Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, October 29, 2012

KEK KASTARD PANDAN

Assalamualaikum dan tak terlewat juga akk nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua. Tahun ini akk beraya di KL dan di rumah sendirian dgn anak2. Tak sempatlah merasa jem yang panjang dan lama tu di tengah jalan heheh.

Kek kastard pandan ni akk buat makan2 masa besday Amani lagi 6.10.12. Sedap makan sejuk2


KEK KASTARD PANDAN

KEK KASTARD PANDAN - SWEET 4EVER@myresipi

Bahan-bahan ( 1 biji kek )

  • 1 biji kek span pandan / kek span keladi
  • bahan (A)
  • gula kastor -180gram
  • air daun pandan - 500ML
  • serbuk agar-agar segera - 15ML /1 sudu makan
  • bahan (B)
  • santan pekat - 400ML
  • tepong hoen kwee hijau - 85gram
  • pewarna hijau - 5ML/1 sudu teh
  • secubit garam
  • UNTUK HIASAN - 1 cawan kelapa kering

Cara-cara


  1.  kek span di hiris kepada 2 bahagian. ketepikan
  2. untuk membuat kastad, campurkan kesemua bahan (A) dalam periuk. masak atas api sederhana hingga mendidih. kacau hingga gula hancur.
  3. satukan bahan (B) dalam mangkuk dan gaul rata. masukkan aduanan ini kedalam aduan (A).
  4. kacau atas api sederhana hingga adunan pekat dan mendidih.
  5. sediakan acuan bulat atau petak, guna jenis loose tin atau apa jer bentuk kek span kita..
  6. letakkan satu lapisan kek span dalam acuan. tuangkan 1/3 aduan kastad keatas kek hingga menutupi lubang di sekelilingnya

  7.  letakkan lapisan kedua kek span dan tuang lagi kastad.

  8.  hentakkan acuan 3 kali di atas meja yang agar kastad padat dibahagian bawahnya, biarkan kek sejuk baru dimasukkan dalam peti sejuk
  9. keluarkan kek yang telah sejuk dari acuan . salut dengan kelapa kering atau hias mengikut citarasa anda..

KEK SPAN PANDAN - SWEET 4EVER MY RESIPI

Bahan-bahan ( 1 biji kek )

  • tepong super fine - 150 gram - AKK guna tepung ros
  • gula kastor - 150 gram
  • telor - 5 biji telor A
  • ovalette - 15ML - bersamaan 1 sudu besar
  • air daun pandan - 80ML
  • minyak / mentega cair -80ML - akk guna minyak
  • pes pandan - 5ML/ 1sudu teh - akk tak letak
  • serbuk penaik - 5ML/1 sudu teh
  • sedikit pewarna hijau [x]

Cara-cara


  1.  satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi nie terletak kepada kalajuan pengadun)

  2.  perlahankan kelajuan dan masukkan air daun pandan, pes pandan dan sedikit pewarna hijau...pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
  3. tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.

  4.  sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8icni, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah celcius

  5.  bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kempis...(betul ker ayat ku...hihihihi)
  6. kek dimasak mengunakan api bawah dan atas  

Kali ini ok lak muka dia mulus sikit dan ada sikit lesung batu heehe. Kalo nak tgk kek yg dulu mcm muka bulan boleh klik SINI

Sedap kek ni makan sejuk2, nyaman je kastard tu.

Terpaksa menunggu dengan penuh kesabaran, 2 minggu lagi

21 comments:

sedapnyer nampak...ni nak minta ketuhar br kat hubby ni,..boleh masak kek...
 
assalamualaikum..
petang2 ni kalau pekena kek ni.. plus air susu suam.. best ni.. alahaiii.. tergugat mak labu ni..
 
nampak sedap n menariksnyerrr!
 
sedapnya sis.. nk try la.. hehe
 
Aduh sedapnya.....tp nak buat tu yg mcm bercinta skit tu....
 
Salam kak rosa.. rajinnyer wat kek layer2. tun blm pernah try lg ni, tp pernah makan ada kawan buat, xtau la resepi sama ke tak.
 
Salam sis..

singgah ptg isnin...
leh copy tak resepi tu..?
nak mintak izin dulu ni...
 
@TiranaAduka

Assalam tirana..boleh je di persilakan ya
 
sedapnye.teringin sgt ni
 
assalam liza..nampak sedap betul kek ni..bila tengok raasa macam susah nak buat
 
Salam Kak Liza..yana suka sgt kek kastard pandan ni..slalu beli jer xpnh bt sndiri..suka sgt sbb lembut..nnt nk try bt sndiri jgk ^_^
 
nyum3... terliur tgk...
 
salam rindu liza..hijaunye makngah! menggiurkan..hehe!!
 
mcm pernah buat kek ni. sedap! puas hati!
 
kek kegemaranku, mmng suka kek perisa pandan mcm ni...
 
klu ank2 saya tgk kue warna hijau jerk mmg peberet kak..
 
salam liza, oooh sronok ekk tak makan jemm...huhu..mintak kek skit...malas dah nak buat ni..sakit pinggang makan jem tak abeh lagik!
 
sedapnya kak...!!! mmng terliur tengok...tapi nak buat macam susah jer....
 
Assallamualaikum kak Liza..

Oooo..akak pun buat kek kastad jugak ye tp perisa pandan. Naz pun ada resepi dari sweet4ever ni tp tak pernah cuba lagi.. Nanti nak try jugak lah..
 
salam rosa, nmpak cantik kek kastad tu. memang sdp kek berselangseli ngn kastad nih, tak jemu dimkn sbb ade kastad yg licin n nyaman lalu di tekak, pe lg bila dimkn sejuk2..yummmy!
 
Cantik jer kejadian kek kastad pandan akak tu..elok jer lapisannya..dah lama tak buat kek ni..mcm terasa2 lg kegebuan n kelembutannya..
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...