Saturday, May 19, 2012

MANDI MANDA DI KALUMPANG RESORT

Selamat petang buat semua, semenjak my abe kerja normal ni selalu ada saje aktiviti hujung minggu, minggu lepas balik kampung minggu ni ke Kalumpang resort dan minggu depan ke Cameron pulak. Sebenarnya kami ke Kalumpang ni pada hujung bulan hari tu, yg masa tu KL sibuk dengan `Bersih', kami jauh2 pergi tinggalkan KL heheh.


Pertama kali datang ke sini perjalanan lebih kurang sejam lebih sikit dengan jarak lebih kurang 80km. Seawal jam 7.30 pagi kami berkumpul n berkonvoi bersama. Ada 7 keluarga semuanya. Best jalan ramai2 macam ni. Sebahagian dari kami berkhemah di sana bersama desiran air dan angin malam. Dan kami balik tidur di rumah, lagi pula khemah pun takdok huhu.


 ketua pasukan sibuk pasang khemah
 acara bbq tak pernah ketinggalan bila kami berkelah. 
 syiokkkk je anak2 ni main air ala-ala itik dapat air gitu hehe
 Si sulungku tak kira tempat, asalkan ada air mesti nak mancing, minat sangat ngan pancing, kat tempat air laju bedezuppp pun mancing juga heheh
 ada tali utk main2, di pasang oleh ketua pasukan
 Amani yg tak reti sejuk, berendam je, takmo naik langsung
 Walaupun air ni laju tapi ada satu bapak2 yg jaga kat bawah, mana lah tau, malang tidak berbau

   cantik titi gantung.


Sebenarnya ini pekelahan kali kedua kami.

9 comments:

salam liza..
seronoknya dpt mandi manda mcm nie... dah bertahun2 rasanya...sejak 2007 last kat bukit putus di n9.....
kak ilah pun kebetulan buka tv1 tadi...apap lagi tembak jer laa apa yg sempat daddy qhaliff tuu hehehe
 
Bedezupp tu dpt ikan dpt btg joran saja? Along..jom mancing kat sini. Kompom dpt kerapu dgn jenahak..
 
Bestnya dpt berbarbeque, berkonvoi, bermandi manda, berkhemah....teringat zaman remaja..
Kat sini semuanya bz, bila kita dah ok, org lain pulak ada hal.
 
Seronoknya kak ada aktviti macam tu...anak2 lagilah seronokkan....
 
~ Bestnyaa dpt berkhemah mandi mandi berseronok dgn family..musim panas cani mmg best klu dpt g tmpt mcm ni ^_^
 
salam rosa..tengok gamba pun dah seronok..
sukanya tengok amani..tah bila dapat pegang amani agaknya..he he
 
bestnya...dapat ikan ke?
 
wahhhh...wahhh... cik abe akak dah keje normal ek..hihi..tumpang seronok laa kak.. next week next week nexxxttt weekend ke mana tau sampai sarawak lak..kikiki.

alahai,jelesnya tgk ramai2 gi sana..boleh byg betapa meriahnya..iskh2.. kalo dgn air gitu,bukan amani je taknak naik kak..kite yg tua2 ni pun best nk berendam. Yang memancing tu dpt ikan ke dapat penat?hikhik... kalo umpan roti nak ler join mancing..kalo umpan cacing,numpang nengok jelaa..jd tukang sorak.hehe..

Agak2 bermalam seronok tak kat sana kak? ke seram kalo sebelah malam?haha... apa punye soalan.. minggu baru ni(semalam) gi mana kak?hehe..
 
Salam.. akak meriah n seronoknyer.. best2 erma minat gi tempat2 cam ni.. best.. ppsssttt kalau erma ada kompom teman amani berendam.. ha ha ha..
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...