Thursday, October 18, 2012

AYAM PERAP MASAK KICAP

Assalamualaikum buat semua dan salam sejahtera. Memang sangat sedap ayam perap masak kicap ni. Anak2 pun suka sangat, sedap giler kata mereka heheh. Ta Mas yg telah menyebarkan virus ni pada kami2.




Ayam Perap Masak Kicap
Copy N Paste : Mas Duniaku
Bahan :
 1 famili 
1 ekor ayam (1kilo) - potong kecil
6 ulas bawang putih *- ditumbuk halus
1/2 ibu jari halia * - ditumbuk halus
1 sudu besar cili giling - lebihkan jika suka lebih pedas
1 sudu besar serbuk rempah kari *
1 sudu kecil serbuk kunyit *
1/2 cawan kicap manis *  - lebihkan jika suka, ikut selera
1 - 2 sudu besar air asam *
garam dan gula secukup rasa

Bahan B :
1 biji bawang besar - hiris bulat
2 biji kentang  - potong baji dan goreng - akk tak letak
2 biji tomato - belah 4
1 biji cili merah dan 1 biji cili hijau  - dipotong serong
1 biji lada benggala merah (jika suka) - potong kecil
sedikit daun sop,daun bawang - dihiris


Cara :
Bersihkan ayam dan toskan. Masukkan ke dalam sebuah mangkuk dan campurkan ayam dengan bahan2 yang bertanda * . Gaul rata2 hingga sebati.
Perapkan dan simpan dalam peti ais untuk beberapa jam atau semalaman.
Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali @ periuk dan masukkan perapan ayam dan gaul hingga rata.
Tutup kuali @ periuk dan masak lauk ayam hingga pekat atas api sederhana.
Buka penutup kuali @ periuk dan kacau lagi rata2 dan tambah sedikit air jika inginkan berkuah.
Tambah sedikit garam dan gula jika perlu secukup rasa. Akhir sekali masukkan Bahan B dan gaul sebati dan masak hingga lembut atas api kecil.
Siap untuk dihidangkan. Tabur sedikit bawang goreng,dan tambahan hirisan daun sop dan daun bawang jika suka.

Dah 2 kali masak ayam kicap mcm ni, anak2 cukup suka, kali kedua akk buat berkuah sikit, sedap aroma kari tu.
Kenapa lah makin malas nak mengN3 sejak akhir2 ini. 

16 comments:

sedapnya...!!!!ayam masak kicap memang peberet anak2 sejak kecil...tapi tak pernah bubuh serbuk kari...boleh cuba jugak nanti....
 
diperap tu yg buat sedap kak..x pernah dgr lg ayam kicap diperap..leh cuba nih
 
smlm say pun masak ayam masak kicap tp tak ler yg diperapkan...

nnt boleh la cube..
 
assalam rosa..nak cuba jugak ni..tima kasih sudi kongsi resepi..
amani dah sihat ye rosa..harap2 dia sentiasa sihat dan ceria
 
hi kak rosa..trma ksh atas resipinya ya. nak jugak cuba lepas nie sbb msk kicap memang peveret keluarga sya.
 
Assalam..tadi dah mai tapi xkuar apa pun..dok memusing jerr

Sedapnya ayam kicap..mesti dapat sambutan hangat..Nnt bleh try gak
 
ayam ni x berkuah eh kak...sedapnya
 
sedapnya..ayam masak memang my fav!!
 
mesti sedap nih kak kan sbb dah perap tu bhn2 lg meresap..yumm..anak2 kat umah ni kdg2 sukeee sgt msk kicap.kdg2 biase2 je..leh try resepi nih nanti... Tq kak :-)
 
ermmmm... nyam2x... laporrrr
 
ramai dah cuba resepi ni kan.. anak2 paling suka kalau msk gini...
 
mudah dan menyelerakan. yum
 
boleh laa..cuba nnt...nampak sedap,..anak tentu suka... :)
 
Tak terkecualilah anak-anak kami Rosa... buatlah ayam masak kicap selalu, tak tolak punya!
 
Nampak sedap,bolehlah cuba nanti.
 
masak kicap mmg fav budak2 mesti kena buat setiap minggu ni cantik gambo nya tudah telan air liur akak yg jauh ni
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...