malaysia. Nampak gayanya cuti sekolah selama seminggu  kali ini berkampung di stadium hoki lagi .


 Kali ini hoki peringkat kebangsaan pula, iaitu antara negeri2 di Malaysia melawan kumpulan masing2. Bagi kumpulan KL akan berjumpa antara negeri selangor, sabah n sarawak.


Tahniah buat Eqa kerana terpilih mewakili KL . Main2 baik2 dan bersemagat  ya Eqa, harumkan nama KL dan nama sekolah. Perlawan 12.3 hingga 14.3.


Kenangan buat Eqa,  kawan2 dari sekolah lain yang terpilih sama, tahniah buat mereka :~~~~
    1. Dawani  -SK Wangsa Maju
    2. Ezzeryn Errisha - SK Convent Bukit Nenas
    3. Kiran Deep - SK Bukit Bandaraya
    4. Nur Syaza Afiqah - SK Bukit Bandaraya
    5. Farah Nina - SK Bukit Bandaraya
    6. Nursyuhada - SK Bukit Bandaraya
    7. Afini Hani - SK Bandar Baru Sri Petaling
    8. Navina Sharon - SJKT Viviekananda
    9. Divya - SJKT Viviekananda
    10. Nur Arisha SK Sri Delima
    11. Nur Syafiqah Athirah - SK Sri Delima
    12. Nur Suraya Athira - SK Sri Delima
    13. Nuraishah - SK Sri Delima
    14. Noratasya Adilla SK La Salle Jinjang 1
    15. Nursuhaidah SK La Salle Jinjang 1
    16. Nurul Syahirah - SK Seri Cheras
    17. Siti Nur Amira - SK Seri Cheras
    18. Mimie Natasha - SK Seri Cheras - tarik diri  
Buat masa sekarang Eqa berada diasrama pusat kecemerlangan sukan dan petang esok baru dapat blk rumah rehat sekejap sebelum perlawan bermula . Rutin hariannya mula berlatih dari jam 8.30am - 5pm. Memula tgk tu rasa mcm penat dan sangat letih, tetapi sebenar banyak juga masa rehatnya . Setiap kali Eqa call tanya tak datang tengok dia berlatih ke?? kesian pulak, akk nak pergi sekarang ni mmg susah sikit , sebab my abe dah mula kerja di tempat baru walaupun  majikan masih lagi sama. 


 Rupa anakku ini dah macam Dayang senandung dah, mata je kelip2 putih. Hangus terbakar semua. Gambar ni masa pemilihan. Gambar terkini tak ada pula.


p/s tadi nak post n3 pulut, tapi dok melalut pasal hoki pulak, alih2 cari gambar hoki je, sebenarnya rindu sangat nga Eqa aka Syaza ni

4 comments:

good luck iqa
 
semoga eqa dan pasukannya berjaya....

Takpelah...jadi dayang sndung kejap......
 
assalam rosa..dayung senandung pun comel..tahniah buat eqa..semoga berjaya dalam perlawana nanti.
 
aktif betul dak eqa..mmg bleh pi jauh dia..tahniah eqa.
kekalkan prestasi
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...